CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braderjoni

Sultan Johor Mangkat 7.08pm

[Copy link]
Post time 23-1-2010 11:18 PM | Show all posts
Nak tanye sikit.. sya keje kat company swasta tapi bhg. customer service. So memang betul2 kena berkabung ke. I mean pakai tudung kaler putih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 02:29 AM | Show all posts
alfatihah .. semoga roh beliau dletakkan dkalangan orang2 yg beriman ...

sham pon dpt tahu masa brehat d pagoh .. otw ke kuala lumpur ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 10:15 AM | Show all posts
81# langit_biru18

pakai laa tudung putih selama seminggu ni sbg tanda berkabung
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 01:20 PM | Show all posts
Kalau kena time hari sekolah tu, upacara berkabung jadi wajib kat sekolah2 kat negeri Johor... dulu mak aku penah citer, time almarhum Sultan Ismail mangkat dulu sumer pengetua dan guru besar sekolah diwajibkan suruh anak murd diorang pakai songkok balut kain putih tanda berkabung... tapi nak dijadikan citer pengetua Sekolah Tinggi Segamat time tu tak suruh anak murid diorang pakai songkok liilt kain putih so akibatnya dier kena marah laa... tak silap haku mak aku cakap pengetua tu kena lempang dgn Sultan Iskandar laa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 01:34 PM | Show all posts
Ha'ah masa sultan Ismail mangkat dulu budak lelaki kena pakai songkok dengan kain lilit putih...yang kelakonya pakai seluar pendek!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 02:27 PM | Show all posts
aah.... aku pun igt time tue...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2010 03:02 PM | Show all posts
td aku kuar org siap berebut2 nk bli tudung putih..smua kedai abis jual tdung putih jerk..siap ade kedai jual reben lilit kt songkok lg...prihatin nye org johor ttg bkabung ni..congrats johorean
gagak_itam Post at 23-1-2010 20:33


Johorean sayang Sultannya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 04:09 PM | Show all posts
Korang tak takut kna dolat ke klu tk pki lilit putih.>?

Aku terbaca at thread mne ntah yg soltan arwah ni ade dolat sbb sehari sblum mangkat, kt jb hujan ribut taufan smpi byk pokok tumbang, signboard iklan runtuh..

Aku berkabung dgn buat muka sedey je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 04:24 PM | Show all posts
84# Squall-Leonhart

masa almarhum sultan ismail meninggal aku br darjah 2 ..aku pun ingat lg ms tu pakai gown tp bertudung..pastu ada kwn makcik aku kena lempang kat bas stand larkin sbb pakai tudung itam..yg lempang tu sultan kita yg br mngkat tu laa...dia g round2 sekali terserempak dgn kwn makcik aku..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 06:51 PM | Show all posts
Time tu pengetua Sekolah Tinggi Segamat pun kena lempang dgn sultan iskandar gak la psl tak suruh anak murid pakai pakaian berkabung...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 06:53 PM | Show all posts
Nak tanye sikit.. sya keje kat company swasta tapi bhg. customer service. So memang betul2 kena berkabung ke. I mean pakai tudung kaler putih
langit_biru18 Post at 23-1-2010 23:18


biase bos yg kene saman, klu ade org check nnti.. cube tnye kt bos..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 07:34 PM | Show all posts
aku pun rasa sedih jer...adakah sultan johor yang baru boleh mengekalkan tradisi ketegasan dan keberanian dalam menegur maner yang salah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 09:43 AM | Show all posts
Kalau kena time hari sekolah tu, upacara berkabung jadi wajib kat sekolah2 kat negeri Johor... dulu mak aku penah citer, time almarhum Sultan Ismail mangkat dulu sumer pengetua dan guru besar sekolah  ...
Squall-Leonhart Post at 24-1-2010 13:20


time Sultan Ismail mangkat aku sekolah rendah mmg kitaorg diwajib berkabung..ingat lagi kena pakai reben putih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:48 AM | Show all posts
93# PrincessFiona
tul lah. masa tuh aku masih kecik lagik.tgk bapak aku pong sibuk cari reben putih. nk lilit kat setiap songkok yg ada kat umah. menghormati.kena pakai cenggituh kannn
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 11:10 AM | Show all posts
wajib pakai berkabung kalo tak kena denda..
makcik kat tmpat keja aku ckp kwn dia dah kena denda rm200 kat City Square Ahad smlm..
kalo rasa taknak pakai standby arr bayar denda....byk duit kan??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:04 PM | Show all posts
pagi ne masa minum kat area jln Abdullah Tahir kwan dgr crita dah ramai kene denda RM200 on-the-spot...klau x bayo kene angkut naik krete...
....yang kes kene luku sbb x berkabung x tau ler ada ke x....cuma dgr2 kabar angin jer kat area tiram sana...emmm TSN 'flex the musle' ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2010 12:26 PM | Show all posts
salam.... merafak takziah kepada kerabat di raja johor serta semua warga johor.
kalau pasal kompoun nie dah ramai yang kene... sampai aq tengok warga asing keje kilang tu pown ader yang lilit lengan ngan kain hitam...
mereka lagi menghormati istiadat berkabung nie dari sebilangan warga johor itu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:33 PM | Show all posts

January 23, 2010, Posted by Lixdo at 7:06 PM
sumber
http://lixdo.net/blog/peraturan-berkabung-sempena-kemangkatan-sultan-johor/


Patik sebaga rakyatJohor menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru.

Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:43 PM | Show all posts
salam

Al-fatihah .. moga roh Al-Marhum ditempatkan disamping org2 yg beriman.
rasa sayu sgt hati ni...bila tgk tv1 ari sabtu tu.. saya tgk sampai habis siaran langsung tu..cukup ringkas adat yg dijlnkan..rasa sekejap je dah selesai...
Al-Marhum mmg berjiwa rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:48 PM | Show all posts
adik aku bgtahu mmg kena denda RM200 utk sesapa yg tak berkabung ni....sbg rakyat Johor kena menghormati istiadat berkabung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.376807 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list