CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 19-12-2007 11:38 PM | Show all posts
haha.. slalu je nmpk bas ni.. tp cam uzur bebenor je gaya bas tu.. ku tak naik lg yg 2 tgkt.. yg panaroma 1 tgkt tu biasa ar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2007 11:46 PM | Show all posts
aku pon slalo nampak naik?mls la..hahaha cuz mlk kecik je nk kemana sgt
kalu tourist ok la naik jln2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 03:17 AM | Show all posts
pernah naik...mase tu kol 5++,
dok kat atas yg takde bumbung, panas gile!!
nasib baik pastu dah redup, so enjoy la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 10:32 AM | Show all posts
Venice di Sungai Melaka


Dengan jumlah kehadiran pelancong yang semakin besar, Melaka kini mengatur pelbagai perancangan untuk meningkatkan kemudahan hospitalitinya.




--------------------------------------------------------------------------------

SLOGAN Melawat Melaka Bersejarah bererti Melawat Malaysia yang menjadi tagline promosi berkaitan. Ia banyak membantu usaha kerajaan meningkatkan industri pelancongan di negeri bersejarah itu.

Kebanjiran pelancong seramai enam juta di negeri ini pada tahun lalu telah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, menjana peluang pekerjaan, perniagaan dan menambah pendapatan rakyat.

Pelancong yang datang dianggarkan berbelanja sejumlah RM3 bilion iaitu 31 peratus untuk tempat tinggal, 22 peratus bagi membeli-belah dan 17 peratus untuk makan-makan.

Pada tahun ini, kerajaan negeri mensasarkan 6.8 juta pelancong dengan anggaran mereka akan berbelanja sebanyak RM3.4 bilion manakala menjelang tahun 2010, sasarannya ialah 8.2 juta pelancong.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi memastikan sektor pelancongan terus berkembang pesat untuk kemakmuran rakyat, kerajaan negeri Melaka sedang membina beberapa projek baru yang mampu memberi impak tinggi kepada sektor berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan sedang membangunkan Sungai Melaka sebagai sumber pertumbuhan baru dengan keseluruhan kos RM320 juta yang apabila siap sepenuhnya kelak, ia setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan dan keindahannya.

Beberapa projek 'value added' akan dibina di sepanjang tebing Sungai Melaka antaranya pembinaan Hotel Butik Casa Del Rio bernilai RM85 juta, Ferris Whell, Viking Ship dan Trampoline Bunggy bernilai RM3.3 juta, kincir air bernilai RM1.5 juta, kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bernilai RM35 juta dan marina berharga RM25 juta.

Projek lain ialah pembinaan Menara Berputar Taming Sari di Bandar Hilir bernilai RM24 juta yang akan beroperasi Mac ini, Planetarium dan Melaka International Bowling Centre masing-masing bernilai RM20 juta dan Rumah Batik berharga RM4 juta kesemuanya akan dibina di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.



SUNGAI MELAKA dinaik taraf agar setanding dengan kehebatan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat.

--------------------------------------------------------------------------------


Mohd Ali meminta rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak projek pelancongan berimpak tinggi yang melibatkan bantuan peruntukan dari kerajaan pusat dapat dilaksanakan di negeri ini.

Kerajaan negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Tourism Malaysia Melaka, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Melaka dan agensi-agensi berkaitan sentiasa meningkatkan usaha menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini.

Melaka juga kerap dipilih menjadi tuan rumah kepada acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa, yang membantu menarik pengunjung ke negeri ini.

Pada tahun ini, beberapa acara pelancongan utama akan terus dianjurkan termasuk Melaka Tourism Street Carnival di Hang Tuah Mall, Melaka International Regatta 2008, Pesta Sungai Melaka, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Karnival Udara Antarabangsa Melaka, Melaka International Tourism Show, Light Up Celebration, Raptor Watch, Pesta Gendang Nusantara, Larian Antarabangsa Melaka Bandaraya Bersejarah, Pesta San Pedro serta Festival Songket dan Batik.

Katanya, kerajaan negeri memberi penekanan kepada program pelancongan bertaraf antarabangsa untuk menarik minat pelancong bukan saja dari segi kuantiti malahan kualiti.

"Kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) agar Melaka disenaraikan sebagai kota warisan dunia dan berharap memperoleh pengiktirafan itu selewat-lewatnya Ogos depan.

"Dengan pengiktirafan tersebut, Melaka akan terus terkenal sebagai destinasi pelancongan utama luar negara," katanya.

Untuk menyokong usaha tersebut, kerja-kerja penyelidikan dan arkeologi Tembok Kota Melaka sedang giat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.8 juta.

Di samping kaya dengan produk pelancongan berunsurkan sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga zaman penjajah, pelbagai produk pelancongan lain turut dibangunkan untuk memberi kepuasan kepada pelancong.

Ini termasuk pusat rekreasi, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan ASEAN, Taman Rama-Rama, Taman Merak dan Burung Melaka, Taman Seribu Bunga dan Zoo Melaka.

Selain itu, terdapat lebih 20 buah muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka dan swasta yang sentiasa menanti pelawat dari seluruh dunia.

Melaka juga umpama 'syurga membeli-belah' dengan ribuan premis perniagaan dari gerai hingga pasar raya besar.

Penginapan tidak menjadi masalah kerana setakat ini, terdapat 5,096 bilik hotel, bilik resort (2,458), bilik Chalet (484) dan bilik homestay (136). - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 01:20 PM | Show all posts
dah naik dah...best gak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 02:17 PM | Show all posts
aku lum naik lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2008 03:03 PM | Show all posts
San Antonio riverwalk mmg best.. sidewalk penuh ngan restaurant & pokok2.. ku sokong 100% kalo kerajaan Melaka nak naik taraf Sg Melaka jadik cam San Antonio riverwalk.. tapi sungai tu kene bersih le..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:40 AM | Show all posts

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 17:52

Melaka bakal miliki aerorel
Oleh LUKMAN ISMAIL


MELAKA 27 Feb. - Melaka bakal memiliki sistem pengangkutan tercanggih apabila sistem aerorel bernilai RM1.8 bilion sepanjang kira-kira 18.4 kilometer, iaitu yang pertama seumpamanya di rantau ini akan dibina tidak lama lagi.

Sistem pengangkutan yang akan menghubungkan Ayer Keroh di bahagian utara ke Banda Hilir di bahagian selatan itu turut dilengkapi dengan kemudahan hotel empat bintang di setiap stesen hentian di sepanjang laluan aerorel tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun lagi dan melibatkan dua fasa iaitu dengan jarak 9.6 kilometer pada fasa pertama dan selebihnya pada fasa kedua.

''Fasa pertama melibatkan tujuh stesen bermula di Melaka Mall melalui Hospital Melaka, Melaka Sentral, Tuah Mall dan merentasi Sungai Melaka ke Dataran Pahlawan dan berakhir di sebelah Pusat Perubatan Melaka di Banda Hilir.

''Fasa kedua pula menyambungkan stesen di Melaka Mall ke MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka), Zoo Melaka dan berakhir di hadapan tol Ayer Keroh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah untuk pembinaan aerorel dan hotel di perkarangan bangunan MBMB, di sini petang ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Pyramid Express Sdn. Bhd., pemaju projek tersebut, Datuk Lim Sue Beng.

Mohd. Ali berkata, Pyramid Express akan menguruskan aerorel dan kesemua hotel bertaraf empat bintang itu, manakala bantuan pengurusan teknikal dilakukan oleh Pinggiran Pelangi, iaitu ejen tempatan Aerobus International, Amerika Syarikat.

Kata beliau, hotel-hotel dengan setiap satunya mempunyai 25 bilik itu pula akan diuruskan oleh Leisure Group Hotel dan Resorts yang kini menguruskan beberapa hotel seperti Hotel Dynasty, Hotel Empress dan Hotel Grand Pasific.

''Dengan penambahan 2,500 buah bilik ini, ia akan dapat memajukan lagi industri pelancongan serta menarik kedatangan pelancong yang lebih ramai ke Melaka pada masa depan. Sasaran kita tahun ini ialah 6.8 juta pelancong," katanya.

Sementara itu, Sue Beng berkata, gerabak penumpang aerorel itu boleh membawa antara 280 hingga 300 penumpang pada satu-satu masa dan untuk peringkat awal, sebanyak 21 gerabak akan disediakan yang mampu membawa sehingga 9,000 penumpang sejam.

Kata beliau, aerorel itu akan bergerak dengan kelajuan purata 43.4 kilometer sejam dan mampu mencapai kelajuan maksimum 80 kilometer sejam dan akan berada di setiap stesen selama dua minit atau empat hingga lima minit pada waktu puncak.

''Sistem ini akan dapat mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran asap kenderaan di bandar raya Melaka di samping menampung pertambahan pelancong di negeri ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 09:47 AM | Show all posts
contoh gambo (lakaran) aerorel;

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:48 AM | Show all posts
areolae....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:49 AM | Show all posts
tergantung ke bawah gitu;

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:55 AM | Show all posts
Rakyat nikmati 憀impahan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:57 AM | Show all posts
4 thn lg...hmmm..
hahaha
mcm2 le dia nk buat
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:00 AM | Show all posts
hehe
gimik pilihanraya tu..

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:02 AM | Show all posts
mcm kt oversea leww ..canggih tu melaka...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:09 AM | Show all posts
agak2 lalu depan umah aku tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 10:12 AM | Show all posts
lalu lah kot..wakak....kalo aerorol nih terus smbg pj, N9 lagik besh..ekeke...semg kiter nk jln........
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:13 AM | Show all posts
best laa gitu
semua naik kenderaan awam
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:23 AM | Show all posts
itu mcm ka? mcm nk jatuh je
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:25 AM | Show all posts

BEGINILAH gambaran artis terhadap tren pengangkutan moden Aerorail yang akan diaplikasi di sekitar Melaka menjelang 2012.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.720475 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list