|
RIANZ PARADISE VOL. 62 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by cosign45 at 8-2-2009 12:25 AM
kak bling tanya benda lain la...
ada dpt pm? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mialynn at 8-2-2009 12:13 AM
okey...nak tgu kat stesen putra kat umah joen tu ker kak?
dekat x dr sane ke rumah kak sweet..
xjam ke mrr2 kat umah aku tu |
|
|
|
|
|
|
|
okeylah..mata dah ngantuk lak...c u all trow
TQSM to kak sweet and kak bling...:flower: :flower: :flower:
gud nite lovely RIANZ...:kiss: :kiss: :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
ok ni sambung sikit esok xkeja kan?
Four Seasons yg terlepak di daerah Jimbaran menyambut kami dgn penuh adat istiadat Bali. Bunga-bungaan segar di mana-mana dari pintu bilik hingga ke katil yg putih melepak dan mewah terhampar tinggi. Tempayan leper di tepi pintu berisi air dan masih ditabur bunga-bungaan pelbagai warna untuk membersihkan kaki kelihatan amat unik. Seraga buah-buahan segar serta minuman herba sudah siap dihulurkan oleh pekerja hotel yg begitu manis bersanggul lebar. Aku hanya tersenyum melihat telatah Azam yg bagaikan terlalu teruja bila pekerja itu menunjukkan satu persatu yg ada didalam bilik itu dari bilik air ke kolam renang hanya untuk dua org dan shower yg terletak hanya diluar bilik mandi. Hanya ditutupi dinding papan dan pepohonan renik melindungi pemandangan dr org luar. Dr senyuman terukir di wajah lelaki itu dia sudah berkira-kira menghabiskan masa kami seharian di situ. Ada juga sebuah bilik yg dikhaskan untuk urusan spa menempat dua katil kecil. Disitulah segala rawatan yg akan dijalankan tak perlu lagi keluar untuk mendapatkan kemudahan kebetulan mmg pakage itu sudah termasuk di dalam tempahan kami.
Aku sudah ramah berkira-kira memilih rawatan mana yg kami akan lakukan dahulu serta yg lain-lain lagi. Azam hanya mendengar sambil mengangguk, mukanya tenang sahaja tapi matanya bagaikan terlalu redup.
Selepas menikmati makan malam yg sungguh enak kami berjalan-jalan menyusuri pantai, terdapat jomong api di mata-mana. Deruan angin laut begitu segar menerpa muka dan pepohonan di sekeliling kami berdesir-desir mengasyikkan. Setelah agak lewat kami pulang ke bilik tapi hanya duduk di luar bersandar di kerusi panjang, kepalaku disandar ke dadanya sambil tgnnya tanpa henti melurut rambutku yg panjang melepasi bahu, sesekali terasa ciuman lembut di kepalaku. Sunyinya persekitaran kawasan itu hanya suara cengkerik yg kedengaran selain suara nafas kami sendiri. Azam tiba-tiba bersuara.
"Sayang, abang ada hal sikit nak cakap, pasal treatment spa itu, bukannya abang tak suka tapi abg takut tak sesuai untuk Ijah" aku terasa pelik dgn kata2nya, sudahlah termasuk dgn pakage itu tapi kini tak mahu pula. Tentulah rugi, bukannya murah rawatan di hotel bertaraf lima bintang itu.
"Abang, bukan kena bayar lagi, dah inclusive pun, Ijah dah lama teringin nak buat Bali massage tu, kenapa pulak tak boleh?" aku bangun dan duduk bersila mengadapnya. Wajah Azam yg kelihatan tenang itu sedikit tersenyum menarik tubuhku duduk di pangkuannya, tgnnya memeluk dan melingkari tubuhku. Bila aku mendongak kepala memandangnya bibirnya memaut bibirku lembut.
"Sayang nak buat boleh, buatlah facial ke pedicure medicure itu tak apa, massage badan semua abang tak benarkan" katanya bila melepaskan bibirku. "Mana tahu dah berisi di sini, takut miscarriage" suara lembutnya bagai terhembus ke telingaku. Aku hanya terdiam, rasanya belum ada apa-apa lagi tandanya. Risau dgn perangai Azam yg agak terlebih-lebih sedangkan aku rasa aku belum ada apa-apapun. Fikiranku mula menerawang memikirkan kata-katanya tadi.
"Dah terlambat dua bulankan?" tanyanya dgn senyuman penuh keyakinan. Mengapa dia selalu sedar lebih dari aku? Sesekali aku menarik nafas yg sesak mendengar pertanyaannya. Teringat kandungan pertama yg hilang begitu sahaja, anakku meninggal tanpa sebab, sampai sekarang tdk diketahui punca kecelakaan yg menimpa diriku. Makanan yg salahkah, emosi tertekankah atau mmg anak itu bukan rezeki kami berdua? Kata Azam rahimku lemah untuk menerima janin yg kian membesar, mungkin juga tubuh remajaku belum bersedia di waktu itu.
Samada hamil atau tidak percutian ini amat menggembirakan kami. Azam membatasi beberapa aktiviti lasak yg bagi pendptnya agak merbahaya untuk diriku dan anaknya, namun Bali menjanjikan segala-galanya. Menyusuri pekan Kuta mengingatkan kembali kpd peristiwa berdarah mengorbankan beratus-ratus nyawa. Kami hanya berjln menyusuri deretan kedai sambil melihat cara hidup berpesta dari malam hingga pagi bagai tiada rasa serik. Persembahan kesenian spt tarian topeng yg sgt terkenal dgn rasukan itu juga aku tak dibenarkan menonton. Kata Azam takut aku hilang semangat. Ada satu aktiviti yg langsung tdk mendpt tentangannya membuatkan senyuman ku lebar, membeli-belah! Dari lukisan minyak ke kerja tgn unik masyarakat Bali, penat juga mengira-ngira ke matawang Malaysia bila semuanya dijual dlm matawang US. Hasil kerjanya mmg cantik, sempat juga aku memborong tanpa berkira-kira lagi.
[ Last edited by blingblings at 8-2-2009 12:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
laskar cinta Yeop...ni adeh..first line dah off |
|
|
|
|
|
|
| |
|