|
Mawi DUTA CARREFOUR @ Sambutan Kermerdekaan
[Copy link]
|
|
Mawi dulu pekerja sekarang 'Duta' Carrefour
04-05-2007 11:44:14 AM
Oleh RADIN SRI GHAZALI
Bagaikan sebuah kisah dongeng apabila terkenang tuah penyanyi popular Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagi Mawi yang dinobatkan sebagai Duta kepada rangkaian hypermarket kedua terbesar di dunia, Carrefour.
Perlantikan yang berlangsung baru-baru ini menandakan satu sejarah untuk Carrefour yang melantik duta pertamanya di rantau ini. Ironinya pula, duta tersebut merupakan bekas pekerjanya sendiri.
"Saya pernah bekerja bersama-sama Carrefour Subang Jaya selama dua tahun. Saya bermula sebagai stock clerk dan lama kelamaan dinaikkan pangkat sebagai sales clerk," ujar Mawi ketika di sidang akhbar di Carrefour Wangsa Maju baru-baru ini.
Namun, anak jati negeri Johor itu bagaikan tidak percaya akan perlantikan tersebut.
Dulu pekerja, kini Mawi bergelar duta Carrefour pula (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)
"Saya sememangnya terkejut apabila mereka menawarkan saya sebagai duta rangkaian mereka.
"Bayangkan, saya dahulunya bekerja dengan mereka dan lima tahun kemudian, saya menjadi duta pula kepada Carrefour, " ujarnya yang pernah mendapat pendapatan sebanyak RM750 sehingga RM900.00 ketika berkerja di sana.
Ketika ditanya apakah pengajaran yang tidak dapat dilupakannya ketika bekerja di sana, pemuda yang berusia 26 tahun itu menjawab, "Customers are the king (Pelanggan adalah raja).
"Kita harus mengikut kemahuan mereka, tidak kiralah mereka betul ataupun salah. Itulah antara pengajaran yang terpenting sehinggakan saya dapat mengaplikasi prinsip tersebut dalam kehidupan saya sebagai seorang artis kini di mana kita harus menghargai peminat-peminat kita."
Malah, kegiatan seni Mawi turut bermula di Carrefour.
"Setiap kali kami mempunyai jamuan makan, saya pasti akan melakukan peersembahan.
"Tidak kisahlah samaada ianya untuk pertandingan ataupun untuk meraikan apa jua majlis," ujar Mawi yang turut dikenali sebagai pekerja aktif dan bergiat dalam mempromosikan mana-mana produk dengan pembesar suara.
Harga Mawi bernilai enam angka kerana eksklusif?
Sudah lumrah dan sinonim bagi mana-mana syarikat untuk mengambil artis sebagai duta barangan syarikat mereka demi memperkukuhkan lagi branding masing-masing,
Seperti Jusco yang mengambil Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai dutanya, syarikat Carrefour juga kini terikut-ikut dengan trend tersebut.
"Syarikat kami mempunyai empat sebab mengapa kami mengambil Mawi sebagi Duta kepada rangkaian hypermarket kami.
"Pertama sekali, Mawi merupakan bekas pekerja kami di rangkaian pertama kami di Malaysia yakni Carrefour Subang Jaya," ujar Shafie Shamsudin selaku Pengarah Urusan Carrefour Malaysia dan Singapura mengenai pemilihan Mawi sebagai duta rangkaian mereka.
Mawi menghiburkan tetamu di Carrefour Wangsa Maju (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)
"Oleh itu, kami ingin membuktikan bahawa syarikat kami sentiasa menyokong mana-mana pekerja kami untuk meraih impian mereka samaada menjadi penyanyi mahupun mana-mana cabang pekerjaan.
"Walaupun dia tidak lagi bersama kami, kami akan tetap menyokongnya. Sebab kedua adalah sikap Mawi yang dilihat sebagai rendah diri. Sikap inilah yang kami ingin uar-uarkan kepada pengguna kami, malah ianya juga adalah moto di Carrefour iaitu kami selalu merendah diri demi pelanggan-pelanggan kami.
"Ketiganya, kami mahu mendekati pelanggan kami dengan lebih rapat lagi. Memandangkan Mawi merupakan seorang idola di Malaysia, kami berharap Mawi serta pihak kami dapat bekerjasama untuk mendekati dengan lebih rapat lagi pelanggan-pelanggan kami di seluruh Carrefour.
"Akhirnya, rata-rata pekerja kami yang mengenali Mawi mencadangkan namanya kepada saya kerana mereka bangga dengan sukses yang dikecapi Mawi," ujar Shafie lagi.
Antara tugasan yang bakal dipikul oleh Mawi selama satu tahun bersama syarikat tersebut adalah membuat persembahan ketika acara Carrefour serta menghadiri acara pembukaan mana-mana cawangan baru.
Selain daripada itu, Mawi sudahpun bergiat dengan pembikinan komersial untuk ditayangkan ke seluruh Malaysia bermula pada bulan ini.
"Bukan sahaja menjalankan tugasan sebagai duta, Mawi turut dapat mempromosikan albumnya nanti," ujar Shafie lagi.
Malah, setiap rangkaian Carrefour akan menyediakan satu ruang istimewa untuk menjual barang-barangan franchise yang dihasilkan oleh syarikat Mawi World Sdn Bhd.
"Kami mahu memudahkan peminat-peminat Mawi untuk mendapat barangan keluaran syarikatnya.
"Ini merupakan satu peluang yang baik untuk syarikatnya untuk mengembangkan perniagaan yang ada," ujar Shafie yang turut menambahkan bahawa setiap rangkaiannya kini menjual CD serta DVD album penyanyi tersebut.
Ketika ditanya alasan mengapa Mawi tidak diambil sebagai duta sejurus sahaja memenangi Akademi Fantasia 3, Shafie berkata, "Ketika itu saya belum lagi berada di Malaysia. Saya hanya bertugas di sini pada lewat tahun 2006.
"Pada waktu itu nama Mawi hangat disebut-sebutkan dan itu membuat saya terpanggil untuk mengenali siapa itu Mawi.|
Ketika mengulas pembayaran yang dianggap sebagi eksklusif ini, Shafie berkata bahawa pihaknya dan Maestro Talent Sdn Bhd bersetuju untuk tidak mengumumkannya.
"Cukup untuk saya berkata ianya enam angka," tambahnya lagi.
Namun ramai yang khuatir akan komitmen yang akan diberikan oleh penyanyi Aduh Saliha ini dalam menjalankan tugasan sebagai Duta Carrefour.
Dia bukan sahaja menjadi duta kepada rangkaian Carrefour, Mawi turut menjadi duta kepada beberapa produk seperti Power Root, Silky, Mamee dan M Mobile.
"Kami akan mengatur jadual seharian Mawi dan akan memastikan bahawa dia akan melunaskan tanggungjawabnya kepada Carrefour.
"Pihak kami sudahpun memastikan bahawa tiada percanggahan akan berlaku," ujar Freddie Fernandez selaku Pegawai Operasi Maestro Sdn Bhd mengenai tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh anak didiknya itu.
"Saya yakin bahawa koloborasi ini akan menghasilkan satu sinergi yang baik di mana kedua-dua pihak dapat meraih kepuasan dalam gandingan ini," ujarnya lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 4-5-2007 12:17 PM
Mawi dulu pekerja sekarang 'Duta' Carrefour
04-05-2007 11:44:14 AM
Oleh RADIN SRI GHAZALI
Bagaikan sebuah kisah dongeng apabila terkenang tuah penyanyi popular Asmawi Ani atau lebih dik ...
Mawi terima bayaran enam angka.
RM 1000.25 pun enam angka gak aper? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 kekekek's post
sah2 mawi tolak awal hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 awex^returns's post
eh - tak elok wex cakap camtu -
carrefour lantik mawi jadi duta tu bukan seringgit dua -
mereka bayar - mungkin beratus ratus ribu -
itu rezeki ke atas mawi jugak -
mawi berhak menolak kalau mawi tak berkehendakkan
populariti dia diperguna - tapi mawi bukan jenis yg sombong dan bukan
pulak bersifat rakus - ini satu peluang - masih popular apa salah kita
amik apa peluang atau rezeki yg ada - :ah: -
dan ni strategi carrefour nak mendekatkan hati pengguna agar berkunjung
ke carrefour - di kL - diknaz lebih suka pegi carrefour dan tesco berbanding yg lelain -
tak sabar nya nak tengok muka mawi tertempek seluruh hypermarket carrefour - ;)
bestttt nya shoppping - - bersih jer mataaaa sepanjang hari - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 kekekek's post
:bgrin:
tak - tu sah sah 4 angka je yang - kalau ikut hukum maths aa - :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 adik_nazgul's post
yang tuh awex tak nafikan diknaz...
tapi biasa lah... dah namanya bisnes
semer pikir keuntungan
mawi pikir untung poket dia
carrefour pikir untung laci duit dia
sama |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by awex^returns at 4-5-2007 12:14 PM
betul lah diknaz
semer nak gunakan populariti mawi
mentang |
|
|
|
|
|
|
|
carrefour subang jaya tuh
aku suka pegi
banyak barang
mcm2 ada..
tapi tesco tak dinafikan..harga murah
<agak2 mawi dapat baucar bulanan berapa eh dari carrefour? > |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awex^returns at 4-5-2007 12:44 PM
betul lah bono...
akak awex cakap... kat tesco barang basah murah
buah瞐n.... ikan... udang...
awex tak jejak lagi
tapi kalo bono tanya awex kat jb neh...
antara giant ngan carre ...
O ye ker..kat sini, Giant Shah Alam tu mmg famous tempat hilang keter pasal outdoor, panas giler..kalau hujan mmg basah.
Carrefour Subang Jaya plak paling best..parking indoor, atas bumbung (3 tingkat tu)...bawah tanah pun ada.
Kalau hujan and panas..takder hal. Tolak troli sampai depan keter..sure tak kuyup or panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 awex^returns's post
lepas rindu berdebat ngan awex - -
muahss - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 kekekek's post
hehe -
sebab tu kekadang aku gile nak pegi tesco -
barang basah dia murah giler -
suka pegi tesco damansara kat ikea tu -
kalau malas nak pegi jauh - mmg singgah carrefour midveli -
kat sana meriah nak beli barang lain cam baju baju pun best best -
dah sudah cakap pasal tmpt kegemaran shopping - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 4-5-2007 12:50 PM
O ye ker..kat sini, Giant Shah Alam tu mmg famous tempat hilang keter pasal outdoor, panas giler..kalau hujan mmg basah.
Carrefour Subang Jaya plak paling best..parking indoor, atas bumbun ...
terbalik plak...
tapi IMO... tak kisah mana tempat pon
kalo harga rendah dan berpatutan
sure awex beli punyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
wah..frustnye aku selalu lalu kt carrefour tp time mawi dtg tklak aku teringat nk singgah sbb tk tauu....dengar kata RM $$$$$$.$$ derang bayar mawi....bestnya keje mcm ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
bila mawi nak lawan mak et?
mak et punye payment tuh iklan pantene tu jerk
dah juta2 lemon
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 4-5-2007 01:44 PM
bila mawi nak lawan mak et?
mak et punye payment tuh iklan pantene tu jerk
dah juta2 lemon
Kena tunggu Mawi simpan rambut cam Amy search la agaknya. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #97 sxam's post
yg nie btul.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|