CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hairul123

All About Bali, Indonesia - Part 5

   Close [Copy link]
Post time 23-3-2012 02:04 PM | Show all posts
Bali now close...
Happy Nyepi Day~~~~~~ BALI~~~~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 01:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ketam_batu_jr at 25-3-2012 14:09

Alhamdulillah selamat kembali subuh tadi selepas menghabiskan 4D3N di Bali. Kebetulan percutian Ketam dan wifey jatuh pada hari raya nyepi, jadi berpeluang menyaksikan perayaan Tahun Baru Caka 1934. Walaupun tidak dibenarkan kemana-mana sewaktu hari nyepi, pengunjung masih dibenarkan berjalan-jalan disekitar kawasan penginapan, dan juga menggunakan kemudahan kolam renang. Sehari sebelum Nyepi Day, akan ada upacara sembahyang mengikut kepercayaan setempat dan juga perarakan ogoh-ogoh. Ada rahmatnya ke Bali semasa Nyepi Day, disamping berpeluang menyaksikan aneka upacara yang jarang kita lihat, Nyepi Day memberi peluang kepada Ketam dan wifey untuk berehat sepuas-puasnya.

Nyepi Day Eve


Ogoh-ogoh



Tourguide
Ketam dan wifey menggunakan perkhidmatan Pak Isme dan Pak Ujang dari Balifuntourisme dot com. Kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, langsung tidak berkira dalam memenuhi permintaan kami dan tidak memaksa kami mengunjungi mana-mana lokasi. Celoteh mereka sepanjang perjalanan membuatkan kami tidak bosan, malahan cukup berinformasi. Sememangnya kami tidak keberatan untuk menggunakan perkhidmatan mereka lagi dalam kunjungan yang akan datang. Jika mana-mana forumer berminat untuk mengggunakan perkhidmatan mereka, boleh hubungi Pak Isme melalui website balifuntourisme atau PM Ketam untuk contact number Pak Isme atau Pak Ujang (Ketam cuma menyampaikan informasi kepada yang berminat, bukan untuk tujuan komersil, atau komisen apa-apa... hehehehe). Kos khidmat mereka adalah IDR350,000 full day tour. Airport transport IDR50,000, kalau separuh hari tour boleh runding terus dengan mereka.

Penginapan
Ketam dan wifey menginap di Wina Holiday Villa, booking melalui Agoda untuk bilik superior dengan harga RM186++ semalaman termasuk tax dan breakfast untuk 2 orang. Kelebihan hotel ini adalah kerana menyajikan masakan halal disamping staff-staff yang cukup peramah dan amat membantu. Lokasinya pula berdekatan dengan Pantai Kuta, Pantai Legian, Legian Street dan juga Hard Rock Cafe. Kekurangan utama hotel ini adalah keadaan hotel yang seperti dimamah usia, hotel lama. Wifey Ketam agak tidak gembira dengan keadaan lantai tanpa karpet dan berpasir, bukan masalah besar pun sebenarnya jika masa banyak dihabiskan untuk tour dari pagi ke malam, tapi bila perlu menghabiskan masa seharian dibilik sewaktu Nyepi Day mungkin agak kurang selesa pada sesetengah individu. Kokesen pula suka komplen pasal kolam renang yang ditutup seawal 8 malam, kekadang kokesen ni memalam buta pun nak menyelam kat swimming pool tu.



Malangnya bagi kami, malam selepas Nyepi Day, hujan agak lebat. Bangun pagi je paras bawah hotel digenangi air, nasib baik bilik Ketam dan wifey di paras 2, selamat kami. Tapi mana-mana guest yang menginap di paras bawah terpaksa dipindahkan ke bilik lain kerana bilik mereka dimasuki air. Berpeluang kami breakfast di cafe hotel dengan kaki digenangi air, risau juga jika tetiba ada ular yang melilit ketika mulut kusyuk memamah nasi goreng atau mata melilau memilih makanan.... hehehehe

Mat Salleh meredah banjir di Wina Holiday Villa


Patutlah ada lipan melepak dalam tub mandi Ketam, rupanya kat luar dah banjir
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ketam_batu_jr at 25-3-2012 17:00

Tours
Rasanya tak ada apa sangat yang Ketam dan wifey boleh kongsi di sini sebab tours di Bali ni sudah ramai yang review. Malangnya bagi kami, disebabkan Nyepi Day dan juga keadaan cuaca yang tidak mendokong bak kata Pak Isme, tak banyak tempat yang kami sempat pergi. First tour kami dibawa oleh Pak Ujang (my wifey miss his celoteh very much... hahahahaha) ke Taman Ayun dan juga Tanah Lot. Cuma half day tour sebab tengah hari dah jam teruk di Kuta sebab ada perarakan ogoh-ogoh.

Taman Ayun


Tanah Lot


Kami juga berkesempatan di bawa oleh Pak Isme sendiri untuk tour ke Tegallalang melihat padi yang ditanam di lereng bukit. Kemudian dibawa mengelilingi Ubud dan berkesempatan singgah di gedung batik di Batubulan. Sempat juga wifey Ketam memborong batik buat diri sendiri dan juga cenderamata untuk kenalan serta keluarga terdekat.

Tegallalang


Sari Amerta Batubulan


Sewaktu di Kintamani, hujan masih renyai dan keadaan kabus agak tebal, sampai ke sudah puncak volcano tidak kelihatan. Makan kabut saja kami, jadi turun kembali menuju ke tempat pembuatan kopi luwak. Harga secawan kopi luwak adalah IDR60,000 manakala kopi jantan adalah IDR30,000. Minuman lain diberi percuma.

Kintamani... ada sesapa nampak volcano tak? hehehehe


Kopi luwak dan segala jenis kopi


Seterusnya kami bercadang ke Uluwatu untuk menyaksikan Kecak Dance, tetapi dalam perjalanan Pak Isme dihubungi rakannya menyatakan hujan lebat di Uluwatu dan Kecak Dance dibatalkan. Sudahnya kami menghabiskan waktu shopping di Krishna, Hawai dan juga Centro sementara menantikan flight pulang tengah malam nanti.

Jalan-jalan cari makan, bukan cari pasal yer.....
Tak perlu risau pasal makanan halal sebab kedai masakan padang dan jawa makin bercambah di Bali. Pak Isme dan Pak Ujang tahu mana tempat yang perlu dituju oleh pengunjung muslim untuk santapan perut. Pak Ujang bawa kami ke satu restoren padang namanya Uni Nona di Jalan Dewi Sri, Kuta manakala Pak Isme bawa kami menikmati masakan jawa di Restoren Ayam Bakar Wong Solo, Jalan Raya, Kuta. Masakan jawa di sini memang marbeles, sehingga menjilat ibu kaki terutamanya ayam penyet, sup bontot atau bebek bakar. Harga juga bagi Ketam memang berpatutan, cuma di Wong Solo siap ada 10% tax tu..... McD dan KFC semua halal, jadi tiada masalah pada yang berselera dengan fast food seperti seorang teman Ketam dulu, fast food dari pagi hingga ke malam..... hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by ketam_batu_jr at 25-3-2012 17:03

Tips bajet sewaktu di Bali
Bukan tips apa pun sebenarnya, sekadar berkongsi informasi. Macam Ketam dan wifey, ini adalah kunjungan pertama kami ke Bali. Jadi tertanya-tanya berapa banyak duit perlu di bawa untuk perbelanjaan di Bali, risau takut terkurang atau terlebih rupiah. Tips berguna dari Tripadvisor, sentiasa bawa credit atau debit card sebagai back-up, mana tahu kita ada kesulitan sewaktu di sana nanti. Kalau boleh aktifkan CIMB atau Maybank card, sebab kedua-dua bank ni ada cawangan di sana, boleh keluarkan duit guna ATM sewaktu dalam kesempitan terutamanya jika dah mabuk shopping macam wifey Ketam.... hehehehe.

Nak bawa tunai banyak pun boleh, sikit pun tak apa. Bawa tunai banyak bukan apa, takut jatuh saja. Nak kata kena rompak atau curi, jenayah ragut boleh kata langsung tak ada di Bali. Menurut Pak Isme dan Pak Ujang, kaki ragut di sana mati saja jawabnya dibelasah orang ramai. Jika ada yang ragut atau curi duit anda... jerit saja maling.... maling.... maling.... jangan pulak korang jerit malingsia pula nanti.... lol....... terus orang ramai akan kejar dan pukul peragut sampai mati. Sebab tu kecurian jarang berlaku di sana, itu kata merekalah.

Berikut harga makanan, barangan, perkhidmatan etc sepanjang di Bali, tak lengkap tapi bolehlah untuk beginners mencongak banyak mana duit yang diperlukan untuk perbelanjaan di sana nanti.

Transport dan tourguide
Airport pick-up IDR 50,000
Full day tour IDR 350,000 (ini harga Pak Isme dan Pak Ujang, guide lain mungkin berbeza, harga yang dikenakan untuk satu kereta Toyota Avanza + parkir + guide + air mineral tapi tak termasuk entrance fees atau makan minum).
*harga mungkin dinaikkan mulai 1 April 2012 lantaran kenaikan harga petrol seperti yang diumumkan oleh kerajaan Indonesia.

Entrance fee (untuk seorang)
Kintamani IDR10,000
Takpak Siring/Tirtha Temple IDR 15,000
Tanah Lot IDR10,000
Garuda Wishnu IDR60,000
Uluwatu IDR20,000
Barong Dance IDR100,000
Kecak Dance IDR 70,000
Taman Ayun IDR15,000

Makan minum (secara am sahaja, mungkin berbeza mengikut status kedai, harga berikut adalah harga makan di kedai biasa, in this case Uni Nona masakan Padang).
Nasi sepinggan IDR5000
Seketul ayam goreng IDR15,000
Seketul ayam pop IDR15,000
Sesenduk rendang sapi IDR15,000
Seketul dendeng sapi IDR15,000
Sekeping paru sapi IDR15,000
Seketul perkedel IDR5000
Sesenduk sayur IDR5000
Sepiring sambal IDR5000
Teh O IDR4000

*kalau kurang ambil lauk tu, kurang le harga tapi kalau pelahap macam Ketam ni.... tahu-tahu sajalah. tapi secara relatifnya harga amat murah, lebih-lebih lagi bila income dalam aussie dollar.... heheheheh

Makan minum di Restoren Wong Solo
Nasi sepinggan IDR5500
Seketul ayam penyet IDR17,500
Seketul bebek bakar IDR18,500
Sepinggan cumi goreng IDR32,000
Sepinggan cah kangkung IDR15,000
Semangkuk sup buntut IDR29,500
Teh manis hangat IDR4500
Lemon tea IDR7500

*harga di atas akan dikenakan tax 10%

Pasar raya Giant (kalau rasa nak mengunyah dalam bilik hotel)
1 kg buah limau IDR12,490
1 kg buah epal fuji IDR16,990
Mr Potato IDR15,980
1.5L minuman Fanta IDR14,890
Nescafe moca can IDR8500
Nescafe late IDR8500

*bila balik baru perasan duit Ketam banyak dihabiskan untuk melantak..... heheheheh

Airport tax
Ketepikan IDR150,000 seorang termasuk kanak-kanak untuk airport tax semasa nak balik nanti. Selepas pemeriksaan imigresen dan airlines check in counter, akan ada satu kaunter khusus untuk memungut airport tax. Mereka hanya menerima tunai dan matawang rupiah. Ada beberapa pelancong yang terkial-kial nak cari IDR150k sebab tak bersedia, atau memang tak tahu dengan tax tersebut.

Shopping dan shopping selagi terdaya
Kos shopping bergantung apa yang kita nak, juga lokasi. Kalau di gedung harga sudah tetap tapi kalau di pasar atau kedai kecil, tawar sehingga 60% sebab harga buka memang tinggi, terutama untuk pelancong. Jangan pula tawar menawar di Krishna atau Hawai.... lol just kidding.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:29 AM | Show all posts
i miss bali
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:45 AM | Show all posts
Reply 985# hazel23


    me too. jom hazel .. kita pegi lagi. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 03:37 PM | Show all posts
hari tu ade dgr terrorist mati ditembak kat kuta.. aiyak.. smua ok ka? nak p lgi 2mgu. tatotttt la plak.. bole pasrah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 06:11 PM | Show all posts
Reply 966# .N.A.

mak oi blk..classic gile. x pandai nak dduk tmpt mcm ni. lagi suka ddk kt town n bajet hotel. brape ni 1 malam? tq in adv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 07:33 PM | Show all posts
Reply  .N.A.

mak oi blk..classic gile. x pandai nak dduk tmpt mcm ni. lagi suka ddk kt town n ba ...
saffianoprada Post at 30-3-2012 18:11



    thn 2008 harga Rp200,000 per mlm
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 06:35 PM | Show all posts
alhamdulilah minyak tak jd naik harg transportpun tak jadi ikut naik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 10:53 AM | Show all posts
Yanto da baca mesej saya? Sebab saya belum dapat jawapan.6 april ni saya dah nak ke bali...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 11:28 AM | Show all posts
Sorry for my ignorance, but is Bali safe to travel to, now?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:21 PM | Show all posts
salam..

sy org baru kat sini...sy akn kawen pd hujung bulan 9 nie so nk g honeymoon bln 10 nnt ke bali...saya dh pun beli tiket ke bali pd 5.10.2012 - 11.10.2012.

sy mungkin akan stay kat Rama Candidasa, so sy nk tny ade sape2 tak yang pernah stay kat situ...kat situ senang x nk cari makanan halal...

harap ade yg sudi membantu :-)
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply 984# ketam_batu_jr


   thx shre info. lgi2 yg epot tax tuh. kenkadang x sedor. kenkaddang terlupe. sbb x sume tmpt kne byr tax gitu.. tq lg skali. and aku tgh cube contact person yg ko bg tuh.. ase2 nye nk amik 1 day tour. selebih nye nak ngayau2 sewa motor.. motor kat sane senang dapat x? brape sehari? tq in adv
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 05:37 PM | Show all posts
Reply 990# yantohood


   tumpang gumbira.. nasib baik xjdi naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 05:40 PM | Show all posts
Reply 766# yuemzek


   nak tanya sewa motor bersepah ke kat kuta? daily brape eh? tq in adv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 11:46 PM | Show all posts
Reply 994# saffianoprada


    i tolong jawab ek. Kalau nak sewa motor jangan amik yg kat pantai kuta mahal sikit 65-75k. Gi pepagi kat area poppies tu blh dapat 40k per hari. Pecah telur katanya. Kalau ptg/mlm tu kita nak balik bagi tau dia kena collect motor tu kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:09 AM | Show all posts
Reply 997# sarinah


   poppies tudlm kuta jugek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:26 AM | Show all posts
Reply 998# saffianoprada


    yep, kat poppies 2. Motor byk bersepah cuma harga je berbeza tu yg kena gi pepagi. Biasanya runner dia ada la kat tepi2 jln/lorong tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:30 AM | Show all posts
Reply 999# sarinah


   tqsm.. will google the exact location from my hotel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.083946 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list