CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2021 12:07 PM | Show all posts
farhana008 replied at 19-12-2021 09:19 AM
Semalam Omicron di Malaysia 13 kes. semua kes import.

UK dah ada sorang mati...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-12-2021 10:19 AM
Semalam Omicron di Malaysia 13 kes. semua kes import.

Alahai....kerajaan should take immediate action untuk prevent this variant from spreading. Amik pengajaran from cases before. Rakyat pun tengah risau dengan kes banjir sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 02:15 PM | Show all posts
nampak ni gayakan kita kena PKP kembali lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 03:45 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-12-2021 06:14 PM
songket_merah replied at 19-12-2021 01:15 PM
nampak ni gayakan kita kena PKP kembali lah

Ni je info setakat ni...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 04:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-12-2021 06:06 PM
BlackOpium replied at 19-12-2021 12:03 PM
Alahai....kerajaan should take immediate action untuk prevent this variant from spreading. Amik pe ...


Hari ni...




Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 3,701 kes (2,634,381 kes kumulatif, 96.9%);
Kes baharu : 3,108 kes (2,718,955 kes kumulatif);
Kes import : 37 kes (31 warganegara; 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,071 kes [2,939 warganegara (95.7%); 132 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 390 kes (326 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan:  211 kes (143 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,079 kluster;
Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,827 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 252 kluster.
Daripada 3,108 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

57 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,051 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Disember 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 18 DISEMBER 2021

NEGERI        NILAI RT
PULAU PINANG        1.00
PAHANG        1.00
TERENGGANU        0.99
MELAKA        0.98
NEGERI SEMBILAN        0.97
WP KUALA LUMPUR        0.97
PERAK        0.97
JOHOR        0.96
SELANGOR        0.95
KEDAH        0.92
PERLIS        0.91
KELANTAN        0.91
WP LABUAN        0.91
WP PUTRAJAYA        0.90
SABAH        0.83
SARAWAK        0.72
MALAYSIA        0.91

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 05:16 PM | Show all posts

jangan buat main2 kan, even ada 1 kes pun kat sesuatu negara tu,
ia boleh merebak dari banyak sampai tak boleh nak kawal...
tengoklah yang PKP 1 dari last year tu, jadi sia sia je...
kita jaga kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 19-12-2021 04:49 PM

Kes baharu COVID-19 Selangor 19.12.2021 sehingga 12.00 tengahari – 919 kes (898 komuniti, 21 penjara)
???? GOMBAK 126
Batu 53
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 51
Saringan Pekerja 1
Hulu Kelang 16
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 1
Kuang 11
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 4
Rawang 26
Saringan Kontak Rapat 26
Setapak 18
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 12
Saringan Pekerja 1
Penjara 2
Saringan OKT 2
???? HULU LANGAT 216
Ampang 48
Saringan Bergejala 19
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pre-Admission 1
Saringan SARI 1
Beranang 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5
Cheras 55
Saringan Bergejala 21
Saringan Bergejala (Kluster Industri Jln P1/1 Bangi) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 29
Saringan Pekerja 1
Saringan Pre-Admission 1
Saringan SARI 1
Hulu Langat 5
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 1
Kajang 67
Saringan Bergejala 17
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak (Kluster Jln Cempaka Sungai Ramal) 3
Saringan Kontak Rapat 40
Saringan Pekerja (Kluster Industri Dua Jln Sepuluh MIEL) 3
Saringan Pre-Admission 1
Semenyih 19
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Pekerja 3
Penjara 14
Saringan OKT 14
???? HULU SELANGOR 47
Ampang Pechah 2
Saringan Kontak Rapat 2
Batang Kali 5
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 4
Hulu Bernam 1
Saringan Bergejala 1
Kerling 1
Saringan Kontak Rapat 1
Rasa 1
Saringan Kontak Rapat 1
Serendah 37
Saringan Kontak Rapat 37
???? KLANG 211
Kapar 43
Saringan Bergejala 3
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 31
Saringan Pekerja 7
Saringan Pre-Admission 1
Klang 168
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 142
Saringan Pekerja 10
Saringan Pra-Penerbangan 1
Saringan Pre-Admission 1
Saringan SARI 4
???? KUALA LANGAT 76
Bandar 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 2
Jugra 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3
Morib 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 3
Tanjung 12 (1) 22
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak (Kluster Industri Dua Jln Lapan Olak) 1
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 2
Saringan Pekerja (Kluster Industri Dua Jln Lapan Olak) 1
Tanjung 12 (2) 14
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja 4
Telok Panglima Garang 23
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak (Kluster Jln Cempaka Sungai Ramal) 1
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 1
Penjara 5
Saringan OKT 5
???? KUALA SELANGOR 55
Api - Api 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
Bestari Jaya 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kendiri 1
Ijok 20
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 14
Jeram 15
Saringan Bergejala 5
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 9
Kuala Selangor 2
Saringan Bergejala 2
Tanjung Karang 13
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak (Kluster Jln Panchang Bedena) 4
Saringan Kontak Rapat 2
???? PETALING 106
Bukit Raja 22
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 15
Damansara 39
Saringan Bergejala 19
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak Rapat 17
Petaling 25
Saringan Bergejala 11
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan SARI 1
Sungai Buloh 20
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pekerja 1
???? SABAK BERNAM 12
Bagan Nakhoda Omar 3
Saringan Kontak Rapat 3
Panchang Bedena 4
Saringan Bergejala 3
Saringan Bergejala (Kluster Industri Jln Enam Bagan) 1
Pasir Panjang 3
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 2
Sabak 2
Saringan Kontak Rapat 2
???? SEPANG 70
Dengkil 40
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 32
Saringan Pekerja 1
Labu 29
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 26
Sepang 1
Saringan Kontak Rapat 1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 19-12-2021 04:16 PM
jangan buat main2 kan, even ada 1 kes pun kat sesuatu negara tu,
ia boleh merebak dari banyak samp ...

ya betul...ni banjir lak...ok tak tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-12-2021 04:22 PM
Hari ni...

Alhamdulillah kes turun walaupun sekarang ni kita hadapi ujian banjir.
Harapnya tak adalah spike in case dan semuanya sentiasa terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 06:30 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 19-12-2021 05:21 PM
Alhamdulillah kes turun walaupun sekarang ni kita hadapi ujian banjir.
Harapnya tak adalah spike  ...

Tu la...terpaksa cuti seminggu sebab banjir...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-12-2021 06:30 PM
Tu la...terpaksa cuti seminggu sebab banjir...huhu...

Yang pengumuman cuti tu memang betul ya kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 19-12-2021 05:53 PM
Yang pengumuman cuti tu memang betul ya kaka?

Betul kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 07:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2021 11:28 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 19-12-2021 01:03 PM
Alahai....kerajaan should take immediate action untuk prevent this variant from spreading. Amik pe ...

action memang lambat dari kerajaan. geram betul baca! bila tengok kat media sosial, pelbagai bantuan digerakkan rakyat malaysia. memang rakyat jaga rakyat ketika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2021 11:28 AM
action memang lambat dari kerajaan. geram betul baca! bila tengok kat media sosial, pelbagai bantu ...

Betul tu uols. Rakyat jaga rakyat sekarang ni. Kesian tengok yang terperangkap atas bumbung dah berapa hari. Ada yang baru lepas bersalin, ada yang parents sakit terpaksa berendam je dalam air banjir tu.
Dengan kes wabak, banjir, paling latest flat terbakar.
Yang atas2 lambat nak bertindak. Entahlah...
Semoga tahun 2022 dan tahun seterusnya tahun yang baik2 untuk kita semua. Take care uols!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:11 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-12-2021 07:41 PM
BlackOpium replied at 19-12-2021 05:53 PM
Yang pengumuman cuti tu memang betul ya kaka?


Hari ni...



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 3,810 kes (2,638,191 kes kumulatif, 96.9%);
Kes baharu : 2,589 kes (2,721,544 kes kumulatif);
Kes import : 46 kes (35 warganegara; 11 bukan warganegara);
Kes tempatan : 2,543 kes [2,427 warganegara (95.4%); 116 bukan warganegara (4.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (307 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan:  210 kes (142 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,082 kluster;
Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,831 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 251 kluster.
Daripada 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

66 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
2,523 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR DAN JANGKITAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga kini, kejadian banjir telah melanda lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Melaka.

Berikutan daripada banjir yang melanda, sebanyak 72 fasiliti kesihatan telah terjejas di mana 43 di negeri Pahang, 20 di Selangor, lapan (8) di Kelantan dan satu (1) di Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan (8) buah fasiliti kesihatan terputus hubungan namun masih beroperasi dan 21 buah fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi iaitu 20 di Selangor dan satu (1) di Negeri Sembilan.


1.0 PERKHIDMATAN PENJAGAAN PRIMER DI PUSAT PEMINDAHAN

Pasukan perubatan ditempatkan di PPS bagi memantau kesihatan mangsa-mangsa banjir. Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 78 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar di PPS. Daripada jumlah tersebut, 13 kes dalam kategori penyakit berjangkit (lima (5) kes acute respiratory infection (ARI), lapan (8) kes skin infection) dan 65 adalah penyakit tak berjangkit. Tiada kes acute gastroenteritis (AGE), tifoid, kolera, hand foot mouth disease (HFMD), leptospirosis, denggi atau penyakit berjangkit lain dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat ini.

2.0 PESAKIT BERISIKO YANG TERJEJAS BANJIR

Terdapat satu (1) kes ibu mengandung (antenatal). Tiada kes posnatal atau pesakit yang menjalani rawatan dialisis dilaporkan dari negeri yang dilanda banjir.

3.0  PERKHIDMATAN KESIHATAN DI PUSAT PEMINDAHAN

3.1 AKTIVITI KESELAMATAN BEKALAN AIR MINUM

Bagi memastikan sumber air adalah selamat untuk digunakan oleh mangsa banjir, sebanyak 70 aktiviti pengambilan sampel air dijalankan dan tiada pelanggaran terhadap parameter pH, klorin dan kekeruhan (NTU).

3.2  AKTIVITI KAWALAN VEKTOR

Aktiviti kawalan vektor yang dijalankan adalah bagi memastikan tiada penyakit bawaan vektor berlaku di PPS. Sebanyak 48 buah PPS telah diperiksa dan tiada tempat pembiakan Aedes dikesan. Sebanyak 427 bekas telah diperiksa dan tiada PPS disembur kabus.

3.3 AKTIVITI KESELAMATAN MAKANAN

Sebanyak 45 buah PPS dilawati dan didapati 34 buah PPS memuaskan dari segi premis penyediaan makanan.

3.4 AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN

Jumlah harian aktiviti pendidikan kesihatan di kawasan dilanda banjir yang dijalankan pada hari ini ialah enam (6) ceramah, 631 nasihat individu, 355 tunjuk cara, 21 perbincangan kumpulan, 14 banting, 96 poster, enam (6) banner dan 842 risalah diedarkan di kawasan banjir dan di kawasan dilanda banjir.

4.0 PEMATUHAN SOP PENGURUSAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Pengurusan mangsa banjir adalah mematuhi Garis Panduan Pencegahan dan Pengurusan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana dan Garis Panduan Pengurusan Bencana Semasa COVID-19.

KKM juga menjangkakan bahawa kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya sewaktu proses menyelamat dilakukan. Walau bagaimanapun, KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya:

memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19; dan
elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas.
KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Ujian saringan COVID-19 dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan awal jangkitan COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di PPS.

Memandangkan terdapat juga mangsa banjir yang telah mendapatkan perlindungan di masjid-masjid, stesen LRT, pusat membeli belah dan sebagainya, KKM ingin menasihatkan urusetia atau sukarelawan di pusat perlindungan tersebut agar dapat menjalankan ujian kendiri air liur RTK Ag kepada setiap individu yang berlindung dan mengasingkan kes yang dikesan positif COVID-19 secepat mungkin. Seterusnya, sila maklumkan  kepada Pejabat Kesihatan Daerah anda dengan menghubungi talian hotline yang disediakan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline supaya langkah pengesanan kontak rapat dapat dijalankan segera.

Keselamatan setiap individu yang terlibat dalam bencana banjir ini adalah yang paling utama. Justeru, KKM faham sekiranya pematuhan SOP kesihatan awam tidak dapat dipatuhi sepenuhnya sewaktu menyelamatkan nyawa, tetapi KKM berharap agar semua individu yang terlibat sama ada mangsa banjir, anggota sukarelawan atau anggota penyelamat dapat cuba mematuhi SOP sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di PPS. Sehubungan itu, KKM akan terus memantau jangkitan COVID-19 di PPS dan melakukan penilaian risiko dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan dan pengurusan COVID-19 di PPS, anda boleh merujuk Annex 41 di https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm atau https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX_41_GARIS_PANDUAN_PUSAT_PEMINDAHAN_SEMENTARA_MANGSA_BENCANA_BAGI_MENCEGAH_COVID-19_28112021.pdf .

Akhir kata, KKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang saling berganding bahu tanpa mengira bangsa dan agama dalam menangani bencana yang melanda negara kini. Semoga Malaysia mampu bangkit dengan lebih teguh selepas cabaran ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Disember 2021 @ 7:30 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 19 DISEMBER 2021

NEGERI        NILAI RT
PAHANG        1.00
PULAU PINANG        1.00
NEGERI SEMBILAN        0.99
TERENGGANU        0.97
JOHOR        0.97
WP KUALA LUMPUR        0.97
PERAK        0.96
MELAKA        0.96
SELANGOR        0.95
WP LABUAN        0.95
PERLIS        0.93
KEDAH        0.90
KELANTAN        0.90
WP PUTRAJAYA        0.89
SABAH        0.84
SARAWAK        0.74
MALAYSIA        0.92

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 04:13 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 12:39 PM
Betul tu uols. Rakyat jaga rakyat sekarang ni. Kesian tengok yang terperangkap atas bumbung dah be ...

Back 2 back movie...kak belanja...Ghostbusters & Spiderman
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-12-2021 04:11 PM
Hari ni...

Rasa lega sikit tengok angka despite isu banjir sekarang ni.
Semoga yang terjejas tu baik2 je dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-12-2021 04:13 PM
Back 2 back movie...kak belanja...Ghostbusters & Spiderman

Best ke Spiderman tu kaka? Iols last follow pun yang Andrew Garfield berlakon. Lepas tu tak tengok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 04:23 PM
Rasa lega sikit tengok angka despite isu banjir sekarang ni.
Semoga yang terjejas tu baik2 je dan  ...

Selangor ke KL ada yg xde air...huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 4.121788 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list