AKHIRNYA ZAIRUL FITREE KEMBALI KE KELANTAN Perjalanan sekuel kronikel skandal perpindahan zairul akhirnya berakhir di penghujungnya malam tadi. dihadapan segerombolan penyokong kelantan seramai 200 orang di stadium shah alam aksi kemas Zairul mewakili kelantan buat pertama kalinya musim ini memberikan signifikan yang melegakan penyokong kelantan. Pastinya gegak gempita melanda kem hkc yang sedang melancarkan mogok besar-besaran terhadap kfa terutama terhadap dua individu iaitu presiden kfa, menteri besar kedah selain dato othman aziz pengurus pasukan kedah. betapa kekaburan belakang tabir kfa-kafa menterjemahkan riuh rendah dikalangan penyokong kedah. betapa mereka menyandarkan kelemahan isu politik didalam persatuan bolasepak Malaysia hingga menggadaikan kehendak sebuah pasukan mantap bolasepak di malaysia.Pastinya kita di kdn tidak menyalahkan ahli forum hkc yang tidak didedahkan dengan situasi yang berlaku. Namun penglibatan kdn dengan kafa mendapat pandangan jelas dalam perjalanan penebusan pemain yang bergelar Ropi ini. Mereka di hkc memberikan pandangan mereka sendiri yang mana banyak info juga didalamnya. Dikatakan pihak panel kejurulatihan kedah baru sahaja petang tadi dimaklumkan pemergian zairul yang membangkitkan kemarahan ketua jurulatih mereka azrai. Namun nasi sudah jadi bubur bilamana mereka dimaklumkan Zairul dilepaskan tanpa sebarang pampasan. Mereka juga dimaklumkan jangan terkejut jika di bibir akhbar esok akan memberi laporan berbeza yang mana Zairul dilepaskan dengan pampasan. Oleh itu saya tidak berniat untuk memberikan info untuk membela mana-mana pihak. Sekadar berkongsi pengetahuan. seperti yang umum di kdn maklum, tertera dibawah akta fam bahawa pemain bawah 23 tahun yang diberi pinjam kepada pasukan lain harus kembali ke pasukan asalnya dan mendapatkan kebenaran pasukan asalnya jika untuk tidak mahu meneruskan kontrak di musim seterusnya bersama majikan mereka.Dalam isu kontrak Zairul yang dikatakan tamat musim ini beliau sepatutnya sudah bebas untuk memilih untuk meninggalkan pasukan majikannya. Namun oleh kerana beliau dibawah 23 tahun, beliau harus mendapatkan kebenaran pihak majikannya dahulu. Kafa tidak pernah memberi kebenaran kepada zairul untuk bermain dengan pasukan lain, selain kfa pun tidak membayar sebarang pampasan untuk menanda tangani kontrak dengan zairul. Atas dasar ini, kafa membuat laporan kepada fam dan dengan sedikit bantuan fam kelantan beroleh hak pemilik keatas zairul dan kfa tidak dapat berbuat apa-apa. Oleh itu tidak timbul lagi isu bayaran pampasan untuk mendapatkan pemain yang kita bagi pinjam kepada orang lain yang tidak ingin memulangkan pemain kita dan ingin merampasnya tanpa sebarang kebenaran. Oleh itu zairul kembali ke kelantan dengan cara betul dan hak seratus peratus menyebelahi kafa. Jadi tidak timbul disini isu politik, namun tidak dinafikan bahawa kaedah perbincangan kafa-kfa di belakang tabir nampak sedikit seperti mainan politik. Jika kita ingin menghilangkan isu penglibatan politician didalam persatuan sukan di Malaysia maka isu itu tidak lagi relevan untuk di bincangkan, memandangkan sudah menjadi lumrah dan tidak kurang 90% penglibatan politician didalam persatuan sukan di malaysia.Saya sarankan pihak hkc sepatutnya lebih dekat dan mendapat penjelasan rapi dari pihak kfa mengenai status Zairul barulah mengambil tindakan untuk memboikot kfa. Atas dasar perkara ini tidak membelakangi pihak fam, maka pastinya juara treble musim lepas memahami perkara ini dengan sebaiknya. Anggap sahaja tiada rezeki untuk mendapat khidmat Zairul yang mana rata-rata peminat kelantan juga berbangga dengan pemergian sementara zairul menimba ilmu di pasukan elit malaysia seperti Kedah. Untuk pengetahuan pihak hkc, penyokong kelantan juga sayang untuk melepaskan zairul, yang mana beliau antara 5 orang pemain utama yang kekal tidak meninggalkan pasukan kelantan pada musim 2004/05. Namun bila kes ini hampir berakhir baru-baru ini yang mana zairul dikatakan bakal kekal di kedah, kami di kdn merestuinya dan menghormati hkc atas sikap memandang tinggi pemain kelantan ini. Namun bila begini keputusannya hari ini, saya rasa ketika ini perlunya kelab penyokong alam siber menunjukkan tahap professionalannya setaraf dengan taraf mereka yang dipandang tinggi penglibatan dan perkembangannya oleh persatuan-persatuan bolasepak secara amnya dan fam sendiri secara khususnya. Bagi kami di kdn secara professionalnya kami berlapang dada dan memandang hal ini dengan pandangan terbuka. Saya harap penyertaan zairul fitri yang kembali menyarung jersi bernombor 24 keramatnya menamatkan spekulasi ini disini.
Originally posted by www.kelate.net |