CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutera_abadi

Travelling Between S'pore and Malaysia / JB

[Copy link]
Post time 19-6-2004 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 18-6-2004 01:52 PM:
naik tren ni seronok.....semua gerabak dah ada air-con,
eniway.... kalau faiza nak naik tren, bleh refer to 1st page, sut ada terangkan jadual ketapi ke johor serta tamba ...



oooo dari stesen mrt tg pagar nak ke stesen ketapi tu jauh ke sut?

lagik satu nak tanya....ketapi dari sg ke jb tu memang ada 2 ke? dua2 pagi ke? sebab kat page 1 tu sut type 8.15am ngan 8.45am... malam takde ek?

:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2004 02:03 PM | Show all posts
masuk sokkabar berita hairan hari ni,

abang ni hilang paspot.

take note...






Singapura : 8 Julai 2004   
  Mudah cetak  | E-mel
SUKARNYA NAK PULANG BILA PASPORT HILANG
Oleh
Azahar Mohammad

HILANG pasport bukan saja membingitkan, malah mengundang pelbagai masalah yang datang bertali arus.

Tanpanya, si pemilik sudahlah 'meraba-raba' dibuatnya, malah terpaksa menghabiskan banyak wang dan masa untuk mendapatkan 'secebis' dokumen yang membolehkannya pulang ke Singapura.

Pengalaman pahit yang disifatkan sebagai 'tidak balik modal' itu dirasakan Encik Md Ali Mohamad, apabila pasportnya hilang di Pasar Larkin, Johor, 19 Jun lalu.

Mengongsi pengalamannya, pekerja Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) berusia 48 tahun itu berkata, beliau hanya menyedari kehilangan pasportnya sebaik tiba di pasar tersebut.

Beliau yang ditemani isterinya, Cik Suratmi Sabintono, 47 tahun, anak lelakinya, menantu dan adik iparnya, mula kelam-kabut.

Beliau kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Larkin.

Beliau sangka laporan polis itu cukup untuk membolehkannya pulang ke Singapura dan terus menuju ke pusat pemeriksaan imigresen Johor di Koswe.

Tetapi, sangkaan ayah lima anak dan menetap di Jurong East itu terbukti meleset.

Di pusat itu, Encik Md Ali sebaliknya diarahkan pergi ke Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Beliau terkapai-kapai seorang diri kerana kesemua anggota keluarganya telah pulang ke Singapura tetapi kembali menemaninya ke Kuala Lumpur dengan bas keesokannya.

'Pada malamnya saya terpaksa menebalkan muka dengan tumpang tidur di rumah saudara saya di Pasir Gudang,' tambahnya.

Menurut Encik Md Ali, di Kuala Lumpur beliau dan keluarga terpaksa bermalam di sebuah hotel kerana Suruhanjaya Tinggi Singapura ditutup pada Ahad.

Keesokan paginya, selepas mendapat dokumen daripada suruhanjaya tersebut, beliau bergegas pula ke Jabatan Imigresen Malaysia di Pusat Bandar Damansara untuk mendapatkan dokumen perjalanan pulang ke Singapura.

Beliau pulang ke Singapura pada malamnya.

'Tiap-tiap minggu saya selalu ke Johor kerana beli buku, novel selain berehat untuk menenangkan fikiran kerana hidup di Singapura ini memang stres.

'Tetapi, kejadian ini membuatkan saya tambah stres sehingga tak tergerak nak buat pasport baru,' ujarnya.


Apa yang perlu dibuat


Nasihat Jabatan Imigresen Malaysia:
- Warga Singapura yang hilang pasport di Malaysia harus dapatkan dahulu dokumen yang diperlukan dari kedutaan atau pemerintah Singapura.
- Berbekalkan dokumen itu, barulah mereka boleh dapatkan dokumen perjalanan dari pejabat imigresen Malaysia di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, atau di Johor Bahru.

Nasihat MFA dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA):
- Segera buat laporan dengan pegawai polis tempatan.
- Mereka juga harus hubungi petugas MFA di talian 6379-8800 atau nombor kedutaan Singapura di luar negara dari lelaman www.mfa.gov.sg/consular.
- Pegawai MFA kemudian akan terangkan prosedur untuk perolehi dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Singapura.
- Selain MFA, mereka juga boleh hubungi ICA bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk membantu mereka pulang ke Singapura selepas membuat laporan polis.
- Sekembali ke Singapura, warga Singapura itu perlu datang sendiri ke ICA untuk mohon pasport baru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2004 10:30 AM | Show all posts

eh deaf...

last year i got this problem. me n my sis ke jb jugak... my sis punyer paspot hilang, perasan pon biler nak pi naik tangga nak cop pasport kat kastam dia. hah kau.... panik kejap kita

kita pi kat kastam then mintak tolong officer kat saner.. pangkat besar kot...
then dia kasi kita form... fill up pastu pi kat polis station... polis station dia kat opposite road... kena jalan belakang ah...  kat polis station kastam pon senang gak... dia soal jawab macam kita kat sini jugaklah... buat repot... pastu pi suh buat keje sikit.... pi photostat kat kedai... hehe...
dah selesai sumer, pi antar balik kat officer kat kastam... tapi dia pi solat.... lama sey tunggu... last
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2004 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-7-2004 10:30 AM:
last year i got this problem. me n my sis ke jb jugak... my sis punyer paspot hilang, perasan pon biler nak pi naik tangga nak cop pasport kat kastam dia. hah kau.... panik kejap kita

kita pi ka ...


V, paspot je eh? ic semua ada la?

V , berapa lama seluruh proses ni ko ambil masa?

ada dalam 4 jam ke? 5 jam ke? pukul brapa sampai kul brapa?


yang part kerek2 tu aku kena setuju la....
kalo kita cakap berbaik2, orang pun mesti sejuk...
dan akan berusaha untuk bantu kita,
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2004 11:42 AM | Show all posts
paspot jer... wallet bawak pon tak
bawak ic, cuma student pas jer...

proses tak lah lama... abt 2 jam jer...
sampai jer singapoh lagi ler senang...
dia amik particulars dari kastam johor tu
pastu double check my sis ic nombor dan address
pastu lepas.... tu pon kat satu bilik ah dorang bawak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2004 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-7-2004 11:42 AM:
paspot jer... wallet bawak pon tak
bawak ic, cuma student pas jer...

proses tak lah lama... abt 2 jam jer...
sampai jer singapoh lagi ler senang...
dia amik particulars dari kastam johor tu
...



kalo dah sampai spore kastam senang sikit....

pegawai nak test senang je - suruh orang tu " nyanyi majulah spura " , recite pledge.

terus bleh tahu sporean...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2004 05:42 PM | Show all posts
sori faiza.... tak nampak posting ni....
last week.... sut mogok tak masuk bod ni..... masuk pon jarang-jarang... :bgrin:  maklum la bz banget....  :gila:

ok, faiza... dari station MRT Tg.Pagar ke stesen KTM, kalau jalan kaki (ikut sut nyer speed) dalam 10-15 minit  :bgrin:

oh ya... sori... tertinggal 1 lagi time nak masuk jb...
malam memang tak ada pengambilan keretapi ke johor bahru.. last train masuk jb pukul 6:20pm.
thanks faiza, sut dah update kan kat page 1 tuu....  :tq:  (pstt... nasib baik faiza pasan)

Originally posted by faiza at 2004-6-19 11:16 AM:



oooo dari stesen mrt tg pagar nak ke stesen ketapi tu jauh ke sut?

lagik satu nak tanya....ketapi dari sg ke jb tu memang ada 2 ke? dua2 pagi ke? sebab kat page 1 tu sut type 8.15am ngan 8 ...

[ Last edited by sutera_abadi on 12-7-2004 at 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2004 05:57 PM | Show all posts
PENGUMUMAN

Sekarang ada new service dari JB (City Lounge, terletak di Terminal Bus Central di Kotaraya) ke Senai Airport for FREE!!

Disini, sut sertakan gambar City Lounge yg terletak di Terminal Bus Central, Kotaraya.



For further detail, please visit website Senai Airport 换 http://www.senaiairport.com/city_lounge.html

[ Last edited by sutera_abadi on 10-7-2004 at 06:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2004 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 10-7-2004 05:42 PM:
sori faiza.... tak nampak posting ni....
last week.... sut mogok tak masuk bod ni..... masuk pon jarang-jarang... :bgrin:  maklum la bz banget....  :gila:

ok, faiza...  ...



eqeqeqe takpe2 sut....paham2 kalau dah bz banget tu takleh nak menolong....faiza pun dah lama tak masuk bod ni....arini baru jenguk muka tu pun takut kena cepuk ngan kak V....eqeqeqeqeq

nanti faiza try la naik train tu sut....tak penah naik aaa...nak ke stesen KTM tu pun tah tau jalan ke tak....last week medang ajar faiza naik bas 168 pehtu tukar 911...cepat jek...macehla medang ajar akak ko ni cara2 nak balik jb....kalau tak semedang naik mrt sampai kranji pehtu naik 170....ujan2 redah seberang tambak ek medang? eqeqeqeqe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 12:01 PM | Show all posts

bas baru no 160

One more SBS bus service to JB

SBS Transit is launching a second bus service to Johor Baru, from Jurong East Interchange, on Sept 5.

Service 160 will pass through Bukit Batok, Choa Chu Kang, Kranji and Woodlands on its way to Kotaraya, near Johor Baru's City Square.

Advertisement

The adult ez-link fare is $1.33 from Jurong East Interchange, and the whole journey will take about an hour.p> Commuters will not need to pay extra if they transfer between Service 160 and the existing Service 170, which plies between Queen Street and Johor Baru's Larkin Bus Terminal.

Two other bus companies ply the Singapore-Johor route: Singapore-Johor Express, from Queen Street; and Malaysian company Handal Indah's Causeway Link service, from Kranji MRT station.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 11:13 PM | Show all posts
k, ni aku ceta ah...

tu hari aku masuk johor, then lepas beli barang2...so aku masuk spore balik ah naik bas...

so kat metal gate cek2 barang tu kan...

aku taruk beg aku ngan barang2 aku beli untuk xray, so aku lalu kat metal gate tu, kaler merah la keluar...

so brader polis ni ( nametag dia kaler putih ) so aku panggil dia brader cisco la...dia sudah ambik hand scanner tu sudah scan seluar jeans aku...

terus dia point poket aku sebelah kiri... " REMOVE ALL THINGS INSIDE!",

aku nak ketawa on the spot siot , aku cakap, " sir, takde benda sir",

dia cakap " NO , TAKE EVERYTHING OUT"

so aku ngan perasaan malu keluarkan saputangan aku yang dah ronyok dan basah kena hujan kasi dia tunjuk...

So then lepas tu dia point kat kocek kanan " APA NI?? ROKOK???"

so aku jawab " sir, henpon sir".

tapi ni kali dia percaya pulak aku cakap, terus dia suruh aku jalan.... tak yah keluar kan pulak, agak dia dah tengok sapu tangan aku kat kocek kiri, kalo tengok kocek kanan, dia loya tekak kot...


wooo canggih siot scanner, korang imagine, kocek aku kosong, cuma ada sapu tangan buruk pun boleh pick up, kena keluarkan....:hatdown::hatdown:
tapi takpe, brader cisco tu keja ngan jujur ... wa speaking london sikit " sir, you do a good job and strict"..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2004 09:03 AM | Show all posts
Deaf... gantry x'tray to bukan detect ko nyer saputangan... tapi dia detect henpon ko... infact kalau ko letak kunci besi barang sebatang dua pon... gantry tu bleh detect..

hee...hee...heee.. naik gelak plak aku kalau gatry tu bleh detect saputangan ko....
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 17-9-2004 10:17 AM | Show all posts
mintak tolong......kalo  nak naik taxi from JB to senai airport....

PUKUL 5 PAGI.....taxi senang dapat ????

me nak try ka kota baru,tapi flight around 7 in the morning...

many thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-9-2004 09:03 AM:
Deaf... gantry x'tray to bukan detect ko nyer saputangan... tapi dia detect henpon ko... infact kalau ko letak kunci besi barang sebatang dua pon... gantry tu bleh detect.. ...



aku cakap pasal hand scanner dia la...

masa aku lalu kat gantry tu memang konpem merah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2004 10:36 AM | Show all posts
Abg Matz..., dari Terminal Bas Kotaraya... Abg Matz bleh naik bus free pegi airport...
Perkhidmatan bus tu start at 5:30am..

Posting pasal bus tu ada kat atas sekali...

Atau.., For more details.. Abg Matz bleh jelajah site ini  
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 17-9-2004 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-9-2004 10:36 AM:
Abg Matz..., dari Terminal Bas Kotaraya... Abg Matz bleh naik bus free pegi airport...
Perkhidmatan bus tu start at 5:30am..

Posting pasal bus tu ada kat atas sekali... ...



sut...terima kasih banyak2 ....nanti me beli ayam perchek khas untuk mu....

nanti gue bikin report kota baru trip....

i try to book hotel kat bus terminal...bangun pukul 5.....and zoom to KB...

many thanks my friend....

ni hanya nak tau...kalo pukul 5,taxi senang dapat ??
how much do they charge???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2004 11:04 AM | Show all posts
Kat terminal bus larkin, memang ada perkhidmatan teksi... infact prebet sapu pon ada...
Dulu masa sut naik teksi ke Airport... tak silap bayaran dia RM20/- (tapi time tu hari biasa dan bukan peak hour)...
Yg ni Abg Matz nak pegi pukul 5 pagi... maybe ada surcharge tapi tak sure berapa... definitely less than RM40/-

Ayam perchik ehh.... hee...hee..hee....
terima kasih....

Sut rindu ngan Kota Bahru gak...
sut akan pegi sana next year... ada kawan nak kawin next year...


Originally posted by matz_rockz at 2004-9-17 10:43 AM:

sut...terima kasih banyak2 ....nanti me beli ayam perchek khas untuk mu....

nanti gue bikin report kota baru trip....

i try to book hotel kat bus terminal...bangun pukul 5.....and zoom  ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 12:52 PM | Show all posts
saya pon nak gi s'pore thru Johor..
camner ?? naik bas atau taxi??
Reply

Use magic Report

nixzanna This user has been deleted
Post time 2-12-2004 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 2-12-2004 12:52:
saya pon nak gi s'pore thru Johor..
camner ?? naik bas atau taxi??


both can. Ikut yang best for you..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 2-12-2004 12:52:
saya pon nak gi s'pore thru Johor..
camner ?? naik bas atau taxi??


kalau naik bas, terpaksalah turun-naik bas tu dua kali, skali kat immigration johor, sekali lagi kat singapore immigration.

kalau naik teksi lak tak yah turun dari teksi utk check pasport - main drive thru jer...

budgetnya pula mestilah beza. kalau tak silap, naik bas tak sampai $2 tapi teksi charge $10 seorang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052345 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list