|
eh habis dah.... ida sila tukaq avvy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik saja melintasi kayu ara puluhan tahun yang terletak di tepi tasik itu , Ell merasakan ada sesuatu keanehan.Dia sempat memandang ke pohon kayu tempat perjanjian mereka dengan MONA Atau M yang menegak itu.Dan Ell terlihat satu kelibat melintasi pohon yang berukuran empat pelukan orang dewasa dengan jelas sekali.Tetapi Ell diamkan diri.Dan dalam hatinya , dia sentiasa berdoa, agar rakan-rakannya dalam keadaan selamat.
Dalam pada pelajar-pelajar asrama lain sedang lena diulit mimpi,Ell tidak dapat melelapkan matanya.Fikirannya terus melayang mengingati kejadian yang mengerikan sebentar tadi.Dia berasa amat ngeri.
Ell cuba memejamkan matanya.Tetapi masa itu sukar untuk ditidurkan.Perasaan Ell sentiasa takut.Takut hantu MONA akan datang meracaunya.Tambahan pula biliknya paling hampir dengan tasik itu.Tentu sekali biliknya menjadi sasaran utama! Itu sebabnya Ell siang-siang lagi telah menyuruh kami melekatkan beberapa surah suci Al-Quran di seluruh pintu bilik kami.Dengan ini hantu MONA tidak akan berani mendekati biliknya.
Tiba-tiba Ell terdengar bunyi seperti orang mandi di dalam bilik air. Dia cuba mengamat-amati bunyi tersebut.Semakin risau di hatinya kerana bunyi itu semakin jelas seperti seorang kanak-kanak sedang bermain dengan air paip , berkocak-kocak.
Ell memberanikan dirinya .Dia ingin melihat apa yang sedang berlaku di dalam bilik air.Bilik air yang berada di hujung bloknya itu agak sunyi.Sepi.Dan menyeramkan.
Tiba-tiba,darah mudanya menyirau.Ketakutan menyelubungi wajahnya yang pucat itu.Matanya menjengil melihat satu lembaga yang amat dikenali sedang mandi di bilik tersebut.Ell beristighfar beberapa kali.Dengan semangat yang masih berbaki itu dia melangkah masuk ke dalam bilik air itu sambil mulut tidak lepas membaca Ayatul Kursi.
“Kau cari aku ke? Hihihi! “
Kata lembaga itu mengejek.Tak semena-semena lembaga itu mencabut kepalanya dari badannya.Bergolek kepala lembaga itu di atas lantai bilik air.
“Ell,jom lah mandi sama-sama ! Hihihihihi!”
Ell cepat-cepat pergi ke bilik tidur .Kakinya yang menampung badan berlari itu seakan-akan ingin rebah.Dan tak semena-mena,Ell pun merebahkan badannya yang dalam ketakutan itu.Semangatnya hamper hilang.Dia membaca beberapa surah sambil memejamkan mata.
“Lari lah Ell ! Larilah lagi ! Aku nak tengok !”
Itulah suara terakhir yang Ell dengar pada pagi itu.Suara yang mengerikan .Dan akan dia ingat selama-lamanya.
Keesokan harinya Ell menggigil kesejukan.Badannya terasa seram sejuk.Mukanya pula begitu pucat.Pelajar-pelajar lelaki penghuni Blok C sejak awal pagi itu menyedari perubahan Ell , begitu berlainan keadaannya.Biasanya,subuh-subuh lagi Ell sudah bangun dan bersedia menunaikan solat Subuh berjemaah di surau tetapi berbeza pada hari itu.Biasanya Ell jugalah yang menjadi tukang azan di asramanya itu.Apabila Raz mendekati Ell dia dapati Ell dalam ketakutan.Matanya terjengil seperti nampak sesuatu.Mulutnya terkumat-kamit,kacau nampaknya.
“ Sapu saja air penawar ini ke muka Ell.Penyakitnya akan reda nanti”pesan Bang Husin,Kapten Blok C.
“ Baik,Bang Sin “
“Aku belah dulu , ya !” katanya sambil mengangkat punggung
Raz menyapu air penawar yang telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Abang Sin ke seluruh anggota badan Ell.Dia menyapu perlahan-lahan agar Ell tidak terjaga dari tidurnya.Sambil itu dia membaca selawat beberapa kali.
Kemudian Ell terjaga.Dia tidak meracau seperti sebelumnya.Dia memandang kea rah Raz.Raz menyuruh dia baring , tetapi Ell menolak.Kelihatan tubuhnya agak segar.Ell cuba menyapu mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya berkali-kali,kemudian memicit – micit daging lengannya yang sudah sedikit lebam akibat jatuh tadi malam.Hilang sengalnya seketika.Panas badannya pun hamper hilang.
“ Betul apa yang depa cakap,Raz.Blok ini “keras” lah “Ell memberitahu Raz
“ Mana kau tahu ?”tanya Raz hairan
“ Malam tadi aku nampak ada lembaga mandi di kolah kita.Aku sendiri
Nampak,dia sedang mengocak-ngocak air.Takkan aku nak tipu”cerita Ell
“ Blok ini keras?Memanglah …kan blok nie blok batu “
“Eh, ke situ pulak kau melalut!”
“Sudahlah tue Ell,berehatlah dulu.Aku nak gi cari Izreen jap”
Ell termangu-mangu sendirian .Peristiwa malam tadi masih terngiang-ngiang di matanya.Alangkah ngerinya melihat keadaan lembaga itu.Lembaga tanpa kepala itu. |
|
|
|
|
|
|
|
ell n reen and mistiri ...seperti sebuah karangan ..... |
|
|
|
|
|
|
|
ish.. pelik..ell pun da leh nampak ke? td kate tgh comunicate ngn cik P..skrg cite Ell plak.. mane satu ni dik oi...ke akak ni yg tak paham citer.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Krek ! Krek !” tiba-tiba Raz dikagetkan dengan satu suara yang agak perlahan.Dia cuba mengamat-amati suara itu tetapi tidak dapat dikesan,dari manakah arah bunyi itu.Keadaan sunyi semula.Dan apabila dia tidak mendengar suara itu,Raz memejamkan matanya semula.
Tidak berapa lama kemudian dia terdengar pinggan mangkuk bergelondangan.Dia bingkas bangun dan perlahan-lahan berjalan.Dia berjalan menuju ke pintu yang sememangnya tidak dikuncinya.Dari celah-celah lubang dia terlihat satu lembaga yang amat hodoh sedang mengais-ngais nasi lebihan jamuan blok C dengan lahapnya.Raz berasa gerund tetapi tetap digagahi juga.
“Hentikan!”Raz menjerit.
Makhluk itu berhenti dan menyeringai memandang Raz dengan tajamnya.
Lembaga itu membulatkan matanya yang hamper terkeluar itu.Giginya yang bercerakah cuba ditonjolkan hingga terkeluar beberapa ulat.Begitu juga badannya yang hamper reput dimamah cacing.
Raz cuba menggagahi tubuhnya yang sasa,namun terdapat juga beberapa getarannya.Raz membaca surah Yassin dengan lancarnya.Ya,Raz memang seorang huffaz dan dia telah menghafaz30 juzuk Al-Quran.
Makhluk hodoh itu cuba menyerangnya dengan cubaan mahu mencekik leher Raz.Raz masih membaca surah Yassin dengan galaknya.Lepas satu,satu dibacanya.Makhluk itu semakin marah.Raz menghembuskan ke muka lembaga itu ketika kian hamper dengan sepenuh tenaganya.
Makhluk itu tersentak dan mengaum lalu berundur seketika.Muka lembaga itu kelihatan bagaikan terbakar.
Kemudian Raz membaca lagi :
“Robbanaghfir lanaa wa li ikhwaaninal ladziina sa qauuna bil iimaan”
Raz membacanya berulangan beberapa kali dengan penuh keyakinan.Dan makhluk it terus lemah,lalu lari keluar dengan anggotanya semacam terbakar.Dan pada malam yang itu,terdengar satu jeritan yang amat mengerikan.
“Aku akan hancurkan kau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” |
|
|
|
|
|
|
|
lagi.....pasal ko x tido lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan turun dengan lebatnya.Sesekali dipancari kilat yang sabung menyabung.Dentuman petir pula tingkah-meningkah di sekolah kami yang sememangnya jauh ke pedalaman.Suasana yang begitu , kadang-kadang amat mengerikan bagi penghuni sekolah yang acapkali dilanda dengan pelbagai kejadian yang menggemparkan.Dan dalam kegelapan malam itu,tidak terdengar satu suara pun selain dari deruan hujan yang begitu galak meluluh bumi.
Jam menunujukkan pukul 11.00 malam.Dalam reremang cahaya lilin kelihatan seorang senior sedang menghadapi kesulitan.Dengan keadaan black out yang menyulitkan itulah,Kak Mashitah,Setiausaha Agung Biro Puteri berasa amat sakit.Perutnya yang kekenyangan itu seperti ditendang-tendang oleh sesuatu.Rasa sakitnya semakin memuncak.Dia cuba menyapu minyak angina ke perutnya.Namun kesakitan it uterus menyerangnya tanpa henti-henti.
“Aaduuuh…sakitnya!”
Mashitah cuba menegerengkan badannya ke kiri dan ke kanan namun rasa sakit itu tetap tidak mahu reda.Dia cuba memanjangkan kakinya agar kesakitan yang ditanggung itu reda.Namun masih tetap seperti itu juga.Dia terus resah menahan kesakitan.Kelihatan muka Kak Mashitah berkerut beberapa kali.
“ Aaduuh….sakitnya…perut akuu,”keluhnya beberapa kali.
Jam telah menunjukkan pukul 11.45 malam .Hujan di luar masih lagi mencurah-curah .Sesekali angin kuat menyapa tingkap biliknya itu , sedikit pun tidak dihiraukan.Tingkap itu terkuak beberapa kali dek penangan angina kencang tersebut.Semua itu tidak menarik perhatian Kak Mashitah yang sudah tidak tahan menahan kesakitan.
Sekalipun blok itu roboh dia tetap tidak akan berganjak dari katilnya.Semua ini adalah kerana keadaannya yang tenat menahan kesakitan.Baginya itu semua tidak penting.
“Ah….sakitnya….”, keluh Kak Mashitah sambil mengancingkan giginya.
Dia sekali lagi menekan perutnya yang telah kembung angina itu,beberapa kali,tetapi kesakitannya tidak juga mahu reda.Dia kini bertambah risau.
“Tok!Tok!Tok!”kedengaran seperti seseorang sedang mengetuk pintu .
Hatinya yang gusar itu tiba-tiba menjadi reda sedikit.Mungkin Mira sudah balik,usih hatinya.
“Tok!Tok!Tok!”
“Tok!Tokk!Tokkk!”berbunyi lagi
“Masuk!Pintu tak berkunci !”
“ Kreeeekkk……gangggggggggggggg..”
Kedengaran seperti pintu dibuka dan ditutup semula.Kak mAshitah menunggu dengan penuh harapan.Mukanya kini berseri-seri .Dengan kepulangan Kak Mira,teman sebiliknya itu sedikit sebanyak akan meredakan keadaannya yang terdesak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
macam karangan jer.....
melompat lompat cerita ko iz...
pasti itu bukan kak mira... |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada orang2 yang baca thread nie..
Izreen nak minta maaflah kalau tak berapa faham..
Sebab,actually threads nie merangkumi semua pnampakan hantu yang akhirnya drive kita untuk reveal siapakah Mona itu??
Kalau sambutan menggalakkan..
Nanti TT (Izreen) akan compile kan semua cerita nie ya??
Maaflah sebab buat semua bengang n tertunggu plus boring.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iz, citer pocong tu pun blm abis lagi alih2 dah lompat ke citer ell plak, pastu kak masyitah
fening la... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini hantu mona fendy?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada orang2 yang baca thread nie..
Izreen nak minta maaflah kalau tak berapa faham..
Sebab,actua ...
Izreen Post at 29-12-2010 01:05
tara apa taruskan aja...
itu semua iklan selingan sementara sambungan .... |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 seram.....lama2 aku dah rasa mcm cite khayalan pulak
cite betol ke tak ni??? pandai pulak hantu berkata2...siap ade nama mona la..siap leh cekik2 orang {:2_67:}
teman xde spm...teman tak paham la cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tulah... macam baca novel antu plak... |
|
|
|
|
|
|
|
"kita bakor...kita bakor....!!!"
idakamaruddin Post at 28-12-2010 16:33
kah3...x tahan la statement ko ni.....aku suke!! jom, layan hantu kak limah! |
|
|
|
|
|
|
|
Izreen tak kisahlah kalau orang nak cakap nie novel hantu..
Huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah..lepas nie Izreen akan compile kan hantu-hantu tue..
So,tak mo pening-pening kepala ya?? |
|
|
|
|
|
|
|
sekali ngan aku2 tersangkut kat dalam ni... cer citer... cer citer...
Joe^Duan Post at 28-12-2010 20:11
habang...... |
|
|
|
|
|
|
|
pening akak membacanya... tadi citer izreen jumpa pocong tak abis lagi dah keluar citer ell pulak bercakap dengan hantu...
adik izreen, buat draft dulu la...supaya plot cerita tu tak lari dan kami semua tak pening nak cantumkan cerita awak yang sekerat-sekerat tu...
btw, boarding school ni kat johor ehh?
muar? batu pahat? pontian? kluang? kota tinggi? mersing? |
|
|
|
|
|
|
|
Dik TT, awk teruskan je usaha mengarang, rasa2 ada yang patut diperbetulkan awk betulkan..lgpun awk blh prektis bt karangan....
apa yg dorg2 ni cakap awk put a side....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|