|
( MAI MASUK) Album Baru Mawi - Bnyk pic pg 11
[Copy link]
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 10-4-2007 12:19 AM
dengaq kata 11 hb ni maknanya besok keluar album Mawi yg terbaru
ya la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam I called kedai Cahaya Muzik di Komtar, Pg. Taukeh kedai cakap cover album dah sampai (kalau nak tengok boleh pi kedai dia). Dia juga cakap dua hari lagi, perhaps dlm hari ni atau esok (12/04/07). Kita dah booking pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by S3Myx at 10-4-2007 07:34 AM
Semalam I called kedai Cahaya Muzik di Komtar, Pg. Taukeh kedai cakap cover album dah sampai (kalau nak tengok boleh pi kedai dia). Dia juga cakap dua hari lagi, perhaps dlm hari ni atau esok (12 ...
lorrr.cover je sampai? ingatkan sekaligus dengan cd sekali...boleh gitu ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by junjai at 10-4-2007 07:42 AM
lorrr.cover je sampai? ingatkan sekaligus dengan cd sekali...boleh gitu ek?
barulah tau boleh pulak cover ngan isi sampai lain-lain
:hmm: company lain-lain ke yg supply? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 niy's post
Mungkin strategi penjualan. Demo cover sampai dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnya..
finally album ni menjengah jugak di pasaran..
nanti dah beli bagitahu tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KoSe at 10-4-2007 09:32 AM
wah bestnya..
finally album ni menjengah jugak di pasaran..
nanti dah beli bagitahu tau..
sendrik tak beli ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu Dalam Seribu temui peminat bulan ini - B.Harian 10-4-2007
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
SATU Dalam Seribu, album terbaru daripada juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Mawi, memasuki pasaran awal bulan ini. Semua 10 lagu terpilih dimuatkan dalam album berkenaan, begitu juga kulit album, semuanya tersedia kini.
Gambar Mawi yang dirakam Andy Ong di tepi tasik, menggayakan beberapa koleksi peribadi terpilih sebagai gambar muka depan album studio ketiga penyanyi ini. Kulit album memperlihatkan Mawi menatap jauh ke langit dengan tangannya mendepa luas seakan menggambarkan dia kini berserah kepada Tuhan bagi menentukan nasib serta perjuangannya dalam seni selepas begitu banyak dugaan dihadapi sejak menjadi artis.
Biarpun agak suram, tetapi foto dirakam boleh tahan kualitinya. Bersama warna hijau dan cerah, ia melambangkan karier seni anak muda yang masih lagi mentah, namun menuju arah betul menerusi bimbingan sewajarnya.
Judulnya pula bagai tepat menggambarkan Mawi, seorang insan yang bukan dapat ditemui hari-hari. Dia ialah penyanyi yang boleh dianggap satu dalam seribu. Aura yang ada pada jejaka dari Kulai ini cukup kuat melekat di hati peminat, menjadikan dia satu-satunya penyanyi yang berjaya menjual lebih 100,000 unit bagi setiap album.
Penghasilan terbaru, Qasidah, dijual sebanyak 116 unit, manakala album kompilasi nyanyiannya di AF3, The Best Of Mawi Wold pula sebanyak 165,000 unit dan album studio pertama, Yang Tercinta, 128,000 unit.
Persoalannya, mampukah Satu Dalam Seribu mengulangi pencapaian album terdahulu? Sokongan kuat peminat mungkin menjanjikan sesuatu membanggakan sekali lagi. Setakat ini, sudah 30,000 unit ditempah peruncit, sekali gus melayakkan anugerah platinum buat Mawi sebelum albumnya sempat menjengah pasaran.
Hip berkesempatan menikmati tujuh daripada 10 lagu yang dimuatkan dalam album baru Mawi, apabila penerbit eksekutif bersama, Mohd Firhad Amat memperdengarkan lagu terbabit di Balai Berita, baru-baru ini. Tiga lagi lagu, semuanya hasil kerja M Nasir - Cinta Zulaikha, Insya-Allah dan Tercipta Untukku tidak dapat diperdengarkan hari itu kerana M Nasir, seorang daripada penerbit album sedang mengadun kembali muziknya.
Daripada tujuh lagi yang sempat didengar, hanya dua yang bagai cepat melekat di telinga iaitu satu lagi lagu ciptaan sifu itu, Angan Dan Sedar dan Demi Dia, hasil karya Fauzi Marzuki yang sebelum ini turut mempopularkan nama Mawi dengan lagu Kian.
Angan Dan Sedar berentak segar, mengingatkan kita kepada Lagu Jiwa Lagu Cinta daripada album Yang Tercinta. Kali ini ia dinyanyikan sendirian Mawi. M Nasir bagai begitu maklum dengan kelebihan serta kekurangan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 dan 2006 ini. Justeru, dia menghasilkan lagu yang mampu menutup kelemahan vokal Mawi, menerusi irama rancak yang menghiburkan.
Jauh beza single pertamanya, Langit Biru, atau di dalam album ini menggunakan judul lebih panjang, Mungkin Langitmu Lebih Biru, Angan Dan Sedar pasti menjadi single yang sekali lagi bakal meletupkan nama Mawi.
Fauzi juga tahu di mana kekuatan penyanyi ini. Lalu, dia menghadiahkan Mawi irama sederhana yang sedap didengar berjudul Demi Dia. Hanya ciptaan dua komposer hebat terbabit yang setakat ini benar-benar menangkap pendengaran saya. Irama ciptaan Yasin, Ya Salam, seperti tidak ada perubahan. Kita bagai pernah mendengar lagu yang berentak demikian.
Empat lagi lagu lain, Mungkin Langitmu Lebih Biru, Satu Dalam Seribu, Hanya Untukmu dan Ujian Buatmu - Sahabat Yang Ada, ibarat pelengkap saja. Malah, sesetengah irama perlahan yang dimuatkan, umpamanya Ujian Buatmu, dilihat seperti membongkar kelemahan Mawi apabila diajak menyanyikan lagu balada tegar.
Selepas menguasai pasaran negara sendiri, Mawi kini dalam perancangan meneroka pasaran Indonesia, pula. Mawi dijangka menghasilkan satu album yang memuatkan lima lagu ciptaan komposer negara itu dan lima lagu sedia ada, bagi tujuan berkenaan.
Berikutan nama Mawi belum dikenali di sana, kolaborasi bersama penyanyi seberang turut dirancang. Difahamkan, seorang pelakon sinetron bakal menjadi pasangan duet Mawi bagi album berkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 kekekek's post
Empat lagi lagu lain, Mungkin Langitmu Lebih Biru, Satu Dalam Seribu, Hanya Untukmu dan Ujian Buatmu - Sahabat Yang Ada, ibarat pelengkap saja. Malah, sesetengah irama perlahan yang dimuatkan, umpamanya Ujian Buatmu, dilihat seperti membongkar kelemahan Mawi apabila diajak menyanyikan lagu balada tegar.
Kalau lagu Langit Biru dan Hanya Untukmu pun dia cakap cam pelengkap jer...mesti best giler album Mawi nih. :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 kekekek's post
komen cam nie baguih... vokal mawi bukan seme jenis lagu sesuai die nyanyi... tp kan most penyanyi kat m'sia pun gitu... even jac cube try nyanyi lagu nada rendah musti tak best hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 kekekek's post
hanya untukmu tue aku tak suke masa pirst time dgr... tp masa nyanyi live festival pilem tue mmg best.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #91 dino's post
Yup betul..tapi mmg teruja nak beli album mawi pas baca review tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 10-4-2007 10:04 AM
Kalau lagu Langit Biru dan Hanya Untukmu pun dia cakap cam pelengkap jer...mesti best giler album Mawi nih. :clap:
tu lah pasal.....!!!! go mawi go.....!! |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ketinggalan... kita borong sume woitt! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 kekekek's post
bg aku lagu angan n sedar tu lg sedap dr ljlc.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #97 dino's post
Yup samala...lagi catchy dan ceria.
Apa org cakap, errr...lagu "enjut-enjut tumit" gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 10-4-2007 09:56 AM
Penghasilan terbaru, Qasidah, dijual sebanyak 116 unit
................. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabo nak beli ni....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|