|
Dlm Singapore Flyer .. mcm dlm taman ler ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Photobucket nanti edit je thru online.... nanti asalkan nama file sama xde masalah, gambar kat forum pun akan ikut sama diperbetulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1062# hairul123
tak jadi gak ler .. dah OK kat photobucket tp paste kat sini dia senget gak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Harus tempah tigerairways ni!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
im..
hope you enjoy yourself... meh la dtg lagi.. byk lagi tempat im tak smp lagi di S'pore .. hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat2 menarik di Singapura yg tidak dikenakan bayaran masuk..tempat2 ni begitu popular di sini asalkan kuat utk berjalan.
Credit to Berita Harian Singapura edisi Selasa 15 Feb 2011.
RANCAK
Yuk! Santai...
Berkelah bukan hanya boleh dilakukan pada masa cuti sahaja, malah ia sesuai pada bila-bila masa. Isu pertama Teroka Pulau Singa minggu ini menyenaraikan tiga lokasi hangat untuk berkelah selain daripada pantai-pantai yang ada di serata Singapura.
LOKASI PERTAMA: KEBUN BUNGA SINGAPURA
TERDAPAT banyak kehijauan dan padang yang luas. Tidak akan menjadi masalah mencari tempat yang selesa untuk berkelah.
Kehijauan dan beraneka flora dan fauna membuat taman ini tempat yang nyaman dan tenang untuk merehatkan minda anda.
Kanopi pokok-pokok yang tinggi dan besar juga memberi anda teduh daripada bahang matahari, sambil menikmati siulan beraneka jenis burung!
Waktu terbaik untuk pergi: Antara pagi hingga lewat petang. Taman akan menjadi agak gelap selepas senja. Taman buka pada 5 pagi hingga 12 malam. Tiada bayaran dikenakan.
Aktiviti yang boleh anda lakukan:
# Menikmati alam - berjenis- jenis burung, tupai dan kehidupan yang lain.
# Memberi makanan kepada ikan dan kura-kura di kolam.
# Bermain layang-layang dan piring terbang.
# Menjelajah taman yang sebesar 67.3 hektar yang dihiasi dengan bermacam-macam jenis pokok.
Kemudahan tersedia:
Dispenser air sejuk
Bangku untuk berehat
Tandas
Tempat letak kereta
Kedai cendera hati dan buku- buku tentang botani dan flora
Kemudahan pengangkutan: Banyak bas ke pintu gerbang utama (di Nassim Gate) - (melalui Holland Road) 7, 75, 77, 105, 106, 123, 174 /(melalui Bukit Timah Road) 48, 66, 67, 151, 153, 154, 156, 170, 171.
Untuk maklumat lanjut: http://www.sbg.org.sg.
LOKASI KEDUA: BENDUNGAN MARINA
Taman bumbung yang terletak di tingkat tiga memberi pengunjung ruang luas untuk berkelah. Dengan latar belakang bangunan-bangunan di Marina Bay, ia menyediakan satu tempat yang menarik untuk bergambar.
Tiupan angin laut juga membuatnya tempat yang sesuai untuk bermain layang-layang.
Waktu terbaik untuk pergi: Petang hingga lewat malam. Pemandangan bangunan-bangunan di Marina Bay amat menarik pada waktu malam.
Aktiviti yang boleh anda lakukan:
# Kunjungi 'The Sustainable Gallery' (Percuma).
# Bermain layang-layang dan piring terbang.
# Bermain di pemancur air.
# Aktiviti di pusat kegiatan.
# Menikmati secawan kopi di Gallery Cafe.
Kemudahan yang tersedia:
Tempat letak kereta
Tandas yang dilengkapi dengan kemudahan untuk mandi
Kedai runcit
Dispenser air sejuk
Kemudahan untuk orang cacat
Kemudahan pengangkutan: Turun di stesen MRT Marina Bay dan tukar ke khidmat shuttle bus percuma di luar stesen MRT Marina Bay.
Untuk maklumat lanjut: http://www.pub.gov.sg/marina
LOKASI KETIGA: THE PROMONTORY @ MARINA BAY
Ruang terbuka yang terletak di antara bangunan-bangunan pencakar langit menjadikannya tempat yang paling sesuai untuk menikmati pemandangan indah bandar Singapura dan pemandangan baru di pesisiran Marina Bay.
Ia juga berdekatan dengan tarikan yang lain, Esplanade dan Marina Bay Sands, lantas mudah bagi anda menikmati acara-acara lain selepas puas berkelah.
Waktu terbaik untuk pergi: Petang hingga lewat malam.
Aktiviti yang boleh anda lakukan:
# Berjalan-jalan di sepanjang kawasan Marina Bay.
# Bermain layang-layang dan piring terbang.
# Menikmati pemasangan seni di sepanjang kawasan Marina Bay.
# Kunjungi Marina Bay City Gallery.
Kemudahan yang tersedia:
Tempat letak kereta - di sekitaran Raffles Place
Tandas - di One Raffles Link
Kedai - di One Raffles Link, Lau Pa Sat dan Marina Bay Sands.
Kemudahan pengangkutan: Turun di stesen MRT Raffles Place and jalan menuju jalan bawah tanah One Raffles Link.
Untuk maklumat lanjut: http://www.marina-bay.sg
Nota: Rencana ini dihasilkan syarikat perancang acara Mudd & Nadd. Anda boleh melihat foto-foto dan video kegiatan di laman syarikat itu di http://www.facebook.com/muddnadd. Untuk senarai penuh acara-acara mingguan yang boleh anda nikmati seisi keluarga, sila lungsuri http://www.SGThingsToDoToday.com |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bezita60 at 16-2-2011 20:46
terima kasih untuk semua yg bagi info psl singapore. went there on valentine's day/maulidur rasul 14th-15th. kami tinggal di hotel royal @queen. sgt dkt dgn MRT bras basah. nk share my personal review:
1. zam zam, senang parking. nice murtabak, esp mutton. tidak rugi sampai ke sini.rupa2nya depan masjid sultan ke..
2. mustafa dan lokasinya, lebih kurg mcm mydin kt masjid india je. lalu, tp tak singgah.
3. lucky plaza. biasa saja (pd aku la) ayam penyet ria di sini...sebab ayamnya kering dan keras sket. lg sedap ayam penyet api di malaysia. tp berbaloi beli perfume di sini. cuba bargain half drpd harga yg diorg letak kt kotak.
4. chinatown, mcm petaling street. kami park di CK building. bau hancing di laluan tangga ke carpark. tshirt yg dijual di sini..mahal drpd di lucky plaza.beza hampir 2 dollar. souvenir lain, agak murah.
5. tangs, takashimaya, ion dan deretan kedai2 di orchard road seperti lagak oxford street asia. tp sayang, very limited choice yg ada dlm setiap shopping mall. jadi, kene tau brand apa nk..baru tak buang masa terjah satu2 mall.
6. berbaloi mencuba duck roasted rice, with smoked flavour. ada jual di kedai nasi ayam di sana.
7. hard rock cafe singapore, parking byk di sekitar, tp rata2 agak mahal. parking satu building tu, for private owner la pulak.
8. bugis street, mainly jual brg2 dr china. baju, toys, beg, etc.
9. joo chiat complex, heaven bg pencinta kain cotton. sgt2 berbaloi beli di sini. cantik, bermutu dan byk pilihan menarik.
10. mrt dan public transport.. stroller n wheelchair friendly.
benarlah, singapura sebuah kota besi yang kaku. agak sedih bg seorg pencinta sejarah kerana kota ini hampir hilang nilai tradisi kerana kerja kuat mengejar persepsi kemodenan.
satu hari nanti...insyallah akan sampai lg utk menjengah GSS..dan mencuba sup tulang merah.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
nk tanya sape2 ada xperience booking hotel thru booking.com. dah 3x masuk info kad kredit asyik kena reject je. kalau ada cadangan cara yg mudah untuk booking hotel harap dpt maklumkan. saya nk p dlm 12/3/2011-16/3/2011. saya booking hotel fort canning lodge
t.kasih |
|
|
|
|
|
|
|
nk tanya sape2 ada xperience booking hotel thru booking.com. dah 3x masuk info kad kredit asyik kena ...
kaknofaz Post at 18-2-2011 13:16
pernah guna booking.com, tp masa tu ok pulak..., sekali je cuba tak de masalah...
Tak pun try agoda... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1075# bayumentari
bayu, thanx a lot for your reply. akak nk tanya lg actually akak booking for 5 day 4 night & charge suppose SD 622 tapi bila cek ngan kad kredit ctr mcm dia charge utk 1 night je. mcmana akak nk buat tu. minta sgt la pendapat dak bayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bayumentari
bayu, thanx a lot for your reply. akak nk tanya lg actually akak bookin ...
kaknofaz Post at 18-2-2011 17:27
saya tak berani nak booking lama2, sebab takut tak berkenan ngan hotel tu, so saya hanya booking utk satu malam je.
malam kedua, saya terus sambung dgn hotel tu (kebetulan mungkin bilik ada kosong) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1070# cranko21
banyak lagi tempat im gi tak tepek gambar lagi kak
tp mmg tak sempat ler round semua .. penat bawa beg yg besar kat belakang heheh maklum ler, tinggal semalam jer kat singapore malam esok balik tu sbb kena check out awal dan balik KL mlm esok nyer .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|