Tingkat kapasiti, prasarana pelabuhan satu keutamaan kerajaan - PM Anwar
KLANG: Usaha meningkatkan keupayaan kapasiti serta prasarana di pelabuhan utama negara kini menjadi keutamaan kerajaan, berikutan kesesakan yang mula dialami beberapa pelabuhan pada masa ini. Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kelulusan yang diperlukan bagi tujuan itu harus disegerakan. "Tentunya peranan pelabuhan ini kritikal dalam memacu pertumbuhan. Kita berdepan rantau yang dinamik. Persaingannya hebat. "Kalau kita lembap, kejayaan yang kecil itu sudah dianggap membanggakan, maka kita akan ketinggalan," katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Westport 2, hari ini.
Beliau berkata, projek bertujuan memperluas dan menambah kapasiti pelabuhan khususnya di Pelabuhan Klang itu, sudah beberapa kali dibangkit dalam mesyuarat Kabinet, menunjukkan ia satu projek penting kepada negara. Turut sama hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari serta Pengerusi Eksekutif Westport Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303492/tingkat-kapasiti-prasarana-pelabuhan-satu-keutamaan-kerajaan-pm
|