|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THINKING OF YOU
[Copy link]
|
|
Hahaha
Skrg hud dh tau sikin mengandung |
|
|
|
|
|
|
|
Mek mcm mana ayah sikin eksiden |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah sikin akan keguguran? |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dh nyesal sikin eksiden
|
|
|
|
|
|
|
|
Empat dipercayai tertimbus, bangunan runtuh di Pulau Perhentian
FOTO tular menunjukkan LOKASI kejadian.
Besut: Empat orang dipercayai warga Myanmar tertimbus dalam bangunan resort yang dalam proses pembinaan di Pulau Perhentian dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, mereka menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam, jam 7.34 pagi tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
"Manakala empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamad berkata, empat orang anggota bomba dihantar awal ke lokasi, sementara anggota tambahan akan dihantar secara berperingkat.
Disiarkan pada: November 9, 2023 @ 10:08am
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... di-pulau-perhentian
|
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa banjir di Perak meningkat, Selangor semakin pulih
Kuala Lumpur: Situasi banjir di Selangor semakin pulih, namun berbeza di Perak yang menyaksikan jumlah mangsa terus bertambah setakat 9 malam.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir malam ini terus meningkat dengan 488 mangsa daripada 151 keluarga ditempatkan di lima pusat permindahan sementara (PPS) berbanding 470 mangsa daripada 145 keluarga pagi tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, di daerah Hilir Perak terdapat pertambahan mangsa banjir iaitu 22 mangsa daripada sembilan keluarga yang berlindung di PPS Dewan Serbaguna Chikus.
Bagi daerah sama, sebanyak 165 mangsa daripada 52 keluarga lagi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 147 orang daripada 47 keluarga.
Sementara itu, di daerah Kerian pula jumlah mangsa banjir kekal dengan 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.
Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.17 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.11m.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS berkurang kepada 702 mangsa daripada 180 keluarga berbanding 740 mangsa banjir daripada 186 keluarga dilaporkan pagi tadi.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan satu PPS dibuka hari ini di Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom di daerah Kuala Langat manakala satu PPS di daerah Petaling ditutup iaitu Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Seksyen 10, Putra Height, Subang Jaya.
Setakat ini, 10 PPS sedang beroperasi di Selangor membabitkan daerah Sepang (lima), Hulu Langat (dua) dan Kuala Langat (tiga).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi beberapa kawasan di tujuh negeri berkuat kuasa sehingga 1 pagi, Jumaat.
Amaran cuaca dikeluarkan pada 8.45 malam itu melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak; dan Gua Musang di Kelantan.
Selain itu kawasan di Terengganu meliputi Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun; serta Batu Pahat dan Pontian di Johor, manakala di Sarawak melibatkan kawasan Betong (Saratok), Sarikei (Sarikei), Miri (Marudi) dan Limbang serta di Sabah melibatkan Papar, Putatan dan Penampang.
Disiarkan pada: November 9, 2023 @ 11:31pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angor-semakin-pulih |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura Utamakan Keizinan Suami Dalam Pilih Rakan – ‘Tidak Berkawan, Tidak Semestinya Memusuhi’
Susulan keterbukaan usahawan terkenal Neelofa untuk berdamai dengan Nur Fazura, sekali gus menamatkan konflik berlarutan sejak 13 tahun lalu, kali ini giliran aktres itu pula memberi respon balas.
Terbaru di Instagram (IG), Fazura menyatakan dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa namun terpaksa membuka mulut kerana enggan membiarkan perkara tidak betul terus ‘merebak.’
Penyanyi berumur 40 tahun itu berkata dia hanya menjawab soalan yang diajukan pihak media ketika majlis ‘Ngopi Bersama Fazura’ pada Ahad lalu mengenai dakwaan ‘clubbing’ dipercayai daripada seorang peminat tegar selebriti.
Bismillahirahmanirrahim… Semoga kita semua diberikan panduan dan hidayah dari Allah SWT.
Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan serta keluarga dan rancangan kerjaya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu Faz baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya Faz hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.
Respons Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya.
Untuk apa? Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk Faz memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Faz sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada Faz dan keluarga selama ini.
Kata Fazura, dia dan suami, Fattah Amin serta keluarga sudah bertahun menjadi mangsa kecaman netizen terutama daripada kalangan peminat tegar.
Namun itu tidak menghalang Faz, Fattah dan keluarga kami menjadi mangsa cacian dan fitnah para peminat tegar ini. Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi Faz dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri.
Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?
Selain itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin juga menyangkal timbul ‘perang dingin’ dengan isteri kepada PU Riz. Katanya lagi, dia lebih mengutamakan keizinan Fattah dalam memilih kawan.
Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan.
Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella mendoakan agar semua orang dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT.
Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Amin.
Hari ini, Neelofa menyifatkan sudah tiba masa untuk meletakkan noktah pada kemelut berpanjangan membabitkannya dengan Fazura.
Terdahulu, pergaduhan kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.
https://ohbulan.com/fazura-utamakan-keizinan-suami-dalam-pilih-rakan-tidak-berkawan-tidak-semestinya-memusuhi/
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 9-11-2023 10:55 PM
pai nenas, puding jagung, tembikai dan epal |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
karaage egg salad sushi king
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
inari boat salmon, eby fry, nowegian salmon nishoku sushi king
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 9-11-2023 11:08 PM
7.16am
selamat pagi jumaat yang mulia semua
|
|
|
|
|
|
|
|
dari pagi tadi dah tak tido2
akhirnya menolak kat forum
take care semua.. nak turun kerja dah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-11-2023 07:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-11-2023 07:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-11-2023 07:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|