KINI sudah hampir tiga minggu berlalu. Rancangan Mei Lin hampir ke penghujungnya. Segala gerak geri Azura diperhatikan setiap masa. Bila saja tengah malam, Azura akan menulis sesuatu di dalam sebuah buku berkulit hitam. Buku itu disimpan dalam bawah tilam. Nyata ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu.
Perlahan Mei Lin mengambil buku itu bila setiap kali Azura ke tandas. Dia baca segala yang ditulis oleh gadis itu. Nyata Azura tidak gila. Setiap apa yang berlaku dicatat dengan terperinci. Kisah dari zaman universiti sehinggalah dia dimasukkan ke situ.
Dalam diam Mei Lin membawa masuk sebuah pita rakaman kecil dan disorok di dalam tilam. Segala perbualannya dengan Azura dirakam.
“Masa makan!Keluar semua!” Suara penjaga di situ mula menjerit.
Mei Lin pandang Azura yang baru keluar dari bilik air.
“Pretti! Jom makan!”Mei Lin tarik tangan Azura.
Azura hanya mengikut. Mereka berdua menuju ke dewan makan bersama pesakit lain sambil dikawal oleh petugas. Masing-masing beratur mengambil makanan. Mereka berdua mula mencari tempat duduk.
“Kajol, siapa pakwe kau?” Tiba-tiba Azura bertanya .
Mei Lin pandang tidak berkelip. Gulp!..
“Pakwe? Aku mana ada pakwe?” Mei Lin ketawa.
“Hmm…lelaki..kala rindu menyapa, hati mula berbunga. Kala benci menjelma, hati mula bernanah…” Azura sengih.
Mei Lin hanya senyum. Sejak dia menghuni sebilik dengan Azura, banyak puisi yang puitis keluar dari mulut mongel gadis itu. Kecewa, sedih, gembira semuanya bersatu di jiwa gadis itu.
“Makanlah!” Mei Lin hulur pinggan nasi kepada Azura. Dia senyum. Kali ini, dia nekad. Masanya sudah suntuk. Hanya tinggal kurang dari seminggu saja lagi dia perlu selesaikan segala-galanya.
Azura hanya pandang nasi lemak dalam pinggan. Sesekali dia senyum. Seketika kemudian dia ketawa.
“Kau nak bunuh aku ke?”Azura beliakkan mata.
Mei Lin tergamam. Tiba-tiba Azura berkata begitu. Dia cuba buat selamba dengan melemparkan senyuman manis.
“Pretti..mana ada..aku kan Kajol! Kawan baik Pretti Zinta! Mana boleh bunuh kawan sendiri?”Mei Lin senyum. Cuba mencari titik permulaan pembongkaran kebenaran.
“Ni apa? Nasi lemak ni! Kau bagi kat aku nasi lemak yang ada racun! Kau nak bunuh aku ke??”Azura jeling Mei Lin.
Mei Lin semakin senyum. Sengaja dia hulur nasi lemak dengan harapan Azura mengingati semula kejadian dulu.
“Mana ada racun?Kau nampak ke aku letak racun?” Mei Lin pandang Azura yang menjeling tajam ke arahnya.
“Ada! Kau letak bakteria bahaya dalam nasi ni! Sama macam Zura letak dalam nasi lemak Ashraf! “Azura renung tajam Mei Lin di sebelahnya.
“Siapa Zura?”Mei Lin cuba menduga otak Azura.
“Zura? Kau tak kenal Zura? Dialah yang telah bunuh Ashraf! Dia sengaja letak bakteria berbahaya dan fitnah pula Imran. Kononnya Imran yang buat semua tu!”Azura pandang Mei Lin.
Mei Lin angguk.“Ashraf tu siapa pulak?”
Azura mula menangis.Dia menangis semahunya. Terus dipeluk Mei Lin di sebelahnya.
Mei Lin pula sudah mula mendapat petunjuk dari kes itu.
“Kajol…aku sayang sangat kat Ashraf. Aku cintakan dia tapi disebabkan perempuan tu, Ashraf tolak cinta aku. Ashraf menderita. Aku tak sanggup lihat dia menderita memujuk, merayu cinta perempuan tu. Jadi jalan terbaik, aku racun dia dengan bakteria bahaya. Aku fitnah Imran..aku nak balas dendam.Perempuan tu tamak! Ashraf dan Imran, dua-dua dia nak! Kali ni biar dia putih mata!” Azura menahan sendu.
“Habis tu..macam mana kau boleh ada kat sini?”Mei Lin menunggu reaksi Azura. Pengakuan Azura sekejap tadi amat dinanti-nantikan olehnya.
“Aku tahu..lambat laun kebenaran akan terbongkar. Jadi aku berpura-pura jadi gila. And..here I am. Kat tempat bodoh ni! ” Azura mula ketawa. Dia terpaksa korbankan hidupnya demi Ashraf walaupun terpaksa menjadi gila!
Mei Lin pura-pura terkejut. “ Jadi…kau tak gila la?”
Azura angguk. Dia letak hujung jarinya di bibir memberi isyarat pada Mei Lin agar tidak bercakap dengan kuat. Matanya liar memandang pekerja hospital itu yang berkawal di muka pintu.
“Kalau kau tak gila,mengapa kau masih di sini?” Mei Lin renung mata Azura.
“Setiap dua minggu aku kena menjalani pemeriksaan otak dan poligraf. Setakat ini, pihak polis dan pihak hospital percaya yang aku gila.” Terang Azura. Kali ini nada suaranya serius. Azura yang waras! Bukan lagi Azura yang gila. Terasa lega bila dapat luahkan semuanya. Dia jeling gadis cina di sebelahnya. Gadis itu dilihat masih terpinga-pinga. Dia senyum. Dah gila, memanglah blur!
“Tapi..aku tak faham..Imran kan sudah dipenjarakan. Dah sah dia yang bersalah kerana ada bukti kukuh ..cap jari dan ujian DNA semuanya menuding Imran.”Mei Lin masih menduga Azura.
“Memang betul! Setakat ni cap jari dan ujian DNA yang menyebabkan Imran masuk penjara. Tapi polis masih samar tentang bakteria tu. Maksud aku, macam mana bakteria tu boleh berada dalam nasi lemak Ashraf!” Azura senyum. Puas bila pihak polis tidak memanjangkan siasatan ke atas sumber bakteria.
"Eh, yang kau asyik tanya hal ni kenapa? Kau dah jadi polis pulak ke? Aku gurau je la! Kau percaya kata-kata aku tadi?" Azura ketawa berdekah-dekah. Dia sengaja bersikap begitu. Mei Lin dilihat semakin serius bertanya. Dia perlu berhati-hati.
“Aku ni semua boleh jadi. Kau nak aku jadi doktor pun boleh!" Mei Lin turut ketawa macam orang gila. Dia tahu, Azura tentu akan mengsyakinya nanti. Jalan terbaik, ketawa sampai pecah perut!
"Pandai jugak kau ya! Aku pun teringin nak jadi doktor! Suntik orang!" Azura ketawa lagi.
Mei Lin pandang Azura sambil ketawa. Dia puas hati dengan pengakuan Azura sebentar tadi. Pita rakaman dalam poket seluar dimatikan. Kali ini dialega. Tekaannya benar. Azura hanya berpura-pura jadi gila. Namun jelas dilihat Azura seperti orang hilang akal bila berbicara soal Ashraf. Jiwanya meracau.Sekejap dia waras, sekejap dia ketawa seorang diri.
Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:30 PM
|