|
Astrid, Jimmy ke top 5 IKON Indonesia
25-07-2007 04:27:47 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI
Astrid kini mencipta nama setelah sedekad menunggu
(Foto The Star Oleh Art Chen) WALAUPUN sudahhampir sedekad berkecimpung dalam industri muzik tempatan, hanya kinipenyanyi bernama Astrid Sartiasari atau Astrid menempah popularitinyadengan lagu Jadikan Aku Yang Kedua.
"Lagu-lagu lama saya seperti Aku Jiwaku, Ratu Cahaya dan lagu-lagu daripada soundtrack Mirror dianggap sebagai darkdan jarang sekali dapat penerimaan yang baik daripada peminat-peminat,"ujar wanita yang berusia 25 tahun itu mengenai kelambatan menempahpopulariti di persada hiburan negara.
"Malah, sebelum ini saya pernah melahirkan album pertama saya yang berjudul Astrid tetapi sambutan kurang menggalakkan.
"Hanya selepas kami melakukan repackaged dan menyelit sebuah lagu baru yakni Jadikan Aku Yang Kedua, baru sahaja peminat-peminat dapat menerima saya," ujar penyanyi yang berasal dari Surabaya itu lagi.
Namun, tiada proses penyusunan semula lagu-lagu dilakukan kerana penyanyi tersebut ingin mengekalkan feel album yang terdahulunya.
Penyanyi yang turut menjadi suara latar untuk kumpulan Padi bersama Iwan Fals menerusi lagu Sesuatu Yang Tertunda ini turut dinamakan sebagai top 10 dalam meraih IKON Indonesia.
"Saya merasakan bahawa ini merupakan satu peluang yang besar untuk saya dalam mengembangkan sayap saya kerana saya mahu sekali go internasional menerusi album saya ini.
"Apabilasaya disenaraikan untuk meyertai IKON, saya merasakan bahawa saya bakalmengecapi keinginan ini," ujar Astrid lagi mengenai pemilihannya.
"Lantas,apabila kami disuruh untuk membuat persembahan, saya terus menyuruhkawan-kawan saya mengundi saya," ujar Astrid dengan nada ketawamengenai pertandingan yang bakal mencari juara di antara juara dirantau ini.
"IKON tidak berbeda dengan pertandingan realiti yanglain seperti Indonesian Idol. Ini adalah kerana 100% berpandukan SistemPesanan Ringkas (SMS) untuk memilih juaranya.
"Saya merasakanpeminat-peminat memilih berdasarkan populariti," ujar Astri yang tidakmempunyai sebarang masalah dengan sistem yang menentukan bakal IKONIndonesia.
Astrid kini dalam kelompok top 5
(Foto The Star) Setelah konsert top 10 diadakan menerusi Global TV, Astrid berjaya melepasi peringkat tersebut dan kini bergelar sebagai top 5.
"Sayagembira banget kerana peminat-peminat saya mengundi saya untuk konserttersebut. Mungkin tuah saya terletak pada lagu Jadikan Aku Yang Keduayang boleh dikatakan sedang popular di sana," ujar Astrid lagi.
Ketikaditanya mengenai persediaan untuk pusingan separuh akhir IKON, Astridsekali lagi berharap agar lagu Jadikan Aku Kedua dapat membantunya keperingkat akhir.
Walaupun penggunaan IKON mendatangkankontroversi kerana kebanyakkan 'ikon-ikon' sebenar sudahpun menarikdiri, Astri tetap bertegas bahawa pertandingan IKON pada kali ini mampumenunjukkan bakat-bakat muda yang mampu menjadi idola pada suatu harikelak.
"Sememangnya sebelum ini ramai calon terawal IKON menarikdiri seperti Shanty, Gigi dan Slank, saya merasakan ini membuka peluanguntuk anak-anak muda untuk menunjukkan kemampuan mereka.
"Semestinyaartis-artis yang popular sudahpun mempunyai pendedahan yang secukupnya.Kali ini, peluang akan diberi kepada artis seperti saya untukmelebarkan sayap ke peringkat Asia Tenggara," ujar Astrid lagi.
Jimmy kagum dengan calon IKON Malysia, Jac
(Foto The Star) Jimmy kagum dengan Jac
Siapa sangka jejaka yang bertubuh tegap ini meminati juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor.
Jimmy Stanley Sogalrey atau nama ringkasnya Jimmy tidak mampu menahan rasa kagumnya terhadap penyanyi tersebut.
"ertamakali saya melihatnya adalah menerusi sebuah program anjuran SCTV danTV3. Saya terkejut banget dan tertanya-tanya siapa itu," ujar penyanyiyang berusia 23 tahun itu.
"Baru-baru ini, saya turutberkesempatan bertemu dengan dia apabila IKON Malaysia datang untukmemberi persembahan. Saya kagum. Vokalnya sungguh powerful dan membuatkan saya tidak mampu berkata-kata," ujar Jimmy lagi.
Namun, Jimmy turut mengagumi IKON Malaysia yang lain seperti Mawi.
"Walaupun vokalnya masih raw dan perludibentukkan lagi, namun saya suka dengan cara Mawi membuat persembahan.Dia mempunyai auranya tersendiri. Itulah salah satu sebabnya nama diabesar di Malaysia," ujarnya lagi.
Beridolakan Broery Pesolimaatau lebih dikenali sebagai Broery Marantika, berkongsi kampung halamanyang sama yakni Ambon, Jimmy bertekad untuk mengikut jejak langkah sangidolanya itu.
"Saya meminati gaya persembahannya dan mengagumikejayaan yang dikecapinya. Manakala, saya turut meminati Chrisye keranadia mempunyai aura yang tersendiri.
"Suaranya unik serta dia berusaha dengan gigih untuk bertahan di dalam persada industri ini selama beberapa dekad.
"Kehilanganmereka merupakan satu kehilangan besar untuk kami," ujar Jimmy lagimengenai kedua-dua wiranya yang kini sudah tiada lagi.
Jimmy kiniberada selangkah menghampiri jolokan juara IKON Indonesia. Diabersama-sama empat orang penyanyi solo yang lain yakni Astrid, Judika,Iqbal dan Tompi kini mara ke peringkat top 5.
Jimmy rasa perlu adanya juri profesional untuk mencari IKON Indonesia
(Foto The Star) "Sayagembira banget apabila saya berjaya ke peringkat seterusnya. Apatahlagi, dalam posisis top 10, ramai artis-artis senior seperti PingkanMambo dan Sania turut bertanding. Akhirnya, ramai artis-artis baru yangdipilih," ujar bekas pemenang rancangan Pop Star ini lagi.
Namun, Jimmy kurang bersetuju apabila keputusan bergantung kepada para penonton yang menggunakan SMS untuk memilih juaranya.
"Eloklagi jika ada panel juri profesional yang menilai kemampuan kami. Ianyamemberikan keputusan yang lebih berkesan apatah lagi mereka merupakangolongan yang berpengalaman luas dalam bidang ini dan mampu memberikankemenangan kepada mereka yang berhak," tambahnya lagi.
[ Last edited by jac_diehard_fan at 26-7-2007 10:30 AM ] |
|