baru 2 hari lepas aku baca majalah Ujang
kat kedai makan
gelak sorang2
dah laki aku ckp kat anak aku, "baik kita balik cepat, ibu ko dah gelak sorang2"
lawak beb...kisah yg bawang buat...tak menahan aku
hihi..betul..diorang la tu..3 dara pingitan karya cabai..astro warna ada siar karya dari majalah gila2 ni..takde kick la bila dilakonkan..bole la nak sengih sikit2..hihi..
karya kartunis ni berganda2 bagus dari novel picisan bbnu yang ada kat pasaran sekarang..sumpah banyak pengajaran dan liku2 kehidupan yang kita boleh amek iktibar..setiap dialog yang dilontarkan menusuk kalbuu woo..
Dulu big boss Gila-Gila masa mula-mula diterbitkan ialah kartunis Mishar (tak silap nama penuh dia Meor Shariman) abang kepada penyanyi Suhaimi Meor Hassan.. Kendian Mishar keluar dari Gila-Gila & terbitkan majalah Batu Api.. Jaafar Taib jadi big boss Gila-Gila menggantikan Mishar sampai ke hari ini.. Populariti Gila-Gila semakin gemilang dengan kehadiran kartunis Ujang kendian Cabai.. Bila Ujang keluar dari Gila-Gila dan terbitkan Majalah Ujang, kegemilangan Gila-Gila semakin malap tetapi tetap bertahan sehingga kini..