CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matlampir

Bujang Bertanya...yg dah kawin sila la jawab

[Copy link]
Post time 4-7-2011 05:18 PM | Show all posts
Reply 9# voizze


   bg aku xkira laki2 ke perempuan.sumenya kbanyakkan masa bcinta lain,dah kahwin lain.sbnarnya ada yg masa bcinta baik sgt,sume yg pasangan buat nmpak baik.coz kdg2 seseorang tu bsifat pejam mata,harap benda yg di sayangi tu dapat dimiliki.cthnya knp pmpuan yg bcinta dgn laki2 yg baran sggup bsabo je??walau pun tgah bcinta sbnarnya boleh blah,cari yg lebih baik.tp sbb sayang..slalu org anggap..xpe,bila dah kawin sume akan brubah..tp sebenarnya org mcmni sedang memperjudikan nasib sdiri.sstgah pmpuan pun gitu,sblum kawin blembut je ckp dgn suami,lps kawin ada yg suara tarik tinggi sekali.
sblum kawin jumpa pasangan 3,4 jam je.bukan hari2.perangai sbenar pun kita boleh sorokkan.yelah depan pasangan kita kdg2 nak tunjukkan kitalah yg tbaik,sbb blum kawin.tp lps kawin sampai bila kita nak sorokkan perangai kita sebenar??mlainkan kita berubah.masa g kursus kawin ustaz ni ckp..bila kawin ni ada je syaitan yg nak mghasut utk runtuhkan rumah tangga kita.sebelum kawin kita baik2 dgn pasangan,coz kdg2 syaitan nak tarik kita kpda kmungkaran.cthnya jalan2 pegang tgn suka je,rasa romantik..kalo dah kawin tu syaitan ni mghasut banyak,coz bila kita bahagia n rapat dgn suami,panas je punggung dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 05:34 PM | Show all posts
Reply  cucur

realitinya dia cube menjadi superwoman walopun kudratnye terbatas..
menguruskan ke ...
apple_honey Post at 4-7-2011 16:26




tau jer cik apple_honey.... tu la kte sayang isteri kite


cik apple_honey tau tak.... tiap pahala yg suami buat isteri dapat bahagian dia tak berkurang pun dari yg suami dia dapat. TAPI tiap dosa yg isteri buat,suami yang tanggung tau huhuhuhuhuhu. cik apple_honey nak dunia ke nak yang kat sana?...kalo ikut tamak manusia 2-2 pun nak kan..kan...kan... bape sangat la maskawinnyer pun kalo nak banding ngan yang kene tanggung tuh... tak senang ke jadi perempuan?... belum kahwin ayah tanggung, dah kahwin suami tanggung.  sikit2 tak payah la berkira sangat ngan lelaki ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by apple_honey at 4-7-2011 21:16

Reply 82# cucur

     susah lelaki pada tjawab,
    susah perempuan pd aurat dan  tak senang jadi perempuan kerana emosi dan perasaan yg tak menentu
    ditambah pula hasutan syaitan
    ssh sgt ke nk meringankan beban isteri dan menggembirakan hati dia?
    mungkin kkdg pd lelaki suatu perkara tu agak kecil tp besar maknanya pada perempuan
    adakah perempuan perlu terime aje ape perbuatan lelaki meskipun kkdg melukakan hatinya?
    kesabaran ade batasnye.. kalo terlalu banyak dia memendam rasa
    mgkn ape yg dia lakukan tak lagi menjadi pahala kerana telah hilang keikhlasan
    mungkin juga nanti dia akan memarahi suaminya dan mengungkit.. lupa kebaikan suaminya
    dan bertambah dosanya
    kalo perempuan begitu mudah masuk syurga nape ramai masuk neraka?
    dlm senang ade sshnye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 12:37 AM | Show all posts
"Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.



Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas Al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. "

Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya.
Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua. Insya'Allah. Sikap isteri tidak menghormati suami adalah gejala sosial muslim sekarang.

Ia dilakukan kerana berfikir bahawa suami mesti buat seperti isteri dalam rumahtangga. Tabiat isteri suka meleteri suami dan tabiat suami yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata, mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


Wallahuwaklam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:31 AM | Show all posts
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia  ...
matlampir Post at 5-7-2011 00:37



kalo lah saya pun leh kasi tacang cam MOMOD kasi kat saya, 16 kedit terus sy letak kat situ......
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:58 AM | Show all posts
Iols bujang....jadi leh bertanya:

1. Best ke kahwin?
2. Orang kahwin kena tidur pasang kelambu ek? Kenapa?
3. Pernahkah jatuh katil?Kenapa leh jatuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2011 11:08 AM | Show all posts
1. Best ke kahwin?
klau dah kawen nyesal x kawen masa umor 16 dolu... hehe
2. Orang kahwin kena tidur pasang kelambu ek? Kenapa?
ini cakap orang tua2 dolu, zaman skrang x dak dah
3. Pernahkah jatuh katil?Kenapa leh jatuh?
jatuh katil sebab gurau idak pon mengigau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:50 AM | Show all posts
1. Best ke kahwin?
- besttttttt wooo...tu pasal lelaki sampai nak kahwin 4 dan pasal tu gak pompuan kalo leh tak nak kongsi dah suami dia ngan org len.

2. Orang kahwin kena tidur pasang kelambu ek? Kenapa?
- ada ke lagi jual kelambu ni...?

3. Pernahkah jatuh katil?Kenapa leh jatuh?
- Belum pernah lagi. katil quenn beb!! bukan katila bujang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 02:13 PM | Show all posts
Reply 81# fire_place


Maaf sesangat..tak semua macam tu..aku tak pretend who am i masa bercinta..aku ada 10 test yang aku buat kalau nak berkahwin dgn aku..salah satu..aku tunjuk kepala angin aku ..banyak my boy frenz..yang tahan hanya suami aku saja..dia cakap tak pe..sekurang2nya masa dah kawin tak terkejut ..then aku cakap kalau tak nak terima apa kekurangan aku..direct cakap..dats dulu my mum risau tak de sapa nak aku..haha..mak aku cakap boipren ramai..tapi tak tahu sape suami aku..hehe..
lawak pun lawak..coz suami aku cakap dalam ganaz ada kelembutan..aku mmg suka tunjuk jahat aku..kenal jahat baru kenal baik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:39 PM | Show all posts
setuju tak kalau saya kata....

lelaki lepas kahwin, dia masih ada masa nak hang out ngan kawan2
tp kalau perempuan kalau dah kawin, masa nak hang out ngan kawan2 dah takde.. balik keje, tumpuan kat anak2... anak2 la segalanya

dannn setuju tak kalau sy kata...

perempuan kalau dah kawin, dah takde masa nak berhias untuk suami.. tp kalau berhias untuk ke pejabat bukan main lagi... dia puyna wangi sebatu dah bau dah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply  fire_place


Maaf sesangat..tak semua macam tu..aku tak pretend who am i masa bercinta..a ...
ss82 Post at 6-7-2011 14:13



Mesti suami puan ss82 ni orgnyer pendiam kan...?..meh saya teka...

suami puan ni mesti suka senyum...time puan marah/bebel(niat nak masuk neraka la ni ) dia mesti wat lawak kan..kan..kan...

suami puan ni mesti anak kesayangan mak dia!!!! betul tak? betul tak???... suami puan juga sorang yg lemah lembut, jaranggggg

sgt meninggi suare..sangat bersopan santun.. menghabiskan masa di rumah yang menjadi syurganyer...  peh dah tarap fadilah

kamsat dah aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 04:22 PM | Show all posts
Reply 89# ss82


   betul..sebab tu aku cakap kebanyakkan..kebanyakkan pasangan bila dah kawin baru tahu buruk baik pasangan yang sebenar..sbb tu ada org kawin xsampai sebulan bcerai,psl tkejut,bila dah kawin tgk pasangan kaki hangin,dulu masa bcinta xmcm tu.sbb tu aku ckp,kita kalo ada sikap buruk yg dah sebati dlm jiwa,kena amik langkah berubah..tp tu tpulang masing2..mcm aku sblum kawin mmg kaki angin,baran,mak aku,atuk aku pun ckp..aku dpt laki baik mcmtu kalo xtahu jaga mcmne lah.aku yg dgr tsentap juga.pastu aku jadikan tu cabarn utk aku ubah sikap sebelum kawin.suami aku dulu mmg kenal aku yg baran ni camne,setakat gaduh rantai dia bagi aku rentap,pecahkan pc dia,tu xda masalah..tp skrg dia bterima kasih coz dia nampk aku sejak awal kawin bnyak berubah.tp buruk baik tu bukan dr perangai je,tp dr segalanya.sebelum kawin melawa,dah kawin serabai.sebelum kawin cakap lemah lembut,dah kawin bengkeng.sebelum kawin dibelai,lepas kawin kena penyepak.sbb tu kalo kita pg pjbt kaunseling pkhwinan,kita dpt bnyk psngn kawin cerai.bila aku baca kes2 tu,bnyk akibat sifat yg ada dlm diri tp xnak ubah.sifat sbenar.patutnya tahu tujuan kawin sebenar.dan jgn bawak masuk sikap buruk dlm alam pkahwinan.cth kalo bujang malas,dah kawin ubah.tp ada yg masa belum kawin dok umah mak,rajin kemas,dah kawin dok umah sdiri,mentang2 xda sape bebel..besepah.tak terurus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:52 AM | Show all posts
1. prepare ur self to face all her promises for your before married get betrayed2. prepare ur self to lose ur "telur" (dipijak kepala dan diambil kesempatan)

3. prepare ur self to be "sesame street puppets (dikawal, dilarang, dibelenggu dan dikecam)
4. prepare ur self to lost everyone who supposed to be ur love ones (mak, bapak, adik, abang, kakak, rakan2 dan sedara mara. time tu mata kita akan terbukak luas sapa sebenarnyer mereka yg rupa2nya sayangkan kita selama ini)
5. prepare ur self to witness a lot of surprise (yg mana buruk si bini akan lagi byk dr positive)
...

...
...
...
byk lagi la.....tak larat nak wat dosa kering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:05 AM | Show all posts
Reply 90# mizmini


Buat masa ini, aku kurang setuju..aku ada masa hang out dgn kawan2 aku..coz suami aku izinkan..dia kata dia tahu aku stress dgn pejabat then jaga anak2..aku g karoke, main bowling and tgk wayang dgn kawan2 sebulan 2 kali..suami aku pun diizinkan keluar dgn kawan2..minum2 kopi kat coffee house, pergi keluar main bowling..apa2 shj yang suami aku suka..

pasal berhias tu..aku masih berhias untuk suami aku sama masa dia kenal aku..cuma aku dah kurang make up and wangi lebih2 bila keluar..walaupun dia tahu aku mmg hantu perfume...suami aku jeles org lain tahu minyak wangi aku
..so aku make up lebih sket kat umah and wangi lebih2.....

dah ada anak 2 pun..aku ajar anak pakai comei2 and wangi kat rumah..pastikan gigi bersih (perkara wajib) ..heheh..
depends pada memasing..itu hak mereka nak jaga hati suami macam mana..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply 91# cucur


   Ciri2 suami saya tu mmg betul..ciri2 sya pendiam? tak juga..bising gak saya ni..adakah kamu ahlu nujum ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply 92# fire_place


    betul aku setuju..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply  cucur


   Ciri2 suami saya tu mmg betul..ciri2 sya pendiam? tak juga..bising gak saya ni ...
ss82 Post at 7-7-2011 09:35



   tak de kata pun ss82 ni pendiam.....

ini komensen jer puan ss82 oiii...tu la tanda2 keluarga bahagia. pasangan yang melengkapi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:09 PM | Show all posts
1. prepare ur self to face all her promises for your before married get betrayed2. prepare ur self t ...
ekmal_sorrow Post at 7-7-2011 00:52



   Ni spesis susah jumpe ni.....leh masuk kategori spesis terancam...1 dr sejota
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply 97# cucur


    ops..ampun yer..malunye beb ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 08:22 AM | Show all posts
gen nak tanye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.552181 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list