CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Innrukia

[Politik] PMX : 100 days plan

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 2-1-2023 11:46 PM

semua chart di bawah ni guna monthly timeframe, satu candlestick (bar) tu mewakili tempoh jangka masa selama satu bulan

indeks saham u.s.
s&p 500

empat garisan tu adalah indikator 13, 21, 34, 55-month ema

*try letak gambar bebanyak


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kuala lumpur composite index

indeks saham utama malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
us dollar index

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
usd vs myr

dolar amerika syarikat melawan ringgit malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
indeks u.s. bond utk jangka masa panjang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
bermulanya tahun 2023, agak merisaukan kalau tengok sekilas pandang graf2 tersebut

u.s. mula naikkan interest rate bermula sekitar mac dan umumkan quantitative tightening sekitar masa tu juga

s&p500 mula jatuh sejak cecah all-time high pada januari 2022

problem utk pasaran saham di malaysia pula adalah klci punya nilai memang dah lama dah hanya gerak2 di bawah kesemua 13, 21, 34, 55-month ema

dah la mmg dah lama gerak2 bawah ema so kalau la s&p500 yg sekarang ni tengah push nak tembus bawah semua ema tu, betul2 berjaya tembus ke bawah, mau junam klci.. ke camna?.. ada peluang tak klci tembus ke atas ema?.. hmmm mustahil.. sbb pe'el pasaran saham ni, kalau market us jatuh, jatuh juga la market malaysia.... tapi kalau market us naik, market malaysia dpt la ikut sama naik sikit2.. sikit2 ja laa

us dollar dalam bulan november dan disember tu mmg jatuh tapi sekarang ni dah cecah ema sbg support.. so mungkin nanti akan ada bounce sikit utk sebulan atau dua bulan, atau mungkin juga tiga bulan.. maknanya nilai usd akan menguat sikit relatif kepada kejatuhan dalam tempoh dua bulan tu... persoalannya lepas dah bounce sikit tu adakah usd akan berterusan menguat atau sambung jatuh?.. bnm dijangka naikkan opr lagi dua kali... masalahnya kalau tengok dot plot masa fed meeting kali terakhir tahun 2022, u.s. punya peak rate dijangka masih jauh tinggi lagi nak cecah... masuk tahun 2024 pula tu.. kadar inflasi barang2 di malaysia cemana pulak jadinya?.. hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kadar inflasi tahunan yg terbaru ni adalah 4%.. subsidi tolong ni

cemana pula tahun ni.. bacaan ni bukan menunjukkan yg barang2 turun harga.. bacaan ni cuma menunjukkan yg kadar kenaikan harga berkurang.. kadarannya berkurang.. tapi harga masih lagi naik.. tu pun subsidi dah tolong banyak tu

cemana pula nasib kita rakyat marhaen ni pabila gomen baru naikkan tarif elektrik syarikat2 besar, mulakan polisi baru pekerja asing, dll.. adakah para pengguna mcm kita rakyat marhaen akan serap segala kos?.. hmmm risau gak la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kita tengok masa dot-com bubble dan krisis kewangan 2007-2008, nilai s&p500 jatuh lebih 50%.. sekarang ni jatuh baru ~27% dari nilai tertinggi pada januari 2022 ke nilai terendah pada oktober 2022.. kalau la pergerakkannya ikut ragam masa zaman kemelesetan ekonomi dulu2 tu, ada lagi lebih kurang 23% julat nilai nak jatuh... apa nasib pasaran saham di malaysia?... harap2 tak jatuh la baik di u.s. mahupun di malaysia...

"The stock market is often a sentiment indicator that can impact gross domestic product (GDP) either negatively or positively. In a bull market—stock prices are rising—consumers and companies have more wealth and confidence—leading to more spending and higher GDP." - Investopedia.com

harap gomen baru ni buat bebaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya diberi mandat memimpin dengan hutang negara lebih RM1 trilion" - PM Anwar


hutang luar bagi kerajaan malaysia berada pada paras selamat dan terurus... so ucapan anwar ni boleh dianggap sebagai hanya ucapan retorik dan populis semata2


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:41 AM | Show all posts
Innrukia replied at 30-12-2022 09:42 PM
adoi yg terpaling nih payah
kalau aku nk org setuju dgn aku je takdenya aku masuk forum ni oi ...

Tapi tak pe iols suka jah tgk ekau meroyan ari2.Teruskan je meroyan ekau tu.
Ekau je yg paling terbijak dalam ni..go go go Innrukia.
Yg tak setuju dgn ekau di katakan menyokong perompak kikikikiki..sakit dada ke tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 3-1-2023 09:00 AM

Anwar: Keuntungan Bernas perlu dikongsi dengan pesawah miskin

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Jul 20, 2022 3:13 PM. Dikemaskini: 3:13 PM

PARLIMEN | Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini berkata kira-kira 150,000 pesawah miskin di seluruh negara harus dibenarkan berkongsi keuntungan daripada import beras yang kini dimonopoli oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Anwar berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan konsesi Bernas selama 10 tahun lagi hanya akan memperkayakan segelintir orang terpilih.

“Kita membantah secara prinsip mana-mana monopoli. Monopoli akan membunuh pesaing lain dan mengakibatkan kenaikan harga.

“Jadi kita sebut tadi kita patut ada tender terbuka,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


"Nombor dua, bagi petani termiskin dari Sabah ke Sekinchan (di Selangor) ke Kelantan, benarkan mereka mempunyai sedikit ekuiti supaya keuntungan yang besar itu dapat memberi manfaat kepada mereka secara langsung," kata Anwar.

Berdasarkan laporan, Anwar berkata Bernas meraih RM1.2 bilion pada 2018, RM1.3 bilion pada 2019 dan RM798 juta pada 2020.

"Pemegang saham juga menerima dividen sebanyak RM670 juta. Tetapi dengan monopoli ini semua pulangan akan diberikan kepada syarikat," tambahnya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melanjutkan konsesi Bernas untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Ditekan lebih lanjut mengenai cadangan PH untuk menyelesaikan isu jaminan makanan, Anwar mengulangi pendirian antimonopoli PH, pada masa yang sama menolak penubuhan pelbagai jawatankuasa kerajaan yang meneliti kebimbangan berkaitan.

"Dengar baik-baik jawapan PM pada Isnin. Apakah penyelesaian kepada masalah keselamatan makanan? (Untuk membentuk) jawatankuasa, jawatankuasa super dan jawatankuasa jihad!

"Kita ada masalah kita akan ada jawatankuasa. Kita ada lebih banyak masalah kita ada jawatankuasa penyelaras. Kita ada masalah serius kita ada jawatankuasa penyelaras yang serius.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah menggulingkan ahli jawatankuasa tersebut,” katanya.

--------------------

Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari

Afiezy Azaman
Disember 31, 2022 02:40 MYT

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Jelasnya, pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan.

"Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

"MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

"Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
rm 60 000 000 / 150 000 pesawah = rm 400 bagi seorang pesawah?

so pesawah yg terima rm 250 tu akan terima lagi rm 150?

hanya 400 ringgit bagi seorg pesawah manakala monopoli akan kekal monopoli?

adakah reform antimonopoli akan mula tahun ni?.. kerajaan masih lagi tak umumkan utk pecah monopoli import beras ni?

utk barang2/bahan2 lain yg dimonopoli oleh tokeh2 lain pula mcm mana?.. adakah akan ada tindakan antimonopoli oleh kerajaan?

adakah reformasi ekonomi akan diteruskan juga atau hanya dilakukan langkah sikit2 mcm ni yg seolah2 tindakan retorik semata2?

kerajaan tidak boleh berlengah bagi memulakan reformasi kerana ada pihak yg cuba menjatuhkan anwar sbg perdana menteri seawal yg mungkin berdasarkan dakwaan lim kit siang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:01 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-1-2023 08:33 AM
"Saya diberi mandat memimpin dengan hutang negara lebih RM1 trilion" - PM Anwar

thanks.. bookmark dulu nanti nak tengok

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 2-1-2023 11:48 PM
kuala lumpur composite index

indeks saham utama malaysia

Kalau ikit chart pattern utk indeks Malaysia tu mmg expect utk go lower... Dari all time high tu dh nmpk pattern reversal double top,  so secara teknikalnya kita sedang menuju penurunan,  unless in near future ada nmpk reversal pattern balik lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 3-1-2023 10:15 AM
Kalau ikit chart pattern utk indeks Malaysia tu mmg expect utk go lower... Dari all time high tu d ...

dok main2 kat situ je.. dah mcm takde pedoman dah gayanya..

ke mmg nak terjun tiruk tu?

ada senior trader ckp bursa malaysia ni tmpt big trader luar makan duit trader2 bilis local... hmm.. betoi ka doc
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-1-2023 10:33 AM
dok main2 kat situ je.. dah mcm takde pedoman dah gayanya..

ke mmg nak terjun tiruk tu?

X siapa tahu arah mana indeks kita nk tuju,  hahahaha...

Buat masa skang ni nk pegang share lebih 2 minggu pun goyang.... Sbb kemeruapan bursa yg tinggi,  dan x tentu arah... Boleh kata mcm sideway saja gerakan...

Jerung makan bilis?  Adat lah tu,  mmg tu kitaran bursa.... HahahHa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 5-1-2023 09:21 PM

Isu RM600 bilion: 'Tidak ada apa-apa yang tak kena' - Tengku Zafrul

Harits Asyraf Hasnan
Januari 5, 2023 12:30 MYT

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 dilaksana secara telus.

Justeru, bekas Menteri Kewangan itu menegaskan, tidak ada apa-apa perkara yang tidak kena susulan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

"Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.

"Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya," ujar beliau dalam temu bual eksklusif bersama CNBC pada Khamis.

Beliau pada masa sama turut mengesahkan belum lagi dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada 5 Disember lalu berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat dan melafazkan sumpah bahawa beliau tidak pernah mengambil satu sen pun wang tersebut kerana bukan hak miliknya.

Katanya, jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion, sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiscal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

klip video berita berkaitan:


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
terdapat percanggahan apa yg diberitahu oleh zafrul dgn apa yg anwar cakap sebelum ni... anwar cakap yg pegawai kementerian kewangan sahkan terdapat pelanggaran serius prosedur manakala zafrul pula bagitahu ke cnbc takde apa2 yg tak kena

so mana satu betul ni?.. apa yg anwar bgtau tu merupakan perkara serius tapi zafrul siap cakap dgn media antarabangsa lagi tu yg tiada kesalahan dibuat berkenaan dana tersebut

malah zafrul bgtahu juga pada cnbc yg dia masih belum dipanggil oleh sprm berkenaan isu ni.. ni pelik juga ni.. kenapa sampai hari ni sprm masih belum panggil zafrul... muhyiddin, kj, tok pa, dah dipanggil sprm ke belum?

anwar mesti cepat melakukan tindakan berkenaan isu ni kerana ia sepatutnya menjadi salah satu perkara yg perlu dipercepatkan dalam langkah mereformasikan pentadbiran kerajaan malaysia.. sekurang2nya anwar perlu desak sprm utk kejarkan isu ni kerana sampai hari ni sprm masih lagi belum panggil zafrul

sekiranya semakin lama isu ni tidak ada progress yg bermakna oleh badan2 berkaitan, ia akan kelihatan seperti apa yg anwar laungkan dalam ucapan2nya sebelum ni adalah bersifat retorik dan populis semata2.. atau adakah memang benar yg ianya hanyalah tindakan dan ucapan retorik dan populis semata2?

zafrul bagitau lagi yg laporan mingguan (laporan laksana) ada diserahkan kepada media... mungkin media juga boleh mainkan peranan utk sama2 siasat isu ni menerusi laporan2 tersebut.. benarkah ada kesalahan ataupun tidak?

isu ni perlu disegerakan kerana meniti hari2 pentadbiran yg mendatang, anwar mungkin akan diganggu oleh pihak yg ingin jatuhkannya sbg pm spt dakwaan lim kit siang serta ada khabar angin yg mengatakan ada 'langkah london' yg ingin menjatuhkan kerajaan yg sedia ada sekarang ni

semakin lama kelihatan seperti kerajaan tak ambil serius berkenaan isu ni sbb ambil masa lama juga ni... atau adakah benar ucapan2 anwar sebelum ni berkenaan isu ni hanyalah strategi politik yg bersifat retorik dan populis semata2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2023 09:30 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 5-1-2023 09:10 PM
terdapat percanggahan apa yg diberitahu oleh zafrul dgn apa yg anwar cakap sebelum ni... anwar cakap ...

Kita semua masih menunggu apa tindakan PMX. Sekadar ucapan atau dibuktikan dgn tindakan.
Serius atau sekadar create perception?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070354 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list