CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EXPECT NOTHING APPRECIATE EVERYTHING

 Close [Copy link]
Post time 30-9-2024 03:01 PM | Show all posts
nona84 replied at 30-9-2024 02:57 PM
pergi beli handbag baru

Nanti boleh pinjam eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 03:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:04 PM | Show all posts


Antara rumah yang diterbangkan Taufan Helene ke dalam kawasan berpaya, di kawasan Panhandle di Florida, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:04 PM | Show all posts


Sisa runtuhan rumah yang musnah selepas Taufan Helene melanda kawasan Panhandle di Florida, yang menjejaskan komuniti di Keaton Beach, Florida, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:05 PM | Show all posts
mamanoni replied at 30-9-2024 02:55 PM
tepek lagu jerr Nuki tu je yg mampu

okaylah tu

saya pun tepek news je

tak boleh laju mcm dulu dah


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:07 PM | Show all posts
Keluarga Suharto mohon maaf, Parlimen batal dekri pemecatan Gus Dur










Tutut Soeharto (kiri) dan Titiek Soeharto (kanan) bersama Speaker Bambang Soesatyo (tengah) dalam acara Silaturahmi Kebangsaan menyampaikan permohonan maaf atas kesalahan yang dilakukan ayahnya, Suharto, selama 32 tahun menjadi Presiden Indonesia. - Foto Instagram Titieksoeharto





JAKARTA: Anak-anak bekas Presiden Suharto tampil umum untuk memohon maaf atas kesilapan ayah mereka semasa memerintah Indonesia.
Langkah ini dibuat selepas keputusan kontroversi Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) yang membatalkan penyebutan nama Suharto dalam dekri anti-rasuah yang dikeluarkan pada 1998.
Keputusan MPR untuk membatalkan penyebutan nama Suharto dalam Dekri No. 11/1998, itu, yang sebelum ini menekankan pentingnya membanteras rasuah, konspirasi dan nepotisme, diambil selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan semua tuduhan rasuah terhadap Suharto pada 2006 atas alasan kesihatan.
Keputusan itu juga adalah hasil cadangan Parti Golkar, parti politik yang menjadi wadah utama Suharto semasa memerintah selama 32 tahun.


Keputusan itu menimbulkan kebimbangan ramai kerana dilihat seolah-olah cuba untuk membersihkan rekod Suharto daripada segala kesalahan semasa pemerintahannya.
Pada Sabtu lalu, dua anak Suharto, Siti 'Tutut' Hardijanti Rukmana dan Siti 'Titiek' Hediati Hariyadi, hadir di MPR untuk menerima dokumen itu dan ducapannya, Titiek memohon maaf kepada rakyat atas apa yang telah berlaku semasa pemerintahan bapanya.
"Sepanjang masa beliau memimpin negara ini, ada hal-hal yang mungkin tidak menyenangkan hati masyarakat. Untuk itu, kami sekeluarga memohon maaf, namun, kita tidak boleh melupakan semua kebaikan yang beliau lakukan sepanjang 32 tahun memimpin negara ini," katanya.
Titiek juga menegaskan bahawa jasa-jasa Suharto tidak boleh diabaikan, dengan menyebut beberapa dasar penting yang diperkenalkan semasa pemerintahannya, seperti pembinaan perkhidmatan kesihatan bersepadu Posyandu dan sekolah dasar (SD Inpres).
"Jangan biarkan hal-hal ini dihapuskan hanya kerana ada orang yang tidak menyukainya," tambahnya.
Langkah MPR itu mencetuskan reaksi negatif, terutama dalam kalangan aktivis hak asasi manusia.
Mereka melihat tindakan itu sebagai percubaan untuk memaafkan kesalahan-kesalahan Suharto.
Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, berkata kepada The Jakarta Post: " Negara ini belum selesai menangani kes-kes rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di era Soeharto."
Pada masa masa sama, MPR pada 29 September membatalkan dekri yang mengarahkan pemecatan mantan Presiden Abdurrahman 'Gus Dur' Wahid, lapor The Jakarta Globe.
Ia adalah permintaan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), yang diasaskan oleh Gus Dur.
Pembatalan itu dilihat sebagai langkah untuk membersihkan nama Gus Dur, yang dipecat pada 2001 atas tuduhan melanggar garis panduan negara.
Gus Dur diingati sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia, meskipun menghadapi pelbagai cabaran politik semasa tempoh pemerintahannya yang singkat.
Balu Gus Dur, Sinta Nuriyah Wahid, mengucapkan terima kasih kepada MPR atas keputusan tersebut, sambil menyatakan harapannya pembatalan itu menjadi langkah awal untuk memulihkan nama baik suaminya.
"Kami berharap langkah ini bukan sekadar retorik politik, tetapi menjadi asas untuk usaha selanjutnya," katanya.
Sinta menyatakan bahawa dekri itu menghantui keluarganya kerana menggambarkan Gus Dur sebagai melanggar Perlembagaan tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri.
Beliau juga menekankan bahawa penggambaran negatif Gus Dur turut disertakan dalam buku sejarah sekolah, dan berharap bahawa pembatalan itu bukan sekadar 'retorik politik'.
"Kami berharap pembatalan ini akan menjadi langkah pertama dan asas undang-undang untuk usaha lebih lanjut dalam membersihkan nama Gus Dur," katanya. - AGENSI



https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/09/1304817/keluarga-suharto-mohon-maaf-parlimen-batal-dekri-pemecatan-gus-dur


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 03:07 PM | Show all posts
bff azmee
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:08 PM | Show all posts
nuki12 replied at 30-9-2024 03:04 PM
Antara rumah yang diterbangkan Taufan Helene ke dalam kawasan berpaya, di kawasan Panhandle di Flo ...

Kejadian saing2 musim banjir di Malaysia kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 03:09 PM | Show all posts
Banduan hukuman mati paling lama rai 'kemenangan' kerana bebas








Iwao Hakamada (kiri) bercakap sementara kakaknya yang berusia 91 tahun, Hideko (kanan), memegang mikrofon semasa sesi laporan penghakiman yang diadakan oleh penyokongnya di bandar Shizuoka, wilayah Shizuoka, Jepun. - Foto AFP




TOKYO: Banduan hukuman mati paling lama di dunia berterima kasih kepada penyokongnya kerana membantu mencapai 'kemenangan penuh' selepas mahkamah Jepun minggu lalu membatalkan sabitan kes bunuh berusia puluhan tahun.
Selepas perjuangan panjang untuk mendapatkan keadilan yang dipimpin oleh kakaknya, Iwao Hakamada, 88, diisytiharkan tidak bersalah atas tuduhan pembunuhan empat orang, yang menyebabkan beliau menjalani hukuman mati selama 46 tahun.
"Akhirnya saya telah dapat 'kemenangan penuh', saya tidak sabar lagi untuk mendengar keputusan tidak bersalah itu," kata bekas peninju itu kepada penyokongnya pada Ahad di Shizuoka, wilayah barat daya Tokyo di mana keputusan itu diumumkan.
Hakamada sambil tersenyum dengan mengenakan topi hijau, berulang kali mengucapkan 'terima kasih banyak', diiringi kakaknya yang berusia 91 tahun, Hideko, pada pertemuan yang ditayangkan di televisyen Jepun.


Jepun dan Amerika Syarikat (AS) adalah satu-satunya demokrasi perindustrian utama yang mengekalkan hukuman mati, serta mempunyai sokongan meluas dalam kalangan rakyat Jepun.
Hakamada adalah banduan hukuman mati kelima yang diberikan perbicaraan semula dalam sejarah pasca-perang Jepun. Keempat-empat kes terdahulu juga berakhir dengan pembebasan.


Puluhan tahun penahanan – kebanyakannya dalam pengasingan dengan ancaman hukuman mati yang sentiasa menghantuinya – telah memberi kesan kepada kesihatan mental Hakamada.
Peguam dan penyokongnya menggambarkan beliau sebagai 'hidup dalam dunia fantasi'.
Hakamada dibebaskan pada 2014 sementara menunggu perbicaraan semula tetapi jarang bercakap secara terbuka.
Walaupun keputusan perbicaraan semula dikeluarkan, pembebasannya belum dimuktamadkan – pihak pendakwaan dilaporkan mempunyai sehingga 10 Oktober untuk memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Daerah Shizuoka.
Namun, mereka mungkin menghadapi kesukaran kerana mahkamah menolak secara menyeluruh hujah pendakwaan, dengan mengatakan bahawa penyiasat telah memalsukan bukti utama.
Pengakuan awal Hakamada bahawa dia merompak dan membunuh majikannya, isteri lelaki itu, serta dua anak remaja mereka diperoleh melalui soal siasat 'tidak berperikemanusiaan' dan penyeksaan mental serta fizikal, menyebabkan ia tidak sah, kata keputusan mahkamah.
Pakaian berlumuran darah yang digunakan untuk menuduhnya juga dianggap satu penipuan.
Mahkamah menyatakan bahawa penyiasat meletakkan darah pada pakaian tersebut dan menanamnya dalam tangki miso (pes kacang soya yang diperam) untuk ditemui pihak berkuasa. - AFP




https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/09/1304859/banduan-hukuman-mati-paling-lama-rai-kemenangan-kerana-bebas


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:11 PM | Show all posts
Maszlee kongsi maklumat, serah dokumen bantu siasatan berkaitan tuntutan bayaran palsu projek 1BestariNet - Azam








Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika ditemui di MHI Sri Pentas. - Foto AIMAN HARIZ AZHAR





PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan pihaknya berkaitan projek 1BestariNet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau sendiri mengarahkan pegawai penyiasatnya berjumpa Maszlee kerana percaya bekas menteri itu mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan SPRM.
"Antara perkara yang kita (SPRM) hendak lihat adalah mengenai isu berkaitan dengan perkhidmatan, data, perolehan dan sebagainya.
"Kita juga bertanya kepada beliau (Maszlee) kenapa beliau mempunyai satu pandangan menentang kontrak ini disambung dan sebagainya.





"Jadi ada perkara lain yang saya tak boleh dedahkan, tapi lebih kurang itu antara skop yang kita tanyakan beliau dan ada beberapa maklumat lagi yang saya tak boleh share (kongsikan) di sini yang kita peroleh daripada beliau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menjadi tetamu pada program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.
Azam berkata, segala maklumat yang diperoleh hasil pertemuan dengan Maszlee itu akan diambil tindakan lanjut oleh pihak SPRM.
Semalam, Azam mengesahkan bahawa pegawai penyiasat SPRM berjumpa dengan Maszlee bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan projek itu, minggu lalu.
Pada 6 September lalu, Maszlee dilaporkan mendedahkan bahawa isu 1BestariNet menjadi antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.
Maszlee mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya berbuat demikian, di atas permintaan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketika ditanya sama ada terdapat dokumen diserahkan oleh Maszlee kepada SPRM semasa pertemuan itu, Azam mengesahkan terdapat beberapa dokumen diserahkan namun enggan mendedahkan butirannya.
"Setakat ini belum ada tangkapan dan kita perlu menyiasat lebih lanjut. Kes ini seperti saya pernah sebut di mana antara area (kawasan) ataupun sektor yang kita telah kenal pasti ialah servis data yang diberikan kepada 8,000 sekolah.
"Kita sudah pun mengenal pasti sekolah dan area (kawasan) tertentu yang mana kita jangka berkemungkinan tidak dibekalkan data tetapi dibuat tuntutan (bayaran). Jika benar ia berlaku tuntutan palsu, ia adalah satu kesalahan mengikut akta kita (Akta SPRM) sehingga bayaran dibuat," katanya.
Jelas Azam, perkara itu akan menjadi fokus siasatan pihak SPRM ketika ini untuk memastikan sama ada benar berlaku tuntutan bayaran palsu atau sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada pihak SPRM sudah mengenal pasti sekolah yang dikaitkan dengan tuntutan palsu berkenaan, Azam berkata, siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat
"Belum lagi (ada sekolah dikenal pasti buat tuntutan palsu). Kita akan mulakan tidak lama lagi di mana sekolah-sekolah berkenaan akan dilawati oleh pegawai penyiasat dengan berbekalkan dokumen tuntutan yang tertentu.
"Kita kena lihat kepada prasarana dan data yang telah dibekalkan pada ketika itu, betul ada atau sebaliknya. Banyak maklumat yang kita peroleh sebelum ini untuk disahkan daripada pihak sekolah berkenaan.
"Kita tidak akan pergi ke sekolah sampai 8,000 tapi kita akan ambil sampel dan wilayah yang tertentu untuk kita siasat dan kenal pasti apa masalahnya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.
Difahamkan, siasatan itu bermula selepas SPRM membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL di ibu negara, pada 4 September lalu.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304823/maszlee-kongsi-maklumat-serah-dokumen-bantu-siasatan-berkaitan









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:12 PM | Show all posts
mamanoni replied at 30-9-2024 03:08 PM
Kejadian saing2 musim banjir di Malaysia kan

haah

tapi yg ni tgk gambar lain lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:12 PM | Show all posts
tapi org murica salahkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:13 PM | Show all posts
mangsa sbb sebelum taufan ni terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:13 PM | Show all posts
pelbagai amaran dah dihantar
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:13 PM | Show all posts
seminggu ke dua minggu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:13 PM | Show all posts
untuk prepare kan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 03:13 PM | Show all posts
selamat apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:14 PM | Show all posts
tgk ada hospital tampa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
People do not like to think. If one thinks, one must reach conclusions. Conclusions are not always pleasant.

Helen Keller
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:14 PM | Show all posts
siap pasang penghadang nak halang air masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.376814 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list