CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

TBB Mawi V.20 : Welcome To Timbaktu!

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2008 10:04 AM | Show all posts
Dalam ayat kedua pula Allah berfirman: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 10:04 AM | Show all posts
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung


hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Maidah: 3)

Semua hukum yang disebut dalam dua ayat al-Quran di atas tidak disebut bahawa katak haram dimakan.

Berdasarkan hadis-hadis itu menyebabkan sesetengah ulama termasuk Imam asy-Syafie berijtihad dan menganggap bahawa kerana Rasulullah melarang membunuh katak, maka hukum makannya pun dianggap haram.

Bagaimanapun, ketiga-tiga hadis melarang membunuh katak serta beberapa hadis yang menyebut bahawa katak itu sebagai tasbih kepada Allah adalah hadis yang lemah disebabkan terdapat perawi-perawinya yang lemah dan tidak boleh dipercayai. Dalam hadis pertama sebagai contoh terdapat Ibrahim bin al-Fadhl yang disifat oleh Ibn Hanbal sebagai daif dan an-Nasai pula menganggap perawi itu bukan thiqah (tidak boleh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:05 AM | Show all posts

Salam

Apa citer ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:07 AM | Show all posts
Sementara itu ada sesetengah ulama mengkategorikan katak dari golongan haiwan dua alam yang dipanggil dalam bahasa Arab, barmai (darat air). Haiwan jenis dua alam ini dianggap haram dimakan oleh sesetengah ulama dan hukum ijtihad ini jika dilaksanakan sepenuhnya, maka beberapa jenis ketam, siput dan kerang tidak boleh dimakan.

Dalam penelitian penulis didapati hukum haram dimakan haiwan dua alam tidak ada dalam al-Quran dan hadis, tetapi ia merupakan hukum ijtihad sesetengah ulama berdasarkan adat tempat dan persekitaran yang mereka tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 15-9-2008 09:27 AM

aku dah kena lazer tu dengan yip
lantaklah aku nak bergossip based on apa yang disediakan segala artikel tu
mungkin kalo maya tu came oout from her cave & tell her side of stories,  ...



aku baru baca 4 page thread maya/molly hapa ke tu
dah rasa nak muntak plak

bagi aku... maya tu wujud
saiko.... attention seeker....
mungkin dia pernah mengalami masalah keluarga yg teruk
menyebabkan dia jadik macam tu

mungkin mak dia ke.. pernah dipermainkan oleh lelaki2....
sampai bercerai-berai...
who knows kan???

cewahhhhh!
ada tokoh tak jadik doktor sakit jiwa????
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:08 AM | Show all posts
Jadi lepas dah baca .. leh la kata buleh di makan tapip rasullullah x bagi bunuh katak

hehehe mcm mana tu

ada ustaz tak kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2008 10:11 AM | Show all posts
Bagaimanapun, sesetengah mazhab seperti mazhab Syafie dan mazhab Hambali berbeza dengan majoriti ulama kerana mereka menganggap katak haram dimakan disebabkan ada hadis-hadis yang melarang membunuhnya.
1. Mazhab Syafie:

Ulama-ulama mazhab Syafie berpendapat katak tidak harus dimakan kerana selain berdasarkan hadis-hadis yang disebut di atas, katak juga tergolong kategori khaba'ith, iaitu binatang yang kotor, keji, buruk dan tidak baik. Pendapat mazhab Syafie ini memang selari dengan adat ramai bangsa di dunia ini termasuk orang Melayu yang penulis percaya jarang ada yang tergamak untuk makan katak terutama katak puru.

2. Mazhab Hanafi:

Mazhab Hanafi berpendapat hanya ikan sahaja yang halal dimakan daripada semua jenis haiwan yang tinggal dalam air. Katak, kura-kura, anjing laut, buaya dan sebagainya haram dimakan.

3. Mazhab Maliki:

Mazhab Maliki berpendapat bahawa katak sama seperti udang, ketam, kura-kura dan sebagainya boleh dimakan. Mereka berpendapat begitu kerana tidak ada nas dan dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadis yang mengharamkan makan katak.

Perlu diterangkan bahawa setahu penulis tidak ada orang bermazhab Maliki yang makan katak, kura-kura dan sebagainya. Penulis sangat lama bergaul dengan orang bermazhab Maliki di Maghribi, Tunisia, Algeria dan Mesir tidak pernah melihat atau terdengar pun ada orang bermazhab Maliki makan haiwan-haiwan itu.

Sebenarnya penduduk negara-negara Arab berkenaan lebih suka makan daging terutama biri-biri. Sedangkan ikan, udang, ketam dan sebagainya bukan menjadi makanan utama mereka kecuali yang tinggal di tepi laut. Malah penulis mendapati juga penduduk Arab yang tinggal jauh dari pantai benci pun kepada ikan, udang, ketam dan suku-sakatnya dan di pasar mereka jarang ada kedai menjualnya.

3. Mazhab Hambali:

Para ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa katak dan semua haiwan yang hidup di dua alam tidak halal dimakan kecuali jika ada jalan sembelihannya.

Bagaimanapun, dikecualikan jika haiwan yang hidup di dua alam itu tidak berdarah seperti ketam dan sesetengah serangga. Tetapi katak dan kura-kura yang tergolong daripada haiwan yang hidup di dua alam yang berdarah, macam mana boleh disembelih? Katak yang tidak mempunyai leher dan kura-kura pula menyembunyikan lehernya dalam perisainya menyusahkan untuk disembelih. Apakah itu menjadi antara punca menyebabkan katak haram dimakan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 10:16 AM | Show all posts
katak ubat lelah

tak silap aku, arwah nenek aku penah makan katak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 15-9-2008 10:08 AM



aku baru baca 4 page thread maya/molly hapa ke tu
dah rasa nak muntak plak

bagi aku... maya tu wujud
saiko.... attention seeker....
mungkin dia pernah mengalami masalah kelu ...


Rasanya gitu la chekshu

Abih semua artis dia nak menempel
Pastu reka cerita fantasi dia bercinta dengan artis tu

Sindrom ini dinamakan kurang kasih sayang

Tapi yang kelakar tu, Pierre Andre siap nak kawin dengan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:32 AM | Show all posts
selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur, selamat berterawikh pada semua member2 ku di bod mawi nih....

dan,

selamat menyambut aidil fitri yang bakal tiba.... maaf zahir batin

walo i jarang masuk sini dah ....
maybe nest week dah mula bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:04 AM | Show all posts

Reply #1010 sRbA's post

AWALNYE START CUTI
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #1010 sRbA's post


Next week start cuti tu hari apa ? Isnin ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:41 AM | Show all posts
aslmkm.....

ape khabar semua?

kak su....any good news?

kak red...kite nak order kek buah....boleh x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #1013 kak_yang's post

salam.

kabor baik.


tgh pikir jap lagi nak makan apa.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #1012 houdini's post

ape ni cuti awal2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 12:13 PM | Show all posts
ape yg kecoh psl molly... nama cam anak jiran aku dulu jer... india la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 12:15 PM | Show all posts
ting tong                                                                                                  
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 12:18 PM | Show all posts
pasangan bahagia abe ice dan syd x de sunyi pulak tred ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 12:22 PM | Show all posts
nak tanya esok nuzul quran ya

negeri mana ya cuti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 12:22 PM | Show all posts

Reply #1018 vivirp_25's post

akak ko bz

mengetest kuih raya nih

lagi manager sorang ni baru balik dari penang

pehhh memacam jeruk dia bawak balik sini

akak ko tak lepas peluang laa nih

memacam ada

disamping, dodol, kuih kepit, kuih bijan (buah rotan), bangkit kelapa, halwa buah kabung..

apa yang takde? ABC je takde kat sini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.276295 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list