CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vimash

Kawasan Parlimen Kami III (Dilarang Masuk Kecuali Dengan Pas Keselamatan)

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #999 yusyanti's post

pak lah ni tak tetap pendirian..
bila orang cucuk skit..ikut cakap orangtu..
terlampau ikut sgt ckp KJ..
last2 kalah...silap percaturan tol...hehehe

dia ingat bila dia tarik koh su kon ke federal..
boleh dpt undi banyak utk bn..last2 kalah terus
lagipun rekod koh su kon kat penang memang teruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 10:04 AM | Show all posts
Tun M in the news : Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab SepenuhShare
11:56pm Sunday, Mar 9

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas perdana menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih. "Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.

Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas perdana menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi perdana menteri negara ini.

Ditanya mengenai kemungkinan Pembangkang memenuhi janji mereka sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata:"Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri."

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:08 AM | Show all posts
yuhuuu.....

im back.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:09 AM | Show all posts
alo geng wazzup wazzup, wahhh panas nmpk parlimen kite harini ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #1000 pinkunoneko's post

tak puas ati apa nya... kita ikut perlembagaan laa kan...  nasib baik laa kan pinku... kalo tak, jadi penang lerrr...
hari ni paper utusan pun gambar dpn calon pas yang jd mb tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #1005 rinne_rinn's post

skrg ni barisan nasional jd parti pembangkangla nmpk gayanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2008 10:17 AM | Show all posts
semalam n sabtu kan,vimash gi kuar gi kenduri, gi shopping
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:19 AM | Show all posts
iye ke rinne....
utusan gambio ir hizar tu
pasir panjang tu kire area dkt lumut gak tau....
1 parlimen lumut gak.....

tun m.....
rindu le rasa nk nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 10:19 AM | Show all posts
morning semua


tahniah BN kalah teruk
tu arrr...kebajikan rkyat x reti nk jg...tau poket msing2 je
:@ :@

moga gabungan PAS,PKR & DAP dpt memajukan negri2 yg depa dh takluk
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:20 AM | Show all posts
rinne..
td kt CI ada berite tajol rosli nyorok...
buat malu je kn
tgk koh tsu koon..
kalah tp gentle je tampilkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:22 AM | Show all posts

Reply #1006 vtecgurl's post

huhuhu..kita go with the flow jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:22 AM | Show all posts
suka sangat PC Tun...pak lah should consider stepping down...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #1012 reenz013's post

paklah tak mau.. die gile koser...   tak malu orang suh letak jawatan tak mo letak jawatan... tapi tak pe, KJ menang kat rembau.. mat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:29 AM | Show all posts
hai morning ziela..
btoi tu..
waktu ni baru le pak lah takkn tdo je.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:31 AM | Show all posts
tetiba nak nyampuk...

samy vellu pon tamau letak jawatan presiden MIC...
huhuhuhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:34 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by vimash at 10-3-2008 10:24 AM
paklah tak mau.. die gile koser...   tak malu orang suh letak jawatan tak mo letak jawatan... tapi tak pe, KJ menang kat rembau.. mat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #1015 tAnyA311's post

sammy vellu memang tak mo letak jawatan... jawatan menteri kerja raya pun dah byk orang suh dier letak jawatan tapi die tak mo letak jugak.. .still nak pegang jawatan jugak demi kepentingan peribadi dan bisness dier kat india tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:44 AM | Show all posts
vtec xbape reti bab2 politik nih, vtec dgr jela ape korang borak

vtec xsabo nak tgk samada tol akan diturunkan ke x terutama highway kesas dgn ldp tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:44 AM | Show all posts
korang tau x?
kat opis tAnyA ni FRU dah 3 hari kawal..

pg td tAnyA sampai awal kul 6.50...
polis mintak tgk pas...
so, tAnyA lps masuk..

lps kul 7, staf yg ade pas pon x bole masuk...
so tAnyA sorang2 kat floor tAnyA ni....
kul 7.30 baru staf2 lain bole masuk..

pg td tAnyA sampai nampak abg FRU bwk towel nak tumpang mandi kat toilet ground floor...
kesian derang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:45 AM | Show all posts
nyampah kt KJ...
cikgu bard kalah tipis je kn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.258117 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list