|
Hobin Jang Hobin..[Tujuh muka baru kuatkan NS]
[Copy link]
|
|
tapi poei stadium yo laa.takdo dio nak nyinggah pasar rabu ko,langkawi ko, dataran lang ko.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
insya-allah akan singgah di pokan rabu
copek bagi namo...tingga 4-5 seat yo |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sumo...
mogo Hobin monang malam nih
da dapek bokalan seleso kan...
walu sey ni fan Merah Kuning (SFC) tapi sey totap boie somangat kek suku sakat sey...
mogo TRGiant monang jugo malam ni kek Ganu...
huhuhu~ |
|
|
|
|
|
|
|
laa.pasai apo pi sokong selangor ni.heheh |
|
|
|
|
|
|
|
sey anak selangor jati...
lahir, kojo, crik rozoki sumo kek sini
kono la appreciate sket bumi MerahKuning nih
tompek lahir lagi dikonang!
heheh~
tp blood-ties nogori totap sey amik kiro
suku-sakat arwah abah sumo kek sano...
sey totap ado darah nogori!
ekeke~ |
|
|
|
|
|
|
|
tapi poei stadium yo laa.takdo dio nak nyinggah pasar rabu ko,langkawi ko, dataran lang ko.hehehe
MetalFire Post at 22-10-2009 15:35 ekau ni nk poiemenyokong ko nak buek lawatan sambil blaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
napo pon alang2..sekali sekalo pi kedah nak yo ghaso pi langkawi ko apo ko.den ni haa signbod pulau langkawi pon tak ponah tengok |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah yo N9 dapek masuk semi-final
sey tonga kecewo nih...
hehe~
p/s x po arr...at least Selangor da dapek 3 pialo
cukup2 la tuh kan!
ngeee~ |
|
|
|
|
|
|
|
cecukup lah tu... (selangor)
bagilah n9 monang lak....
kombang eh raso idong ni n9 monang lam td.... |
|
|
|
|
|
|
|
NS, Kelantan ke final
31/10/2009 11:19pm
KUALA LUMPUR 31 Nov. - Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, semalam.
Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
kobar kek sumo waghih kito ponuh an bukit jalil 7hb nie jangan buek2 sibuk lakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
eden rabu ni tompah tiket gransetand |
|
|
|
|
|
|
|
deyen tak dapek nengok live sal ado final exam,..
takpo,deyen negok kek tibi jo sambey baco buku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wan Jamak puji kekuatan mental anak buah
KEKUATAN mental pemain Negeri Sembilan ketika berdepan asakan Terengganu dan penyokong mereka, jelas menggembirakan jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mahu keadaan sama diteruskan pada aksi final Piala Malaysia menentang Kelantan, Sabtu ini.
Bagi Wan Jamak, anak buahnya memberikan persembahan cemerlang dengan kemenangan 3-1, suatu pencapaian di luar dugaan sekali gus membawa mereka ke perlawanan akhir.
“Ketahanan pemain berdepan ribuan penyokong Terengganu membolehkan kami memenangi perlawanan malam tadi (kelmarin), malah menerusi jaringan awal, kami berjaya memberi tekanan yang lebih kepada tuan rumah,” katanya.
Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas mengetepikan cabaran Terengganu dengan agregat 4-1 dan akan bertemu Kelantan yang menundukkan Perlis dengan agregat, 5-1, pada saingan di Kangar.
Menurut bekas pengendali kebangsaan itu, beliau berpuas hati dengan gandingan dua tonggak penyerang, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Hairuddin Omar yang berjaya memperbaiki persembahan dengan memperagakan aksi cemerlang untuk menyempurnakan peluang.
Wan Jamak berkata, pemain akan diberikan rehat dua hari sebelum kembali berlatih esok, bagi memastikan mereka dapat mengekalkan persembahan cemerlang dan merealisasikan sasaran menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Saya akan mula menyusun strategi kerana kami akan berhadapan perlawanan terakhir musim ini dan matlamat kami adalah untuk melakar sejarah menjulang Piala Malaysia, selepas kali terakhir Negeri Sembilan menjulang trofi ini lebih 39 tahun lalu.
"Saya yakin pemain mampu melakukannya, namun apa yang penting mereka tidak boleh ambil mudah dan cepat bangga, sebaliknya perlu berhati-hati kerana kejayaan yang diharapkan itu nanti akan bergantung sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Begitupun, jurulatih dari Johor itu berkata, beliau tidak akan memberi tekanan kepada pemainnya kerana percaya mereka sendiri mahukan suatu kejayaan cemerlang musim ini selepas gagal dalam saingan Liga Super dan Piala FA. |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri Sembilan mahu berjuang habis-habisan
PARA pemain Negeri Sembilan meraikan kemenangan ke atas Terengganu pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
SEREMBAN - Skuad Negeri Sembilan sudah mara ke perlawanan akhir dan mereka mahu menjulang piala itu yang kali terakhir berjaya dibawa pulang ke Negeri Sembilan pada tahun 1948, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya ketika itu.
Maka, jika itulah impiannya, babak final di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Kelantan 7 November ini akan menjadi medan tempur buat anak buah Wan Jamak Wan Hasan bagi membolehkan piala keramat itu dibawa pulang ke bumi Adat Perpatih ini.
Ibarat 'bercacak keris dan lembing', skuad Negeri Sembilan tidak mahu berputih mata lagi dan sejarah mara ke perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2006 selepas sekadar menjadi naib juara Piala Malaysia akan dilenyapkan pada pertemuan berprestij Sabtu ini.
Wan Jamak ketika dihubungi berkata, rekod tanpa kalah dalam aksi Piala Malaysia ini akan dikekalkan rentaknya sehingga menjulang Piala Malaysia dan impian itu tidak akan dikuburkan di Stadium Bukit Jalil, tetapi semaraknya akan dibawa sehingga mampu diarak di seluruh Negeri Sembilan kelak.
''Saya amat teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buah saya dalam saingan piala ini sehingga mampu ke peringkat akhir. Pada saya, mereka telah melakukan yang terbaik.
''Tetapi apa yang jelas ialah kita akan berjuang berhabis-habisan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini sekali gus menamatkan kemarau menjulang piala ini yang saya difahamkan kali terakhir ialah pada tahun 1948," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Negeri Sembilan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir apabila menang dengan kelebihan agregat 4-1 ke atas Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.
Ketika diminta mengulas berhubung kemenangan tersebut, Wan Jamak memberitahu, corak bermain dengan tenang merupakan kunci utama pasukannya itu mampu membenam skuad penyu walaupun bertandang di tempat lawan.
''Pujian perlu diberikan kepada para pemain kerana mereka telah menunjukkan ketahanan diri yang tinggi dari segi mental dan fizikal sehingga mampu beraksi baik walaupun bermain di hadapan ribuan penyokong Terengganu hari itu.
''Ketenangan pemain boleh disaksikan menerusi peluang yang diperoleh, dimanfaatkan dengan baik seterusnya membuatkan kami berjaya untuk menjaringkan tiga gol berbanding pada perlawanan separuh akhir pertama yang hanya memperlihatkan jaringan satu gol sahaja," jelasnya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan beliau untuk menghadapi pusingan akhir keramat itu, Wan Jamak menjelaskan, pemainnya akan direhatkan selama dua hari sebelum kembali menjalani persiapan terakhir.
''Buat masa ini, pemain dibenarkan berehat selama dua hari dan kita akan mula menjalankan latihan yang terperinci selepas mereka balik bercuti," jelasnya.
p/s: suko ayat eh 'ibarat bercucuk keris dan lembing'.umang aih power boto tu |
|
|
|
|
|
|
|
bghapo hargho tiket??nak dapek kek mano??den nak poie tgk ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiket berharga rm20...mula dijual di stadium tuanku abdul rahman paroi mulai selasa 3 nov 09 dari jam 10am - 3 pm
segala info boleh didapati di www.n9futbol.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bro keane..cakap kek waghieh n9futbol.kito sorak lagu 7 nation army time final sok.hahah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|