CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 26-11-2011 12:24 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

     Sambungan kisah lemas..

     Malam tu selepas maghrib saya bersiap nak naik ke rumah atas dimana saya rasakan ada penghuni lain kat situ. Anak angkat ibu dan anaknya dah ayah bawa keluar jalan. Masa tu tinggal saya sorang je kat rumah. Naik atas macam biasa bagi salam dan mulakan dengan langkah kanan. Sampai anak tangga last dari hujung anak mata saya nampak bayangan putih tengah berdiri dipintu masuk dari beranda depan. Tegak mengadap keluar rumah. Saya baca ayat Kursi dan Asma ul Husna minta bantuan dari ALLAH..

     Dah naik sepenuhnya keatas saya duduk dikerusi mengadap bilik kelamin saya. Masa tu bayangan tadi dah takde sebab masa nak sampai ke kerusi tu bayangan tadi bergerak masuk bilik saya. Blurr sekejap masa tu tak tau nak watpe,then saya nekad panggil je bayangan tadi keluar. Live depan mata bayangan tu keluar dan menembusi dinding bilik saya ke bilik sebelah. Memang takde perasaan takut cuma terkejut sebab berani sungguh makhluk ni masuk dan membuat onar dalam rumah keluarga saya. Jelas masa tu makhluk ni berpusing2 keliling rumah atas ni seolah-olah macam kepanasan. Saya selawat dan mula bertanya melalui gerak hati kenapa 'dia' datang dan melepak kat sini. Elok je habis soalan saya bunyi seolah-olah 'dia' mengamuk dalam bilik. Menghempas pintu almari,jatuhkan buku-buku,macam-macam sehingga saya rasakan rumah tu bergegar. Saya mula la panas hati. Bangun masuk bilik terus sound 'ko jangan nak main kasar,kang kalau aku berkasar kang sakit boleh!'.. Keadaan dalam bilik masa tu takde apa-apa pun.. Semua barang tersusun rapi seperti sebelumnya.

     'Aku tanya baik-baik,ko jawab la baik-baik.. Apa yang susah sangat?.. Ko kene ingat ko tu menumpang tanpa minta izin.. Jangan sampai aku berkasar,sebab aku tak suka bila ada yang mengganggu keluarga aku'. Terus bayangan tu menjelma betul-betul dekat pintu almari. 'Keturunan ko kacau tempat aku,tempat aku dah musnah. Aku nak cari tempat baru'.. Masa ni memang saya sentap sebab suara garau ya amat. Tapi saya kuatkan semangat sebab niat saya nak keluarkan makhluk ni. Sambil baca surah-surah dalam hati 'aku tak boleh benarkan sebab dalam rumah ni keluarga aku,darah daging aku. Kalau ko nak tempat baru ko cari tempat lain. Kalau tidak aku terpaksa berkeras'. Masa ni makhluk tadi dah berdiri dekat penjuru rumah. Setiap kali saya pandang tepat kearah 'dia' pasti 'dia' akan mengubah kedudukan secara ghaib..

     Saya cuba korek apa sebenarnya yang berlaku kat kawasan orang yang mati lemas tu. Katanya mangsa mengganggu kawasan tempat 'dia' bermain. Kawasan mangsa memancing tu memang banyak ikan. Dan ikan-ikan tu adalah belaan untuk santapan 'dia'. Saya sengeh je la masa tu,malas nak potong 'dia' bercerita. 'Kalau dia(mangsa) kacau tempat ko,apa ko buat?'.. 'Aku buat bagi dia jatuh. Dia ambil barang aku,aku ambil nyawa dia'.. 'Nyawa manusia hanya ALLAH je yang boleh ambil. Ko sape? Apa hak ko nak ambil nyawa anak ADAM umat MUHAMMAD? Ko jin,bukan malaikat maut!.. Aku nak tau macam mana cara ko buat dia jatuh. Ko tolak dia?'.. 'Tak'.. 'Habis tu?'.. Aku lambakkan ikan pada mata kail dia,masa dia sedang leka tu la dia jatuh'.. 'Dia jatuh sebab lemas,bukan sebab ko ambil nyawa dia. Ko ingat aku bodoh?.. Ko ingat dengan cara ko,ko mampu nak sesatkan aku? Aku ada ALLAH. ALLAH segalanya buat aku. ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENDENGAR'.. Saya terus laungkan takbir sekuat hati. Masa ni saya nampak sedikit demi sedikit makhluk tadi hilang dari pandangan. Alhamdulillah 'dia' dah keluar.

     Saya terus menuju keluar rumah sambil baca YASSIN TUNGGAL dengan niat nak pagar rumah. Dari halaman saya nampak makhluk tadi berdiri dipintu pagar masuk jalan rumah memandang kearah saya. 'Baliklah ketempat dimana ko berasal. Jangan ganggu keturunan aku kalau ko rasa nak selamat'.. Habis pusing keseluruhan rumah saya tak nampak lagi makhluk tadi. Telifon ayah suruh balik cepat. Dalam setengah jam ayah sampai alhamdulillah cucu angkat ibu dah tak menangis bila masuk rumah. Elok je senyum sambil mengagah bila saya usik.. Tengah malam tu saya buat qiamullail dan solat hajat minta keluarga saya dilindungi ALLAH.. Sekali lagi saya pagarkan YASSIN TUNGGAL keliling rumah sehingga subuh. Lepas subuh terus gerak balik ke KL..

     Alhamdulillah lepas pada tu takde gangguan pada penduduk kampung,cuma bila kematian yang mengatakan akibat kencing tikus tu buat saya tak senang duduk. Cuba jugak berusaha dapatkan info dan gambaran sebenar ditempat kejadian tapi malangnya takde yang benar2 pasti.

Wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 12:30 AM | Show all posts
Reply 1019# umisha


    Diberitakan di SAF AKADEMI TAMAN UNIVERSITI JB..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:35 AM | Show all posts
Reply 1000# KAULAT


    Salam kaulat.. R&R GUA TEMPURUNG.. Masih sama seperti dulu jugak.. Tapi sekarang kalau tak silap ada kedai makan 1. Balik dari PENANG hari tu ada jugak singgah sekitar jam 3.30 pagi untuk buang air.. Tapi alhamdulillah takde apa2 walaupun keadaan toilet memang menyeramkan.. Feel tu ada cuma tak nampak. Mungkin masa saya sampai tu diorang merayau kot hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:45 AM | Show all posts
Reply 997# imanamsyar


    Ye saya.. Dia tau.. Tapi saya tak bercerita sangat pada dia. Cukup sekadar bila saya nampak,saya akan suruh dia baca surah-surah,zikir-zikir,dan ayat-ayat pendinding yang saya ajar.. Bila pergi ke sesuatu tempat yang baru pada kami saya kan terlebih dahulu tutupkan segala pandangan dia. Maknanya dia hanya akan melihat jalan yang akan kami lalui dan juga saya. Kalau sesiapa yang tengok blog saya ada wedding di Pahang.. Ada kisah disebalik majlis tersebut yang menimpa saya sendiri. InsyaALLAH jika diizinkan saya akan kongsikan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:03 AM | Show all posts
Reply 1004# sofiera


    Cuba bagitau nak holiday ke mana.. Senang la nak bagi petua.. Kata orang lain tempat lain cara hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:05 AM | Show all posts
Reply 1015# imanamsyar


    Best ke?... Susah nak digambarkan.. Pada saya nak kata best tu tak jugak.. Nak kata tak best pun tak jugak.. 50-50 kot hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2011 01:11 AM | Show all posts
Reply 1003# KAULAT


    Setuju dengan kaulat.. Mesti banyak pengalaman aka akan dapat nanti.. Tak sabarnya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:15 AM | Show all posts
Reply 1012# masariesya


    Perkara macam ni biasanya digelar instinct.. Bertuah la masariesya dapat anugerah ni.. Seeloknya bekalkan dengan sedikit ilmu insyaALLAH akan memberi manfaat..

Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 07:27 AM | Show all posts

sbnarnye antu pn suke tido dlm klambu

Reply 975# hest
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 1029# shanshero


betul tido dalam kelambu sejukkk jee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 1030# KAULAT


    Biasanya tidur berkelambu ni nak elakkan dari diganggu makhluk-makhluk halus.. Tak percaya cuba try test buat tengok hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply 1031# chefmizan


hai cheff....bercuti ke?
kat mana sekarangg niii...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 04:47 PM | Show all posts
Reply  KAULAT


    Biasanya tidur berkelambu ni nak elakkan dari diganggu makhluk-makhluk halus ...
chefmizan Post at 26-11-2011 16:31



Ehhhh ye ke cheefff...kenapa yeee...bukan sama jee ke berkelambu dengan tak...
sebab makhluk halus niii still bole nampakkan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 1032# KAULAT


    Bercuti apa kaulat,sibuk lagi dengan tugas.. Ni baru sampai dari putrajay menguruskan majlis perkahwinan.. Esok selepas subuh ke Pahang pula juga menguruskan perkahwinan. Isnin ke JB ada mesyuarat. Jadul memang pack sangat hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 05:07 PM | Show all posts
Reply 1033# KAULAT


    Kelambu ni sebenarnya lebih kurang macam fungsi mengelakkan dari kawasan kita tidur dimasuki makhluk2 ni.. Memang diorang nampak kita tapi diorang tak boleh masuk. Tapi kalau diorang masuk diorang tak boleh keluar selagi kita tak keluar. Saya pun tak berapa pasti kesahihan penggunaan kelambu,cuma saya bercakap berdasarkan pengalaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 05:09 PM | Show all posts
Reply 1034# chefmizan


Emmmmm...ingatkan bercuti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply  KAULAT


    Kelambu ni sebenarnya lebih kurang macam fungsi mengelakkan dari kawasan kit ...
chefmizan Post at 26-11-2011 17:07



Haaa....ada pengalaman niii ke cheff....kongsi2 lee...
tapi sekarang dah payah nak cari kelambu...

Tapi dulu masa kat Kg...nenek selalu cakap...tido dalam kelambu..walaupun nyamuk xde...
yang kami nii dok merungut panas...dan adakah bila kita dalam kelambu makhluk2 niiii tak bole kacau...
rasanya still bole kot...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 06:30 PM | Show all posts
Reply  sofiera


    Cuba bagitau nak holiday ke mana.. Senang la nak bagi petua.. Kata orang la ...
chefmizan Post at 26-11-2011 01:03



    Aka je JB cheff...Puteri Pan Pac apa ayatnya....(petuanya)

Aka Isnin insa allah br balik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 06:31 PM | Show all posts

kakak saya blk kg tido dlm klambu. tgk2 ada antu kat sebelah

Reply 1030# KAULAT
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 06:38 PM | Show all posts
Reply  sofiera

Cuti2 malaysia yer sofie....bestnya.Semoga selamat pergi dan balik dan bergembira ...
umisha Post at 25-11-2011 23:32



    temakasih Umisha...awk org JB ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.296002 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list