CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Krisis THAILAND -- update: demo besar2an minta PM letak jawatan (p4)

[Copy link]
Post time 30-12-2008 10:38 AM | Show all posts
kejap... aku nak tau..
grup y tnjuk prasaan baju kuning sblum nih - sama atau bbeza dgn grup y tnjuk prasaan baju merah neh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2008 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 30-12-2008 10:38 AM
kejap... aku nak tau..
grup y tnjuk prasaan baju kuning sblum nih - sama atau bbeza dgn grup y tnjuk prasaan baju merah neh?



group baju merah ni...   tak suka dengan pm baru thai!!!
dan penyokong thaksin...

yang baju kunen dulu  yang tak suka thaksin cinawat..
sokong abhisit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 10:55 PM | Show all posts
Ekonomi Thai hampiri kemelesetan - Abhisit


PARA penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra
mengepung laluan masuk ke Parlimen Thailand di Bangkok semalam.




BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva akhirnya menyampaikan ucapan sulungnya semalam dengan memberi amaran bahawa negara berkenaan mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi.

Ucapan dasar sulung Abhisit sebagai Perdana Menteri itu sebelum ini tertangguh selama dua hari selepas kumpulan penunjuk perasaan mengepung Parlimen.
Abhisit yang merupakan perdana menteri Thailand keempat pada tahun ini terpaksa menyampaikan ucapan beliau di bangunan Kementerian Luar.

Beliau berkata, krisis politik yang berlarutan boleh mengakibatkan negara itu terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi.

Abhisit mahu tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah itu dan memulihkan keyakinan pelabur serta pelancong asing.

"Konflik ini adalah kelemahan Thailand terutama sekali ketika ekonomi dunia semakin memasuki krisis terburuk dalam sejarah," katanya.

Ketika beliau sedang berucap beribu-ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menghalang pintu utama bangunan Kementerian Luar dan mendesak Abhisit mengadakan pilihan raya. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 08:43 AM | Show all posts
Saturday January 31, 2009
Protesters give Thai PM two weeks to step down
BANGKOK (Reuters) - Thousands of protesters marched on Thailand's seat of government on Saturday, delivering an ultimatum to Prime Minister Abhisit Vejjajiva to call elections within 15 days or face bigger street demonstrations.

Thai media said 30,000 supporters of the United Front for Democracy against Dictatorship (UDD) were at Government House, which was occupied for three months last year by the royalist People's Alliance for Democracy (PAD), a rival protest group.

Thailand's Prime Minister Abhisit Vejjajiva attends a session at the World Economic Forum (WEF) in Davos January 30, 2009. Thousands of protesters marched on Thailand's seat of government on Saturday, delivering an ultimatum to Abhisit to call elections within 15 days or face bigger street demonstrations. (REUTERS/Denis Balibouse)
UDD leaders told the crowd they did not want to cause trouble or storm the compound, suggesting there would be no violence.

Instead, they said they would deliver a letter telling Abhisit to sack his foreign minister for being a cheerleader for the PAD, prosecute PAD leaders for their occupation of Government House and Bangkok's two airports last year, and call new elections.

UDD leaders said more, larger street protests would ensue if Abhisit did not heed their demands within two weeks.

Police had positioned more than 5,000 officers around the compound in Bangkok's old town but, as with marches by the PAD, the police lines melted away in the face of the massed ranks of protesters.

Before the march, police chiefs said they would not use force.

Speaking to Reuters at the World Economic Forum in Davos, Switzerland, Abhisit said he had no problem with peaceful, legal protest.

"We respect their rights to demonstrate peacefully," he said. "It's fine if there's no violence."

Broadly speaking, the UDD oppose the 2006 coup that removed billionaire Prime Minister Thaksin Shinawatra. The PAD played an integral part in the putsch, as well as the political upheaval that put paid to two elected pro-Thaksin governments last year.

The UDD accuse Abhisit of being a stooge of the army and the PAD, a charge he denies. His foreign minister, Kasit Piromyas, was regular speaker at PAD rallies.

The march ends a month of relative calm in Thailand's three-year political crisis, which has distracted policymakers from dealing with an economy teetering on the brink of recession.

Analysts say the outlook for political stability remains bleak as long as the rift between Bangkok's royalist military and business elite, who accuse Thaksin of corruption, and rural voters who loved his populist policies, remains unresolved.




aku terkejut ker  demo mintak PM Thai step down??  nopee...... sbb  PM thai ni... paling2 lama stays pun dlm 6 bulan ler.. sebelum kena paksa step down...  mana ada politik depa stabil... tambahan bila military campur tangan dlm pemerintahan kat thailand ni... . raja bhumibol yg gering tu pung... tarak leh buat aper2 kekdahnyer...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2009 03:44 PM | Show all posts
Penunjuk perasaan gempur bangunan

PENUNJUK perasaan antikerajaan merempuh pasukan tentera dan memecahkan pintu-pintu kaca di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya, Thailand, semalam. - Reuters


PATTAYA 11 April - Lebih 1,000 penunjuk perasaan antikerajaan hari ini menggempur bangunan berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di sini.

Penunjuk perasaan yang berbaju merah dan merupakan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu telah merempuh barisan polis dan melanggar pintu kaca untuk memasuki bangunan tersebut.

Mereka membunyikan hon dan berteriak menyebut slogan menentang Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Pihak tentera kemudian mengejar penunjuk perasaan sebelum menyekat jalan menghala ke hotel tempat penginapan pemimpin-pemimpin ASEAN bagi menghalang mereka memasuki lokasi para pemimpin dijadual menikmati makan tengah hari. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 06:38 AM | Show all posts
Bangkok tegang, kelam-kabut



IMEJ televisyen menunjukkan beberapa penunjuk perasaan menyerang
sebuah kereta yang dinaiki oleh Abhisit di Kementerian Dalam Negeri
Thailand, Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat semalam sebagai usaha untuk menamatkan kekacauan politik dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penunjuk perasaan selepas perbuatan mereka menyebabkan Sidang Kemucak ASEAN Kali Ke-14 terpaksa dibatalkan di Pattaya.

Abhisit mengumumkan perintah darurat di Bangkok dan lima wilayah berdekatan bagi membendung kegiatan penunjuk perasaan yang memaksa Sidang Kemuncak ASEAN itu dibatalkan.

Kekacauan politik itu berlaku selepas kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra mahu Abhisit meletak jawatan kerana menganggap pemilihannya sebagai Perdana Menteri pada 15 Disember 2008 sebagai tidak sah.

Penyokong-penyokong Thaksin menyatakan Abhisit hanya menjadi Perdana Menteri kerana pihak tentera mengatur supaya anggota-anggota Parlimen membuat pembelotan.

Penunjuk perasaan itu mahu pilihan raya baru di mana penyokong-penyokong Thaksin menganggap akan memperoleh kemenangan.

Thaksin kini hidup dalam buangan selepas dia disabitkan dengan kesalahan salah guna kuasa oleh sebuah mahkamah.

Keadaan di Bangkok menjadi tegang selepas polis menahan seorang bekas penyanyi popular dan bekas penggubal undang-undang, Arisamun Pongruengrong, iaitu sekutu Thaksin kerana memimpin gerakan memprotes di Pattaya.

Anggota-anggota tentera melepaskan tembakan ke udara apabila penunjuk perasaan menyerbu Kementerian Dalam Negeri Thailand selepas Abhisit mengisytiharkan darurat.



BEBERAPA penunjuk perasaan menangkap
seorang awam di Bangkok semalam.

Sekumpulan penunjuk perasaan turut menyerang sebuah kereta Perdana Menteri dengan kayu ketika kenderaan tersebut keluar dari bangunan kementerian tersebut.

Sejumlah askar dan polis melihat insiden itu ketika beberapa penunjuk perasaan bergelut dengan pengawal peribadi Abhisit.

Abhisit terselamat tanpa mengalami kecederaan dalam kejadian itu tetapi setiausahanya, Niphon Prompan dan beberapa lagi pegawai menjadi tebusan penunjuk perasaan.

Kelmarin, penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menyerbu tempat persidangan sidang kemuncak ASEAN kali ke-14 di Pattaya menyebabkan beberapa pemimpin asing menyelamatkan diri dengan menggunakan helikopter.

Selepas mengisytiharkan kemenangan, kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian berkumpul di tengah Bangkok.

Beberapa buah kenderaan berperisai ditempatkan di beberapa buah jalan raya tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan.

Seorang wartawan Reuters menyatakan askar-askar tidak berusaha menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki beberapa bangunan di Kementerian Dalam Negeri tetapi kemudian melepaskan tembakan ke udara bagi menghentikan sekumpulan lain daripada memasukinya.

Beberapa saksi menyatakan mereka turut melihat beberapa buah kenderaan berperisai berada di Kementerian Luar.

Pemimpin-pemimpin berbaju merah daripada Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Bagi Menentang Diktator yang menyokong Thaksin menyatakan mereka telah menangkap salah seorang daripada pengawal keselamatan Perdana Menteri kerana dia didakwa menembak mati seorang penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, beberapa saksi menyatakan mereka tidak melihat sesiapa pun ditembak manakala jurucakap Abhisit, Thepthai Senpong menafikannya dan menganggap dakwaan itu sebagai propaganda.



SEORANG pemandu kereta milik setiausaha Abhisit cedera apabila
beberapa penunjuk perasaan menyerangnya dekat Kementerian
Dalam Negeri Thailand, Bangkok semalam.


Sekurang-kurangnya 10 persimpangan di Bangkok dikuasai oleh penunjuk perasaan yang menggunakan bas bagi menghalang laluan beberapa batang jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Seorang pegawai polis, Jeneral Vichai Sangparpai berkata, sebanyak 30,000 penunjuk perasaan berkeliaran di Bangkok.

Berikutan pengumuman darurat itu, pasukan polis dan tentera dijangka menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan yang kini menghuni semua jalan menuju ke Rumah Kerajaan sejak 26 Mac lepas. - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 09:31 PM | Show all posts
aku masih tak faham ape yang rakyat Thailand nih nak sebenarnya..
asyik2 merusuh je..hu4
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:33 AM | Show all posts
aku pom xpahe....

harap bulan 7 ne aman balik coz aku nk pi saner...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2009 06:55 AM | Show all posts
Baju Merah kembali adakan protes


PARA penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra
yang memakai baju merah berkumpul di Bangkok semalam.

Lebih 12,000 penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang menggelar diri mereka 'Baju Merah' berhimpun di sini semalam ketika pihak berkuasa Thai bersiap sedia untuk menghadapi bantahan terbesar sejak rusuhan berdarah dua bulan lalu.

Polis berkata, kumpulan Baju Merah berkumpul sejak tengah hari di satu kawasan bersejarah di sini dan menjangka sebanyak 50,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut walaupun hujan lebat sedang turun.

Jurucakap kumpulan itu memberitahu, mereka akan berkampung di lokasi tersebut hingga waktu subuh hari ini bagi menuntut Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva membubarkan Parlimen dan mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya baru.

Para pemimpin kumpulan berkenaan berjanji perhimpunan itu akan diadakan secara aman tetapi kerajaan berikrar akan bertindak keras ke atas mereka yang mencetuskan kekacauan.

Menurut pihak berkuasa, lebih 3,000 anggota polis dan 1,000 askar dikerah bagi mengawal pejabat-pejabat kerajaan.

"Setakat ini situasi masih aman. Polis sedang memeriksa jika senjata dibawa masuk dan bersiap sedia sekiranya berlaku keganasan," kata komander polis, King Kwaengwisetchaicharn. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.155272 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list