CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hambaAllah

1st nite

[Copy link]
Post time 2-4-2009 01:36 PM | Show all posts
MERANCANG KELUARGA (Part 1)

Jenis-jenis kondom dan cara-cara memilihnya

* Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.

* Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.

* Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.

* Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.

* Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.

* Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di"stretch" untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.

* Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau "British Standard Kite Mark)

* Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau chocolate.

* Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:37 PM | Show all posts
MERANCANG KELUARGA (Part 2)

Cara-cara memakai kondom

* Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi, sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.

* Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.

* Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.

* Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar. Apabila Anda belum disunat, tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom terpasang.

* Bila kondom tersebut dirasakan bocor, hentikan kegiatan seks anda segera. Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru. Selepas ejakulasi, cepat tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.

* Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah. Cuci tangan bersih-bersih.

* Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali. Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:41 PM | Show all posts
KESUBURAN WANITA (Part1)

Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:

Pusingan Haid

Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid. Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan

Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:42 PM | Show all posts
KESUBURAN WANITA (part 2)

Ujian D & C

Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurangsubur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahimwanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahimkemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara inimemberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim merekasempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalamsistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normaldapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C jugaboleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu bolehmengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidaklangsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarnake dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu. Tatacaraini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atautersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian inijarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberikepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Pemeriksaan Fizikal

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan padakilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksinaberlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan danpengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinanimbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormonprolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan

Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada systemperanakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkanfaraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari.Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai systemperanakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakanseseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistemperanakannya normal ataupun tidak.

Jangkitan Faraj

Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkalrahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihanboleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merahyang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhanseperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid jugaboleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistemperanakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenitalabnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalahkesuburan.

Pemeriksaan Laparoskopi

Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perutwanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong inidimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusatdan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salurfallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yangmenimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnyaperlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapatpenyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberisebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenispenyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelarendometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dania juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadianpenyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramaiwanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupunmenangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atautidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagiansaluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat.Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini bolehmengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:43 PM | Show all posts
Mengenali Kitar Haid Wanita

Apakah sebenarnya pusingan haid ini?

Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.

Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.   Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:44 PM | Show all posts
Syarat Bersetubuh Jadi Ibadah dan Mendapat Pahala

Hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya 5 syarat . Antara syarat-syaratnya ialah :-

1. Niat kerana Allah ; Niat bersetubuh kerana Allah ialah niat untuk menunaikan perintah Allah, iaitu melepaskan nafsu syahwat ke jalan halal dan menghasilkan zuriat yang baik agar ia dapat membantu membela agama Allah.

2. Persetubuhan hendaklah dilakukan oleh isteri atau suami yang telah dikahwinkan menurut syariat Islam.

3. Pelaksanaan persetubuhan hendaklah mengikut adab-adab yang telah digariskan sepertimana di atas. Tidak menyetubuhi isteri melalui dubur , ketika saat berpuasa siang hari pada bulan ramadhan atau ketika sedang haid atau nifas.

4. Natijah atau hasil persetubuhan, iaitu mendapat anak dan anak itu dididik agar menjadi anak yang soleh yang mentaati Allah. Selain itu hasil daripada persetubuhan juga boleh memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa serta menyihatkan tubuh badan. Justeru itu badan yg sihat digunakan utk berbakti dan taat kepada Allah.

5. Tidaklah kerana bersetubuh sampai meninggalkan ibadah utama. Contohnya oleh kerana rasa nikmat kesan bersetubuh, sampai tidak bangun bersembahyang subuh . Tidur sampai ke pagi. Perbuatan ini amatlah dilarang.

Demikianlah syarat-syarat bersetubuh yang menjadi ibadah dan mendapat pahala jika diikuti sepenuhnya.Maka jadikalah bersetubuh dan memberi nafkah batin kepada isteri itu sebagai ibadah dan pahala supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Lain- Lain Hikmah

Ketika saat seseorang itu dirangsang nafsu seks, biasanya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan melupakan alam sekeliling.Oleh itu tidak hairanlah Nabi S.A.W? berpesan agar semasa melakukan persetubuhan / berjimak seseorang itu tidak bersikap seperti binatang , seperti khaldai atau tidak melakukan persetubuan di tempat selain dari faraj atau tidak sewaktu haid dan nifas.

Dengan itu tujuan adab-adab dan peraturan-peraturan diatas diadakan agar seseorang itu bertenang dan bersabar mengikuti satu persatu. Seperti dimulai dengan beristigfar, berwuduk,sembahyang sunat,niat, berdoa,bersenda guraudan bercumbuan serta sebagainya agar nafsu seks dapat dibendung secara tenang dan disalurkan mengikut fitrah, bertata-tertib dan berakhlak. Jika tidak diikuti adab-adabnya, seseorang itu tentu melakukan persetubuhan secara lahap seperti binatang buas dan hal ini memungkinkanakan berlaku kesan sampingan pada kesihatan,kelahiran zuriat yang tidak senonoh, tidak berakhlak, atau pada fizikalnya seperti menyakitkan isteri dan menghilangkan rasa nikmat berjimak.

Indahnya islam.. sampaikan hal-hal berjimak pun diajar untuk beradab, bertata tertib dan sentiasa beribadah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 01:46 PM | Show all posts
CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:47 PM | Show all posts
Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:51 PM | Show all posts
TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN

Teknik-terknik persetubuhan atau senggama
Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau bersenggama anda yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!

Teknik Bersetubuh Barat
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan.

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil
Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

Posisi wanita di atas.
Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

Posisi duduk.
Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?
Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.
Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks. Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:53 PM | Show all posts
BEBERAPA TIPS UNTUK HAMIL

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak. Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:55 PM | Show all posts
RAHSIA KAHWIN (part 1)

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Benarkah seks itu penting atau cukupkah sekadar kemesraan bersama, sikap bertolak ansur serta mengambil berat di antara satu sama lain? Bagaimana caranya untuk membangkitkan suasana hangat sentiasa? Inilah yang cuba dikaji dan dibentangkan oleh ruangan ini (khas untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja!).

Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:57 PM | Show all posts
RAHSIA KAHWIN (part 2)

Rahsia Seks Wanita

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggupmeluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanitamenyebabkan mereka mengharapkan suami 慺aham-faham
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:01 PM | Show all posts
MERANGSANG WANITA (part1)

Cara-cara merangsang wanita (dengan cumbuan)

Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek 揷umbu-rayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:03 PM | Show all posts
MERANGSANG WANITA (part 2)

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harusdijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, diciumatau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangatdiperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dariisteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainyadengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Inidiikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untukmembangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasadiamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam duniaseks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai dayauntuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh  bahkan bukansahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalahkita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana merekamelakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengangerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosokkelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya.Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali danmenari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin.Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasilpemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untukmenyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pulamereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidakboleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiapisteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahiwanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dannyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsuberahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalahkeperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit,keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkankemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akanmelembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi makaia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkanperasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranyaberlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiapkali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.
Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelumbersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilakuyang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyakberlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budayaorang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilatliang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilakubinatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelumbersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnyakita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkansesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:
     
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:06 PM | Show all posts
MASALAH SEKSUAL

Female Sexual Dysfunction (FSD)

Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.

Menghilangkan "Love Bite" (gigitan cinta)

Tentunya anda tidak mahu 搇ove bite
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:08 PM | Show all posts
Persetubuhan Suami Isteri Cara Islam

Hampir sebahagian besar organ-organ manusia mempunyai deria rasa yang amat sensitif bagi lelaki dan wanita untuk menaikan nafsu syahwat masing-masing seperti gesel-geseran badan, raba dibahagian paha, punggung, buah dada, puting susu, leher, telinga, kening, kaki, betis dan hampir seluruh tempat-tempat lain dibadan. Bila dua insan lelaki dan wanita bersentuhan, maka secara spontan, mengikut fitrah alam semulajadi, makan keghairahan segera akan timbul.

Bila kemuncak keghairahan, dimana zakar telah tegang sepenuhnya dan si wanita telah bersedia dengan keghairahannya dan setelah dipersetujui makan zakar dimasukkan ke dalam faraj secara pelahan-lahan dan cermat agar tidak menimbulkan kesakitan padwanita.

Sekiranya faraj wanita kekeringan, maka gunakan sedikit air liur, disapu pada kepala zakar dan dimasukkan pelahan-lahan dan sopan. Jika persetubuhan memuncak, dinding-dinding otot-otot faraj dan rahim wanita akan berkembang dan mengucup sewaktu zakar berada didalam faraj.

Sebaik mungkin sewaktu melakukan hubungan seksual, pihak suami harus menarik dan menusuk zakar berulang-ulang kali sehingga si-isteri merasa puas dalam persetubuhan. Pastikan juga geseran zakar anda sewaktu tarik masuk zakar itu harus terkena pada klitoris. Ini akan memberi keghairahan yang memuncak dipihak wanita.

Jika anda tidak gopoh dan tidak gelujoh dalam persetubuhan, anda berdua akan merasakan suatu nikmat persetubuhan yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada ummatnya.

Ingat ! Persetubuhan yang gopoh-gapah, gelojoh pasti akan kecewa kerana air mani akan cepat terpancut - pramasa. Ia akan mengecewakan anda dan juga pasangan anda. Tidak mustahil keretakan rumah-tangga juga disebabkan oleh tidak puasnya seks diatas ranjang.

Hubungan Seksual
Dalam kajian kami selama 25 tahun ( 1975 - 2001 ) kami dapati ramai dikalangan suami isteri, boleh dikatakan tidak pandai berasmara atau lebih tepat dikatakan 慗ahil Seks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 02:09 PM | Show all posts
Teknik Jimak 'Onani' Tika Isteri Didatangi Haid

Isteri datang bulan? Nafsu sang suami kdgkala tak tertahan pada waktu itu? Sedarilah bhw mendatangi isteri secara intim pd waktu haid adalah haram. Namun begitu, jimak 'ringan' tanpa melibatkan penetrasi adalah dibolehkan, terutamanya menerusi jimak 'onani'.

Teknik-teknik:

Zakar suami boleh di-onani-kan dengan;

1. Mesti tangan isteri, bukan tangan suami

2. Tidak semestinya dengan tangan isteri, malah boleh di antara celah payudara si isteri

3. Atau seks oral oleh isteri, dgn syarat tak menelan air mazi / air mani suami, & tidak keterlaluan melampaui batas

4. Atau menggunakan alur luar faraj isteri / dikepit oleh kedua belah peha si isteri
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:11 PM | Show all posts
Kepuasan seks, pastikan pasangan turut menikmatinya

Nikmat seks memang mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan suami isteri akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan setiap kali aktiviti itu berlangsung.

Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati. Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai kenikmatan. Bagi memastikan hubungan intim dinikmati oleh kedua pihak anda mungkin boleh mengaplikasikan tip di bawah.

Santai
Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasma sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan. Cara itu anda bukan saja akan mendapat kenikmatan tapi juga 慿ejutan-kejutan kecil
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:21 PM | Show all posts
7 Sebab Isteri Bosan Di Ranjang

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang 慽tu-itu saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:25 PM | Show all posts
Cepat kecundang di ranjang???

Masalah ini kerap terjadi setiap kali mahu memulakan hubungan kelamin, saya terasa terlalu ghairah dan apabila berlaku penetrasi saya hanya mampu bertahan kira-kira seminit sebelum kecundang. Badan pula tiba-tiba letih dan mata pula mengantuk.

Anda sebenarnya mengalami masalah cepat klimaks dan ia berlaku kerana anda terlalu gelojoh! Dalam keadaan demikian, anda hilang tumpuan dan daya kawalan maka ejakulasi cepat selain tidak mengikut kehendak anda serta pasangan.

Bayangkan anda berlumba lari dan pecut dengan cepat dari peringkat awal, sudah tentu ketika anda sampai ke pertengahan jalan daya dan tenaga seterusnya hilang kekuatan serta tidak dapat meneruskan larian.

Perkara yang sama berlaku ketika anda bersetubuh dengan pasangan. Anda mulakan adegan bersetubuh secara mendadak dan dalam keadaan yang amat cergas.

Sebahagian besar tenaga batin anda sudah lesap dan anda hilang daya tumpuan serta kekuatan. Akibatnya, anda semakin lemah dan tidak berdaya maka ejakulasi berlaku tanpa sedar atau terlepas!

Cuba lakukan adegan pemanasan tanpa tergesa-gesa memasukkan ereksi ke dalam faraj. Apabila perasaan teruja itu terkawal dan anda dapat mengawal kekuatan serta kepadatan ereksi dengan mengemut.

Selepas itu, lakukan tusukan dalam kawalan (kemut ketika menyalurkan ereksi) dan lakukan pula tusukan ringan tanpa mengeluarkan zakar dengan penghujung zakar di ruang dalam faraj.

Dengan cara demikian, penghujung zakar terhindar dari geselan yang mengancam. Anda boleh melebihkan geselan pangkal zakar ke pembukaan faraj yang mana bahagian itu yang paling padat.

Apabila anda sudah mula dapat mengawal sensasi penghujung zakar maka barulah lakukan tusukan mengancam dengan menjungkitkan ereksi ke atas supaya geselan ereksi terkena klitoris.

Selepas itu, barulah anda lakukan tusukan mengikut selera dan rentak gerakan pasangan. Anda boleh lakukan tusukan dengan mengemut supaya ereksi tetap padat ketika geselan sedang berlaku.

Dalam keadaan itu, jika ejakulasi berlaku, anda masih dapat mengekalkan ereksi seketika dengan meneruskan tusukan sehingga pasangan dapat kepuasan.

Kaedah itu dikenali sebagai 慶oital alignment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.138617 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list