|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS IV ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru...
[Copy link]
|
|
Balas #1070 bayieng\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Kosmo Online
Mila Maju Setapak
TEMAN baik Marilyn yang wajahnya sentiasa dioles mampan, Fasha Clara, bukan main sibuk lagi bercerita perkembangan terbaru juara AF5, siapa lagi kalau bukan si genit, Mila.
Kalau kebiasaannya Fasha Clara bergosip tentang kejelekan ataupun memecahkan tembelang golongan selebriti tanah air, kali ini lain pula cerita yang disampaikannya.
Khabar terbaru didengari Fasha Clara, pertengahan Oktober lepas, Mila dengan syarikat miliknya, MC Voices & Stars Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian sefahaman kerjasama dengan Maestro Talent and Management Sdn. Bhd.
Jangan buat sebarang spekulasi tak baik, sebaliknya kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah pihak ini adalah saling bersepakat bagi menjana pendapatan berkaitan Mila.
Bukan itu saja, dua pihak ini bekerjasama dalam beberapa projek khas termasuklah penerbitan album atau single Mila pada masa akan datang. Kelas adik kita yang seorang ni!
Kata Fasha Clara lagi, Mila dikatakan bukan main teruja lagi dengan perkara itu sambil menyifatkan perjanjian ini bakal menjadi titik tolak buat empunya diri mengembang sayap ke tahap seterusnya.
Bahkan, Mila lihat perjanjian ini akan memberi peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk bekerjasama dengan lebih erat.
Kalau macam tu gayanya, Marilyn rasa kena sangatlah kerana Maestro sendiri selama ini bertungkus-lumus dalam menguruskan kerjaya seni Mila.
Bagi dapatkan kepastian tentang perkara ini, nanti Marilyn cuba hubungi Mila. Tak sabar mahu dengar sendiri jawapan daripada anak Mami yang masih solo tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Utusan Malaysia
Pengisytiharan tapak warisan dunia Ahad ini
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Majlis penyerahan watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia akan diadakan di Dataran Merdeka pada Ahad ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka berkenan menyempurnakan majlis tersebut yang akan bermula pada pukul 7.45 malam.
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam kenyataannya di sini memberitahu, majlis itu diadakan bagi meraikan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap kedua-dua bandar tersebut pada 7 Julai lalu.
"Pengiktirafan ini merupakan yang pertama kali ke atas tapak warisan di bawah kategori kebudayaan," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, upacara penerimaan plak dan watikah pengiktirafan daripada pihak UNESCO kepada kerajaan Malaysia akan diadakan dengan penuh adat istiadat kerajaan Melayu lama termasuk perarakan bergajah dan berkuda.
"Turut diadakan perarakan dan persembahan kebudayaan dengan penyertaan masyarakat berbilang-bilang kaum dan budaya seperti perarakan Baba Nyonya, Chetti, Portugis, Chingay dan lain-lain.
"Ia bagi menonjolkan nilai warisan yang terdapat di kedua-dua negeri terbabit terutama di kawasan yang diiktiraf sebagi warisan dunia oleh UNESCO," katanya.
Selain itu, terdapat juga perarakan kereta berhias seperti pertukangan besi, makanan warisan, perusahaan tradisi dan pertukangan tangan, perarakan beca berhias, kereta lembu dan pertunjukan bunga api.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis selain berhibur bersama artis-artis jemputan seperti Alleycats, Ziana Zain dan Mila AF5. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1075 aFViRGo's post
sultan mizan tu feveret sungguh ngan mila
yg ari tu gi shw kt terengganu sama2 ngan kak ell tu pon sbb sultan yg insist gak![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
esok Mila g jumpe cikgu capiiiiiiiiiiiiiii ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1077 tomatomam2222's post
Ni artikle khas untuk tomtom
Shafi rancang buka dua studio
![](http://www.utusan.com.my/pix/2008/1118/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.1.jpg)
JIKA tidak kerana Akademi Fantasia (AF), pasti tidak ramai yang mengenali wanita berwajah lembut dan sedikit pendiam ini.
Biarpun dia merupakan anak kepada penyanyi pop yeh yeh terkenal iaitu Allahyarham M. Sharif, namun status tersebut bukanlah tiket untuk dia turut dikenali umum seperti ayahnya.
Kehadirannya menyertai tenaga pengajar AF sejak tiga tahun lalu membuka mata banyak pihak terutamanya peminat setia rancangan tersebut.
Kini, sebut sahaja nama Cikgu Shafi, pasti ramai yang mengenalinya.
Mengunjungi studio vokalnya, Shafi Vocal School (SVS) di Desa Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini, nama sebenar Syafizawati Sharif, 31, ini mesra menyambut kedatangan Hits.
Walaupun kecil, namun studio tersebut kelihatan menarik apabila dindingnya dihiasi pelbagai piring hitam dan gambar kenangan milik Allahyarham ayahandanya.
Menyingkap perkembangan terkini ibu beranak tiga itu, kata Shafi, dia kini kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk mempelajari lagu-lagu Sunda di sana.
"Sebenarnya saya ada juga mengajar vokal di Indonesia. Kerap juga saya ke sana sebab selain mengajar vokal kepada lebih 10 pelajar, saya turut belajar menyanyikan lagu-lagu Sunda.
"Di samping itu, saya turut meninjau beberapa premis yang dirasakan sesuai untuk dijadikan studio pengajian vokal di sana. Insya-Allah, tahun hadapan juga saya akan membuka sebuah lagi studio yang lebih besar untuk pengajian vokal di Melawati," katanya.
Diari hidup seorang guru vokal seperti Shafi tidaklah semudah yang disangka. Rutin hariannya dipenuhi pelbagai aktiviti yang kadang-kala sukar dituruti olehnya.
Apa tidaknya, tatkala individu lain masih enak dibuai mimpi, setiap pagi bermula pukul 5.30 pagi Shafi memulakan harinya menguruskan sarapan buat suami dan anak-anaknya ke sekolah.
Memasak, berulang-alik dari pejabat ke rumah dan mengambil anak dari sekolah semuanya dilakukan dalam tempoh beberapa jam sebelum memulakan tugasan sebagai guru vokal dari pukul 2 petang hingga 11 malam.
Anjur bengkel vokal
Selain merancang membuka studio, Shafi turut berkata, dia bakal menganjurkan sebuah bengkel mempelajari teknik vokal pada 27 Disember ini.
Terbuka kepada semua golongan yang berumur 16 tahun ke atas, sesi pembelajaran selama 8 jam bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang itu mengenakan bayaran RM300 bagi setiap individu.
Antara kandungan yang bakal dipelajari dalam bengkel tersebut ialah teknik pernafasan yang betul, susunan nada, sebutan, pemilihan lagu dan penghayatan lagu.
Menariknya, kata Shafi, bengkel tersebut turut mendapat kerjasama daripada komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto iaitu pencipta lagu Kasih yang pernah dipopularkan oleh Hetty Koes Endang tidak lama dahulu.
Ingin menarik minat di kalangan muda-mudi Melayu terutamanya dari luar Bandar, kata Shafi ia juga boleh digunakan sebagai persediaan uji bakat AF yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Sebenarnya saya kasihan, rata-rata yang hadir ke uji bakat terutamanya uji bakat AF datang dari jauh dan ada yang datang awal dari pukul tiga pagi lagi. Malangnya, apabila masuk ke bilik uji bakat mereka tidak boleh menyanyi dengan baik kerana teknik yang digunakan tidak betul.
"Kebanyakan yang datang terdiri daripada orang Melayu. Beribu-ribu datang berbaris tetapi yang berjaya melepasi semua peringkat hanyalah 20 orang.
"Sebab itulah saya nak buka bengkel sebegini supaya mereka boleh mendekati pelajaran vokal serta sebagai persediaan menyertai uji bakat pada masa akan datang.
"Memang ramai orang boleh menyanyi tetapi tidak ramai yang tahu tentang teknik-teknik vokal yang betul. Jadi, apa salahnya meluangkan masa dalam masa tidak sampai satu hari mendengar dan mempelajari tentang teknik vokal," kata Shafi lagi.
Menghadkan kepada 200 peserta sahaja, menurut Shafi sehingga kini bengkel tersebut telah berjaya menyenaraikan lebih 50 orang peserta.
Kepada sesiapa yang berminat menyertai bengkel tersebut, sila dapatkan borang penyertaan di Shafi Vocal School, A-2B-17 Jalan 2/4C, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 012-332 3217 (Yuzri) dan 03-4105 7244 atau e-mel kepada [email protected]. |
|
|
|
|
|
|
| |
|