|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Media KPK 1 Julai 2022 – Operasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Sepanjang Musim Ibadah Haji 1443H/2022M di Tanah Suci Makkah dan Madinah Berjalan Lancar[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 1, 2022
OPERASI PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN SEPANJANG MUSIM IBADAH HAJI 1443H/2022M DI TANAH SUCI MAKKAH DAN MADINAH BERJALAN LANCAR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini pengoperasian perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk musim Ibadah Haji 1443H/2022M. Terdahulu pada 13 Mei 2022, YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa KKM menghantar sejumlah 255 orang petugas perubatan merangkumi 128 petugas yang telah berpengalaman menyertai operasi sebelum ini dan 127 petugas baharu. Alhamdulillah, operasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang dilaksanakan di fasiliti-fasiliti kesihatan di bawah Lembaga Tabung Haji (TH) setakat kini berjalan dengan lancar dan amat baik. Pengoperasian perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Makkah dan Madinah Sukacita dimaklumkan Pusat Rawatan TH di Makkah dan Madinah adalah pusat rawatan jemaah Haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan Permit (Tarkhis) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim Haji kali ini. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Rawatan TH adalah hampir setara dengan Hospital Pakar Minor. Begitu juga untuk Permit Ambulan (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulan yang mana Malaysia mempunyai 20 buah ambulan spesifikasi tinggi. Kelulusan permit-permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Ini juga merupakan suatu pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Haji Malaysia di Makkah dan Madinah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak TH, YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Ketua Rombongan Haji Malaysia), Dr Haji Mohd Shaffari bin Marzuki selaku Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) serta Rombongan Perubatan Musim Haji 1443H/2022M . Secara umumnya, KKM memberi perkhidmatan kesihatan di semua tempat penginapan jemaah Haji di bawah kelolaan LTH. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah hampir setara dengan hospital pakar minor, iaitu termasuklah: - Rawatan Pesakit Luar (di Klinik Zon/Maktab)
- Rawatan Kecemasan
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan Pakar (Perubatan Keluarga, Kecemasan, Perubatan, Ortopedik, Anestesiologi/Bius, Radiologi, Psikiatri dan Kesihatan Awam)
- Rawatan Jemaah Haji di Lapangan Terbang
- Perkhidmatan Panggilan Ambulan
- Radiologi (Pengimejan Diagnostik)
- Makmal Perubatan
- Farmasi pesakit dalam dan pesakit luar
- Fisioterapi
- Perkhidmatan Pergigian
- Khidmat Penjagaan Spiritual
- Perkhidmatan Pergigian
- Khidmat Pemakanan Diet Pesakit
- Survelan Kawalan Penyakit
- Pendidikan Kesihatan
- Perkhidmatan Pembimbing Ibadah Haji
- Khidmat Perhubungan Hospital
- Pemantauan Kualiti Dan Keselamatan Makanan
Secara keseluruhannya di Makkah dan Madinah (Rajah 1), kapasiti katil di Pusat Rawatan Pesakit Dalam adalah sebanyak 268 katil manakala Pusat Rawat dan Rehat pula adalah 184 katil.
Penyakit yang kerap berlaku di Tanah Suci Sejak Klinik Pesakit Luar mula beroperasi pada 6 Jun 2022, kedatangan pesakit luar kian meningkat. Walau bagaimanapun, hampir keseluruhan kes yang diterima boleh dirawat secara pesakit luar dan mampu dicegah menerusi amalan penjagaan kendiri. Seperti mana pengoperasian musim haji sebelum ini, lima (5) jenis kumpulan penyakit yang paling kerap diterima di Klinik Pesakit Luar di Makkah dan Madinah adalah melibatkan; - Jangkitan kuman paru-paru seperti jangkitan kuman pernafasan atas (URTI), radang paru-paru dan lelah;
- Penyakit tidak berjangkit seperti penyakit darah tinggi tidak terkawal dan kencing manis tidak terkawal dan serangan jantung;
- Penyakit berkaitan kulit seperti rekahan kulit dan alahan; serta
- Penyakit-penyakit lain seperti tekanan haba, keletihan haba dan kepenatan badan.
Nasihat kepada Jemaah Haji Keadaan cuaca panas terik dan kering di Tanah Suci Makkah dan Madinah boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan dan langkah penjagaan kesihatan perlu diambil serius oleh para jemaah Haji. Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba. Ibadah Umrah dan Haji memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi memandangkan keadaan di tanah suci yang sentiasa sesak di samping cuaca yang panas. Selain itu, penularan jangkitan penyakit berjangkit yang kerap dilihat seperti musim Haji tahun-tahun dahulu masih boleh berlaku di Tanah Suci. Justeru, Jemaah Haji Malaysia adalah disarankan mengikuti segala nasihat dan panduan kesihatan awam serta amalan pemakanan oleh KKM dan TH supaya tahap kesihatan Jemaah Haji sentiasa dalam keadaan baik bagi membolehkan urusan ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Sehubungan itu jemaah Haji Malaysia adalah di sarankan untuk; - Sentiasa memakai pelitup muka (face mask) terutama di kawasan berisiko seperti kawasan yang sesak dan tertutup seperti dalam lif, surau dan di luar bangunan penginapan jemaah Haji. Jemaah Haji perlu mengetahui maklumat berkaitan pelitup muka iaitu;
- Kebaikan pelitup muka 3-ply / surgical mask / N95
- Cara pemakaian dan menanggalkan pelitup muka;
- Cara pelupusan pembuangan pelitup muka.
- Sentiasa mengamalkan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan, menggunakan hand sanitizer, etika batuk dan amalan kesihatan yang lain seperti kerap minum air;
- Jemaah Haji perlu mendapatkan rawatan awal di Klinik Maktab (Makkah) atau zon (Madinah) jika bergejala. Ini bagi pengesanan awal penyakit seterusnya rawatan awal boleh diberikan bagi mengelak komplikasi penyakit yang teruk.
Menuju kemuncak Ibadah Haji iaitu Wukuf di Arafah, ibadah bermalam di Muzdalifah dan Mina, ibadah melontar di Jamrah, serta aktiviti tawaf dan sai’e, Pasukan Rombongan Perubatan Musim Haji Malaysia sedang membuat persiapan rapi bagi bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji Malaysia. KKM mengucapkan terima kasih atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan para jemaah Haji Malaysia mendapat penjagaan kesihatan terbaik sepanjang Musim Haji. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 1 Julai 2022
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tengah tunggu doyan yg order line. seblm habis musim baik lah beli.
|
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya menu tu hanya datang setahun sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang jaga kalau yong pegi outstation?
|
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat keja ada yg rajin jamu makanan. habis diet |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi geng opis piknik durian kat taman seblh opis
|
|
|
|
|
|
|
|
Olo lo loh...ditunggu2
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang jaga tak pun derang pi rumah sebelah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Minggu ni breakfast & lunch keluar dengan geng bffs
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 1 Julai 2022 – Isu Penjualan Air Zam Zam Secara Dalam Talian (Online)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 1, 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu penjualan air zam zam secara dalam talian (online) yang disiarkan oleh media tempatan pada 28 Jun 2022. Pemakluman berkaitan kesalahan penjualan air zam zam ini telah diuar-uarkan kepada orang ramai sejak tahun 2015 lagi dan telah pun terdapat beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport. Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam. Tindakan penolakan konsainan akan dilaksanakan sekiranya terdapat pengimportan air zam zam yang tidak berlesen. Justeru itu, air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran diragui ketulenannya. Hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang telah dijalankan sejak tahun 2012 hingga kini, nilai rampasan ke atas air zam zam di pasaran adalah berjumlah RM83,618.20. BKKM turut menjalankan saringan berterusan ke atas platform dalam talian (online) termasuk e-dagang. Sejumlah 237 iklan makanan telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Daripada jumlah tersebut, 32 iklan makanan yang dipadam adalah iklan air zam zam Manakala hasil pemantauan di media sosial pula pada tahun 2021 dan 2022, sebanyak 23 dan 40 iklan air zam zam masing-masing telah dipadam daripada media sosial. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun. KKM menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau platform dalam talian ( online) terutama pada musim haji ini kerana dikhuatiri ianya air zam zam tiruan. KKM juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan air zam zam di mana-mana kedai atau platform dalam talian (online) ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM ( http://moh.spab.gov.my); atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 1 JULAI 2022
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
i thought selama ni uols suri rumah sebab since i join forum u memang dah ada dan mod dekat board buku2 kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 2-7-2022 01:50 PM
i thought selama ni uols suri rumah sebab since i join forum u memang dah ada dan mod dekat board ...
mai le singgah bod2 baharu...
Ni masseur dtg rumah buat sauna & massage... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 4 Julai 2022 – Makluman Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 4, 2022
1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Bil. | Nama Produk | Racun Berjadual Yang Dikesan | 1. | Biela Beauty Glowing Night Cream | Merkuri | 2. | BL Skincare Day Cream 1 | Hydroquinone dan Tretinoin | 3. | BL Skincare Day Cream 2 | Merkuri | 4. | BL Skincare Night Cream | Merkuri |
2. Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Nama Produk: 1. BIELA BEAUTY GLOWING NIGHT CREAM
Nama Produk: 2. BL Skincare Day Cream 1
Nama Produk: 3. BL Skincare Day Cream 2
Nama Produk: 4. BL Skincare Night Cream
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL 3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut: - Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
4. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI 5. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 6. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM 7. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 8. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah Kesihatan Malaysia4 Julai 2022
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 4 Julai 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 26 (26 Jun – 2 Julai 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 4, 2022
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk telah meningkat sebanyak 10 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26 tahun 2022 (ME 26/2022) berbanding ME 25/2022 (Rajah 1); Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 26/2022
KKM juga ingin memaklumkan bahawa jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 22 peratus (Rajah 2); - Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 31 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 13 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 berbanding ME-25/2022 (Rajah 3): - Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak empat peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat sebanyak dua peratus; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak satu peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022
Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4): Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) KKM juga ingin memaklumkan jumlah kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga telah menunjukkan peningkatan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 25/2022 dan ME 26/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 28.5 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 22.9 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC telah menurun sebanyak 93.8 peratus, manakala ke hospital meningkat sebanyak 50.0 peratus.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 10/2022 hingga ME 26/2022
KKM juga mendapati trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 26/2022 telah menunjukkan kenaikan sebanyak 24.7 peratus berbanding pada akhir ME 25/2022 (dari 34,639 kes kepada 43,203 kes); seperti di Rajah 6: Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 2 Julai 2022 (ME 26/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,571,355;
- Kumulatif kes sembuh: 4,505,200 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,771 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,023 kluster (kluster aktif: 10 kluster).
Perbandingan antara ME 25/2022 dan ME 26/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 1.5 peratus (14,078 kes kepada 14,293 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 6.1 peratus (15,739 kes kepada 16,694 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 9.5 peratus (15,201 kes kepada 16,650 kes); dan
- Bilangan kes import menurunsebanyak 91.8 peratus(538 kes kepada 44 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 26/2022 menunjukkan peningkatan kepada 100 peratus (13 kes kepada 26 kes) berbanding ME 25/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 26/2022 adalah 28,956 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 26/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 26/2022
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 hingga ME 26/2022
NILAI RT Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus pada ME 26/2022 berbanding ME 25/2022 (Rajah 10).
Rajah 10: PurataNilai RT tahun 2022 sehingga ME 25/2022
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 26/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 pada ME 26/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus daripada 6.6 peratus pada ME 25/2022 kepada 5.1 peratuspada ME 26/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 kekal 0 peratus pada ME 26/2022 (Rajah12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 26/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 26/2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 4 Julai 2022 @ 10.00 pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|