CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mimi77

Shila Amzah / Sharnaz : Drama Perchentaan terhalang - bakal buat PC

  [Copy link]
Post time 11-1-2013 10:22 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 11-1-2013 08:27 AM

Cantik kulit si shanaz nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 10:25 AM | Show all posts
nd lala dah bersuara dah lam berita harian hari ni ....dari stetment beliau nmpk mcm pak nd lala ni tak suka sinanas nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:09 AM | Show all posts
Tak minah lah Mamat ni...kalu ada drama dia kat tv rela tukar saluran lain...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 11:10 AM | Show all posts
mimifa posted on 11-1-2013 10:25 AM
nd lala dah bersuara dah lam berita harian hari ni ....dari stetment beliau nmpk mcm pak nd ...

mohon tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 11:25 AM | Show all posts

Hip
'Tak timbul soal kahwin'
2013/01/11 - 06:28:51 AM Oleh Muhamad Fairoz Azizan Cetak Emel Kawan
pix_gal0
Bohong andai dikatakan hatinya tak tersentak setiap kali timbul cerita kurang enak membabitkan anak kesayangan, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad diperkatakan peminat.

Namun, sebagai bapa, N D Lala sebolehnya mahu bersikap rasional - tidak sesekali mengherdik atau memarahi Shila yang makin memuncak popularitinya sekarang. Misalnya, insiden berbalas mesej Twitter antara Shila dan Sharnaaz sejurus memenangi trofi pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, baru-baru ini, disifatkan berpunca daripada keghairahan anaknya meraikan kejayaan hingga alpa dengan apa yang diluahkan dalam forum sosial itu.
Enggan menyalahkan sesiapa, N D Lala menganggap kesilapan dilakukan Shila mengajarnya menjadi lebih matang dan berhati-hati ketika meluahkan isi hati.


Malah, N D Lala juga menegur sikap anak sulungnya itu yang sering menyebut cinta hati tatkala menjulang anugerah. Ini kerana bagi N D Lala yang berpengalaman luas dalam dunia seni, ungkapan itu suatu publisiti murah yang tidak perlu dilakukan.

Tak pernah duduk berbual

Mengakui anaknya intim dengan Sharnaaz, N D Lala bagaimanapun tidak pernah menganggap mereka adalah pasangan bercinta.

N D Lala juga tidak menghalang anaknya berkawan rapat dengan sesiapa saja asalkan dia mengawasi Shila.
Saya tidak kenal siapa Sharnaaz secara mendalam. Jadi, tidak adil untuk saya memberi komen sama ada suka atau tidak kepada dia. Tidak timbul soal jodoh atau perancangan masa depan mereka. Ini kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga.

Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri. Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle.

N Lala berkata, dia sering sering mengingatkan anak-anak bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditentukan Allah.

Saya berpesan jangan sesekali menghebahkan sebarang perancangan bagi perkara yang tidak pasti. Mungkin esok atau lusa dengan orang lain, kita tidak tahu dan ia akan menjadi buah mulut orang, katanya.

Buang isu remeh

Menyedari Shila sedang meniti puncak seni, N D Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah lebih selesa memfokuskan perhatian kepada perjalanan seni anaknya itu daripada mengambil tahu hal remeh membabitkan peribadi Shila.

Sering dilihat menemani Shila di setiap majlis sejak akhir-akhir ini bukanlah bererti N D Lala mahu menghalang anaknya bersama Sharnaaz.

Dua belas tahun Shila menantikan saat ini. Takkanlah dia nak melepaskan peluang yang ada dengan masalah peribadi? Soal kontrak dia dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap pada dia, kalau nak berjaya dan mencapai impian yang diingini, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan karier.

Dia masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi teruja sampai terkeluar ungkapan yang tidak sepatutnya. Tetapi dia sudah belajar daripada kesilapannya itu. Saya cakap pada dia, ini bukan kesalahan tetapi kesilapan yang tidak disengajakan dan kalau berlaku kali kedua, itu baru kesalahan.

Tidak timbul soal saya menghalang atau melarang Shila berkawan dengan sesiapa pun kerana itu kehendak dia. Hari ini berlakon dengan orang lain, esok menyanyi dengan orang ini pula. Jadi, dengan sesiapa saja dia boleh berkawan atau keluar tetapi saya kena ambil tahu, sebab dia masih tanggungjawab saya sebagai seorang bapa selagi dia belum berumah tangga, katanya.

Susun strategi mulai 2013

N D Lala teruja berbicara soal masa depan Shila. Menurutnya, anaknya mahu memberi perhatian serius kepada karier seninya dan mengejar impian menjadi artis bertaraf antarabangsa.

Menganggap Shila seorang anak yang kuat berusaha dalam menggapai impiannya, N D Lala tidak mahu melihat cita-cita anaknya itu terkubur.

N D Lala tidak mahu lagi melihat anaknya terlalu memberi tumpuan kepada hal peribadi. Ini kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada karier dan kontraknya dengan Shanghai Media Group.

Banyak perancangan yang saya cuba aturkan untuk perjalanan karier seni Shila sepanjang tahun ini seperti menanti tarikh World Music Awards 2012 di mana Shila tercalon dalam dua kategori iaitu Worlds Best Female Artist dan Worlds Best Entertainer Of The Year.

Shila juga berulang-alik ke Shanghai untuk belajar bahasa Mandarin serta merakamkan album Mandarin dan Inggeris di sana. Manakala, album Melayu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, katanya yang sibuk menguruskan Shila dan syarikatnya, The Right Entrepreneur Sdn Bhd.

Bukan seperti remaja lain

Masih dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, N D Lala menganggap tumpuan diberi terhadap Shila sekarang menjadi petunjuk untuk dia mengembangkan kariernya.

Tidak mahu terperangkap dalam kepompong dunia seni tempatan yang kecil, N D Lala mahu melihat bakat Shila diangkat di peringkat antarabangsa. Baginya, kepuasan Shila dalam menggapai apa yang diingini adalah matlamatnya.

Mengakui Shila membesar tidak seperti remaja lain kerana banyak menumpukan kepada bidang seni, ia sebenarnya bukanlah kemahuan N D Lala dan isteri, Fauziah Sarman.

Sebaliknya, ia adalah kehendak anak-anaknya sendiri. Baginya, apa saja kemahuan dan kehendak anak-anak, sebagai ibu bapa mereka sentiasa menyokong dan tidak pernah melarang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:28 AM | Show all posts
aku dgn bf aku belum tunang lg pon die x penah nak maki aku.
gado besar mcm mana pkn bukan maki cara we allzzz..
aku kalo jd shila.. dpt maki dr bf mcm ni better cau cin cau je..
die ade future n rupaa.. so. no hal lahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 11:33 AM | Show all posts
"Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri. Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle."

aduhaiii...pastu sharnaz mati-mati cakap Shila tu bakal bini dia.

dah kena maki kongkong segala pun Shilalat nak lagi..???
ND lala tahu cerita ke tak ni? ada baca blog hiburan tak bapaknye?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:06 PM | Show all posts
Me rasa korang salah faham maksud 'kongkong' Sharnaz tu.... kalaulah makna 'kongkong' tu sepertimana yg korang bahaskan kat sini.... rasanya Shila tu tak bebas dah kot gi Shanghai... buat show sana sini... dah duduk umah jer.... bg me maksud 'kongkong' Sharnaz tu adalah segala pergerakan dan aktiviti Shila haruslah dlm pengetahuan Sharnaz... which is adalah sesuatu yg biasa bg pasangan bercinta....

Bravo tu ND Lala... becoz dia sgt bijak menangangi situasi ini... dia cuma komen in general sahaja... tidak memalukan sesiapa .. tidak memihak sesiapa.. sgt neutral... krn dia tahu kuasa jodoh, kententuan adalah dari Allah.... tak ada siapa yg tahu apa yg akan berlaku masa akan datang.... I like.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 12:08 PM | Show all posts
And bagus la Sharnaz tu secara terbuka mengakui bahawa dia berhasrat memperisterikan Shila... bertanggungjawab atas setiap tindakan.... takkan nak usung anak dara orang sana sini... tapi just nak bercinta jer kan..

***  semua orang tak suka dowang ni kan.. biarler me sorang je suka.... huuhuuhuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:09 PM | Show all posts
Me rasa korang salah faham maksud 'kongkong' Sharnaz tu.... kalaulah makna 'kongkong' tu sepertimana yg korang bahaskan kat sini.... rasanya Shila tu tak bebas dah kot gi Shanghai... buat show sana sini... dah duduk umah jer.... bg me maksud 'kongkong' Sharnaz tu adalah segala pergerakan dan aktiviti Shila haruslah dlm pengetahuan Sharnaz... which is adalah sesuatu yg biasa bg pasangan bercinta....

Bravo tu ND Lala... becoz dia sgt bijak menangangi situasi ini... dia cuma komen in general sahaja... tidak memalukan sesiapa .. tidak memihak sesiapa.. sgt neutral... krn dia tahu kuasa jodoh, kententuan adalah dari Allah.... tak ada siapa yg tahu apa yg akan berlaku masa akan datang.... I like
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:34 PM | Show all posts
sy doakan sanas n shila ni berkahwin n kekal bahagia sampai akhir hayat..

hope takdela nnti keluar gambar pergi court pakai spek mata besar gajah macam retis2 lain..

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:37 PM | Show all posts
wookiehoney posted on 10-1-2013 06:27 AM
tak penah pulak tahu kalau baru 'bakal' bini nak kongkong segala

undang2 baru ke?

first time iols dengar
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:36 PM | Show all posts
Sayamama posted on 11-1-2013 12:08 PM
And bagus la Sharnaz tu secara terbuka mengakui bahawa dia berhasrat memperisterikan Shila... bertan ...

me like your statement.

aku bukan tak suka diaorang dua neh. biasa-biasa je. nak kata diaorang ni annoying, ada lagi couple yang lagik annoying, bercinta berpelok segala tapi tak nak ngaku bercinta bila dah da putus masuk paper segala.

nak kata sharnaz tu kongkong shila..itu terserah kat dia. at least nampak dia memang ada tanggungjawab dan bersungguh dalam relationship diaorang dan tak hanya bercinta bagai nak rak je. kena maki kena marah bagai nak rak pun, itu pilihan shila...so kita doakan apa yang terbaik untuk mereka.


pasangan itu saling melengkapi. jika seorang selalu memberi, dan seorang lagi mestilah jenis selalu menerima. sharnaz mcm seolah-olah temper je aku tengok, tapi shila ni lembut dan terima seadanya. lantaklah apa orang nak kata. diaorang buat tak kisah je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:04 PM | Show all posts
uncle ND LALA tu terang2 nak bagitau biar SHILA fokus pada nyanyian..HARAP2 anak dia dgr sebab rezeki dia murah sekarang..JGN kerana BF hilang segala-galanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:08 PM | Show all posts
betul betul betul.... kekadang me sian ngan dowang ni.... serba tak kena ..... sampai mak bapak si Shila ni pun forumer dok kondem... tak pandai jaga anak la... buta la.. sokong anak buat dosa la... alahai.... semua fefeeling 'mcm baguzzz'... mcmlah masing2 dedolu masa bercinta tak berdating, berpegang tangan bagai... ala2 dolu2 masing2 kawen aturan keluarga kan... malam pertama baru kenal pasangan.... adeh.. !!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:16 PM | Show all posts
"Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri.
Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle."


anak dh lama kapel dgn jate ni bapa kurang mesra plak
cam sesuatu ND lala kurang suka dgn mamat ni kot?

ND pn suh shila pokus karier and siap bgtau shila tanggujawap saya lagi
suka hati dia nk kawan,berlakon  & nyanyi dg sape pon hahaha SENTAP mamat shanas baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 02:31 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 10-1-2013 07:11 AM
Lantak ko la sanas..nk kongkong ke..nk kangkang ke..ad aku kesah??blum jd bini dh maki sana sini..dh ...

blm jadi bini bkn main kongkong. da jadi bini sok tak tau ler. bkn stakat maki jer, mau naik kaki. kesian kau shila.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:45 PM | Show all posts
mixed posted on 11-1-2013 02:16 PM
anak dh lama kapel dgn jate ni bapa kurang mesra plak
cam sesuatu ND lala kurang suka dgn mamat ...

memang ketara sekali dia tak suka. sanaz pon tau de. kalau tak, takdanya jumpa2 gitu main tegor2 ja tak penah dok sesama sembang lelama.

cuma beliau mungkin adalah appa yang ikut saja pilihan anak2. karna itu tidak la beliau terus terang menyatakan ketidaksukaan kerana memikirkan mana tahu anak dia akan kahwin juga dengan sanaz karna percaya itu suma ketentuan Ilahi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:47 PM | Show all posts
Aku rasa CARA wartawan tu menulis dan PERKATAAN yang dipilih menjadikan isu ni exaggerated. Maybe wartawan tanya, "sharnaz aku dengar kau ni kongkong shila?" And mamat tu jawab "dah aku nak kawin dgn dia, kenalah". And maybe diikuti gelak ketawa and jokes and situasi santai santai. Tapi with wartawan (especially pondan), no jokes!!! Dorang akan tunggu apa saja perkataan atau kenyataan yang hot untuk jadi byline dorang.

Tapi kalau aku jadi shila AT LEAST aku akan rasa "so sweeeetttt" sebab ada lelaki yg terang2 cakap depan semua org nak ambik dia jadi bini. Sharnaz nampak sangat bagi amaran kat org lain "jgn kacau shila itu aku punya". Walaupun poyo tapi dalam usia dan zaman percintaan dorang, itulah namanya jantan! Tapi dalam forum ni kesnya lain sebab shila dan sharnaaz dah ada background yang tak memungkinkan ada peluang untuk 'disangka baik"

Dan jawapan ND Lala adalah jawapan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. So Shila, dengarlah cakap ayah kau. Kalau ada jodoh ko dgn mamat baran ni, adalah tu. Tak payah susah susah nak announce. Nanti org muntah. Karang tak ada jodoh lagi teruk sebab cerita2 ni akan membayangi masa depan kau. Seperti mana kebodohan dan kebahlulan KOSMO menyiarkan gambar perkahwinan Yusri dan Erra ketika menulis berita tentang Yusri dan Lisa. Perangkap wartawan akan sentiasa menjadikan artis2 ni nampak bodoh! Lagi kau menjawab lagi kau nampak tolol. Pasal tu artis yang sentiasa diam adalah nampak bijak walaupun kita tak tau sebanyak mana dah habis hati sendiri dorang makan!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 03:25 PM | Show all posts
MissLibra posted on 11-1-2013 02:48 PM
Aku rasa CARA wartawan tu menulis dan PERKATAAN yang dipilih menjadikan isu ni exaggerated. Maybe wa ...

ya ya oo kau tulis sampai 2 kali post nok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.197623 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list