CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siplugdinding

Suami Ignorance dan Teramat Ego.

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat bini sebagai object seks ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 11:57 AM | Show all posts

aku ingatkan aku yg sebut pasal seduction tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy ada tanya seorang ustazah dan ini jawab yg dia beri:

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh ukhti yang dikasihi ALLAH dan Rasul-NYA.

Didoakan semoga dik sentiasa dalam kasih sayang ALLAH SWT dan bernaungkan rahmat-NYA yang luas...tiada batas.

Kak ina mengambil masa yang lama juga untuk membalas mesej persoalan Adik tempohari...kemaafan kak ina dahulukan dan selebihnya, kak ina mengajak kita bersama beristighfar agar apa yang diperkatakan ini beroleh barakah dari-NYA, ameen. Semoga, cadangan atau pandangan yang kak ina utarakan nanti tidak menjauhkan kak ina dari bersikap adil, baik kepada Awk sebagai seorang isteri, ataupun juga suami Awk yang berada dalam persoalan ini.

Dik, kak ina memuji tindakan Awk yang berusaha menjaga batas-batas perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan. Memang benar, untuk menjemput jodoh yang baik, menjadi seorang baik adalah antara ikhtiar penting ke arah perkahwinan yang diberkati.

Namun, kak ina mendapati.. maaf...ada saranan agama dalam bab perkenalan sebelum berkahwin, iaitu ketika tempoh pertunangan yang tidak Awk ambil sebagai langkah ihtiyat ( berhati-hati ) seorang muslimah dalam memilih siapakah lelaki yang bakal menjadi pendamping hisupnya nanti. Apa yang kak ina maksudkan di sini ialah, Islam membenarkan ( malah meminta bakal pasangan yang bernikah ) untuk saling melihat dan mengenali serba sedikit siapakah bakal pasangan yang akan dinikahi.

Antaranya dalilnya : " Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

Justeru itu, gesaan inilah yang mungkin menjadi titik mula kepada apa yang berlaku pada hari ini. Mohon maaf sekali lagi, dik....kak ina tidak bermaksud menyalahkan sesiapa, cuma mahu kita melihat dan menginsafi bahawa berlakunya sesuatu ujian dari ALLAH, selalunya ia berpunca juga dari khilaf kita sendiri terhadap sesuatu itu sebelum ia berlaku. Beerti, usah menuding kepada orang lain, kerana pada diri kita juga ada silapnya...

Apapun, dik yang dikasihi kerana-NYA....

Kak ina suka berkongsi satu pandangan...ada banyak perkara dalam hidup kita ini...tidak memerlukan untuk kita berfikir banyak tentangnya, akan tetapi yang perlu didahulukan adalah membanyakkan istighfar dan sabar..kerana ALLAH membuka banyak pintu-pintu kebaikan dengan istighfar yang tidak dibuka melalui berfikir.

Melalui pengalaman kak ina juga, tidak ramai lelaki yang semudah itu rasa selesa dan menghargai tunjukajar isterinya terhadap salah silapnya, bahkan ia hanya menjentik ego lelaki untuk tegak berdiri dan melenting benci. Justeru, saranan dan pandangan kak ina, cuba Awk tidak terus menegur silap suami melalui kata-kata ..sebaliknya, bertindak melalui Awk  sendiri menunjukkan dengan perbuatan apa yang benar.

Dan akhir sekali untuk kali ini, teruskan berbuat baik kepada suami walau hari-hari yang Awk lalui pedih dan menahan sakit hati. Tanggungjawab sebagai isteri usah diabaikan, mudah-mudahan dengannya menjadi asbab ALLAH membuka hati suami Awk untuk berubah ke arah yang diredhai-NYA, ameen.

Salam ukuwwah dan mohon maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:10 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 26-2-2015 12:51 AM
Tq for calling me cikgu makwa.sy stuju apa yg makwa post ni.laki tt ni mmg btul2 wt tt mcm pelacur ...

saya sgt puji tt dlm menjaga batas pergaulan sebelum kawin..sangat elok,sgtcantik..

tapi tt lupa dlm menyiasat latarbelakang pasangannya itu...

daari segi kewangan nampak ok,dari segi rupa,kalau kita rasa ok.ok la kut(ini je kut yang tt pandang dgn berjumpasekali)dari segi agama out la..dari segi kelakuan pun tt xpernah menyiasat agaknya..

sayangnya permulaa tt dlm menjaga batas pergaulan dah bagus...tpdlm tempoh bertunang knp tt xmenyiasat...bukan maknanya tt kena berdating berdua2an dgn dia..tt boleh ajak dia datang rumah dg family,buat family day..biar dia sendiri rapat dgn kelarga tt,dari situ keluarga bolh menilai..

sedihnya tt jadi objek seks laki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 26-2-2015 01:10 PM
saya sgt puji tt dlm menjaga batas pergaulan sebelum kawin..sangat elok,sgtcantik..

tapi tt lup ...

Ye sy akui sy silap waktu tu... Sy tak gunakan tempoh bertunang sbgai waktu menyiasat...Tp mmg sikap dia sebelum dan selepas nikah sgt berbeza. Klau sblum dia tnjuk sikap dia yg sgt pemalu.. Apa shja yg sy ckp pasal agama dan pendirian dlm pernikahan dia hanya aminkan shja... Dan dia kata bab agama jgn bimbang, our reference is same.

Sy tak memilih dia sbb fizikal or rupa sbb sy pon bukan cantik and kami sama2 biasa shja... Masa lpas jmpa and kami dh decide untk serius, dia bgitau sy yg dia tamau kerap bhubung lagi... Nak simpan segala kemanisan tu slpas kawen.... Tp sy tak sgka semuanya totally hilang lepas kawen....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:47 PM | Show all posts
Dah berapa tahun TT berkahwin?

Simpati dgn nasib TT. tak seharusnya seorg suami melayan seorg isteri sebegini, lebih2 lagi pada awal usia perkahwinan..dan perkahwinan tu atas dasar suka sama suka.
kerana kebiasaannya pada awal2 perkahwinan,pasangan rasa lebih dekat & rs cinta pada waktu ni sangat memuncak.

Kalau sy mungkin x mampu bersabar dgn lelaki sebegini? Mungkin TT boleh berikan satu tempoh masa utk beri ruang & waktu agar suami berubah. Jika sudah sampai tempoh nya, masih tiada perubahan..TT ambil lah satu keputusan. samada mahu terus bersama atau berpisah.

Apepun ajal maut rezeki semua di tangan Allah. berdoa dan berusaha. kemudian tawakkal.
Semoga ada jalan dan sinar buat TT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2015 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
minahcikminah replied at 26-2-2015 01:47 PM
Dah berapa tahun TT berkahwin?

Simpati dgn nasib TT. tak seharusnya seorg suami melayan seorg ist ...

Tak smpai stahun pon lg...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 04:08 PM | Show all posts
Edited by duri_durians at 26-2-2015 04:09 PM

Maaf bukan lah tujuan nak mencucuk mcm duri. Tp supaya para wanita sedar akan hak utk berfikir dan bertindak utk diri sendiri. Fikir dgn akal (logik) dan hati (iman). Jika tak tahan, undur lah diri. Sy percaya fasakh boleh dilakukan kerana ada syarat2 yg menepati di situ. Apa pn semoga jumpa jalan terbaik dlm menyelesaikan isu anda. Ingat, wanita bukan objek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 05:37 PM | Show all posts

sedihnya...bertabah la...

allah uji kerana dia nak hapuskan dosa2 kita...

tapi mampu tt nak bersama dgn suami yang mcm tu..xhargai isteri...anggap isteri mcm pelacur..giler mental...

lepas lama nanti dia bosan dgn tt dia cari pompuan lain...cari pompuan lain xpe lagi,takut dia bawa penyakit tu..hiv ka siplis ka...xbaloi tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 26-2-2015 01:10 PM
saya sgt puji tt dlm menjaga batas pergaulan sebelum kawin..sangat elok,sgtcantik..

tapi tt lup ...

Btul makwa.bagus tt ni krn mjaga pgaulan b4 kawen.sy ksian ngn dia bila dijadikan objek seks oleh si suami.mmg teraniaya tt nih..

Pengajaran yg kita sama2 dpt dlm kisah tt ni..kita perlu siasat habis habisan sape bakal pasangan kita.sedangkan psgn yg bcinta lama n dh knl hati budi b4 kawen pun bleh bcerai krn tkde psefahaman..tmbh la baru knl...lagi la kne siasat btul2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:13 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 26-2-2015 06:58 PM
Btul makwa.bagus tt ni krn mjaga pgaulan b4 kawen.sy ksian ngn dia bila dijadikan objek seks oleh  ...

Alalh nak uji dia dgn cra mcm ni..

harap dia lebih bersabar dan berusaha menyelesaikan masalah dia,
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Istikharahlah ....dekatkan diri dgn Allah... Ujian Allah buat kita ... dia yg maha tau apa yg baik buat kita.... moga dibuka jalan penyelesaian yg terbaik buat TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam replied at 26-2-2015 06:58 PM
Btul makwa.bagus tt ni krn mjaga pgaulan b4 kawen.sy ksian ngn dia bila dijadikan objek seks oleh  ...

Agak sdih menerima kenyataan yg semua beri kat sini... Tp cukup kalau ada yg boleh jadikan kisah ini pengajaran. Sy amik ini sbgai bahagian sy untuk Allah uji...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nist02 replied at 26-2-2015 08:34 PM
Istikharahlah ....dekatkan diri dgn Allah... Ujian Allah buat kita ... dia yg maha tau apa yg baik b ...

Tq. InsyaAllah. Kalau Allah uji sy ni untuk jadi sebab dia berubah, sy akan cuba bersabar sbaik mgkin. Tp kalau akan dtg rasa hati ini telah Allah tarik dari m mempunyai sebarang rasa untuk fia, sy harus berundur demi kesejahteraan dia. Dia perlukan org yg lbih bsabar, lebih baik dr sy untuk dia... Apa pon jln di depan sy kena bsedia untk redha... Doaknlah agr sy dpt jd hambaNya yg bganda2 baik demi mndapat ptunjuk terbaik dr Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
siplugdinding replied at 26-2-2015 08:47 PM
Agak sdih menerima kenyataan yg semua beri kat sini... Tp cukup kalau ada yg boleh jadikan kisah i ...

Be strong ya tt..setiap org tk tlepas drpd ujian.Allah nak bagi tt sesuatu lbh baik drpd sebelum ini.maaf ya if komen2 sy wat tt makin bsedih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
siplugdinding replied at 26-2-2015 08:53 PM
Tq. InsyaAllah. Kalau Allah uji sy ni untuk jadi sebab dia berubah, sy akan cuba bersabar sbaik mg ...

Jangan berharap....jangan terlalu berharap keajaiban....awak siksa diri...mental dan fizikal....takut bila x dapat apa yang awak harapkan akhirnya awak akan membenci takdir...menyalahkan tuhan.....

pikir logik akal...berpijak pada realiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
siplugdinding replied at 26-2-2015 07:53 PM
Tq. InsyaAllah. Kalau Allah uji sy ni untuk jadi sebab dia berubah, sy akan cuba bersabar sbaik mg ...

Terus terang rasa merundun hati baca cerita TT.. Hati milik Allah juga... ujian pd tiap manusia berbeza... kuatkan hati teruskan usaha dgn doa.. Pasti bkn mudah... moga Allah jugalah yg bantu TT..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian tt
Kalau nk tunggu bertabah la
Kalau x nk
Baik buat keputusan sekarang

Apapn semua Atas tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:28 PM | Show all posts
elakkan perkahwinan express dari laman sosial....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 05:12 AM | Show all posts
salam tt,

besar betul dugaan tt dalam berumah tangga ni..sy cuma boleh doakan yg terbaik je utk tt. tp apa yg boleh sy katakan ialah perkahwinan itu indah.kita berkahwin supaya kita ada teman untuk berbicara, bergurau senda, bertolenrasi, membantu kita dan sewaktu dengannya. malangnya, sesetengah perkahwinan hanya ada satu pihak yg terpaksa menahan segala-galanya. betul, dalam islam kita wajib taat dan lakukan yg terbaik untuk suami. tapi dalam islam pun ada menyebut agar tidak menganiya si isteri mahupun si suami.

apa yg digambarkan oleh tt, umpama hanya tt yg memendam rasa dan si suami tidak menghargai tt. isteri ni dijadikan dari tulang rusuk kiri suami, maka ia bermaksud meletakkan isteri disisi, bukan dijunjung mahupun dipijak sesuka hati. pandangan saya, apabila perkahwinan itu memudaratkan kita, why must we stay? for the sake of parents? orang sekeliling? atau apa sahaja alasannya.

kalau tt demam pun dia amik tak tau, i wouldnt know what happen if tt pregnant (coz waktu pregnant lagilah kita nk husband take care kita). terpulang pada tt. sy tidak menyuruh bercerai mahupun kekal bersama. mungkin tt akan kata apa yg sy kata umpama tidak memberi jalan keluar. jalan keluar ada didepan mata tt, tt cuma perlu pilih jalan mana yg tt nk pilih. macam sy katakan awal tadi, perkahwinan ini indah, tt berhak untuk menikmati indahnya berumah tangga. tapi sy salute dengan ketabahan tt melayari rumah tangga yg penuh cabaran ni. tt pikirlah yg mana terbaik. inshaallah, Allah akan sentiasa membantu tt. sy doakan tt menemui tabah dalam menempuh apa juga dugaan dengan pilihan yg tt pilih kelak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057633 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list