Cicakman 2 libatkan Tamara untuk tembus pasaran Indonesia
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN
KEJAYAAN filem Cicakman 1 yang berjaya mencatat kutipan RM 6.7 juta pada 2006, telah mendorong KRU Studios Sdn. Bhd.tampil menghasilkan sekuel terbaru, Cicakman 2-Planet Hitam.
Walaupun masih mengekalkan jalan cerita yang sama, watak Hairi dan Cicakman lakonan Saiful Apek dikupas dengan lebih mendalam dalam sekuel terbaru ini.
Antara pembaruan yang dapat dilihat dalam sekuel baru ini ialah kisah cinta Hairi dengan Tania lakonan Fasha Sandha dan kemunculan semula, Prof Klon lakonan Aznil Nawawi yang cuba menawan Bandar Metrofulus.
Selain pelakon asal seperti Apek, Fasha dan Aznil, KRU juga masih mengekalkan watak Ginger Ghost 1 dan 2 lakonan AC Mizal dan Adlin Aman Ramli.
Sekuel Cicakman 2-Planet Hitam ini turut dibintangi pelakon seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef).
Tamara Blaszenky melakonkan watak Rrama.
Pengarah Cicakman 2 - Planet Hitam, Yusry Abdul Halim berkata, sekuel ini diteruskan kerana sambutan hebat yang diberikan terhadap Cicakman meyakinkan mereka untuk melipatgandakan kos produksi penerbitan sekali gus menyerlahkan lagi kualiti filem terbarunya itu.
"Sekuel Cicakman 2 menampilkan kelainan kerana untuk filem ini kami membuat skrip terlebih dahulu dan cuba menghasilkan apa yang terdapat dalam skrip sebaik mungkin.擺/b]
擜gak sukar untuk menghasilkan shot-shot aksi dalam filem Superhero kerana kita menggunakan teknik khas ke atas manusia dan bukannya watak yang tidak bernyawa seperti kartun, |