CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 21-1-2014 11:14 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2014 02:57 PM | Show all posts




~~~ IG officialhafizfc ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:21 PM | Show all posts
cikgushafi Latihan terus...Persediaan Ajl..   38min .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 08:22 PM | Show all posts
cikgushafi  Kau percik Api membakar kenangan lama.....   39min

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:24 PM | Show all posts
cikgushafi  Semoga fokus Nya kekal sehingga ahad..   40min


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:35 PM | Show all posts
hafizsuip  Try this mee Bandung udang muar...at seri kembangan   6h

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:50 PM | Show all posts
Hafiz kurus kerana kecewa?

AQMAR MUSTAZA & FOTO : ASTRO

21 Januari 2014



KALI terakhir penulis bertemu Hafiz pada Shout! Awards baru-baru ini, tidak ada sebarang perubahan ketara dilihat pada penyanyi yang kini popular dengan lagu, Bahagiamu Deritaku.

Namun lain pula ceritanya apabila penulis bertemu dengan Hafiz pada sidang media Top 5 Anugerah MeleTOP Era (AME) di Zouk, Jalan Ampang, Khamis lalu, penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini kelihatan lebih kurus, sehingga menimbulkan persoalan, adakah dia kurus kerana kecewa atau sakit?

Lalu, kesempatan bertemu Hafiz sebaik tamat sidang media itu digunakan beberapa media untuk bertanyakan perkembangan dirinya.

"Saya kurus bukan kerana sakit atau putus cinta. Tetapi lebih kepada stamina dan saya mahu nampak kurus di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti (ketawa).

"Rancangan untuk mengurangkan berat badan ini memang sudah lama saya fikirkan. Cuma masa saya agak terhad, jadi bila ada masa terluang, saya akan workout di gim, jika tidak saya hanya kawal makan sahaja," katanya.

Mengulas mengenai persiapannya menjelang AJL, Ahad ini, Hafiz berkata, dia masih lagi membuat latihan dan persiapan akhir dan berharap segalanya berjalan dengan lancar.

"Buat masa ini saya memang fokus dengan AJL, di samping sibuk mempromosikan single bersama Datuk Rossa, Salahkah.

"Mengenai persembahan pada AME, 8 Februari ini pula, saya sudah dapat judul lagu, tetapi persembahan macam mana yang akan saya buat, itu rahsia," katanya.

Ditanya, adakah dia hanya berduet dengan nama-nama besar dalam industri nyanyian, Hafiz menjelaskan: "Saya tidak pernah letak syarat untuk berduet dengan artis terkenal seperti Datuk Siti dan Rossa.

"Cuma saya ada sasaran untuk berduet dengan penyanyi lama bagi menghidupkan kembali lagu-lagu lama yang masih jadi pilihan anak muda sekarang," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya seninya, Hafiz berkata, fokus utamanya sememangnya lebih kepada bidang muzik, namun sedia mempertimbangkan andai ada tawaran berlakon.



~~~ sinarharian.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:53 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza & Hafiz dominasi Top 5 AME

Wartawan Sinar Harian

21 Januari 2014



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz antara artis yang paling banyak dicalonkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME).

Pada sidang media pengumuman Top 5 yang diadakan di Zouk, KL baru-baru ini menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza tercalon dalam empat kategori iaitu dalam kategori Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Bintang Siber Meletop.

Manakala Hafiz pula tercalon dalam kategori Lagu Meletop, Penyanyi Meletop. Selain kedua-duanya tercalon dalam kategori Grup/ Duo Meletop.

AME telah mempertandingkan sebanyak 14 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Meletop (Lelaki) dan Top Meletop (Wanita). Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Anugerah julung kali diadakan ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau. Anugerah ini juga memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi.

Bertemakan ‘Yang Hit, Yang Meletop', AME bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135). Ia bakal dikemudikan oleh gabungan Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa sebagai hos utama.

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air seperti Stacy, Hafiz, Mark Adam, Najwa Ltif, Azhael dan ramai lagi. Turut memeriahkan AME, artis jemputan dari Indonesia, Cakra Khan.

Bagi para peminat yang ingin mengundi, maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi boleh layari www.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.iti Nurhaliza & Hafiz dominasi Top 5 AME.



~~~ sinarharian.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 09:05 PM | Show all posts
Hafiz kurus bukan kerana buatan orang

Posted by TUPAI  Isnin, 20 Januari 2014



Susuk tubuhnya yang agak berisi serta gaya rambut kerinting kembang menjadikan Hafiz Suip mudah dikenali dan disapa oleh para peminat.

Namun kehadiran peraih Vokal Lelaki Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di sidang pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA baru-baru ini nyata menarik perhatian dengan penampilan tubuh badan yang susut.

Menafikan dirinya kurus kerana sakit terkena buatan orang (ilmu hitam), Hafiz bagaimanapun mengakui dirinya baru sembuh daripada demam yang dihidapi sejak dua minggu lalu.

"Jangan risau, saya tidak sakit kerana terkena sihir buatan orang, Alhamdulillah semuanya itu tidak berlaku pada saya.

"Mungkin salah satu faktor saya kurus adalah saya baru sembuh daripada demam teruk sejak dua minggu lalu. Sakit tahun baru katakan," ujar Hafiz berseloroh.

"Sebenarnya saya memang sedang giat ke gimnasium untuk menguruskan badan bagi menyingkirkan lemak dan menambahkan lagi stamina. Maklumlah tugas saya memerlukan saya sentiasa bertenaga dan kekal sihat sentiasa. Bila badan dah makin susut saya rasa ringan dan lebih berkeyakinan.


Hafiz di sidang pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA di Zouk baru-baru ini.

"Saya akui salah satu sebab utamanya juga adalah sebagai persediaan untuk Anugerah Juara Lagu 28 yang akan berlangsung 26 Januari ini," tambahnya lagi.

Menyentuh tentang persediaannya untuk Anugerah MeleTOP ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari depan, Hafiz yang tercalon dalam tiga kategori iaitu kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP dan bakal bersaing dengan beberapa nama besar seperti Dato' Siti Nurhaliza, Stacy, Akim dan ramai lagi mengakui sedikit gementar, tetapi tidak sabar menantikan malam kemuncak anugerah yang bakal berlangsung buat pertama kalinya itu.

'Pada malam tersebut saya akan cuba membuat persembahan yang terbaik dan pastinya ada menyuntik sedikit elemen istimewa yang pastinya kejutan kepada para penonton.

"Saya tercalon dalam tiga kategori dimana ketiga-tiga kategori itu menampilkan ramai pesaing yang sememangnya mantap belaka dan ia membuat saya lagi gementar dan pada masa yang sama teruja. Saya doakan yang terbaik untuk semua yang tercalon.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak nak menang kan? Tentulah nak menang tapi biarlah ia menjadi persaingan yang sihat tanpa ada sebarang unsur persengketaan. Justeru siapa pun yang menang mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik dan saya ucapkan selamat berjaya kepada semua yang tercalon," kata penyanyi berusia 23 tahun ini lagi.


Hafiz berminat untuk berkolaborasi dengan penyanyi veteran pada masa akan datang.

Ditanya tentang perancangan terkini dunia seninya, Hafiz menyatakan buat masa ini dia mahu fokus pada dua anugerah tersebut serta mempromosikan single terbarunya bersama Dato’ Rossa yang bertajuk "Salahkah".

"Buat masa ini biarlah saya fokus pada persiapan untuk kedua-dua anugerah ini dan pada masa yang sama mahu mempromosikan single terbaru saya bersama Dato’ Rossa yang klip videonya sudah pun dilancarkan di laman YouTube.

"Saya teruja dengan kolaborasi ini kerana umum sedia maklum tentang kredibiliti vokal dan pesona Rossa dan saya akui saya adalah antara peminat setia beliau. Penggambaran klip video "Salahkah" dilakukan sepenuhnya di Jakarta. Saya berasa puas hati dengan kolaborasi ini bukan sahaja kerana peluang berduet dengan penyanyi hebat dari seberang tapi pengalaman yang diperolehi dari kerjasama ini.

"Untuk perancangan masa hadapan pula, sekiranya berpeluang, saya mahu berkolaborasi pula dengan penyanyi lama. Soal siapa artis tersebut atau siapa yang menjadi pilihan saya bukanlah soal utama kerana saya bukan jenis yang memilih.

"Saya perhatikan, sekarang ini banyak lagu-lagu lama yang diberi nafas baru oleh penyanyi baru tetapi generasi kini kurang mengenali siapa penyanyi asal dan itu yang membuatkan saya bercadang untuk berkolaborasi dengan penyanyi lama kerana mahu menghidupkan semula kegemilangan lagu evergreen tetapi dalam masa yang sama berjaya diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat," kata Hafiz mengakhiri perbualan.



~~~ tupai.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 09:14 PM | Show all posts
Hafiz berentap ‘Top 5’

Oleh Norhayati Nordin

Bahang kehangatan Anugerah Meletop Era (AME) yang julung kali dianjurkan pada 8 Februari ini nampaknya semakin dirasai. Bahkan, dua penyanyi popular tanah air didapati mendominasi pencalonan.

Menerusi sidang media mengumumkan senarai penuh lima calon akhir terpilih yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, 14 kategori dipertandingkan nyata di ungguli Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip.

Kedua-dua penghibur terkenal yang pernah bekerjasama merakamkan lagu duet tema drama Adam & Hawa, Muara Hati itu berjaya menambat hati peminat untuk mengundi mereka bagi berentap dalam senarai ‘Top 5’.

Sehubungan itu, Siti dicalonkan empat kategori manakala Hafiz menerima tiga pencalonan termasuk kategori Grup/ Duo Meletop yang mencalonkan kedua-duanya.


MANTAP, sebahagian artis yang hadir pada sidang media mengumumkan senarai penuh lima calon akhir terpilih yang diadakan di ibu kota baru-baru ini

Justeru, antara kategori yang membariskan nama Siti sebagai calon ialah Lagu Meletop, Penyanyi Meletop serta Bintang Siber Meletop dan Hafiz pula tersenarai bagi kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh yang menjawab mengenai penganjuran AME yang dianggap relevan berkata majlis untuk mengiktiraf sumbangan penggiat seni tanah air adalah wajar.

“Apatah lagi, AME memberi peluang kepada peminat menghantarkan undian mereka sebagai tanda sokongan kepada artis disukai. Justeru, peminat diberi hak membuat pilihan mereka.

“Bukan itu saja, sebagai penghargaan kepada artis atau selebriti yang dipilih sebagai pemenang pada setiap kategori dicalonkan dalam AME nanti, hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 turut akan di bawa pulang selain trofi.

“Hadiah wang tunai disediakan itu agak berpatutan untuk diterima pemenang yang bertuah dan ia dianggap setaraf dengan beberapa majlis anugerah pernah dianjurkan Astro,” katanya.

Menurut Khairul Anuar yang bercadang untuk menganjurkan AME pada setiap tahun, walaupun hanya RM5,000 disediakan kepada pemenang bertuah, namun sangat bermakna.

Katanya, apa yang pasti beliau juga tak berasakan jumlah wang tunai disediakan itu agak rendah nilainya dan secara tidak langsung menjatuhkan martabat seseorang artis.

“AME adalah malam anugerah untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian seorang pemenang daripada barisan artis dicalonkan dalam senarai ‘Top 5’ yang dipilih sendiri oleh peminat.

“Malah, wang tunai akan diterima pula hanyalah hadiah sampingan semata-mata kerana saya yakin pilihan peminat adalah jauh lebih besar dan bermakna bagi seseorang artis,” katanya.

Selain kategori sedia ada, terdapat juga dua kategori utama yang menjadi perhatian artis tempatan untuk dimenangi iaitu Top Top Meletop (Lelaki) dan Top Top Meletop (Wanita) yang akan diumum pada malam kemuncak itu.

Bagi Pengurus Radio ERA FM, Nazri Noran pula kerjasama dengan program MeleTOP untuk majlis anugerah itu secara tidak langsung memaklumkan orang ramai bahawa Anugerah Era tidak akan dianjurkan lagi.

Ujarnya, Anugerah Era kini sudah menjadi sejarah. Apatah lagi, tidak adil rasanya untuk terus dianjurkan lagi berikutan kini sudah terdapat banyak stesen radio di negara ini.

Justeru, bagi memastikan penonton terhibur menyaksikan malam kemuncak AME bertemakan ‘Yang Hit, Yang Meletop, yang turut disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), gabungan tiga pengacara disatukan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa.

Manakala, persembahan hiburan untuk tatapan penonton pula dibarisi penyanyi popular tanah air seperti Stacy, Hafiz, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi termasuk artis jemputan dari Indonesia, Cakra Khan.



~~~ hmetro.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 10:38 AM | Show all posts
Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi



HAFIZ, Stacy, Altimet dan Awi Rafael menyusun strategi, melontar energi dan mengalun vokal terbaik untuk melangkah ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula pukul 9 malam di TV3.

Hafiz, penyandang tiga kali Vokal Terbaik dalam AJL sejak tahun 2010, bakal mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku untuk malam final nanti.

Sementara Stacy pula bakal berentap menerusi lagu Bosan ciptaan Omar K manakala, Altimet dan Awi Rafael pula mempertaruhkan lagu Hip Hop, Kalau Aku Kaya.

Hafiz bawa elemen sedih

Pernah membawa elemen drama dengan penampilan khas penyanyi senior Herman Tino untuk lagu Awan Nano di pentas akhir AJL26 (2011), tahun ini menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz Suip akan membawa elemen sedih bagi melatari lagu itu.

"Saya tak mahu tekankan elemen drama seperti sebelum ini, sebaliknya bawa elemen sedih pula di atas pentas.Selain itu, saya juga akan ke kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Memang setiap tahun saya akan mengikuti kelas vokal dengan Cikgu Shafi," ujar penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Mengulas mengenai kemenangan tiga kali berturut-turut untuk vokal terbaik dalam AJL, Hafiz mengakui berasa sedikit tertekan.

Sebabnya, kata Hafiz, peminat-peminatnya juga menjangkakan kemenangannya untuk tahun ini.

"Ramai peminat beritahu yang saya mam-pu melakukannya. Sedikit sebanyak ia memberi saya tekanan. Kalau tidak menang ia akan menyedihkan peminat saya," luahnya.

Bagaimanapun, kata Hafiz, dia tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan yang diperoleh sebelum ini. Sebaliknya, akan tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Lebih-lebih lagi selepas melihat barisan artis yang akan membuat persembahan bukan calang-calang dari segi vokal mereka.

Stacy tidak kecewa

Tampil dengan imej lebih segar dengan potongan rambut pendek yang berwarna hitam, Stracie Angie Anam atau Stacy mengakui gaya itu dilakukan bagi konsep album terbaharunya.

Menampilkan 10 lagu termasuk lagu bersama penyanyi band pop dari Indonesia iaitu SM*SH, jelas penyanyi berusia 24 tahun itu, konsep album baharunya itu jauh berbeza daripada lagu-lagu yang pernah ditampilkan sebelum ini seperti Jahat dan Pelangi Senja.

"Saya suka bereksperimen dengan fesyen tetapi saya akui tidak sesuai dengan fesyen feminin.

"Fesyen yang cuba saya tampilkan ini kena dengan konsep album terbaharu saya. Album ini juga merupakan kesinambungan daripada lagu Bosan," jelasnya yang teruja membuat persembahan akhir AJL28 dengan penampilan baharunya itu.

Menolak gimik dalam persembahan, kata Stacy, dia lebih menitikberatkan susunan muzik, vokal dan gerak tarinya di atas pentas AJL28 nanti.

Stacy juga mengakui tidak meletakkan kemenangan sebagai perkara utama. Sebaliknya, akan membuat persembahan yang terbaik dan secara tidak langsung ia memberi gambaran bagus untuk album terbaharunya yang bakal keluar tidak lama lagi.

Tidak pernah menang AJL biarpun hampir saban tahun melangkah kaki ke pentas akhir, bagaimanapun Stacy tidak kecewa.

Menjawab mengenai perkara itu, kata Stacy, dia masih baru dalam industri dan perjalanannya masih panjang dalam AJL

"Saya masih muda. Walaupun sudah enam tahun dalam industri ia masih dikira baharu. Saya tidak kecewa tidak pernah menang dalam AJL. Bagi saya, sudah masuk final pun dikira bagus," tuturnya yang tidak berasa cemburu terhadap Hafiz malah, gembira di atas kemenangan berturut-turut rakannya itu dalam pertandingan berprestij ini.


DARI kiri: Awi Rafael, Altimet, Hafiz dan Stacy menyimpan debaran yang berbeza menanti detik final Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil


Altimet naikkan martabat Hip Hop

Tidak meletakkan kemenangan pada lagu Kalau Aku Kaya, Altimet juga mengakui tidak menjangkakan lagu tersebut sampai ke peringkat akhir AJL28.

Bersyukur dengan tuah lagu tersebut, janji Altimet, dia akan tampil dengan persembahan yang terbaik bersama dengan penyanyi Awi Rafael.

"Lagu ini banyak tolong saya dengan Awi. Jadi, kami akan buat yang terbaik dari segi persembahan pada malam nanti. Saya akan mainkan lagu ini dalam pelbagai rentak dengan menggunakan alat muzik harmonika," dedah Altimet yang mahu mengangkat martabat muzik Hip Hop.

Jelas Altimet, dia pernah berbincang dengan pihak label Kartel Records kenapa lagu Hip Hop tak boleh menang dalam AJL.

Hasil yang diperoleh, kata Altimet, lagu-lagu Hip Hop kena dibiasakan bertanding dalam AJL.

"Empat tahun lepas saya ada berbincang dengan rekod label kenapa lagu Hip Hop susah nak menang. Adakah sebab ia genre baharu? Pada saya, kalau mahu Hip Hop menang kena biasakan masuk AJL.

"Secara tidak langsung masyarakat terbiasa dengan genre Hip Hop," ulasnya yang mengakui mempunyai lagu baharu berjudul Aku Tahu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mengakui berdebar membuat persembahan di pentas akhir AJL28, akui Altimet, dia tidak hanya membawa namanya dan Awi tetapi juga membawa genre muzik itu sendiri.

Mengukuhkan lagi hujahnya, kata Altimet: "Zaman Too Phat dulu genre ini dianak tirikan. Sebab mereka fikir ia sekadar trend dan tidak kekal lama. Jadi, kami mahu buktikan yang Hip Hop bukan trend".

Final AJL pertama Awi

Pada satu masa dahulu, Awi Rafael pernah berasa kecewa kerana lagunya Bila Aku Jatuh Cinta dan Pulanglah tidak berjaya memasuki AJL kerana masih menunggu status penduduk tetap (PR), namun kali ini dia berasa lega kerana lagu nyanyiannya Kalau Aku Kaya berjaya ke peringkat akhir.

Mengulas mengenai persembahannya bersama Altimet nanti, selain penggunaan alat muzik harmonika, kata Awi, mereka juga akan membuat persembahan mengikut tema AJL28 iaitu Game On.

"Lagu ini berkisar mengenai masyarakat. Jadi, persembahan kami nanti berdasarkan mengenai masyarakat. Kami mungkin akan buat dua orang pemuda yang duduk di rumah sedang bermain permainan video sambil menyanyikan lagu tersebut," dedah Awi.

Bakal menyanyikan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia iaitu Irfan dari kumpulan Samsons dalam album keduanya bersama Warner Music, Awi mengakui, teruja untuk menembusi pasaran Indonesia melalui lagu tersebut.

Jelajah AJL28

Sementara itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV3, Jelajah AJL28 telah diadakan di Busana @ Menara MARA pada 12 Januari lalu.

Antara finalis AJL28 yang menyertai jelajah tersebut ialah Jaclyn Victor, Stacy, Hafiz, Awi Rafael, Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Hyper Act.

Tanpa sokongan besar daripada penonton setia TV3 yang diberi kepada Muzik-Muzik selama 28 tahun, kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin, AJL tidak mungkin dapat mencipta fenomena di seluruh negara.

"Selain berhibur dengan persembahan nyanyian, Jelajah AJL28 juga memberi peluang kepada finalis AJL28 untuk bersantai dan melakukan aktiviti beriadah bersama-sama para peminat," jelasnya.

AJL28 akan berlangsung secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam pada 26 Januari ini.

Seramai 12 artis berkumpulan dan solo akan membuat persembahan. termasuk Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan dan Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Hazama (Penglipur Lara), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif Feat Sleeq dan Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya) serta Alyah (Kau Yang Terindah).



~~~ kosmo.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 22-1-2014 10:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 10:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 10:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 11:29 AM | Show all posts
Hafiz dan Stacy: Wanita Hari Ini TV3

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 11:30 AM | Show all posts
SUNTIKAN GOSIP: "Keluarga pilihkan sendiri jodoh untuk Hafiz"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.681017 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list