|
1st ENGLISH ALBUM (anti ct, siap utk lahar, fan ct, siapkan p'luru b'pandu)
[Copy link]
|
|
setuju ... tapi mak & kawan2 takkan jual salinan original tu .. sayang uols .. dah la jadik rare item susah nk dapat, takut kang lepas jual teringat2 balik kat cd tuh memalam meroyan depan rumah pembe ...
jojiekejung Post at 10-4-2010 13:06
ni pasal berita ni...xtaula sama ada berita ni betul ke tidak...
Dengarnya...: Siti berehat panjang
Oleh Normah Becok
2010/04/09
SEMOGA impian Siti untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Tuhan.
CIK Normah masih tak boleh lupa kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 walaupun sudah hampir seminggu berlangsung. Bagaimanapun, Cik Normah sedikit kecewa kerana artis kesayangan Cik Normah, siapa lagi kalau bukan Mawi tak menang sebarang anugerah pada malam itu.
Kalau Cik Normah tahu begini jadinya, awal-awal lagi Cik Normah beli surat khabar berkilo-kilo demi nak mengundi artis kesayangan Cik Normah. Paling Cik Normah sedih sangat bila Mawi di’boo’ penonton dalam Arena of Stars Genting. Cik Normah rasa, kalau tak suka, janganlah sampai macam sekali. Mawi tak buat salah apa-apa pun. Dia tak kacau bini orang atau bertukar-tukar teman wanita, tapi setia dengan isteri tercintanya, Ekin.
Apa pun, hati Cik Normah sedikit terubat kerana penyanyi wanita pujaan Cik Normah iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjaya membawa balik dua anugerah. Lebih bermakna lagi Siti turut merampas kembali takhta Bintang Paling Popular setelah beberapa tahun trofi berkenaan menjadi milik artis lain.
Bercerita mengenai Siti Nurhaliza atau Tok Ti, Cik Normah nak menyampaikan berita sedih kepada peminatnya. Cik Normah dapat tahu daripada sumber yang sahih, Siti akan merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni secara rasminya bermula 1 Jun sehinggalah hujung tahun ini. Sekiranya tempoh itu perlu dipanjangkan, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu teragak-agak untuk memanjangkan tempoh cutinya.
Kepada peminat mahupun ‘musuh-musuh’ Siti, penyanyi itu masih belum lagi ada rezeki nak menimang cahaya mata. Jadi janganlah pula buat spekulasi yang Siti sedang mengandung ya!
Dia bercuti sebab sudah penat, selama 15 tahun dalam dunia seni, Siti belum berkesempatan nak berehat panjang. Disebabkan umurnya semakin meningkat, jadi Siti pun mengambil peluang untuk berehat panjang.
Kalau tak silap Cik Normah, doktor sendiri yang menasihatkan Siti. Jika mahukan anak, dia perlu berehat. Iyalah kalau kita terlampau stres pun boleh membantutkan peluang kita nak mendapatkan anak disebabkan hormon tak stabil.
Peminat Siti janganlah bersedih ya. Tujuh bulan bukannya lama, pejam celik, pejam celik masuk bulan 12. Kita sama-samalah doakan supaya impian penyanyi kesayangan ramai ini untuk menimang cahaya mata termakbul. Kasihan juga Cik Normah tengok muka Siti apabila dia melihat anak orang lain. Wajahnya memang nampak berharap sangat mahukan anak tetapi tuhan belum nak memberinya rezeki lagi. Tak mengapalah Siti, mungkin Tuhan mempunyai aturannya. Sebagai hamba, kita berserah sajalah. |
|
|
|
|
|
|
|
tp sebelum cuti panjang tu...rakamla album jerit2 dulu...lepas tu berehatla buat anak dgn giat k |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Normah dapat tahu daripada sumber yang sahih, Siti akan merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni secara rasminya bermula 1 Jun sehinggalah hujung tahun ini.
sama seperti apa yang dikatakan mak jojie
tapi harap-harap siti buat satu album pop sebelum bercuti panjang seperti apa yang dikatakan khyree. |
|
|
|
|
|
|
|
biarla ct rehat.klu nk ikutkn kite fans die ni,mmg tak mau die rehat.tp kne fikir psl die jgk.dh 15 thn die menyanyi hiburkn kite,tk pikir pn psl rehat2 ni.untung2 ms rehat tu di bg rezeki mengandung,insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
biarla ct rehat.klu nk ikutkn kite fans die ni,mmg tak mau die rehat.tp kne fikir psl die jgk.dh 15 thn die menyanyi hiburkn kite,tk pikir pn psl rehat2 ni.untung2 ms rehat tu di bg rezeki mengandung,insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Halamak, Cik Normah ni spoiler la..... Dah berkobar-kobar dengar Siti nak buat album pop... kalau betul siti nak rehat sampai hujung tahun ni takperlah, dia pun letih gak lepas satu, satu. Tapi, album yang ke-15 mesti and kena lagi best dari Transkripsi!! Kalau album dulu pernah bagi dekat Celine, biar album akan datang duet terus ngan dier. Baru tercangak-cangak haters dia terutama dari mamat2 and minah2 Filipina yang tidak kenal erti letih dalam usaha mengutuk Siti kat YouTube.:@ Aku personally akan fed-ex kan album tu ke rumah2 setinggan dorang. Ha3!! {:2_74:}
To Siti, mana tahu kalau Allah bagi rezeki mengandung, Allah murahkan lagi rezeki. Amin!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu btul nk rehat...
temanya konsert sempena 15 thn tu xde la ekkk
kalu konsert xde... buku autobiografi pn xde la ekk...
so semua tggl angan2 la ekkk...
hmmm
tp nk la album kuar thn ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 10-4-2010 22:57
i ok jer..
terima sume apa saje keputusan CT..
tak koser i nak paksa2 dia..
nanti hasil halbemnye nan hadooo kite jugak yang bising khenss
haha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul dgn cara byk berehat boleh beri lebih peluang utk ct mengandung..
kenapa kita mesti halang?
manala tau kot2 berjaya cara tu..
doakan yang terbaik utk tok ti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah kn... btul gak kate eddy tu...
doakan ape yg terbaik tuk CT...
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
at least ct rakam la dulu album ye..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti lepas beranak x leh jerit2 pulak at least rakam lagu jerit2 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehhh...rsenya sume pminat ct pham klau ct nak brehat pnjang...tpi sblum tu hdiahknlaa pminat stu album yg malatup |
|
|
|
|
|
|
|
release album 31 may 2010.....lepas tu promo 1 jan 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
release album 31 may 2010.....lepas tu promo 1 jan 2011
harisbee Post at 11-4-2010 15:59 haha kaannnn!! Tingtong kah Ct ??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ct akan release album tuh bulan mei..sbb harituh dia kata nak release tengah tahun or akhir kan?so,sbb dia nak rehat dr bulan 6 smpai akhir tahun,mestilah dia release tgh tahun,kan? |
|
|
|
|
|
|
|
98# rotibusuk
ayyo sempat ke nak masuk studio nak pilih lagi tgh2 dok gigih promote Simplysiti nih..
aku rasa dia nak berehat panjang start 1 June tu dr show jer kot....tp berhibernasi utk buat anak dgn datuk K sambil2 rakam album???? harus nama anak nanti sempena dgn nama album??? |
|
|
|
|
|
|
|
wah!!!
aku nak ct namakan album dia guna word2 yg lebih gramatis..cam transkripsi,lentera timur,pancawarna ke..baru nmpk 'diva'...haha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|