CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hambaAllah

identiti komik malaysia

[Copy link]
Post time 30-11-2007 10:40 PM | Show all posts
Sebab Limited sangat Bulan Disember Mungkin boleh jumpa kat mana2 kedai mamak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2007 01:28 PM | Show all posts
thanks for sharing.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 06:30 AM | Show all posts
bendi aaaa best....lawak Un dan bapaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 12:51 AM | Show all posts
Transisi humor ke komersiol




Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


'Kartun Internet' dan mewarna menggunakan teknologi komputer ialah sebahagian transformasi industri komik di Malaysia dalam tempoh 50 tahun.






DI Malaysia, komik mula wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi. Salah seorang pelukis komik veteran ialah Nek Norzarah Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nora. Beliau melukis komik sejak tahun 1954 lagi.

"Penceritaan komik ketika itu lebih tertumpu kepada kehidupan rumah tangga yang pada zaman sebelum merdeka. Ia turut diadun dengan unsur-unsur dongeng lama.

"Masuk tahun 1970-an, perubahan masyarakat dan pembangunan yang semakin pesat serba sedikit mengubah landskap komik tempatan.

"Apabila hutan belantara mula dikacau dengan pembangunan, saya ada menyatakan kebimbangan tersebut menerusi komik," katanya yang kini aktif melukis potret.

Tidak jauh bezanya dengan kegilaan terhadap muzik, minat orang ramai terhadap komik beredar mengikut putarannya.

Memulakan kerjaya selaku pelukis komik pada lewat era 1970-an, Presiden Persatuan Kartunis Malaysia (Pekartun), Tazidi Yusof berkata komik pada 1980-an lebih tertumpu kepada apa yang disukai pembaca.

"Misalnya, majalah Gila-Gila mempunyai pembaca sasaran termasuk suri rumah, remaja dan tentera.

"Maka penceritaan komik akan berkisar kepada kehidupan golongan ini. Jadi ada ruangan Prebet Lapuk oleh Pak Rejab untuk polis dan tentera," kata Tazidi.

Komik untuk golongan muda-mudi dihasilkan oleh pelukis komik seperti A. Mahmud dan Fatah. Sementara pelukis komik terkenal, Ujang, tumpuan karyanya lebih kepada pelajar sekolah dan universiti.





TEKNIK melukis dan mewarna semakin mudah dengan bantuan perisian janaan komputer.



Justeru, apabila majalah yang diterbitkan dua kali sebulan ini dipasarkan, ia memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat. Tidak hairanlah jika jualan Gila-Gila mencecah 150,000 setiap kali diterbitkan.

Sambutan terhadap komik ketika itu sangat memberangsangkan. Pihak penerbit tidak perlu bimbang mengenai aspek jualan.

Namun, situasi ini mengalami transisi pada tahun 1990-an apabila temponya sedikit perlahan berikutan kemunculan teknologi Internet.

Komik dan kartun dengan mudah dapat dibaca dan dilihat secara dalam talian. Pembaca tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke kedai untuk membeli majalah komik.





ROHAIZAD


Justeru, cabaran pelukis komik sekarang ialah mereka perlu melukis dengan lebih tepat, cepat dan cantik.

Malah cara melukis juga telah berubah. Sekarang, melukis komik boleh dibuat menggunakan komputer ataupen teknikal.

"Dahulu pelukis cuma pakai berus dan pen celup. Tak terfikir pun untuk guna alat lain. Ia tidak dianggap sebagai seni dan sekadar lakaran. Kini, dengan pensel kita boleh buat macam-macam.

"Perubahan lawak pula, nak katakan sekarang sedikit kasar, dahulu dalam filem P. Ramlee lawaknya pun ada juga yang kasar.

"Tapi apa yang boleh saya katakan secara keseluruhannya ialah feel dalam menghasilkan karya sekarang kurang sedikit," kata ikon komik tempatan, Datuk Lat.


Pengarah Seni majalah komik Hype dan Utopia, Julian Kam pula berpendapat ramai peminat komik tempatan mula terpengaruh dengan karya komik-komik Barat seperti X-Men, Spiderman dan Batman pada 1990-an.

Era itu juga bermulanya trend mengadaptasi komik ke layar perak. Bermula dengan filem Batman dan ia berlanjutan kini dengan filem Iron Man.

"Ia juga memperlihatkan permulaan seni digital. Maknanya, banyak komik diwarnakan secara digital, bukan manual, manakala kualiti warnanya semakin baik.

"Satu lagi ialah populariti komik Manga dari Jepun. Manga sudah lama berakar umbi dalam masyarakat Jepun dan orang Cina di Malaysia.

"Gaya penceritaan komik sekarang juga dipengaruhi oleh Manga sedangkan pada tahun 1980-an, kita jarang sekali mendengar mengenai Manga.

"Para penerbit turut menterjemahkan komik Manga ke bahasa Melayu dan Cina, sekali gus meningkatkan lagi pengaruh komik manga," ujar Julian yang turut dikenali sebagai Lefty.





PENGARUH Manga dari Jepun turut meresapi kartunis Malaysia.



Perkembangan pesat penggunaan Internet dan keghairahan banyak syarikat melabur dalam perniagaan secara online turut memberi ruang kepada lebih ramai pelukis komik menerbitkan hasil karya di Internet dan menerima bayaran.

Dari segi perbezaan antara komik Melayu dan Cina, Lefty berpendapat komik Melayu humornya lebih melampau dengan ekspresi muka dan reka bentuk karakternya kadangkala berlebih-lebihan.

"Komik Cina pula cenderung untuk melukis watak-wataknya dengan cantik. Ia juga sangat terpengaruh dengan komik Jepun, sebab itulah karekternya lebih cantik," katanya yang mengakui ketiadaan komik Tamil adalah satu misteri.

Biarpun baru dalam dunia komik, Sufi Norliyana Mohd Sufian, 23, membayangkan memang wujud perbezaan ketara antara komik pada era-era tertentu.

Komik pada tahun 1980 dan 1990-an lebih kepada unsur humor, sementara komik pada tahun 2000 mempunyai elemen fantasi yang kental dan banyak dipengaruhi oleh unsur komik Manga.

"Sasaran penghasilan komik lebih kepada komersiol. Contohnya, komik Manga adalah satu kegilaan baru, jadi semua orang hendak ikut gaya itu. Rasanya ia bermula dengan kemasukan komik-komik Jepun seperti Dragon Ball dan Naruto.

"Tetapi pengaruh komik Amerika juga kuat, terutamanya komik berbaur sains fiksyen. Zaman komik Gila-Gila kepada Gempak Starz, besar sekali bezanya.

"Bukan sekadar gaya lukisan, malah jalan cerita. Dulu, penceritaan komik lebih kepada kehidupan seharian, manakala komik sekarang menekankan kepada unsur fantasi kerana ia lebih versatil," kata Sufi Norliyana yang sudah lama mengumpul koleksi komik-komik Marvel.





PEMINAT komik masih ramai tetapi kartunis mesti lebih kreatif dalam karya mereka.



Baru beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penghasilan komik, Rohaizad Ghalid, 26, berpendapat orang ramai sudah boleh menerima komik sebagai satu medium bacaan, sedangkan dahulu ia dianggap sebagai bahan untuk kanak-kanak.

Sudah wujud juga gelombang baru apabila melukis komik telah menjadi satu kerja yang ada standard. Ramai sekali anak-anak muda yang mahu terlibat dalam industri komik.

"Namun, realiti di Malaysia, budak-budak yang baru hendak mula melukis, membayangkan populariti. Tetapi realitinya artis komik tidak ada kelas dan kurang diiktiraf," katanya.



Komik genre baru


揇I Jepun ada satu jenis teknik lukisan yang terkenal di seluruh dunia iaitu Manga. Jadi, mana-mana pelukis yang mahu terlibat dalam lukisan komik Manga, maka Manga lah. Macam mana hendak jadikan Manga dengan identiti Malaysia? Tidak boleh!,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:44 AM | Show all posts
Susah jugak nk ckp. Sejak kartunis Ujang kua drpd Gila-Gila, beliau da membuat satu paradigma baru dunia komik berimejkan Malaysia. Sbg peminat setia kartunis Ujang (Ibrahim) saya rasa sedih jugak laa melihat transformasi yg dibuat oleh beliau telah disalahgunakan oleh pihak2 selepas beliau (lawak semakin bangang/bodoh/tiada unsur satira, lawak haiwan yg melibatkan dunia manusia - mmglaa bole ketawa sbb tak masok akal).
Majalah Gila-Gila yg lama pn sbnrnya mempunyai lawak yg berisi (hal semasa) bkn sekadar lawak kosong (bertepatan dgn slogan Majalah Satira Nasional). Berbanding dgn majalah Gila-Gila sekarang yg mana pertengahan 90an dulu terpaksa mengubah sedikit demi sedikit konsepnya demi bersaing dgn majalah Ujang. Hingga kini, bila Gila-Gila sudah mula dicemari dgn bakat2 baru yg lahir drpd generasi didikan majalah Ujang (selepas ketiadaan Ujang) maka Gila-Gila pn kelihatan tak menampilkan idea2 yg mengajak pembaca berfikir sebaliknya hanya mampu ketawa kosong.

Rindu Gila-Gila lama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:33 AM | Show all posts
Gila - gila skrg kurang 'kick' Banyak dialog yang tak sesuai dan editing agak lemah. Gila - gila perlu cari pendekatan baru. Mungkin sbb sisipan cili api dah dibuang jadi kepedasannya dah berkurang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2009 05:40 PM | Show all posts
AKu suka pelukis Gempak Starz. Pelukis yg aku rsa best Zint.
Nizam Bachok dgn Bob pun OK sbb lukisan Nizam Bachok dgn Bob ada Identiti nya yg tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by ra5101 at 24-3-2009 09:33
Gila - gila skrg kurang 'kick' Banyak dialog yang tak sesuai dan editing agak lemah. Gila - gila perlu cari pendekatan baru. Mungkin sbb sisipan cili api dah dibuang jadi kepedasannya dah berkurang


lagipun skang da ramai kartunis gen baru yg tah hape2, yg tak paham ape tu satira sebaleknya hanya membuat lawak kosong tanpa makna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.461116 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list