|
RIANZ PARADISE VOL. 62 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
anyway akk tgk ac di sini, aizad nampak teruk sgt mcm dah kn penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
kak lynn)))))joen)))))ok jew...ai ikut jeww...lgpon xtau nk g ngan ape |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 8-2-2009 12:02 AM
Tuler pasal akak tunggu korang; tak sorang pun layan
bkb tak nak layan gmbr semua ala2 cute gitu...loving n gentle |
|
|
|
|
|
|
|
edisi finalis ade adek sekarang.....channel 104 |
|
|
|
|
|
|
|
can u believe guest arab aku ni susah payah call tanya ada restaurant arab bukak lg ka waktu ni.....mmg bg darah aku naik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mialynn at 7-2-2009 23:53
joen))))) and hanee))))) isnin nie kita jumpa kat stesen putra then kita naik cab same2 ke umah kak sweet...nak x..? tunggu akak sekali la...naik public transport juga ni dari Star Sentol..banyak barang nak bawa nihh |
|
|
|
|
|
|
|
sambung novel smlm tidur
Esoknya awal-awal lagi aku sudah bergegas meninggalkan Azam untuk berbincang tentang percutian kami nanti. Selepas bersarapan sempat juga Azam menghantarkan hingga ko lobby, tgnnya ku cium dan kedua belah pipiku dikucup pantas bila taxi sudah pun menunggu di depan pintu masuk ke hotel. Platinium World yg hanya beberapa minit sahaja dr bangunan Mandarin Oriental jika perjalanan tdk tersangkut. Aku mencarikan beberapa tarikh untuk dipilih suamiku nanti agar senang dia memohon cuti. Mmg agak susah mencarikan tarikh pernerbangan dan hari penginapan yg sama bagi hotel yg ku pilih. Nampaknya walaupun hotel itu mahal tp amat susah mendapatkan bilik yg kerap penuh. Begitu lama kami sama-sama meneliti skrin komputer bila terpaksa meneliti resort2 lain sebagai pilihan kedua dn ketiga. Mahalnya harga semalam menginap di hotel-hotel itu, bila dikira dgn lima malam berserta tiket penerbangan terbang sudahpun lebih sepuluh ribu, itu belum lagi termasuk makanan dan perbelanjaan lain.
Selama menghampiri enam tahun kami bersama, diuji, diduga, dilimpahkan rezeki dan dirampas kembali, aku sudah cukup kuat menghadapi arus kehidupan bersama lelaki yg bernama Azam. Dia mendewasakan aku, meletakkan aku mulia di sisinya menjadi isteri dan hari ini aku puas setelah bertahun bertarung dgn diri sendiri menimba ilmu, keyakinan di dalam diri begitu tinggi, aku mampu berdikari menyempurnakan tanggung jawabku di waktu suami tercinta sedang meniti kariernya yg makin mencabar.
Mmg bahagia bila di usia yg masih muda itu sesekali pendapat isteri ditanya dan diambil kira oleh suami yg jauh lebih berpengalaman bukan sahaja untuk urusan rumah tangga tetapi juga urusan kerjanya. Terasa begitu pentingnya aku untuknya. Perlahan-lahan dia bukan sahaja berkongsi seluruh jiwa dan hidupnya tetapi juga beberapa perkara bersangkutan harta dan kewangannya yg perlu ku ketahui dan uruskan.
Aku begitu pelik meneliti dokumen-dokumen itu bila terlihat nama asal tertera pindah milik dari beberapa individu yg ku kenal selama ini dan juga individu-individu lain. Terdapat juga surat-surat dari syarikat guaman yg disertakan, semuanya tersimpan dgn baik tanpa penjelasan darinya. Rupa-rupanya kata-kata dan keresahan Fariz mmg benar belaka, mengapa Azam, Fariz yg sepatutnya menyimpan, dia lebih berhak, dia anak kandung dan Azam hanya anak sahabat baiknya. Hatiku mula memikirkan yg bukan-bukan, imbuhan sebagai pak turutkah? Memalukan!, Tak kanlah Azam begitu rendah darjatnya. Kalau dulu surat-surat menyurat yg dialamatkan kpdnya ku simpan ditempat yg khas tp kini aku sendiri yg membuka, membaca, meneliti termasuk statement dari bank dan bil-bil tertentu. Hanya jika benar-benar memerlukan tanda tgn atau pengesahannya baharulah aku bawakan kpdnya, selebihnya aku selesaikan untuknya.
Lewat petang itu juga kami sudah sampai di lapangan terbang K.Kinabalu setelah urusan kami selesai.
Setelah urusan cuti suamiku ditentukan dan dia telahpun mendapat tarikh yg sesuai urusan percutian itu menjadi lebih tersusun. Cuma kali ini kami gunakan penerbangan Malaysia yg kebetulan mempunyai masa transit di K.Lumpur yg tidak begitu lama untuk ke Denpasar. Hanya ketika boarding baharulah Azam benar-benar sedar yg destinasi kami adalah Bali. Senyumannya lebar sekali, matanya yg bersinar-sinar penuh kasih sayang tak sabar2 memeluk bahuku dgn erat. Aku pasti dia mmg sudah lama menginginkan percutian itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|