CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 8-8-2006 09:47 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Mula merokok usia 5 tahun

JOHOR BAHRU: 揝aya mula merokok sejak di sekolah tadika lagi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 8-8-2006 09:47 AM
Edisi Selatan: Mula merokok usia 5 tahun

JOHOR BAHRU: 揝aya mula merokok sejak di sekolah tadika lagi,擺/b] pengakuan seorang murid tahun satu di sebuah sekolah di bandar raya di sini, kelmarin.
...


:::

baru aku perasan artikel ni..teruknya!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by kubus at 8-8-2006 11:20 AM


:::

baru aku perasan artikel ni..teruknya!!!!


paru2 muda lg dh nk bg rosak...:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 11:28 AM | Show all posts
ni pengaruh org2 tua la ni..
<aku sedih sangat, anak aku hak no 2, kata kat aku hari sabtu baru ni..dia suh bgtau ayah dia, jgn hisap rokok, nnt jadi tengkorak!..budak kecik pun paham..>
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by kubus at 8-8-2006 11:28 AM
ni pengaruh org2 tua la ni..
<aku sedih sangat, anak aku hak no 2, kata kat aku hari sabtu baru ni..dia suh bgtau ayah dia, jgn hisap rokok, nnt jadi tengkorak!..budak kecik pun paham..>


kat opis ni pun ada dok merokok...huhuuu..jd perokok pasif laa pulak..:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 11:45 AM | Show all posts

Reply #85 que_sha's post

kat opis aku pun sama..dulu, suka2 ati ja smoke lam opis, last2 kuaq memo, baru padan muka..depa duk berasap depan opis pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 01:16 PM | Show all posts
mujoq aku tak isap rokok....walopun id ku mcm perokok tegar..kuikuikuii
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:40 PM | Show all posts
jj, depa nie pakat dok kata kat perokok, hang takmau edit ka??
aku rasa dah tahap menyentuh sensitiviti dah nie...
he he....
ampun MOD....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 05:07 PM | Show all posts
Hospital RM500j 6 tahun
Oleh YUSRI SAHAT

ALOR STAR 7 Ogos - Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek kecewa dengan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini yang masih gagal disiapkan walaupun dibina sejak enam tahun lalu.

Tegas beliau, projek bernilai RM500 juta yang dibina pada 2000 dan sepatutnya siap pada 2003 itu juga memalukan kerajaan kerana terpaksa dilanjutkan lima kali sejak tiga tahun lalu.

揝elepas beberapa kali penangguhan, HSB dijadual siap tahun ini tetapi masih juga gagal dan terpaksa ditangguhkan sehingga hujung tahun ini. Kita harap ia boleh beroperasi akhir tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan HSB di Jalan Langgar, di sini hari ini.

HSB yang bakal menggantikan Hospital Alor Star (HAS) itu mula dibina pada 16 Ogos 2000 mempunyai 730 katil, 13 wad dan 12 dewan bedah.

Bagaimanapun, HSB masih tidak dapat beroperasi berikutan beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor termasuk dikatakan mengalami kekurangan pekerja mahir dan separuh mahir.

Soi Lek menegaskan, kelewatan yang dialami oleh HSB sekali gus menjejaskan operasi dan perkhidmatan di HAS sejak beberapa tahun lalu.

揔ita terpaksa menangguhkan banyak permohonan untuk mendapatkan tenaga pakar atau peralatan di HAS kerana mahu menunggu hospital baru ini siap,'' katanya sambil menambah masalah itu turut merugikan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan tempoh siap hospital tersebut.

揃ahagian kejuruteraan Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan kontraktor untuk menentukan bila tarikh sebenar HSB boleh mula beroperasi,'' jelasnya.

Beliau berkata, bahagian teknikal kementerian itu pula akan melakukan pemeriksaan, menilai dan menguji peralatan di HSB sebelum kontraktor menyerahkan hospital tersebut kepada Kementerian Kesihatan.

揝elepas serahan dibuat, kita akan membuat percubaan tiga bulan sebelum dibuka kepada orang ramai,'' katanya.

Soi Lek memberitahu, setakat ini, pihaknya belum bercadang mengambil tindakan terhadap kontraktor terbabit memandangkan HSB telah siap 95 peratus pada masa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 8-8-2006 05:07 PM
Hospital RM500j 6 tahun
Oleh YUSRI SAHAT

ALOR STAR 7 Ogos - Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek kecewa dengan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini yang masih gagal  ...


semlm tgk kat buletin utama pasai berita ni...cantik nya dlm hospital tu..tp lmbt siap..huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 8-8-2006 01:40 PM
jj, depa nie pakat dok kata kat perokok, hang takmau edit ka??
aku rasa dah tahap menyentuh sensitiviti dah nie...
he he....
ampun MOD....


tak per.....
depa cuma tak paham....
alangkag baik jika mereka melihat akan kesusahan peladang2 tembakau...
bersusah payah menjaga hasil tembakau demi sesuap nasik...
aku merokok untuk membantu penanam2 tembakau...!
siapalah mereka jika tiada perokok...???
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:09 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by que_sha at 8-8-2006 09:47 AM
Edisi Selatan: Mula merokok usia 5 tahun

JOHOR BAHRU: 揝aya mula merokok sejak di sekolah tadika lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:10 AM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 8-8-2006 05:07 PM
Hospital RM500j 6 tahun
Oleh YUSRI SAHAT

ALOR STAR 7 Ogos - Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek kecewa dengan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini yang masih gagal  ...



kalau tak silap aku hang pernah paste gamabr plan ni dulukan...hat tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:11 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 8-8-2006 09:04 PM


tak per.....
depa cuma tak paham....
alangkag baik jika mereka melihat akan kesusahan peladang2 tembakau...
bersusah payah menjaga hasil tembakau demi sesuap nasik...
aku merokok untuk memb ...



awat depa tak karamkan daun tembakau macam daun ganja hah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:51 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 9-8-2006 06:11 AM



awat depa tak karamkan daun tembakau macam daun ganja hah?


pasai daun tembakau tu bukan kapai....
kapai buleh la karam karam nie....
dak pun panggey karam singh walia.....!!

kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:55 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 9-8-2006 06:51 AM


pasai daun tembakau tu bukan kapai....
kapai buleh la karam karam nie....
dak pun panggey karam singh walia.....!!

kui kui kui



adoii typo la pulak..tak pasai2 kena ngan mamat ni...kui kui kui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 07:05 AM | Show all posts

Reply #96 alahai's post

sopa hang laaaa....
pantang aku silap sikit jaa...
teruih tarik trigger kebabommm aku....!

kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 9-8-2006 07:05 AM
sopa hang laaaa....
pantang aku silap sikit jaa...
teruih tarik trigger kebabommm aku....!

kui kui kui



peluang keemasan mana boleh lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 09:42 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Nikotina at 7-8-2006 01:15 PM
Mat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 10:43 AM | Show all posts
pompuan ni konon2 tak makan saman..."yang anda lihat hanya lakonan semata2 bukan perangai saya yang sebenar"

Katalah apa saja!
Oleh Zainuri Misfar


Adegan ranjang Julia Hana hangatkan filem Remp-It




BERAKSI di atas ranjang dengan tubuhnya ditutupi selimut, bersandar di dada seorang lelaki sambil menghisap rokok, sudah cukup mengundang pelbagai andaian mengenai siapa sebenarnya Julia Hana, sekalipun itu semua hanya lakonan semata-mata.

Tambahan pula, kisah peribadinya yang sensasi di luar filem, sudah cukup menjadikan sesetengah pihak sinis dengan dirinya.

Namun begitu, Julia, pendukung utama filem Remp-It, selamba saja apabila menghadapi pandangan itu. Julia tidak kisah walau apapun orang hendak cakap mengenai dirinya, baik di luar atau dalam filem.

?Teruk sangat ke?? tanya Julia kepada wartawan Hip mengenai lakonannya dalam filem yang akan ditayangkan mulai esok.

?Mungkin betul ?panas? tetapi saya rasa tidaklah melampau. Usah tengok pada babak yang panas saja. Tengoklah keseluruhan lakonan saya dalam filem,? jelasnya.

Daripada nada perbualan ini, ternyata Julia, di sebalik keberaniannya melakonkan babak berani itu, memang ada rasa kebimbangan pada dirinya.

Bagaimanapun, pelakon itu bersikap positif. Sekurang-kurangnya, daripada filem Remp-It itu, orang boleh menilai kemampuan lakonannya.

Ini kerana daripada filem yang dibintanginya seperti Black Maria, Gila Bola, Gerak Khas 3 dan Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), penampilannya tidak menjadi sebutan, mungkin disebabkan wataknya hanya tempelan saja, selain penonjolannya kurang menyerlah.

Lakonannya menjadi sedikit tumpuan semasa mendukung watak Maria menerusi drama bersiri Sembilu Kasih. Dalam drama itu, dia digambarkan gadis bersopan dan bertudung. Tapi dalam Remp-It, wataknya sebagai Ieka memang amat kontras.

?Sampai bila hendak watak baik saja. Saya tak puas. Saya mahu sesuatu yang lain. Penampilan perempuan jahat dalam filem ini adalah kelainan daripada lakonan saya,? kata Julia.

?Apapun orang hendak cakap, saya akan terima saja. Saya anggap penonton matang, (berfikiran) terbuka. Saya hanya jalankan tugas dalam filem itu. Kalau ada yang cakap lakonan saya dalam filem itu sinonim dengan perangai saya di luar filem, itu hak masing-masing untuk bagi pendapat,? tambahnya lagi.

Dalam filem arahan Ahmad Idham itu, dia melakonkan watak Ieka, seorang gadis bohsia, yang terperangkap di antara dua geng ?mat rempit? iaitu Madi (lakonan Farid Kamil) dan Spark (Zul Huzaimi).

Menyedari maruahnya sudah tercemar, Ieka mahu membasuhnya dengan mengajak Madi berkahwin. Tapi Madi leka kerana lebih utamakan perlumbaan di litar haram. Ini menyebabkan Ieka berpaling kepada Spark, musuh ketat Madi.

Tindakan Ieka mengejutkan Madi. Dia mencabar Madi menyertai perlumbaan haram dengan Ieka menjadi bahan pertaruhannya.

?Sebenarnya, kalau mengikut skrip asal, saya tidak ada babak panas. Saya hanya perlu beraksi seksi saja. Tapi apabila berada di lokasi lain pula ceritanya. Semasa di lokasi pengarah dapat gambaran yang lebih menarik. Saya tergamam apabila diminta melakukan babak panas yang agak keterlaluan.

?Kerana saya sudah dibayar dan mahu membuktikan menjadi pelakon serba boleh, saya menerima arahannya,? jelasnya.

Bagaimanapun, kata Julia, melakonkan watak nakal bukan yang pertama bagi dirinya kerana sebelum itu sudah melakukannya semasa dalam filem Gerak Khas 3 (GK3). Begitupun, watak nakal dalam GK3 tidaklah sehebat filem Remp-It.

?Saya anggap apa yang dibuat dalam filem ini kerana ia disesuaikan dengan jalan ceritanya. Kalau sengaja nak tunjuk seksi, nak tayang dada tanpa ada sebab yang kuat, saya tidak akan buat babak seperti itu,? kata Julia.

Walaupun kelihatan berani seperti yang disaksikan dalam Remp-It, dia tetap mengingatkan kepada pihak tertentu supaya jangan mengambil kesempatan kerana tidak teragak-agak untuk menolak tawaran berlakon yang jelas untuk mengeksploitasi dirinya.

?Dalam filem Remp-It, saya melakonkan babak yang dianggap panas sebab filem ini mengisahkan mat rempit, cerita minah rempit, kisah pelumba haram, yang kita tahu macam mana cara hidup mereka.

?Bagi saya, apapun orang hendak cakap, saya puas hati sebab itu bermakna lakonan saya berkesan,? katanya.


PROFIL:

Nama: Julia Hana
Tempat Lahir: Kuala Kangsar, Perak
Umur: 29 tahun
Kerjaya: Pelakon
Filem: Black Maria, Gila Bola, Gerak Khas 3, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) dan Remp-It
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054039 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list