|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THE MAGIC FRIENDS
[Copy link]
|
|
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kecederaan buku lali dialami ketika suku akhir Terbuka Artik minggu lalu memaksa pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark. Dalam satu kenyataan dikeluarkan TeamLZJ, Zii Jia yang tiba di Odense pada Ahad lalu berkesempatan untuk merasai situasi gelanggang namun berasa tidak selesa susulan kecederaan dialaminya. "Selepas tiba di Odense, Ahad lalu, harapan dan perancangan kekal untuk Lee Zii Jia menyertai Terbuka Denmark 2024 walaupun selepas Zii Jia mengalami kecederaan buku lali ketika suku akhir Terbuka Artik. "Zii Jia sempat memasuki gelanggang hari ini (semalam), namun ketidakselesaan di buku lalinya menjadi penghalang untuknya bergerak di tahap perlawanan berkualiti.
"Selepas pertimbangan lanjut, dengan hati yang berat, Zii Jia terpaksa menarik diri daripada edisi Terbuka Denmark tahun ini," kata kenyataan itu. Untuk rekod, pada edisi lalu, Zii Jia berjaya melangkah ke pentas final namun akur dengan gelaran naib juara selepas kecundang di tangan pemain China, Weng Hong Yang 12-21, 6-21. Di suku akhir Terbuka Artik minggu lalu, pemain ranking keempat dunia itu tewas di tangan wakil Jepun, Koki Watanabe 15-21, 21-13, 12-21 dalam tempoh satu jam enam minit.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/10/1311044/zii-jia-tarik-diri-terbuka-denmark
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Once you figure out who you are and what you love about yourself, I think it all kinda falls into place." |
|
|
|
|
|
|
|
"Happy is the man who can make a living by his hobby." |
|
|
|
|
|
|
|
"Just disconnect. Once in a day sometime, sit silently and from all connections disconnect yourself." |
|
|
|
|
|
|
|
Shazalli dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri
Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO), berkuat kuasa semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan pelantikan Mohammed Shazalli yang sebelum ini Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia 18 Ogos lalu.
Dalam jawatan baharunya, Mohammed Shazalli akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI.
Rozaid, 59, yang meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Selangor juga pernah menjadi Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311135/shazalli-dilantik-penasihat-media-dan-komunikasi-strategik-pejabat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perbicaraan kes Norjuma cederakan 2 lelaki, buat khianat, ditetapkan tahun depan
Norjuma Habib Mohamed. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan April dan Mei tahun depan untuk perbicaraan membabitkan usahawan tudung, Norjuma Habib Mohamed yang berdepan empat pertuduhan mencederakan dua individu serta melakukan khianat, tujuh tahun lalu. Peguam Faiz Kamal Jaafar yang baru dilantik mewakili Norjuma, berkata semua mahkamah turut membenarkan permohonan pihaknya untuk pengurusan kes dan serahan semula dokumen pada 11 November ini. "Saya peguam yang baru dilantik, jadi saya mohon pihak pendakwaan di semua mahkamah mengemukakan semula dokumen pendakwaan sebelum perbicaraan bermula," katanya kepada media, di sini, hari ini. Majistret Illi Marisqa Khalizan menetapkan 28 dan 29 April tahun depan untuk perbicaraan kes mendatangkan kecederaan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields di sini, pada jam 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya. Di mahkamah berbeza, Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan menetapkan 5 dan 6 Mei tahun depan untuk perbicaraan membabitkan dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada jam 7.44 hingga jam 7.45 malam pada 28 Julai 2023, yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700. Jika sabit kesalahan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu, Norjuma boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Majistret Haneefa Arifin menetapkan 13 dan 14 Mei tahun depan bagi perbicaraan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi, di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017, mengikut seksyen sama. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun yang memaklumkan mahkamah, pihaknya akan memanggil antara empat hingga lima saksi. Bagi kes ini, mahkamah menetapkan 11 November untuk serahan dokumen dan 30 April tahun depan untuk pengurusan kes. Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan mencederakan seorang lagi mangsa, mahkamah menetapkan 11 November depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen, namun belum menetapkan tarikh perbicaraan kes itu. Mengikut pertuduhan, Norjuma didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021. Pendakwaan semua kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri, Amritpreet Kaur dan Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Shahrun. Terdahulu, Syafika Azwa dan Amritpreet memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan Norjuma untuk semua kes dibicarakan bersama ditolak kerana ia membabitkan kejadian, saksi dan mangsa kes yang berbeza.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311197/perbicaraan-kes-norjuma-cederakan-2-lelaki-buat-khianat-ditetapkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak jejak tanah kan lepas kahwin dgn sb |
|
|
|
|
|
|
|
sekali kena buang mcm tu je |
|
|
|
|
|
|
|
igt belah sana mcm fam ex laki ke |
|
|
|
|
|
|
|
ni tengok gaya mesti mcm semalam kan |
|
|
|
|
|
|
|
gambar hari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelabuhan Klang banjir besar, air pasang ekstrem Jumaat ini
PETALING JAYA – Tiga lokasi utama di Pelabuhan Klang berisiko banjir akibat fenomena air pasang ekstrem yang dijangka berlaku antara 18 hingga 20 Oktober ini. Pengarah ukur Seksyen Bhagian Ukur Geodetik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Muhammad Kenidi Awang Aziz berkata, lokasi yang dikenal pasti melibatkan Jeti Pulau Ketam, Jeti Skymirror, dan Kampung Bagan Pasir. “Menurut cerapan yang dikumpul sejak September lalu, limpahan air akan mula berlaku pada 17 Oktober ini, namun keadaan dijangka mencapai tahap paling ekstrem pada 18 Oktober. “Pada September, bacaan paras air pasang hanya menunjukkan kenaikan 3 sentimeter. Namun, pada Oktober, bacaan air meningkat dengan ketara hingga 0.5 meter, bersamaan dengan paras separuh tayar kenderaan,” katanya. Muhammad Kenidi berkata, data cerapan hari ini menunjukkan kemungkinan kenaikan paras air sehingga 0.7 meter dalam beberapa hari akan datang. Sementara itu, orang ramai dinasihati untuk melakukan persediaan awal dan sentiasa memantau perkembangan terkini melalui platform rasmi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/15/pelabuhan-klang-banjir-besar-air-pasang-ekstrem-jumaat-ini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nuki dia kawin ke dgn SB?
|
|
|
|
|
|
|
|
GISBH: Siasatan polis dapati kepercayaan Aurad Muhammadiah masih diamalkan
KUALA LUMPUR – Kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam masih diamalkan oleh ahli dan pengikut GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diperoleh hasil pengakuan individu yang ditahan oleh pihak berkuasa. “Terdapat pengakuan bahawa amalan terhadap ajaran Aurad Muhammadiah masih dilakukan oleh kalangan yang ditangkap dan disiasat. “Jadi kalau pun kenyataan di luar mereka tidak lagi mengamalkan itu, itu kenyataan mereka. Kita hanya akan bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan,” katanya pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini. Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut dalam menjejaki dan mendapatkan semula aset dimiliki kumpulan itu di luar negara. Kata beliau, manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyelesaikan isu nasab anak-anak kumpulan itu mengikut setiap kes yang dikendalikan. “Siasatan entiti di luar negara akan diperluas. Pihak polis sudah pun menghubungi negara-negara berkenaan dengan kita mengguna pakai ‘mutual legal agreement’ bagi mudahkan kerjasama dibuat. “jPN akan mengesan susur jalur bagi mengelakkan masalah nasab ke depan nanti kerana kompleksnya apabila anak-anak ini ditinggalkan dalam keadaan tidak mengenali susur galur keluarga,” katanya. Jelas beliau, usaha tersebut akan dilakukan oleh pakar-pakar psikologi PDRM dan JKM. “Ini melibatkan peranan besar, ribuan anggota polis dan pegawai kerajaan di peringkat kementerian dalam memperhalusi isu ini satu persatu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/15/gisbh-siasatan-polis-dapati-kepercayaan-aurad-muhammadiah-masih-diamalkan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"In the long run, the sharpest weapon of all is a kind and gentle spirit." |
|
|
|
|
|
|
|
"Nothing is more honorable than a grateful heart." |
|
|
|
|
|
|
|
"Once you figure out who you are and what you love about yourself, I think it all kinda falls into place." |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|