|
dah mula sikit ...rasa tak mampu...
tak pandai nak kembangkan...
isya-Allah akan cuba...
...
Goldkey Post at 26-11-2010 22:05 
Yeaahh.... cayalah, memang boleh punya kalo da mula tu...
Bintang akan tetap kasi semangat pada cikgu... go go...  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 26-11-2010 23:04

Dari Joh ke Bangi XII
Rasa terhina akan diri
bila rumah sendiri lenyap dari bumi
itulah kesannya tak punya harta sendiri
mengharap belas simpati
selama mana orang akan mengerti
satu detik pasti lenyap bersama mimpi ngeri.
Kutinggalkan kampung halaman
tanah kelahiran
demi mengejar sebuah impian
dengan berbekalkan sedikit wang
kutempuhi pengajian
satu semester sebelum mendapat pinjaman.
Semester satu aku masih dalam kebingungan
tak biasa dengan pelbagai tugasan
mencari bahan ke perpustakaan
dalam bahasa asing yang sukar nak faham
sudahnya gagal satu kursus kerana tugasan
tak ikut format penulisan
nak cari pensyarah asyik tak ketemuan
maklumlah pelajar baru katakan
syukurlah bila ulang lepas cukup-cukup makan.
Dalam kekalutan
mengajar kuliah dan tugasan
aku aktif bersukan
bolasepak jadi pilihan
masa minggu suai kenal ada pertandingan
pasukan kami jadi johan
dari situ aku mendapat tawaran
masuk team universiti kebangsaan
pegawai sukan memerhati permainan
dapat tempat dalam kesebelasan.
Aku ingat lagi kasut bolaku warna hitam
aku beli dengan wang upah isi polibag hitam
buat semaian sawit di ladang sungai bagan
kerja sementara selepas STPM
akhirnya kasut ini hilang
kawan pinjam tak pulangkan
namun banyak jasanya sepanjang aku jadi tuan
menjaring gol bila berlawan
dapatlah juga merasa anugerah sukan
perghargaan dari pihak UKM
cemerlang!!!
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana satu cikgu  |
|
|
|
|
|
|
|

Penantian
Menanti yang tak pasti
satu mimpi ngeri
menanti yang pasti
sesuatu yang indah menyeri
tabahkan hati tempuhi realiti
panjatkan doa moga realitinya seperti diimpi
usah tangisi yang tidak menjadi
itu bukan hak kita lagi
teruskan hidup dengan meredhai
apa yang terjadi ketetapan takdir sejak azali
semuanya ujian kemantapan diri
kembalilah ke syariat Ilahi
mari!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana satu cikgu
bintang Post at 27-11-2010 11:59 
Biarlah rahsia seperti nyanyian 'Tok T' yang meruntun jiwa itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tercari-cari bila tiada lagi
Itulah insan yang buta mata hati
gagal membeza antara kaca bernoda dan intan suci
ketika di depan mata cacat cela yang dicari
bukan menampung kelemahan diri
bila sudah tiada baru terasa kekurangan diri
sedar sudah pada tinggi cahaya mentari
mana mungkin subuh menanti
sendiri yang rugi meratapi jiwa yang mati
dibolak balik keangkuhan diri
ngeri!!!
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 00:06

Dari Joh ke Bangi XIII
Kerana bolasepak juga aku bertemu cinta
latihan bina semangat ke Air Keroh Melaka
menemukan aku dengan dara jelita
perkenalan membunga rasa bahagia
kupupuk persahabatan ke alam cinta
akhirnya kupunyai dia
menyatu hidup setelah bergelar mahasiswa.
Kebahagian kami terasa
dikurnia putri pertama
cerdik orangnya
belajar pintar selalu naik nama
anugerah tokoh pelajar dipegangnya
rasa bangga
moga terus cemerlang hingga dewasa.
Hadir putri pertama
hilang bonda tersayang, hiba
semuanya bulan yang sama
bonda tak panjang umurnya
sebulan masuk hospital kena leukemia
tujuh hari tujuh malam kujaga bonda
akhirnya bonda pergi jua
yang Esa lebih menyanyangi dari kami semua.
Al-fatihah untuk bonda.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Kunci Bahagia
Kita manusia impikan bahagia
menjelma pada setiap detak masa
tunjang jiwa kena bajai dengan syariat agama
kukuh mantap peribadi mulia
boleh meredhai ketetapan yang Esa
menerima takdir dengan terbuka
menerima pasangan seadanya
kekurangan saling ditampung bersama
masalah dibincangkan segera
tiada rahsia antara
InsyaAllah bahagia.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 07:31

Kunci Kejayaan
Manusia mana tak inginkan kejayaan?
kunci kejayaan lebih kurang begini tuan;
disiplin diri yang mapan
mengatur diri menjalani kehidupan
tidak leka dengan segala hiburan
menilai buruk baik sesuatu perbuatan
mengambil segala peluang
mengkaji segala kelemahan
mengunakan segala kelebihan
mengatasi segala halangan
belajar dari kesilapan
tiada rasa putus harapan
tidak mengalah sebelum berjuang
boleh pakai tak tuan-tuan?
nilailah sebelum buang
kalau betul belanja teh secawan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 10:50
Dari Joh ke Bangi XIV
Kenapa aku pilih dia?
atas nama setia
padaku dia menyerah cinta
rela bersama tak kira masa
susah senang sentiasa bersama
suka duka tawa ria
ke hujung nyawa.
Sepanjang pengajian
dialah insan jadi teman
berkongsi masa dan ruang
sama-sama belajar kejar impian
cinta kian kembang
merapatkan lagi perhubungan
akhirnya kami bertunang
ikat janji ke gerbang perkahwinan
sebelum tamat pengajian.
Dari sini tekad cari pekerjaan
demi sebuah cinta dan impian
tamat pengajian aku terus kerja kilang
menumpang kawan di Pulau Pinang
dapatlah mengumpul sedikit wang
buat meneruskan pengajian Diploma pendidikan
setelah melangsungkan perkahwinan
aku berjaya jadi pendidik yang diinginkan
syukur kepada-Mu Tuhan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Kunci Kejayaan II
Dah belanja teh secawan
ghairah nak kongsi tips pun datang
tetapkan matlamat untuk dijulang
biarlah patut dan tidak hanya angan-angan
siapkan rangka perancangan
fikirkan jalan-jalan kecemerlangan
tanpa rasa bimbang akan kegagalan
susun strategi pelaksanaan
rujuklah pakar-pakar yang berpengalaman
tentu ada panduan yang diberikan
tidaklah kita tergelincir dari landasan
cuma masa yang akan menantukan
kejayaan pasti digenggam
teruskan berusaha dengan keyakinan
tiada kegagalan
hanya kejayaan belum datang
pastikan usaha berterusan
demi sebuah kejayaan
boleh ke tuan?.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Selamat pagi di hujung minggu
terima kasih datang bertamu
jangan bermenung selalu
titipkan kata puisimu
jangan segan dan jangan malu
saya sangat mengalu-alu
dapat kita memertabatkan bahasa melayu
bahasa indah yang lunak merdu
jika dilagukan si buluh perindu
pasti ada yang terpaku
mendengar penuh syahdu
sayu, pilu, terharu
rindu, termangu menunggu
semuanya mungkin membantu
jika kita menyampaikan walau hanya satu
ayat-ayat yang jitu
akan menyentuh kalbu.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Dari Joh Ke Bangi XV
Setelah tamat Diploma pendidikan
debar di hati menunggu jawapan
penempatan guru-guru sandaran
syukurlah aku ditempatkan berhampiran
SM Katholik Petaling Jaya tempat cari makan
syukur tak kena berjauhan
dari isteri yang tersayang
dah terbayang mungkin kena ke pedalaman
namun takdir membuat hatiku girang.
Maka bermulalah kehidupan
seorang guru yang diimpikan
kini menjadi kenyataan
mendidik anak bangsa jadi cemerlang
hari-hari berulang
naik motorsikal itu saja termampu adakan
rasa takut bahaya di jalanan
maklumlah kenderaan bertebaran
keselamatan jadi keutamaan
berhati-hati pada setiap perjalanan
namun kita hanya mampu merancang
pernah aku kemalangan
terlanggar anjing yang melintas jalan
nasib baik awal pagi jalan lengang
kalau tak mungkin di langgar dari belakang
syukur pada-Mu Tuhan.
Enam bulan kemudian
aku bertukar ke Pandan
atas keperluan tugasan
tiga tahun lamanya aku di Pandan
buat perjanjian dengan pihak pengurusan
selepas tiga tahun pindah ke Kajang
siksa juga berulang seharian
banyak masa habis di atas jalan
menempuh kesesakan yang tak berkesudahan
faham-faham saja trafik di pandan
bertali arus tak pernah aman
sakit-sakit badan
mengejar masa elak kesesakkan
kesian!!!
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Letih Minda
Jana idea
tulis kata bicara
dalam indah susun bahasa
terkesan di minda pembaca
matlamat menyampai tanpa suara
di skrin kaca yang bercahaya
semoga diredha
apa yang diperkata
jika mengguris rasa
kemaafan dipinta
tidak sengaja
menikam tanpa senjata
takkan cedera
jika menduri di jiwa
itu petanda
ada yang tak kena
ubati segera
moga bertabah memanjat doa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 20:17
Dari Joh Ke Bangi XVI
Setelah tamat tiga tahun
seperti dijanjikan aku pindah ke Kajang
aku ditugaskan ke sebelah petang
menjaga kenakalan murid belum matang
balik dari kelas berderet panjang
beratur depan bilik disiplin untuk tindakan
itulah tugasku sejak tahun pertama masuk dunia pendidikan
mendisiplinkan murid melanggar peraturan
syukurlah setakat ini tiada kes yang bukan-bukan
niat aku mendidik bukan mencari kesalahan.
Selain itu aku juga memegang jawatan
jurulatih bolasepak sekolah jadi pilihan
banyak juga kejayaan
dari johan daerah, negeri dan kebangsaan
pengalaman sebagai pemaian di UKM jadi sandaran
melatih dengan penuh perasaan
agar anak didik jadi cemerlang
setiap kejohanan nak muncul johan
itulah sasaran
yang menuntut banyak pengorbanan.
Prestasi aku dipandang
pernah dianugerah khidmat cemerlang
syukur pada-Mu Tuhan
memberikan rezeki dan kesihatan
dapat berkhidmat tanpa gangguan
merancang dan melaksanakan
program-program pembangunan
selari dengan transformasi pendidikan
bina insan
jayakan wawasan
2020.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 21:10

Dalam cengkaman
Setiap hari tersiat luka-luka tertentu
kini dalam cengkaman kesibukan
mula dinikmatnya kesepian
lebih indah dan bermakna, kesepian
lalu diidaminya.
Peristiwa-peristiwa yang pernah mesra,
dan sentiasa dikhayali, tak rela lagi.
Keindahan hanya abadi dalam diri;
di luar kengerian belukar duri.
Di gerai hentian bas sengaja
dirinya ditunggu. Tapi setiap
suara tak lagi mudah, tak juga mesti,
mewakili batinnya sendiri.
Dari kamar yang sejak
subuh ditunggu, juga tiada
kerinduan. Dinding, lantai berbalahan.
Sekarang ini pun di luar
heboh tentang nahas udara -
dirinya diharap dilumatinya.
Tahulah betapa menoreh pedihnya.
Kini baginya memahami, menghargai
terlalu lama dipelajari,
paling cepat dilupai. Segala
pengalaman dan kenangan kudus
takkan dapat lagi menjadi
khazanah jika tak ia bersama.
Dan bolehlah nanti dilupakan pena
dan cermata agar tak lagi payah
ditulis atau dibaca apa-apa.
Kamar yang pengap, singlet, buku
dan akhbar, tak juga dapat dihayati
semesra mula-mula ia tiba.
1985
Petikan Sasterawan Negara
A. Samad Said
Belada Hilang Peta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 29-11-2010 00:18
Cengkaman Penjajah
446 tahun digasak
mental fizikal dibelenggu
penjajah laknat rakus mengaut
khazanah alam se-Tanah Melayu
tinggal sisa.
Dari Portugis hingga pulangnya British
azabnya anak-anak pra-merdeka
dikerah, ditindas, dihina, diseksa
bangsa asing
dengar bari pun mengelegak darah.
Kita sudah bebas
jangan seinci pun
ruang dan peluang dibuka
untuk dijajah lagi
baik ekonomi, mental, budaya
waspada!!!
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikut Rasa
Tepuk dada tanya selera
Tepuk hati tanya siapa yang dicinta
Kata hati masih sayang dia
Kata jiwa hatiku sedang dilamun cinta
Makan hati dengan pe'el dia
Makan rasa dengan cinta yang berbunga
28.11.2010
comic_comot
~Ex-Student~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikut Rasa
Tepuk dada tanya selera
Tepuk hati tanya siapa yang dicinta
Kata hati masih sayang ...
Goldkey Post at 29-11-2010 07:52 
Mentabir Rasa
Tepuk dada merasa bangga
hati berkata isteri yang dicinta
Rasa sayang memang untuk dia
jiwa sentiasa dilamun asmara cinta
Pe'el dia terima dengan terbuka
baru berbunga rasa cinta di dada.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awak
Awak...
Saya rindu kat awak tapi awak tak telefon saya.
Setiap hari saya tertunggu, awak tidak juga sms saya.
Hati saya mula tertanya kenapa awak sepi tanpa berita?
Kenapa wujud jurang antara kita?
Awak...
Sayang saya masih ada
Tapi keadaan kita buat saya tertanya.
Siapa saya dalam hidup awak?
Di mana kedudukan saya dihati awak?
Awak...
Tiap hari saya berdoa
Saya harap sangat awak berubah
Awak...
Saya rindu dengan masa dulu
Saya teringin nak waktu itu
Kita sama-sama berganding bahu
Capai bahagia tiap waktu
Awak...
Saya masih lagi menunggu
Bila awak sedia berubah untuk kembali bersatu
Awak...
Saya beri peluang sebelum jatuhkan hukuman
Saya beri pilihan sebelum keputusan dibuat
Saya perlukan kebahagiaan
Saya teringin dibelai
Awak...
Semakin hari ukuran cinta kita berkurangan
Semakin hari kasih kita bertempiaran
Semakin hari jiwa saya kebuntuan
Semakin hari sayang saya di hujung jalan
Awak...
Tolonglah beri saya keyakinan
Perubahan itu pasti berlaku
Awak...
Maafkan saya jika saya penat menunggu
28.11.2010
10.26 pm
comic_comot
~Ex-Student~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|