|
Reply #1001 indah1285's post
Tak payah la...
takmonye diorang terima seorang penetap yang tak bertanggungjawab terhadap negara...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe.. Plagiarisme.. Tapi takpe la, sebab orang tu takde ngaku tu sajak dia kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1009 thedude's post
delete terus lps tu... merapu meraban jek....
eh, bila abg nk wat puisi neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 16-2-2008 12:35 AM
xper....
Nah ... puisi buat In ... lama gak abg tulis .. toksah Google, ini original
Buat Si Perawan
Dari jauh kau kurenungi,
Kuharapkan kau menyedari,
Bahawa adanya seorang lelaki,
Yang telah datangnya zam-zam di hati,
Ingin menjadi teman dan ingin mendekati.
Ku ternanti-nanti bilakah masanya,
Kan tercipta peluang seluas jendela,
Untukku menyusun kata-kata,
Bagiku meluahkan hasrat di jiwa,
Hasrat yg terkubur .. sekian lama.
Duhai perawan, katakan padaku,
Apakah caranya, yang manis bagimu,
Agar ku tidak menyakiti hatimu,
Agar kau tidak menjauhi diriku,
Setelah kau tahu apa mahuku ...
Hanya satu yang ku pinta,
Jika ku bukanlah yang kau cita,
Janganlah diriku ini dicerca,
Kerna hati ini disarati cinta,
Tak mampu menahan sedemikian bencana..
Duhai perawan, cinta hatiku,
Andai kau perlu berkata sesuatu,
Sesuatu yang bisa merobek hatiku,
Ku mohon darimu, teruskan membisu,
Dari matamu, ku tahu maksudmu ...
Sekian
[ Last edited by thedude at 16-2-2008 01:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi yang hening
sunyi sepi
Tapi sungguh menenangkan
Dan ku selami perasaanku
Tentang perasaanku kepadamu
Yang seringkali membuatku terpana
Tatkala mereka membuatmu gembira, aku turut bergembira
Di dalam kesedihanmu, aku turut tempiasnya juga
Dan ku sangat bimbang dengan kesedihan yang bakal menjelma
Kan membuat hatiku turut bersedih bersamamu
Percayalah
Selagi tuhan membenarkan, aku kan sentiasa setia disisimu
Berpautlah padaku dikala kau terasa goyah walaupun akarmu sudahpun cukup teguh
Dan tentang hatiku, sentiasa menjadi kepunyaanmu
Umpama kanvas putih, kau lakarlah ia semahumu
Dengan warna-warna kegemaranmu
Kemudian kau pahatkan ia agar kekal selamanya
Dan tentang diriku, sering ternanti akan saat pertemuan dan pengabadian
Yang telah kau coretkan padaku
Bersama sejuta harapan
[ Last edited by oli_nick at 16-2-2008 06:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
And so history will be repeated
And no matter
I will be here by her side again
Throughout the pain and sadness
Whether you lost an appetite or nausea
I will still be there
Just call on me
By the next time
They will hop in for our unfinished chapter |
|
|
|
|
|
|
|
wanita itu
yg menangkap penglihatanku
terarah cuma pada dia
membuahkan tanya
ada apa dengan dia
hingga hati ditarik
utk menilik
segala apa yg ada pada dia
wanita itu
dan tudung litupnya
bibir merekah bak delima nan ranum
alis nan cantik
ternyata indah
walau tanpa secalit
warna ciplakan teknologi
wanita itu
bikin aku menilai diri
walau t-shirt sendat dibadan
walau ratusan ringgit jeans sehelai
namun aku
tidak secantik dia
tidak seindah dia
tidak setenang dia
tidak semanis dia
wanita itu
buat aku pulang
bersama seribu pengajaran
bahawa aku terlalu naif
bahawa aku perlu insafi diri
bahawa aku muslimah yg lupa akhirat
bahawa aku perlu rujuk diri
agar
berubah
agar
terima
agar
fahami
segalanya
ttg mjd
muslimah sejati.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki I berkata kepadaku
aku tidak layak untuk mana-mana lelaki muda di sini
yang layak untukku Datuk K and the gang
(puisi ini terlalu bodoh, namun aku nak teruskan juga)
aku ingin membunuhnya dengan belati cinta kalau aku mampu untuk membunuh
aku ingin belajar menjadi penggoda
memanah dadanya dengan tusukan asmara
agar dia kembali datang kepadaku dan berkata
''aku silap menilaimu, kenapa cintaku hadir untukmu''
namun aku tidak punya upaya
yang menerobos ke dalam dadaku
cuma kekalutan dan ketakutan.
Lelaki II menggamitku
menghulur segulung cinta dari bakul hatinya
aku memaling dan tunjukkan kepadanya
apa kata Lelaki I...
Lelaki II mengomel, ''kenapa harus takut dengan kata-kata, tanpa berteras realiti dan tanpa pedoman diri?''
aku termangu dengan rembesan bicara Lelaki II
kerana cintanya, kerana rindunya, kerana harapannya, kerana keluhnya, kerana kesungguhannya.
aku merenung langit, awan bergerak tanpa bicara namun membaca isi hari
kalaulah aku awan, yang bisa meneduhkan dari terik mentari dan bahang hati
berteduhlah di bawahku, sambil kau mengopek hatiku dan kita sama-sama memahaminya...
Lelaki III datang kepadaku
menghulur seberkas cinta yag sudah kumal, disimpan lama untuk ku
baru kini berani menghulurkannya, kerana rasa cemburu kepada Lelaki II
matanya sayu memandang aku
oohh, malam... cepatlah datang
aku ingin melihat bulan, aku ingin menjadi bulan
yang bisa memberi sinar untukku dan untuk lelaki III
Lelaki IV memanggilku
''aku ingin menjual cinta kepadamu, cuma ada satu, belilah ia..''
''aku tidak punyai uang..''
''ambillah, percuma dan kau tak perlu berhutang''
''tidak, aku takkan mengambilnya...''
Aku tetap berhutang sepanjang hidupku...
[ Last edited by indah1285 at 20-2-2008 03:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1018 indah1285's post
|
|
|
|
|
|
|
LELAKI II & III tuh mcm kenal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|