|
aku pernah bersekolah asrama..
sekolah ni kalau aku cakap nama apa..memang sangatlah dikenali..
tetapi yang ingin aku ceritakan ni bukanlah berkenaan sekolah aku tapi sekolah member aku semasa di matrik..
sebuah sekolah agama..
mungkin korang rasa takde bezanya sekolah agama dengan sekolah harian biasa..
tapi bagi aku..
selepas mendengar beberapa versi cerita hantu..semua yang horer-horer memang datangnya dari sekolah agama..
mungkin jugak sebab sekolah tersebut aktiviti agamanya aktif..sebab tu benda-benda di kawasan tersebut panas kot..?
wallahualam..
member ni menceritakan kat aku berkenaan sepohon kayu daunnya rimbun kat padang sekolah dia..
pokokni tak penah pulak ditebang sejak-sejak dia tingkatan satu kat situ sampailah dia keluar sekolah..
disebabkan dia seorang yang sangat suka mengambil tahu hal orang, dia beria-ria bertanyakan kat senior..tapi sama seperti dia..senior pun xtahu kenapa pokok tu dengan aman damai dibiarkan di tengah-tengah padang sekolah camtu sahaja..
dan yang lagi mencurigakan,pihak sekolah siap buat padang baru untuk menampung aktiviti pelajar dan jugak untuk digunakan semasa perlawanan peringkat daerah antara sekolah-sekolah..
kerana tersangat hiper..member aku ni pernah la di denda kutip sampah dan cabut temucut (rumput kecik-kecik yang suka lekat kat seluar kalo kita main kat padang ..)kat padang sekolah..
member aku dengan penuh berwibawa mintak izin nak cabut temucut dekat padang yang berpohon sebatang yang ada kat tepi sekolah ni...
disamping menyihatkan badan..dapat jugak dia memonteng kelas sampai 2 3 kelas sekaligus..
tapi cikgu disiplin tak benarkan..cikgu disiplin ni jugak merangkap ketua warden..dan dia antara cikgu tua kat situ.."ustaz" nama gelaran dia sebab dia memang ustaz pun..
dan ini menambahkan lagi ke-X- files-an pokok tersebut..
akhirnya, masa kem motivasi pelajar baru, member aku ni menjadi salah seorang fasilitator..dan mereka menjemput beberapa alumni untuk datang jadi fasi jugak..
kebetulan alumni yang diorang jemput tu mempunyai cerita disebalik kunci kejayaan pokok tersebut bertahan sampai sekarang..
ceritanya bermula.. |
|
|
|
|
|
|
|
semasa kakak senior ni masih di tingkatan 1 iaitu semasa sekolah ni baru mula dibuka..
padang tersebut bukannya menghjau dengan rumput rumpai lagi..
semuanya just padang debu dengan pokok rumput bertepek-tepek macam taik lembu ..
tiba-tiba ada seketul pokok kat tengah padang dengan banyak kesan tanah dicungkil keliling pokok ni..
pemandangan tu taklah menghairankan sangat..
tapi cerita baru nak bermula..
batch pertama ni macam biasa melalui proses orientasi..didenda..dikejutkan tengah-tengah malam..
biasalah kan..
kalau yang dah biasa dengan keadaan macamni, taklah teruk sangat rasanya..sama-sama kena so apa yang nak dihairankan..
tapi.ada yang berasal dari keluarga yang berada..dimanjakan sangat-sangat..
budak ni perempuan..
bila dah sikit-sikit emosi..sikit-sikit merajuk..
orang pergi surau .dia tak pergi..
orang pergi riadah..dia tak pergi..
magrib-magrib plak selalu duduk sorang-sorang dalam dorm..
orang baca yassin setiap khamis malam jumaat, dia baca komik dan lepak dalam bilik tv..
orang ajak sembahyang dia cakap uzur... |
|
|
|
|
|
|
|
semua orang dah macam malas nak hiraukan budak ni..
cikgu pun dah malas dan tak tahu macam mana lagi nak melentur dan mengajar..
tapi dia budak pandai..just bila suruh bergaul dengan orang dia tak nak..
suka buat hal sendiri..
satu malam lepas prep, lepas supper setel..roomate dia lapor kat cikgu yang dia still tak balik-balik from bilik prep lagi..
padahal blok kelas dah gelap ni..
so dengan 2 3 orang warden perempuan dengan ustaz ketua warden cari satu sekolah..
bukak lampu semua koridor, semua kelas cari kot-kot dia tertidor kat bilik kelas..
tapi xjumpa..
asrama tak heboh pun sebab semua orang dah penat..masing-masing dah tido..
tak sampai 20minit (kawasan sekolah bukan besar sangat pun), ustaz dah jumpa budak perempuan ni bawah pokok kat tengah padang,
tengah nyanyi-nyanyi..
tudung labuh sekolah agama kan besar..budak ni duduk bawah pokok, tudung dah terlurut sampai tutup muka
sambil nyanyi lagu "pohon beringin...tegaknya tinggi.."
tengah-tengah malam nyanyi lagu tu seram wei...
bila ustaz bagi salam..dia jawab..
ustaz tu cakap "buat apa kat sini?"..
dia jawab "temankan kawannnn"...
ustaz tu dah meremang waktu tu..
tapi dia tanya lagi.."mana kawan tak nampak pun..."
budak ni jawab lagi sambil still tunduk..."kat atas pokok ni ustaz..........tengokla atasss..."
ustaz tu dengan beraninya tengok..
memang ada sungguh...perempuan pakai baju kebaya macam kebaya nyonya tengah juntai-juntai kaki kat atas pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz ni bukan calang-calang jugak..
dia lawan tenung dengan perempuan ni..
lepas tu dia buat lawak"tak manis perempuan pakai kain batik duduk goyang-goyang kaki atas pokok..turunlah.."
tapi perempuan tu geleng..dia senyum ja..
ustaz ni cakap elok-elok kat perempuan tu.."saya nak bawak balik anak murid saya ni..boleh ke..?"
perempuan tu angguk..slow mo je..sambil pandang tajam ustaz ni..
so ustaz ni pegang budak ni dan tuntun dia jalan slow-slow pergi kat asrama perempuan..
lepas bagi dia minum air penawar..hembus-hembus sikit..ustaz suruh budak perempuan ni tidur dengan warden perempuan kat bilik warden buat malam ni..sementara..
keesokan harinya ustaz tu buat perjumpaan dengan semua budak perempuan..kecuali budak yang "sakit" ni..
ustaz tu cakap..berkawanlah dengan semua orang sama rata..jangan biarkan ada yang terpinggir..
sesetengah budak ni..pemalu..sesetengah lagi pulak sombong..nak orang tegur dia dulu..so ustaz ni mintak jangan sisihkan sesiapa..
sebab selalunya budak-budak macam ni, setan mudah tertarik..dahla pelik pada orang...pikiran pulak tengah kacau..itu yang dia merupa dan ajak berkawan dengan dia..
tanpa orang lain sedari..penunggu pokok ni ajak budak perempuan tu berkawan dengan dia..
dia cakap dia lapar..dia tak dapat jalan pergi tempat lain sebab dia dah kena pagar kat pokok tu..
budak perempuan ni la yang setiap malam bawak sisa makanan,tulang-tulang ikan,tulang ayam,kulit udang,
kat penunggu pokok ni dan letak kat bawah pokok tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1000 dahayu's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1004 missayeen's post
oh......yeke.............terkedu baca jap......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1004 missayeen's post
pergh ayeen...
seram lak..
naseb baek hari ni mak amik bawak blk umah...huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz tu cakap..mulai malam tu.setiap dorm kena buat bacaan al-mulk sebelum tidur tiap-tiap malam..
dan dia pun berpesan,try-tryla berkawan dengan budak "pelik"ni..kesian dia..
lepas malam tu,kakak senior ni try-try rapat dengan ustaz..
pantang ustaz tu take 5 sikit dalam kelas,dia akan suruh ustaz ni ceritakan pasal pokokni..
ustaz tu cakap,pengetua dah pesan,tengok-tengok sikit budak-budak sebab pokok tu ada penunggu..susah sikit kalau itu tempat dia.nak halau boleh tapi setakat sekarang pun masih tak berjaya..
kontraktor yang buat sekolah dah try korek tanah keliling pokok tu nak cungkil keluar sebab tak boleh ditebang..
tapi main dikorek,akar tak nampak-nampak..batang je dalam tanah..
so biarlah pokok tu aman damai kat situ..
perihal penunggu pokok tu pulak,ustaz ni cakap..dia ni perempuan joget...mati sebab kena bunuh kat pangkal pokok tu dengan lelaki mabuk..tak tahu zaman bila lagi dia dah ada kat situ..
ustaz ni dah banyak kali mimpi perempuan ni datang merayu-rayu mintak bukak pagar..dia nak keluar..tapi ustaz ni takkan bukak pagar melainkan penunggu tu izinkan pokok tu ditebang..
tapi dia tak mahu..dia cakap,itu rumah dia dah berkurun-kurun dah..
ustaz ni kata .."ok..kalau taknak bagi tebang..duduk la situ sampai bila-bila.." |
|
|
|
|
|
|
|
pagar pe ayeen?  |
|
|
|
|
|
|
|
pasal member aku pulak,dia cakap..malam penghayatan islam sepatutnya dibuat oleh alumni ni..tapi dah jadi malam cerita hantu plak..
dan dia sangat-sangatla berpuas hati macam dapat menyelesaikan kes algebra yang susah..(misteri xfiles berjaya dirungkaikan )
member aku cakap..ada yang penah mimpi perempuan pakai baju kebaya datang suruh bukak pintu..tapi diorang tak bajet pun itu hantu..
wallahualam..
itu ajo cerita aku buat 2 3 hari ni ye..
semoga korang terhibur..sekian terima kaseyhhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1011 missayeen's post
satu lagi citer horror yg hebat dr misaayeen(mcm name mak shin chan jer ).
tp i x brape faham psl pintu pagar yg perempuan joget soh buke tu.pintu pagar sekolah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #949 ReLyZa's post
heeeee..bkn xjalankan tugasnnn....bz sket dah nk dekat2 final nihh ....
lagipooonnn...korang kne thread mendap je...aku ni...ngan aku2 mendap asik tak dapat nak masuk forum sebab network error.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1001 missayeen's post
memangg..aku setuju tulll..mostly sekolah agama la yang aku dengar citer horror yg cambes....
kwn aku dulu penah citer pasal gula2 @ cocojelly kat sekolah dier...dier citer cam nak tak nak je sebab dier pon takot soo aku tak leh nak citer kat korang...dier cite selambe2 je gula2 tu guling2 depan ustaz die...
member aku ni sekolah kat sek agama yang ader kat kajang satu ngn kat n9 tu...tp aku tak ingat lak dier ni pegi yang cawangan maner..... ...
sape2 yg tau citer ni...dipersilakan la citer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReLyZa at 28-3-2008 04:08 PM 
feri penang nape ekkk
haaa....citer psl aper feri nih?? citer2 ar............................ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1012 supernaturalee's post
ko pun tanya jugak..huhuhhu..
camner nak terang ek?
bila member aku story tu,aku tak pikir pun pagar ape..
sebab pada pemahaman aku,pagar ni ialah bacaan ayat suci alquran yang dibuat untuk "mengunci" tak bagi keluar atau "memagar" tak bagi makhlus halus masuk..
dalam kes ni, ustaz tu dah kunci tak bagi keluar..
macam kat asrama aku dulu,kitorang buat bacaan yassin selama 44 malam..
yang ustaz ni buat aku xtau..aku narrator je..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1014 missayeen's post
ayat kursi pun boleh kita jadikan pagar 'pendinding' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1017 missayeen's post
ooooooooo pagar pendinding.baru le paham.sori, lemb sket ptg |
|
|
|
|
|
|
| |
|