CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajie2000

Kisah Sebenar Disebalik Runtuhan Struktur Ayah Pin

[Copy link]
Post time 5-9-2012 01:41 PM | Show all posts
blinkazwa posted on 5-9-2012 01:03 PM
Siapa retis tersebut?
Ramai ke..
Ayah Pin muka gitu jer pun.. tu pun ramai org ngikut..

x ingat nama,klu x silap rockers 80/90an dulu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2012 12:52 AM | Show all posts


Ajaran Ayah Pin
Akidah
Tarikh Keputusan:  26 Oct, 1997
Huraian Tajuk/Isu:
Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.

Keputusan:
Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.

Keterangan/Hujah:
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.


Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  4 Dec, 1997
Nombor Rujukan:  [MB.TR.(s);16/72 Bhg. 4; PUN.
Akta/Enakmen:  No. 1461.

Sebagaimana terdahulu disebutkan Ayah Pin mewarisi ajaran ilmu dari menantunya Hasan Anak Rimau kerana Ayah Hasan berkahwin dengan anak perempuan Ayah Pin. Ayah Hasan asalnya orang yang mendalami zikir sufi, tapi tersesat jalan ditengah perjalanan suluknya. Kerana itulah pentingnya orang yang nak taqarub, nak zikir membersihkan diri dengan cara extrem (seperti ribuan kali) perlu berguru, atau ada sumber rujukan mereka.

Ini kerana orang meniti jalan ini tanpa ada asas akidah, memahami syariat dengan sahih akan mudah tersesat jalan walaupun niatnya bersih kerana syaitan memang mahir bab pesong orang baik. Dua2nya asal nak taqarub, tapi kerana tidak memahami jalan syariat dengan betul, akhirnya syaitan mudah membisikkan ajaran sesatnya. Zikir2 rasa dah bersih hati, dah capai makam ikhlas, mahabatullah, syaitan pun bisik tak perlu solat. Yang dua orang ini, keinginan tasawufnya tinggi tapi tak faham jalan syariat , termakan dengan pujuk rayu tak perlu solat. Lama2 angkat diri jadi wali, jadi nabi, jadi wakil tuhan.

Fatwa Ajaran Hassan Anak Rimau
Akidah
Tarikh Keputusan:  28 Jan, 1986
Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Jan 1986 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran Hassan Anak Rimau. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14(3)Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jumaah Ulama memfatwakan bahawa ajaran Hassan bin Yaakub atau yang digelar Hassan Anak Rimau adalah menyeleweng yang boleh membawa kepada kufur. Jumaah Ulama juga kuat berpendapat bahawa Hassan Anak Rimau adalah seorang penganut dan penyebar ajaran salah. Jumaah Ulama juga telah menghalusi amalan zikir Hassan Anak Rimau dan didapati ianya ada hubungan rapat dengan konsep ajaran dan akidahnya, maka dengan ini memfatwakan bahawa amalan zikir berkenaan adalah salah.

Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  3 Jul, 1986
Nombor Rujukan:  [MUI.(Kn.) 43/78/Bhg.2.]
Akta/Enakmen:  No. 255

Last edited by te_peng on 6-9-2012 12:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 07:43 AM | Show all posts
Motif cerek...pelik2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 12:19 PM | Show all posts
Masa aku dpt email psl cerita jin buat roadblock ni (masa tgh kecoh serbuan kat kampung Ayah Pin Number ATM ni), aku dah nak tergelak dah. Mcm polis buat roadblock pulak ye, boleh statik je jin2 tu. Boleh pulak bas buat lencongan lalu jalan lain, tapi jin tak tau. Bukan ke Jin ni lagi laju dari Superman ke kalau nak bergerak? Dh tau orang buat lencongan ala-ala The Amazing Race tu, pi la kejar..

Cerita lain (tak tau betul ke tak), masa kursus kahwin kat terengganu, penceramah tu org besar bahagian penguatkuasaan jugak la, dia bagitau Ayah Pin ni lama dah masuk dalam. SB dapat angkut dulu. Tapi punca kenapa tak disebarkan Ayah Pin dah kena tangkap, takda sapa tau. Bagi aku, logik jugak cerita ni sbb biasa lah SB punya keje. Sedangkan cerita Mahaguru Silat Omar Din (ye ke nama dia tu?) menangis2 smpai terkincit kena psiko dengan SB pun tak ramai yang tau (dicerita sendiri oleh otai SB yg terlibat) .Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 01:25 PM | Show all posts
havoqs posted on 7-11-2012 12:19 PM
Masa aku dpt email psl cerita jin buat roadblock ni (masa tgh kecoh serbuan kat kampung Ayah Pin Num ...

kisah ayah pin tak bape nak menarik tapi ayat yg last tu macam best..ce citer ce citer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2012 01:42 PM | Show all posts
hantukiller posted on 28-8-2012 03:20 PM
10k???? kaya kaya kaya kaya aku.... kikiki

Salam HK,
ni mama nak tumpang tanya....
apa pasai tepat kul 3 anak mama yg baru 2 thn akan menangis, meracau dan merengek??? dah buat mcm mcm, tapi lagu tu jugak...kat rumah babysitter dia happy sangat...balik rumah bila malam time tidoq ja dia jadi mcm ni....nasihat sket. tkasih.

(ampun maaf tumpang sat bertanya...)
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 01:53 PM | Show all posts
bottombikini posted on 7-11-2012 01:25 PM
kisah ayah pin tak bape nak menarik tapi ayat yg last tu macam best..ce citer ce citer...



Ayat last aku: "Wallahua'lam". Sekian cerita aku.


Disclaimer:- cerita dongeng semata2..
pakcik ni kena angkut psl kaitan dgn kongsi gelap. Masa sesi "bual-mesra" dan "minggu suai-kenal" tu la pakcik ni kena kaw-kaw. menangis2 terkincit2 mcm budak kena jentik telinga tak padan dengan status dia yang mahaguru tu. Camne diorg boleh buat pakcik ni smpai mental breakdown? kalau dengar pun boleh tahan ngerinya.. tanpa melibatkan sentuhan manja pun.. sbb tu kalau cerita hal pakcik ni, @ set2 silat konon kuat gila boleh terbang, @ pekida perasan gengster, set2 007 ni sengih je. nk cerita lebih pun aku tak tau pantang-larang geng2 007 ni. kot2 melanggar pantang larang. anyway, ini hanyalah cerita rekaan semata2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 02:25 PM | Show all posts
havoqs posted on 7-11-2012 12:19 PM
Masa aku dpt email psl cerita jin buat roadblock ni (masa tgh kecoh serbuan kat kampung Ayah Pin Num ...

SB tu Sultan Brunai kah? ke maksud lain

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:30 PM | Show all posts
havoqs posted on 7-11-2012 01:53 PM
Ayat last aku: "Wallahua'lam". Sekian cerita aku.

ye paham..

tah-tah kita-kita ni pun ada fail masing2..bukan kita tau pun kalo SB ada dok ngekor..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:51 PM | Show all posts
mamaezah posted on 7-11-2012 01:42 PM
Salam HK,
ni mama nak tumpang tanya....
apa pasai tepat kul 3 anak mama yg baru 2 thn akan menan ...

apa lagi selain jin dampingan mak atau bapak dia.... maknanya rumah tu dikongsi tempat tinggal le dgn jin hehe


biasanya yg kene berubat mak bapaknya, bukan budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:58 PM | Show all posts
hantukiller posted on 7-11-2012 02:51 PM
apa lagi selain jin dampingan mak atau bapak dia.... maknanya rumah tu dikongsi tempat tingga ...

uishhhh tak lah...insyaallah tak lah...kami tak kawan dgn jin jin semua laaaa....ada ka kata lagu tu...sebenarnya mama baru pindah masuk rumah ni, dulu kosong...kami duduk KL..adik yg kecik tak pulak..hanya si abang ja...kalau balik kampung tok dia, dia ok ja...balik mai putrajaya dia sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:01 PM | Show all posts
mamaezah posted on 7-11-2012 02:58 PM
uishhhh tak lah...insyaallah tak lah...kami tak kawan dgn jin jin semua laaaa....ada ka kata lagu  ...

HEHE,  tak percaya lagi bagus, tak payah le memikir napa anak tu asik menangis tu.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:17 PM | Show all posts
havoqs posted on 7-11-2012 12:19 PM
Masa aku dpt email psl cerita jin buat roadblock ni (masa tgh kecoh serbuan kat kampung Ayah Pin Num ...

Sebenarnya roadblock oleh orang kampung bukan jin,  bila sampai satu kawasan bas di tahan oleh orang kampung, ada yang tunggu tengah jalan, keluar dari semak, ikut dengan motor. Orang situ tak bagi lalu. Dipercayai pengikut Ayah Pin. Masa tu Hj Lokman dan Ust Syukri (pegawai agama Istana Terengganu ) turun berbincang dengan orang kampung yang menahan.

Jadi ikut jalan lain pula dan singgah di Masjid Jertih (masjid lama sebelum Masjid Hadhari didirikan disebelahnya) untuk berehat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:15 AM | Show all posts
mamaezah posted on 7-11-2012 01:42 PM
Salam HK,
ni mama nak tumpang tanya....
apa pasai tepat kul 3 anak mama yg baru 2 thn akan menan ...

Mamaezah.. anak saya umur 2 tahun setengah pompuan pun camtu gak.. last week tetiap mlm/pagi kul 2:30am mesti dia terjaga dr tido dan menangis.. xtau apa yg dia nak.. tunjuk sini sakit ke.. sana sakit ke.. dia geleng kepala jek.. garu2 kepala.. tengkuk.. saya tolong la garukan sambil baca la ayat2 yg patut sama ayah dia.. nak kata gangguan.. entah la.. sebb tetiap mlm akan berkumandang lah ayat2 Ruqyah dr BB notebook dr masuk bilik nak tido hingga lah ke paginya lps bersiap g kerja baru tutup.. minggu ni dah kurang sikit.. xla tetiap mlm.. Risau la jugak kan.. ni nak tengok klu berlarutan lg nak bwk dia g berubat.. ni nak cari air Anugerah.. nak bg dia minum.. harap2 ok la dia nanti.. budak2kan.. lemah semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:45 AM | Show all posts
Shahreen74 posted on 8-11-2012 10:15 AM
Mamaezah.. anak saya umur 2 tahun setengah pompuan pun camtu gak.. last week tetiap mlm/pagi kul 2 ...

tu la, mama sampai jadi mati akal, skrg tak bagi dia tengok channel 613 tu, mmg kartun dah kena ban...tapi lagu tu jugak...semalam bagi dia minum ayaq zam zam baca sket dan hembus, alhamdulillah dia lena sampai pagi...yg herannya tepat kul 3am sampai kul 4:30 setiappp malammmm....rumah ni dah kosong 2 thn...masa masuk kami panggil team darul shifa buat tahlil, pagar lebih kurang...sbb mama pun kena...tapi skrg dah ok, tapi awat yg anak sulung tak ok lagi...tanya si hantu killer dia buat lawak antarabangsa plak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 10:47 AM | Show all posts
hari tu ada tengok video kat youtube, ada dokumentari orang luar buat pasal kerajaan langit ni.. pengikut2 ayah pin masih ada tersisa lagi. diorang siap bangga lagi sebab kerajaan tak dapat musnahkan 100% binaan tu sebab masih ada batu2 yang takleh dimusnahkan. diorang cakap diorang percaya ayah pin bukan melarikan diri tapi dia pegi ke kerajaan langit dan akan kembali tak lama lagi. aku tengok diorang macam dah sewel je.. huhuhu... semoga Allah bukakan pintu hati diorang untuk menemui cahaya kebenaran.. yang masih tunggu ayah pin tu golongan kertu je.. ada lelaki n perempuan..

ada sorang laki tu pertengahan usia la.. maybe dalam late 30s or 40s camtu.. dia cakap dia ikut ayah pin sebab dia percaya wujudnya krajaan langit dan dia cakap dia penah mimpi ayah pin.. ntahla.. korang try la cari kat youtube dokumentari tu.. serious best..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 11:50 AM | Show all posts
mamaezah posted on 8-11-2012 10:45 AM
tu la, mama sampai jadi mati akal, skrg tak bagi dia tengok channel 613 tu, mmg kartun dah kena ba ...

sya pn akan pindah ke rumah yg dh kosong dekat setahun, kuarters hospital pulak tu.. huhu.. dgn baby baru beberapa bulan ni.. risau nye la haii.. plan just nk perdengarkan surah al baqarah kat umah tu start dari dpt kunci sampai masuk rumah.. kire time rumah tu tgh kosong lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:13 PM | Show all posts
syasyafina posted on 8-11-2012 11:50 AM
sya pn akan pindah ke rumah yg dh kosong dekat setahun, kuarters hospital pulak tu.. huhu.. dgn ba ...

insyaallah moga allah jauhkan dari benda tak elok dari mengacau keluarga fina ya...time magrhib bukak azan kuat kuat, awak tau tak rumah mama ni, radio IKIm tak penah tutup, letak ja hifi kat dapur tu, dulu mama nak pi ke dapur pun rasa seram bulu roma, rasa org dok ushar, time bulan posa, gigih dok buat kuih raya sorang sorang, sesekali rasa ada org dok berdiri belakang, ha sekali mama azan sekuat kuatnya...trus hilang, pas tu mama bukak surah ruqyah dari cd, sampai skrg...cuma tu lah....time kukl 3, anak dah mula meracau.

mintak maaf TT, terguna benang utk kisah fina dan mama plak...sori momod!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 01:07 PM | Show all posts
SB tu sultan brunei kah??nak tahuuuuuuuuuuuu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.152530 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list