|
Aku Cermin Engkaulah Mentari
Suhrowardi, sufi yang dikenal sebagai Syaikh al-Isyraq dan mati terbunuh oleh penguasa zalim, pernah membuat perumpamaan tentang cermin dan matahari Ketika cermin dihadapkan kepada matahari maka sinar matahari akan diserap oleh cermin itu dan dipantulkannya kembali. Andaikan cermin mampu melihat ke dalam dirinya, ia akan terkejut dan mengira bahwa dirinya-lah matahari itu karena betapa kuatnya cahaya mentari tersebut.
Manusia dalam cerita Suhrowardi di atas digambarkan sebagai cermin sedangkan Allah diumpamakan sebagai matahari. Ketika manusia mampu mensucikan dirinya dan membersihkannya sedemikian rupa, maka ia layak diserupakan dengan cermin Ketika ia menjumpai "tanda-tanda kekuasaan ilahi", ia menerima cahaya ilahi yang dipancarkan sedemikian kuatnya ke dalam dirinya. Ia serap cahaya ilahi itu lalu ia pantulkan kembali.
Manakala kita mampu menyerap dan memantulkan kembali cahaya ilahi itu, hidup kita akan terus diterangi oleh cahaya ilahi. Orang yang sudah mencapai tahap itu akan menebarkan berkah pada setiap sudut yang menerima pantulan cahaya ilahi
dari "cermin"-nya. Ia mampu sebarkan rahmat disekelilingnya. Nabi Muhammad adalah contoh terbaik dari perumpamaan di atas. Cahaya ilahi yang diserap Nabi Muhammad SAW dipantulkannya ke seluruh alam semesta. Oleh karena itu, kehadiran
Nabi Muhammad mampu menebarkan rahmat ke seluruh alam semesta (rahmatan lil 'alamin). |
|
|
|
|
|
|
|
Abu Sa'id Abu al-Khair, sufi besar abad 10 dan 11 dari Maihana, menasehati muridnya: "Selama egomu menyertaimu, engkau tak akan mengenal Allah, sebab, ego tidak menyukai manusia sempurna (insan al-kamil)" Ego itulah yang harus kita
tundukkan agar kita mampu menyerap cahaya ilahi. Bukankah demi menundukkan ego kita mampu tidak makan dan minum di siang hari Bukankah ketika kita tak datangi isteri kita di siang hari itu juga demi menundukkan hawa nafsu kita. Bukankah
demi menundukkan ke-aku-an kita mampu untuk menjaga lidah dan tangan kita dari perbuatan tercela selama satu bulan penuh.
Setelah kita tundukkan ego kita, cermin kita akan mampu menyerap cahaya ilahi dan memantulkannya ke seluruh penjuru. Dan seperti kisah Suhrowardi di atas, andaikan kita mampu melihat ke dalam diri kita, kita akan terkejut mendapati kuatnya cahaya ilahi itu, insya Allah!
Imam Gazali memisalkan hati nurani dengan kaca cermin. Bagi orang yang bersih dari dosa, maka nurani璶ya bagaikan cermin yang bening, sekecil apapun noda di wajah, segera akan nampak di cerminnya. Adapun orang yang suka melakukan dosa
kecil, maka nuraninya bagaikan cermin yang terkena debu. Ia bisa menggambarkan wajah, tetapi noda-noda kecil tidak nampak. Sedangkan orang yang biasa melakukan dosa besar, maka nuraninya gelap, seperti cermin yang tersiram cat hitam.
Hanya sebagian kecil dari cerminnya yang bisa digunakan untuk bercermin, oleh karena itu pelaku dosa besar tidak pernah merasa dirinya bersalah, karena cermin hatinya tidak bisa menampakkan apa-apa. Selanjut璶ya Al Ghazali me璵isalkan
nurani orang yang mencampuraduk perbuatan baik dan perbuatan dosa dengan cermin yang retak.
Cermin yang retak tidak bisa menggambarkan wajah secara benar, hidung bisa nampak dua, mata menjadi empat, mulut menjadi menceng dan sebagainya, sehingga orang yang seperti itu selalu kacau dalam memandang kebenaran dan kesalahan, tidak bisa obyektif dan biasanya memiliki kepribadian yang pecah (split personality).
Nabi saw bersabda,"Seseorg yg apabila kamu memandang nya kamu akan teringat Allah swt, percakapan nya menambahkan ilmu mu dan amalan nya mengingatkan kamu kepada akhirat."
Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Bila cermin terkandung banyak titik hitam, titik itu ada melitupi cermin dan cermin akan kehilangan daya pantulan. Cermin yang hilang daya pantulan ibarat hati yang hilang sensitivitinya terhadap perkara baik dan mungkar.
Nabi saw bersabda "Mukmin itu ibarat cermin kepada mukmin yang lain."
Ada sesiapa nak huraikan? 
[ Last edited by HOTlips at 15-2-2008 11:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 HOTlips's post
saya pun ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama forumner semua berhubung cermin ini..
Orang yang melihat cermin tahu yang ia melihat bayangannya. Apabila ia datang dekat cermin itu dan meneliti dirinya dalam cermin itu, maka ia tahu pula yang ia tidak melihat dirinya di situ. Jika cermin itu kecil, ia tahu bayangannya lebih besar dari apa yang dilihatnya. Jika cermin itu besar, dilihat bayangannya sangat besar meskipun ia tahu dengan yakin yang bayangnya lebih kecil dari apa yang dilihatnya. Dia tidak dapat menafikan yang ia melihat bayangannya sendiri.
Sungguhpun bayangan dalam cermin itu tidak sama besar, apabila ia berkata bahawa dia melihat bayangannya atau pun ia berkata bahawa dia tidak melihatnya, ia bukan bercakap benar dan bukan pula bercakap bohong.
Maka apakah itu bayangan yang dilihatnya???
Di manakaha ia berada???
Bagaimanakah keadaannya???
Ianya adalah yang dinafikan dan yang diisbatkan, ada dan tidak ada, yang diketahui dan yang tidak diketahui.
Adakah yang mempunyai hakikat kerana ia bukan tidak ada langsung" Deria melihatnya tetapi ia bukan ada wujud hakiki. Anda tahu pula ia maujud dan bukan semata-mata kosong sahaja.
Ke dalam hakikat seperti inilahmanusia masuk dalam waktu tidur dan selepas matinya. Dilihatnya keinginan atau nafsunya berbentuk-bentuk. Bentuk-bentuk itu bercakap kepadanya, dan dia pula bercakap-cakap kepada bentuk-bentuk itu seperti bercakap dengan orang-orang yang berjasad. Orag-orang yang kashaf melihat semasa jaga apa yang dilihat oleh orang-orang yang sedang tidur dan apa yang tleah dilihat oleh orang yang telah mati. Begitu jugalah seseorang itu melihat amalnya ditimbang meskipun amal itu semata-mata kualiti sahaja tanpa berjasad. Maut atau mati adalah hanya perkara nisbah perceraian selepas Ijtima'.
Apabila Allah memerintah yang mumkin(makhluk) menjadi apa yang telah ditentukan dalam bakat-bakatnya, maka mereka bergegas untuk melihat apa yang memang sedia wujud; kerana mereka berbakat untuk melihat sebagaimana juga mereka berbakat untuk mendengar.
Apabila yang mumkin terzhohir, ianya disinari dengan cahaya. 'Adam hilang lenyap. Yang mumkin membuka matanya dan melihat kebaikan mutlak yang sedia ada. Tidak diketahui apakah itu. Tidak juga dia tahu itulah yang memerintahkan supaya terzhohir. Tajali Ketuhanan mengurniakan kepada yang mumkim(makhluk) ilmu tentang apa yang dilihat oleh mumkin; dan bukan ilmu hakiki tentang apa yang memberi kepada mumkin itu wujudnya.
Apabila yang mumkin telah diberi cahaya, ia pun menghadap ke kiri lalu terlihatlah 'adam. Ia pun mula memerhatinya. Ia adalah ibarat bayangan seseorang yang terbit dirinya apabila orang itu disinari cahaya. Yang mumkin itu bertanya, Apakah ini?". Cahaya itu menjawab dari kanan; "Itulah dirimu!!!".
Jika anda cahaya semata-mata, tidaklah ada bayangan ini. Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang. Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku. Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku, kerana Aku ini cahaya tanpa bayang. Anda itu cahaya bercampur gelap, kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku, dan yang satu lagi menghala kepada 'adam. Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam, antara baik dengan jahat. Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu. Jika anda lari dari cahaya seluruhnya, lalu terus melihat bayangan anda, maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu. Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin. Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi.
Jika Aku panggil anda, anda tidak akan menjawab dan anda tidak dengar Aku, kerana pandangan kepada bayangan anda itu membuat anda pekak untuk mendengar panggilan-Ku. Jangan lihat Aku sebentar, kerana anda akan kehilangan bayangan anda dan mengatakan diri anda itu sebagai Aku. Dengan itu anda akan mengatakan diri anda itu sebagai Aku. Dengan itu anda akan jadi mangsa Kejahilan. Jangan lihat bayangan anda seketika kerana anda akan kehilangan aku. Anda itu pekak, anda akan lupa dengan tujuan anda itu Aku jadikan. Sekarang jadi ini dan sekejap lagi itu. Allah jadikan dua mata untuk anda. Satu untuk melihat aku dan satu lagi untuk melihat bayangan anda. Demikianlah kami telah terangkan dua jalan; - Jalan cahaya dan Jalan bayangan. Satu, jalan syukur, satu lagi jalan kufur. Sesungguhnya 'adam mustahil itu adalah kegelapan dan 'adam yang mumkin pula adalah bukan kegelapan. Oleh kerana itulah di dalam bayang ada Kerehatan Wujud.
credit for saudara Mohd Syahir Makin |
|
|
|
|
|
|
|
cermin
cermin=kesadaran @ hati sanubari@ fuad @ mcm2 lagi..
Cermin itu mcm satu mimpi..selagi dia tak tahu yg dia dlm mimpi maka selagi itulah dia jadi imej dalam cermin..
bila cermin dah berkilat atau dia sudah tahu bhwa dia dlm mimpi dan mampu keluar darinya maka 'keluarlah dia dari mimpi atau terjaga..atau 'sirna'lah cermin..tak ada cermin lagi..yg tinggal adalah AKU.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 highlander07's post
susah jugak ye..pening bila kita tafsir cermin atas makna yg berbeza! cermin terhasil bila ada imej(watak dalam mimpi)..cermin hanya ada ketika kita terlena..jika kita telah sedar dari mimpi...cermin jadi berkilat..dan kita tak perlu cermin lagi sebab imej kita dah bersatu (aku)betul ke ni??? sentiasa sedar dan cermin pun hilang jua..tapi bagaimana dgn hati?adakah ia sirna juga? |
|
|
|
|
|
|
|
pening baca thread mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 disclaimer's post
dah tukar avatar,,org hensem dalam cermin dah bertukar jadik perempuan pulak!  |
|
|
|
|
|
|
|
Cuci
Cuci aje pakai Zikir...dgn ikhlas... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas ada 3 peringkat;
Pertama : Berbuat sesuatu kebaikan kerana perbuatan itu tanpa sebarang kepentingan peribadi
Kedua : Kerana Allah
ketiga : Semua dari Allah
keempat : Dari AKU kepada AKU kerana AKU (Ringkasnya : AKU)
[ Last edited by highlander07 at 18-2-2008 10:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 highlander07's post
ye..ikhlaslah yang paling susah kita nak buat.kadang2 kita kata kita ikhlas..tapi jauh disudut hati masih ada kemahuan untuk diketahui orang atau dipuji orang,atau memperolehi ganjaran tertentu..maka imej yang baik pada cermin dah bertukar semula..inilah masalah hati yg susah nak dibuang ...kita masih bergantung harapan pada makhluk.  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dead at 18-2-2008 12:39 AM 
pening baca thread mcm ni
Nak senang Faham...cermin tu ramai Guru kata itulah HATI batin...bersih hati teranglah cermin...cermin ini pula berhubung dgn talian 4 nafas ... Nafas爐anapas ampas nufus...Maka untuk membersihkan hati alat terbaik ialah zikir kerana bukan semua orang dapat bersih semulajadi seperti mereka yg khawas ul khawas...
Mursyid biasanya akan buka sedikit demi sedikit talian 4 nafas ni supaya tenaga/warid zikir itu SOLID masuk dan memecahkan istana Iblis didalam hati...Sebab kalau terlalu besar...zikir kurang...maka tenaga zikir tidak tertumpu pada satu point....Umpama menyiram air...kalau air kurang...paip geth tu di kepit supaya memancut air tu membasuh longkang...
Bagaimana pun berbeza mengikut Mursyid...ada yg terus pada 9 latifathul pada insan...Mereka di beri isyarat memecahkan 1 persatu dahulu....bagaimana pun kebiasaan Mursyid tumpu pada latifathul Qalbi yg 7 dahulu. Dipecahkan 1 persatu atau terus pukul pada ketujuh-tujuh latifathul Qalbi....Bagaimanapun ini hanya untuk Murid yg sudah pertengahan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #96 belagak's post
en.belagak..boleh saya tau apakah zikir2 yg diajar oleh Guru untuk membersihkan hati..jika tak keberatan boleh kongsi bersama forumner semua tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Zikir Pembersih hati
Zikir pembersih hati....
Kena berguru la...Namun nabi Muhammad s.a.w dah kasi yg mudah...kalimah Toiyibbah....zikir sahaja...samada secara jihar atau sir....
memang setiap Firkah berbeza zikirnya tetapi tujuan tetap sama....Ada yg zikir Allah...ada yg zikir nafas Allahu...ada yg zikir Allahu akbar...ada yg zikir hakikat ada yg zikir makrifat.... Ada juga tasbih Khusus seperti tasbih Khusus Ahmadiah...
Mursyid biasanya akan monitor perkembangan murid melalui bisikan2 rohani atau apa jua seperti mimpi mengikut petua yg pernah diamalkan dan di lalui... |
|
|
|
|
|
|
| |
|