CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2008 10:39 PM | Show all posts
Kanak-kanak Gaza trauma



DUA kanak-kanak Palestin membawa barang-barang
setelah rumah mereka musnah dibedil Israel di Gaza semalam.

GAZA - "Kami ketakutan... kami boleh mati pada bila-bila masa," kata kanak-kanak berusia 11 tahun, Mohammed Ayyad yang diselubungi trauma selepas pengeboman besar-besaran Israel ke atas deretan bangunan pejabat kerajaan Hamas yang berada di sebelah rumahnya di Gaza.

Seperti kanak-kanak lain di wilayah Gaza, Mohammed Ayyad dicengkam ketakutan akibat bedilan bom Zionis bertalu-talu sehingga meratakan beberapa kawasan yang padat dengan penduduk menjadi padang jarak padang tekukur.

"Ketika mereka mengebom pusat bandar Gaza, kami mendengar satu letupan kuat dan tiba-tiba rumah kami dipenuhi debu. Kami segera berlari ke tingkat bawah," katanya.

Kata kanak-kanak itu lagi, adiknya Ahmad yang berusia enam tahun terkencing di dalam seluar akibat ketakutan.

Sekolah-sekolah di Gaza ditutup sejak tentera Israel melancarkan serangan udara pada Sabtu lepas. Berikutan itu kanak-kanak di wilayah itu menghabiskan waktu dengan meninjau kemusnahan akibat hujan bom tersebut.


BANGUNAN kerajaan Hamas rosak teruk setelah dibedil
pesawat pejuang Israel di Gaza semalam.

Menurut perangkaan agensi perubatan di Gaza, sekurang-kurangnya 39 kanak-kanak bawah usia 16 tahun maut dalam siri serangan udara tentera pengganas Israel yang setakat semalam mengorbankan lebih 367 penduduk Palestin.

"Mereka (tentera Zionis) menyatakan serangan itu bagi memusnahkan Hamas tetapi itu tidak benar. Mereka sebenarnya mahu menghapuskan penduduk Palestin. Apa yang dilakukan oleh wanita dan kanak-kanak yang boleh memusnahkan rumah penduduk Israel?," soal seorang ibu di Gaza, Iyad al-Sayaghwarga Gaza dengan penuh geram.

Korban terbaru keganasan Israel merupakan dua adik beradik perempuan berusia empat dan 11 tahun yang berkecai dibedil peluru berpandu Zionis di utara Gaza.

"Apa yang berlaku merupakan penghapusan etnik yang akan diingati oleh penduduk Gaza sampai bila-bila," kata seorang pakar psikologi Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza (GCMHP). - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2008 11:19 PM | Show all posts
[tr][td]
[/td][/tr][tr][td]
Smoke rises after an Israeli air
strike in Gaza December 31, 2008.
Israel on Wednesday said the time
was not right for a ceasefire in the
Gaza Strip and stepped up preparations
for a possible ground offensive after
Hamas's long-range rockets hit another
major population centre. (REUTERS/Suhaib Salem)
[/td][/tr]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 03:10 AM | Show all posts
Syarat gencatan tidak adil


Seorang penduduk Palestin memerhati kerosakan teruk bangunan pejabat kerajaan Hamas yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di Genting Gaza akibat dibedil jet pejuang Israel, semalam.
- AFP

BANDAR GAZA 31 Dis. - Pergerakan Hamas hari ini mengecam syarat- syarat gencatan senjata yang dicadangkan oleh masyarakat antarabangsa bagi menghentikan serangan udara besar-besaran oleh Israel ke atas Genting Gaza.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhum menyifatkan syarat-syarat tersebut sebagai tidak adil.

"Usaha yang dilakukan sekarang bagi menghentikan pertempuran dan menguatkuasakan gencatan senjata meletakkan pembunuh dan mangsanya dalam kedudukan yang sama," kata Fawzi.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa dan dunia Arab perlu menumpukan usaha ke arah menghentikan keganasan Israel, membuka pintu sempadan dan membangunkan semula Gaza.

"Fokus segala campur tangan Arab dan antarabangsa hendaklah kepada menghentikan serangan, menarik balik sekatan dan membuka semua pintu sempadan," ujar Fawzi.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) berikutan mesyuarat Menteri-Menteri Luarnya di Paris semalam bermula dengan tuntutan supaya Hamas menghentikan serangan roket "tanpa syarat."

"Serangan roket Hamas ke atas Israel mesti dihentikan tanpa syarat dan tindakan ketenteraan Israel perlu ditamatkan," menurut kenyataan EU itu.

Sementara itu, Israel turut menolak cadangan untuk mengadakan gencatan senjata sementara selama 48 jam, sebaliknya menyuarakan pendirian hanya akan menimbangkan gencatan senjata berpanjangan.

Ketika Israel menghadapi tekanan semakin hebat daripada masyarakat antarabangsa supaya menghentikan operasi ketenteraannya, Perdana Menteri Ehud Olmert membincangkan cadangan gencatan senjata dengan Menteri Luar dan Menteri Pertahanan beliau malam tadi.

Cadangan tersebut telah dibangkitkan oleh Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner dalam panggilan telefon kepada Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak kelmarin dan semalam.

Mesyuarat itu berakhir dengan keputusan untuk meneruskan operasi dan sekumpulan menteri Kabinet yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan ditugaskan untuk membincangkan operasi seterusnya hari ini.

"Cadangan Kouchner untuk gencatan senjata sementara tidak berfaedah kerana sudah jelas Hamas tidak akan berhenti melancarkan roket ke bumi Israel," kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Seorang jurucakap Kementerian Luar pula berkata, rejim Yahudi itu akan menimbangkan gencatan senjata berpanjangan hanya jika Hamas menghentikan serangan roket dan pemerolehan senjata.

Seruan supaya diadakan gencatan senjata dengan segera dilaungkan oleh Kesatuan Eropah (EU) serta Kuartet proses damai Asia Barat yang terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), EU dan Rusia.
- Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 03:11 AM | Show all posts
Genting Gaza terus dibedil hari kelima

GENTING GAZA 31 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 04:52 PM | Show all posts
Pesawat Israel bedil bangunan Parlimen Palestin

GAZA: Pesawat Israel mengebom bangunan Parlimen Palestin awal pagi tadi manakala kapal tentera lautnya membedil kedudukan Hamas sepanjang pesisir ketika tekanan diplomatik bagi menamatkan keganasan sejak enam hari lalu tindak menunjukkan kesan.

Letupan besar menggegarkan Gaza apabila pesawat Israel mensasarkan tiga bangunan kerajaan dan pegawai hospital berkata 25 yang cedera dibawa keluar dari rumah berhampiran.

Pihak tentera pula menyatakan pesawat berkenaan turut membedil terowong penyeludupan di sepanjang sempadan Gaza-Mesir bagi memutuskan hubungan bantuan Hamas dengan dunia luar.

Sementara itu, pegawai Kementerian Kesihatan Gaza berkata serangan sebelum subuh ke atas rumah anggota Hamas di utara Gaza membunuh wanita berusia 35 tahun dan mencederakan enam penduduk lain.

Sejak Sabtu lalu, lebih 390 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,600 yang lain cedera dalam serangan ganas Israel.

Hamas berkata kira-kira 200 anggota keselamatannya turut terbunuh. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 09:26 PM | Show all posts
[tr][td][/td][/tr][tr][td]
Palestinians look at buildings
damaged after an Israeli air
strike in Rafah in the southern
Gaza Strip January 1, 2009.
(REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa)
[/td][/tr]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2009 12:50 AM | Show all posts
gua rasa hamas n fatah kena kawtim la...
baru yahudi kt sana goyang sket..
ini pandangan aku je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 07:03 AM | Show all posts
Israel bunuh pemimpin Hamas


Penduduk Palestin memeriksa kemusnahan bangunan
yang menempatkan rumah Nizar di Gaza semalam.



BANDAR GAZA - Tentera Israel membunuh seorang 'orang kuat' Hamas semalam dalam serangan menyasarkan pemimpin-pemimpin kanan pergerakan berkenaan.

Serangan itu dilakukan di apartmen lapan tingkat iaitu tempat pemimpin Hamas tersebut, Nizar Rayan menginap menyebabkan dua daripada isteri dan empat anaknya terbunuh di Gaza.



SEBUAH jet F-15 milik tentera udara Israel berlegar-legar
di utara Genting Gaza semalam.



Beberapa pemimpin Hamas menyembunyikan diri sebelum tentera Israel melancarkan operasi itu.

Rayan, 52, merupakan antara lima pemimpin teratas yang terlibat dalam membuat keputusan.

Beliau merupakan seorang profesor undang-undang dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan sayap ketenteraan Hamas.



ASAP menjulang selepas serangan Israel di utara Genting Gaza semalam.



Sementara itu angka korban berikutan serangan bertalu-talu sejak Sabtu lalu mengakibatkan lebih 402 penduduk Gaza mati manakala 2,098 lagi cedera.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan suku daripada angka kematian membabitkan orang awam.



SEBUAH roket dilancarkan dari Genting Gaza semalam.

Lebih 30 serangan peluru berpandu udara direkodkan semalam manakala beberapa buah kapal tentera laut mengawal pesisir pantai Gaza.
Banyak kemudahan awam dan rumah rosak termasuk bangunan Parlimen serta kementerian keadilan di kompleks kerajaan Hamas. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 08:52 AM | Show all posts
Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza


PENDUDUK Palestin meninjau kemusnahan di kediaman
pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan (gambar kecil) yang
maut bersama empat isteri dan 10 anaknya kerana serangan
udara Israel.



Dunia Islam makin hebat bantah keganasan Zionis

GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.

Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas.

Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.

"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.

Hamas menganjurkan supaya bantahan diadakan selepas jet tempur Israel menggugurkan bom satu tan ke kediaman Nizar Rayan yang membunuh pemimpin kanan pergerakan itu termasuk empat isteri serta 10 anaknya.

Daripada bilangan yang maut, sekurang-kurangnya 25 peratus adalah orang awam Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Nizar adalah tokoh paling kanan pergerakan itu yang terkorban sejak pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi pada 2004 menyebabkan Hamas memberi amaran ia akan menyambung operasi bunuh diri terhadap Israel bagi kali pertama sejak Januari 2005 bagi membalas dendam kematian Nizar.

"Selepas kejadian terbaru itu, semua pilihan kini dibuka bagi menentang serangan berkenaan, termasuk tindakan mati syahid terhadap sasaran Zionis di tempat lain," ikrar pegawai Hamas, Ismail Radwan.

Bantahan anti Israel turut disaksikan di Jakarta dengan berpuluh ribu rakyat Indonesia berdemonstrasi di Jakarta. Beribu-ribu lagi mengadakan tunjuk perasaan di Afghanistan dan lebih 4,000 penduduk Muslim Sydney turut mengadakan tunjuk perasaan manakala beratus-ratus Muslim membakar bendera Israel di kawasan Kashmir ditadbir India.

Ketika kereta kebal Israel dan tenteranya dikumpulkan di sekitar Gaza bagi mengancam tindakan darat dan tanpa sebarang harapan bagi gencatan senjata, pihak tentera memberi kebenaran kepada rakyat asing keluar daripada kawasan peperangan itu.

************************************************************************************


jahat sungguh israel ni... harap2nya tuhan turunkan balasan pada mereka
yang kejam ni...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 08:54 AM | Show all posts
10,000 tentera Israel bersiap serang Gaza


ANGGOTA tentera Israel yang berada di bahagian utara
Gaza kelmarin bersiap sedia untuk melancarkan serangan
darat pada bila-bila masa.




BANDAR GAZA - Serangan udara terbaru rejim Zionis semalam meragut nyawa seorang lagi pemimpin pergerakan Hamas manakala sebuah sekolah turut musnah.

Kematian Mohammad al-Jammal, 40, yang bertugas sebagai pemerintah tentera Hamas merupakan satu kehilangan kepada pergerakan itu selepas kematian Nizar Rayan akibat satu bedilan Israel Khamis lalu.

Tindakan agresif Israel yang mendapat restu Amerika Syarikat (AS) itu memasuki minggu kedua semalam dengan angka kematian mencecah lebih 440 orang.
Pasukan 10,000 anggota tentera darat Israel bersama sejumlah kereta kebal dan artileri kini berada di sempadan dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki wilayah Gaza pada bila-bila masa, lapor media di Tel Aviv.

Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Syria, Khaled Meshaal memberi amaran kepada Israel bahawa Yahudi berhadapan malapetaka jika menceroboh Gaza.

Namun Khaled menyatakan, Hamas bersedia berkerjasama jika Israel menamatkan serangan, menarik balik sekatan dan membuka semula pintu sempadan.
Sehingga kini lebih 750 serangan peluru berpandu memusnahkan banyak bangunan di Gaza termasuk 30 serangan udara semalam.

Israel menyatakan pesawat pejuangnya membedil sebuah kolej kerana ia dipercayai menjadi tapak pelancaran roket.

Masyarakat antarabangsa terus mengutuk serangan kejam Israel dengan menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan setelah lebih 2,290 cedera manakala 75 kanak-kanak turut mati.

Di Washington, Presiden AS, George W. Bush mendakwa Hamas bersalah dalam serangan tersebut.

Wilayah Gaza yang dikelilingi tembok konkrit setinggi lapan meter dikuasai pergerakan Hamas setelah parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas diusir dalam satu persengketaan pada Julai 2007.

Berikutan itu Fatah terpaksa membentuk kerajaan di Tebing Barat sekali gus meletakkan Gaza dalam sekatan Israel dan Mesir. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 11:52 AM | Show all posts
Israel bebas serang Gaza’

sebahagian penduduk Afghanistan yang menyertai demonstrasi mengecam AS kerana menyokong serangan Israel ke atas Gaza di Kabul, semalam. – AFP

WASHINGTON 3 Jan. – Amerika Syarikat (AS) semalam menegaskan, tentera darat Israel bebas untuk menyertai serangan udara ke atas Gaza atas alasan “mempertahankan diri” daripada ancaman Hamas.

Pentadbiran White House dan Jabatan Negara AS menekankan, Israel berhak berbuat apa sahaja untuk melindungi rakyatnya dan pada masa yang sama turut mendesak Hamas mematuhi syarat rejim Zionis sekiranya mahu melaksanakan gencatan senjata.

Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Gordon Johndroe berkata, AS bagaimanapun telah meminta Israel mengelak daripada membunuh orang awam dalam operasi ketenteraannya baik serangan udara atau menggunakan tentera darat.

“Semua keputusan bergantung kepada Israel sendiri. Sebarang langkah yang diambil, sama ada serangan udara atau darat atau apa jua bentuk serangan adalah sebahagian daripada operasi yang sama,’’ kata Johndroe.

Kenyataan terbaru negara sekutu kuat Israel itu dibuat sewaktu Washington berdepan dengan kritikan di seluruh dunia kerana gagal mengawal konflik yang kini meragut lebih 430 nyawa rakyat Palestin.

Ironinya, sebahagian besar daripada mereka yang terkorban merupakan penduduk awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak walaupun tentera Israel telah diberi ‘amaran’ oleh AS untuk mengelak tempat-tempat awam.

Ribuan askar Yahudi kini berada di sempadan Gaza dan bersedia untuk menceroboh masuk sebaik saja mendapat lampu hijau daripada Kabinet Israel dalam usaha menghapuskan pergerakan Hamas.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice yang memberi taklimat ringkas kepada Presiden George W. Bush berkata, Washington sedang mencari jalan diplomasi dengan sekutunya itu.

“Kami sedang mengusahakan gencatan senjata yang tidak akan membenarkan keadaan sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan sehingga Hamas terus melancarkan roket dari Gaza.

“Gencatan senjata sudah pasti akan dimulakan tidak lama lagi tetapi kita memerlukan gencatan senjata yang tahan lama dan berkekalan,” kata Rice kepada pemberita di luar White House.

Pegawai AS menyatakan Bush dan Perdana Menteri Israel kini “berada di halaman yang sama” mengenai syarat gencatan senjata.
– AFP


kurang ajaq punya amerikana... padanpun  wtc kena letop.... taon ni pentagon lak kena letop abis  baru dia tau langit tinggi rendah!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 01:21 AM | Show all posts
erm....
sampai masanya nanti tumbang juga si israel celaka nih..
dan sudah termaktub dlm Al-Quran...
kita hanya mampu berdoa utk kesejahteraan org² Islam di sana..
semoga Allah makbulkan doa kita...
Amin~
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 12:00 PM | Show all posts
Hamas Kills 9 Israeli Troops, Captures 2 in Gaza Op.


After a week of the launch of 揙peration Cast Lead
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 05:19 PM | Show all posts
zionis parpu nie, aku dah smpai tahap x terkomen
tunggu jer la, dh dijanjikan, derang akan musnah jugak satu hari nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 09:09 PM | Show all posts

Reply #93 yangkhadijah's post

9 aje... israel bunuh ratus ratus  ribu2....  memang kurang ajar israel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 09:10 PM | Show all posts
Perang darat Israel bermula


SEBUAH kereta kebal Israel membedil ke arah Genting Gaza semalam.



BANDAR GAZA - Beribu-ribu askar Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas termasuk di jalan-jalan raya di Gaza semalam.

Sebanyak 39 penduduk Palestin terbunuh akibat terkena bedilan meriam atau peluru dari jet-jet pejuang rejim Zionis di Gaza.

Bagaimanapun, pertempuran darat antara pejuang-pejuang Hamas dengan ribuan askar Israel itu memasuki hari pertama malam kelmarin.

Sebelum ini, rejim Zionis melancarkan serangan udara sejak 27 Disember tahun lalu menyebabkan lebih 400 penduduk Palestin maut.

Menurut beberapa saksi, pejuang-pejuang Hamas melancarkan serangan mortar dan meletupkan bom di tepi jalan ketika kemaraan tentera Israel.
Namun, tentera Yahudi mengambil alih kawalan di Jalan Salaheddine iaitu lebuh raya utama ke bandar Gaza.



KEPULAN asap tercetus akibat letupan tentera Israel
di Genting Gaza semalam.



Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan serangan di Gaza itu tidak dapat dielakkan tetapi menegaskan ia tidak akan melancarkan serangan terhadap pejuang-pejuang Hizbollah di Lebanon.

"Operasi akan diluaskan dan ditingkatkan seperti yang diperlukan. Perang bukan satu perkelahan," katanya.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket oleh pejuang-pejuang Hamas ke wilayah Israel.
Israel bertekad untuk menghancurkan Hamas menerusi serangan besar-besaran itu. - Agensi



kalu dah serang kot darat.....mmg teruk la kat palestine sana... minta2 Allah lindungi  worang2 yg tak berdosa tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2009 09:12 PM | Show all posts
Rejim Zionis dakwa punca serangan difahami


SEORANG pemuda cedera didukung untuk dibawa ke sebuah
hospital di Genting Gaza semalam.



PARIS - Masyarakat antarabangsa memahami punca tentera Israel melancarkan serangan di Genting Gaza yang akan berterusan sehingga serangan roket Hamas berakhir, kata seorang jurucakap kerajaan Israel semalam.

"Terdapat satu peringkat kefahaman di kalangan masyarakat antarabangsa bahawa kami melakukan hak kami untuk mempertahankan diri akibat serangan yang berlaku dari wilayah Gaza oleh pejuang-pejuang Hamas," kata jurucakap itu, Avi Pazner.

Beliau berkata dalam temu ramah dengan stesen radio Perancis, Europe 1.

Jurucakap itu menyatakan Perdana Menteri Republik Czech, Mirek Topolanek menganggap serangan tentera darat Israel itu lebih bersifat mempertahankan diri.

Bagaimanapun, Perancis mengutuk serangan itu yang bermula pada malam Sabtu lalu.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak satu gencatan senjata dilaksanakan di Gaza dalam satu mesyuarat tertutup lewat kelmarin. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:23 PM | Show all posts
[size=-1]Sedikit info ttg Asal negara Arab Saudi dan keturunan raja Arab Saudi sekarang dan aliran wahabinya...

Arab Saudi adalahsebuah negara Arab yang pada asalnya merupakan kepunyaan beberapakabillah yang diperangi dan disatukan oleh Abdul Aziz Ibn Saud denganpertolongan Kumpulan Agama yang bernama Wahabi. Kemunculan minyakadalah secara kebetulan yang tidak ada dalam agenda asal penyatuantanah arab itu yang akhirnya dipanggil Arab Saudi. Ketika menyatukantanah besar itu Ibn Saud terpaksa menjelajah dari satu cerukperkampungan ke ceruk yang lain menjanjikan bantuan kewangan daripadahasil yang diterimanya dengan kemasukan jemaah haji ke tanah Arab.
Selain dari itu tanah Arab bergelar Saudi itu hanya merupakan penjualtamar, air zamzam dan menjadi tempat persinggahan para jemaah haji. Dikawasan padang pasirnya pula ketika itu ada ruang khas yang membolehkankenderaan berat lalu-lalang daripada Teluk Parsi untuk menyusuri tebingLautan Merah untuk menghala ke Lebanon, Mesir dan Cyprus.
Dengan lainperkataan ketika Aziz ibn Saud menyatupadukan Arab Saudi tujuannyaialah meraih keuntungan daripada cukai yang dikenakannya terhadaplalu-lintas yang membawa barang dagangan Hindi-Pak-Parsi ke arah tanahAfrika. Dengan kekuatan dan pengaruh Ketua puak Wahabi di setiap cerukperkampungan di tanah yang luas itu, Aziz ibn Saud berjaya denganusahanya. Ketika itu beliau mempunyai seorang penasihat yang secarakebetulan berminat dengan benih-benih kurma untuk dibawa ke Californiadan dikacokkan.
[size=-1]Dengan kuasa Allah,pemungut benih korma ataupun tamar itu menjadi orang kesayangan danyang dipercayai oleh Aziz ibn Saud sehinggakan ia mampu mempengaruhAziz ibn Saud mengenepikan apa juga kesan penjajahan British danmenggantikannya dengan keluaran Amerika.

[size=-1]Itu sebabnya di antara jajahanBritish, Arab Saudi merupakan negara jajahan terbesar di mana kenderaandipandu disebelah kiri dengan menggunakan kereta buatan Amerika danbukannya kereta buatan British.

[size=-1]Kalau sistem lalulintas boleh diputarbalik oleh seorang pakar 'biji-benih' (seed specialist) Amerika ituapakah lagi agaknya yang dapat dipengaruhinya di situ?
[size=-1]Tidak lama setelahbersatunya semua wilayah di tanah besar Arab itu dan dinamakan ArabSaudi, minyak dijumpai di situ oleh beberapa syarikat carigali daripadaAmerika. Sekaligus, pakar biji-benih Amerika menjadi pakar khas RajaAziz ibn Saud mengenai siapa yang sepatutnya diberikan kontrak untukapa jenis kerja yang diperlukan untuk membangunkan negara itu. Ketikaitu barulah terbeliak mata seluruh dunia betapa pakar biji itu adalahseorang perisik yang amat tinggi tahap kedudukannya dalam duniaperisikan. InsyaAllah kita akan tulis peristiwa ini secara panjanglebar pada satu hari nanti.
[size=-1]Walaupun Arab Saudimaju, ia masih menganut satu sistem kehidupan ala Arab kuno di banyaktempat.

[size=-1]Satu ketika dulu kaum wanita tidak dibenarkan memandu kereta dijalan raya. Kalau mahu menaikki teksi perlu ada seorang teman lelakiyang mahram dengannya. Apabila Arab Saudi maju harta negara yangsungguh lumayan itu diagihkan di kalangan keluarga istana dulu sebelumia terus menurun untuk diagihkan kepada rakyat yang ada. Kerana ituhingga hari ini setiap syarikat daripada luar negara mesti mempunyaiorang tempatan sebagai rakan kongsinya.
[size=-1] Setiap perusahan mestimendapatkan lesen yang hanya diberikan kepada orang pribumi.
[size=-1]Bagaimana dengan tahappelajaran di sana? Sungguh baik sekali tetapi yang belajar bukannyaanak peribumi Arab yang asli.

[size=-1]Kebanyakannya adalah anak-anak pendatangyang sudah lama berhijrah ke tanah Arab itu. Mereka datang daripadaLebanon, mesir, Libya, Palestin, Pattani, Malaysia, Indonesia dansebutlah di mana juga; memang ada sahaja rakyat asing yang menetap disana secara sah ataupun haram. Hanya segelintir anak pribumi yang mahumelanjutkan pelajarannya. Kebanyakannya leka dengan kesenangan dunia.Malahan tua sibuk dengan perlumbaan unta dan permainan helang.

[size=-1]Merekayang suka memburu dengan menggunakan helang sanggup berbelanja besaruntuk pergi ke Ethiopa dan Somalia untuk menghabiskan masa dan mengejarkeseronokan dunia. Apakah mereka perlu membaca sedangkan setiap beritadapat mereka ikuti melalui satalite besar yang terpasang di lamanrumah?

[size=-1]Lagipun siapa yang mahu membaca akhbar kalau ceritanya adalahmembesarkan kuasa raja yang memerintah?
[size=-1]Bagi orang Arab Saudi,membaca akhbar adalah membazirkan masa sedangkan waktu itu lebih baikdihabiskan menengok filem Bollywood dan juga apa juga bentuk permainandan sukan dunia. Mereka terpaku di depan TV sambil hujung 'hogah' adadi tangan sebelah kanan dan persap kemenyan di sebelah tangan kiri.Itulah kerja mereka hampir setiap hari. Bila lapar mereka korbankanseekor dua kambing untuk dilapah laksana seoarang tahanan yang lamadipenjarakan. Selera makan tidak boleh dibayangkan bahana menyedutmadat daripada 'hogah' yang lebih dikenali dengan panggilan 'doublebubble'.


[size=-1]Tak heranlah banyak orang Arab masa kini tak ambik port pasal isu Palestine....depa leka diulit intan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 05:56 PM | Show all posts
Israel tabur bom kimia di Gaza


LETUPAN berwarna putih akibat bedilan tentera Israel
dilihat di utara Genting Gaza kelmarin.



GAZA - Spekulasi semakin meningkat bahawa tentera Israel mungkin menggunakan bom fosforus berwarna putih yang diharamkan ketika menyerang Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika askar-askar Yahudi dan kereta kebal mara ke Gaza, bedilan meriam dilepaskan sehingga mencetuskan kepulan asap putih.

Tompokan putih fosforus boleh menyebabkan seseorang itu melecur di badan dan penggunaannya adalah diharamkan terhadap orang awam berdasarkan Perjanjian Geneva pada 1980.

Tentera Israel mengaku menggunakan senjata itu dalam operasi ketenteraan pada 2006 ketika menentang Hezbollah di Lebanon.

Tentera Israel menafikan menggunakan senjata itu dalam serangan di Gaza yang setakat ini lebih 530 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 2,600 lagi cedera.
"Israel menggunakan senjata yang dibenarkan berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata jurucakap tentera Israel, Kapten Ishai David.

Seorang lagi pakar ketenteraan Israel menyatakan letupan-letupan berwarna putih itu adalah bagi tujuan 'membutakan' penglihatan musuh.



SEBAHAGIAN penduduk Palestin berjalan melintasi
sebuah masjid yang musnah di Genting Gaza semalam.



Sementara itu, seorang pakar tentera Britain, Charles Heyman berkata, jika tentera Israel menggunakan bedilan fosforus, negara itu dianggap sudah melakukan satu jenayah perang.

"Jika fosforus ditembak ke arah sekumpulan orang ramai, seseorang mesti dibawa ke muka pengadilan di The Hague," katanya yang merupakan bekas tentera Britain.

Tentera Israel melancarkan serangan darat ke Gaza sejak Sabtu lalu bagi menghapuskan anggota-anggota Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah negara Yahudi itu. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 05:57 PM | Show all posts
Sebahagian Gaza dikepung Israel


BEBERAPA penduduk Palestin melarikan diri selepas
tentera Israel mengebom satu lokasi di Rafah semalam.



BAITULMAQDIS - Sebahagian Bandar Gaza dikepung oleh askar Israel dan pejuang Hamas diserang hebat selepas tentera rejim Zionis meneruskan operasi darat di wilayah Palestin semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberitahu perkembangan terbaru tersebut semalam di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar dan Pertahanan Parlimen negara itu.

"Bagaimanapun, semua objektif kami yang kami tetapkan masih belum dicapai dan operasi itu akan diteruskan," katanya.

"Kami melakukan apa yang perlu bagi melindungi rakyat Israel dan kami mahu serangan terhadap askar serta warga kami dihentikan," ujarnya.

Komen Barak itu dilakukan selepas askar-askar Israel dilaporkan menceroboh bahagian utara, selatan dan timur Bandar Gaza. - AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.342867 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list