CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
Post time 6-5-2011 02:08 PM | Show all posts
Reply 1058# zadzamusa

kesian nani....... memang banyak kes2 macam tu....paper pun jadik peringatan pada kita semua agar berhati2 setiap langkah dan setiap perbuatan kiter.... rajin2 berzikir dalam hati supaya tak kosong dan terhindar dari gangguan seperti ini...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 02:15 PM | Show all posts
dah abis ker zad,....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 1060# auntymelly


    perenggan?oh..ingt da wat da perenggan tu....hehe..ok..noted..
  tu la aunty..kalu duk seat belakang,sebelah naza..adui....xtaw la nak kata..mjr dia tumpang ats bumbung je..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply 1063# naza81

tak dapek nak bayangkan........ dok sebelah naza.....kui kui kui..... air cond kuat sket rambut mengerbang kene kat naza..... adehhhhhhhh...........
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:43 PM | Show all posts
Reply 1064# auntymelly


    nk bygkan pun xberani..yg nampak byg org ulang alik kat tingkap bilik pun da takut..hehe..lum dia menampakkan diri...xpyh la ...xmau la nampak..hehehhe....naza ni xtakut..xberani..so-so je..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 1065# naza81


   kalo leh memang jangan nampak ler...hehehehe...kang susah nak tido dok terbayang 'kecantikan' dorang.....hehehe... citer lagik plisssssssssssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2011 03:38 PM | Show all posts
Reply 1061# auntymelly
betul tu.. kena jugak ada pendinding diri nak elakkan perkara macam nih... sedih kalau manusia yang ada sifat yang tak dapat nak menerima kenyataan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 03:42 PM | Show all posts
Reply 1062# sofiera
cite pasal nani dah habis... nani masih lagi berubat.... kejap zad tengah tapi satu cerita lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply 1067# zadzamusa
betul tu.. kena jugak ada pendinding diri nak elakkan perkara macam nih... sedih kalau manusia yang ada sifat yang tak dapat nak menerima kenyataan...


itu sume dugaan dan bahagian masing2.... ada hikmah..... semoga dijauhkan la yer.....






apo laie zad.... tepek citer........hahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 04:11 PM | Show all posts
Reply 1069# auntymelly
Aminnn.... kejap aunty... aunty pulak.. takkan tak da cerita
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply  auntymelly
Aminnn.... kejap aunty... aunty pulak.. takkan tak da cerita
zadzamusa Post at 6-5-2011 16:11



maner leh main kejap2....hehehhee.... kalo ada nanti aunty tepek yer.... kita tunggu mamapot, naza dan lain2 citer dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 04:15 PM | Show all posts
Kisah ke lima puluh lima...

Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan Atuk ini.

Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

kredit untuk tonkpils

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 04:18 PM | Show all posts
Reply 1071# auntymelly
dah hupdate satu cite... ni zad tengah taip cite.. kjap lagi siap ar...  okeh... sama-sama kita tunggu cite mamapot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 04:27 PM | Show all posts
Reply 1063# naza81
Hi naza... sihat? hehehe... tak nampak tadi... ada cerita lagi ke?.. sama-sama la kita hupdate ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 04:28 PM | Show all posts
Reply  sofiera
cite pasal nani dah habis... nani masih lagi berubat.... kejap zad tengah tapi satu ...
zadzamusa Post at 6-5-2011 15:42



    Yerker dah abis...sian yer kena buatan orang....ada lagi citer lagi ker....besst nyer zad blum citer dah berpoloh2...
Thanks zad,....cer citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 1075# sofiera
tu lah.. zad dah paste cite tonkspils... jap lagi zad nak cite pasal pengalaman zad dengan adik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 05:03 PM | Show all posts
Erkk...cite pasal org jatuh bangunan lak. Kat kolej cemara uitm shah alam, ade gak org jatuh bangunan mase tgh tukar atap, ntah idop ke tak lagik. Lagi satu, org kene langgar lori sampah depan blok aku, alhamdulillah takde mende kaco lak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 1077# ka6_jeram
oklah kalau macam tu... kat berek tempat zad tinggal dulu selalu gak dengar orang menjerit... macam jatuh bangunan...dah kecoh2 baru diorang nak cakap kata salah satu bangunan kat situ ada pekerja binaan terjatuh. mati ditempat kejadian.. setiap malam dengarlah bunyi terhempas siap dengan jeritan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 09:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 7-5-2011 10:39

Kisah Kelimapuluh enam...

1 September.... (tahun jangan tanya).. adalah antara hari-hari yang paling ditunggu oleh kami adik beradik...hari jadi abah kesayangan... Dah lama kami adik beradik plan nak buat surprise birthday kat abah...

Lepas mesyuarat adik beradik dibuat semasa mak dengan abah keluar pergi kedai... Mulai dari bulan tujuh kami dah mula start kutip duit.. masuk dalam tabung... Angah la yang jadi alongnya... tukang kutip duit... Zad lantik angah nih sebab dia keras hati skit...pandai lak simpan duit... Zad pulak kena pergi pergi beli kek dan jugak makanan yang lain..

Hari yang ditunggu dah tiba... nasib baik hari tu mak dengan abah nak pergi penang ambik adik lelaki zad... yang 2 beradik lagi ikut.. tinggal zad, angah dan adik zad yang bongsu (mak nak bawak sekali... siap nangis-nangis tak mau pergi nak tinggal dengan along dan angah konon... padahal dia tahu zad nak pergi beli kek..)  adik zad yang bongsu nih umur dia dalam 4 tahun macam tu... cakap still pelat lagi... adik zad yang bongsu nih selalu bahasakan diri dia tachan... tapi nama sebenar dia ramzan.. tengok.. pelat tak?

Tunggu punya tunggu lepas asar baru abah nak keluar pergi ambik adik...zad pun bersiap nak keluar pergi beli kek... tiba-tiba adik zad yang bongsu.. tachan hulur RM5.. nak ikut katanya... nak pilih kek untuk abah.. wah kecik..kecik dah pandai merasuah... adik sapa nih..pujuk dia tinggal kat rumah sebab zad ada lesen L ja.. mana nak boleh bawak pembonceng... pujuk punya pujuk tak makan saman.. tachan nangis siap guling-guling lagi.. dengan angah pun dah tak takut... last2 angah kata dia ikut sekali.. pegang tachan...mau tak mahu kenalah.. ikut jalan belakang.. kalau ikut jalan besar takut lak kena tahan dengan trafik..

Kes pujuk2 tu dah membawa ke pukul 6.00.. zad pun bawak la angah dengan tachan... ikut jalan belakang sekolah.. boleh lak zad terlupa cuti sekolah... mana ada budak-budak sekolah..

Tempat yang kitaorang lalu nih jalan keretapi.. kena lintas la laluan keretapi.. pastu belakang sekolah convent, sebelah sekolah convent tu gereja.. tempat tu memang sunyi...Masa sampai kat jalan keretapi zad suruh angah dan tachan jalan dulu sementara zad tolak motor.. bila dah ok semua... baru nak naik motor.. tachan tegur...

"eeii.. apa atak tu wuat tat citu" maksud dia.. apa kakak tu buat kat situ.. sambil dia tunjuk kat semak.. bila zad dengan angah tengok tak ada apa2 pun... mulalah seram... angah suruh tachan diam... dia tekap mulut tachan dengan tangan...

"diam tachan... lain kali tisha (panggilan untuk zad dalam bahasa pelat dia ) tak mau bawak kita dua naik moto dah.." cakap angah.. Nasib baik dia angguk... Angah siku tangan zad paham la tu... cepat2 zad awak moto pergi dari sana..

Bila sampai kat banglo DO.. ada serumpun pokok buluh... Masa nih sekali lagi tachan tegur...

"Atak tu chepat cngat.. dia naik apa ar ticha..."sambil tunjuk kat rumpun buluh tu..."
"Tachan diam..diam boleh tak? tisha nak bawak moto nih.." Masa nih memang dah seram sesangat... takkan adik zad nampak... Pastu dengah tachan mengaduh..  nak start menangis.. sebab angah dah cubit... Zad pujuk dia suruh diam.. pastu zad cakap dengan dia..zad tak nak bawak naik moto lagi kalau dia nangis....

Pastu sampai dekat kedai kek.. zad dukung tachan, pastu pesan dengan adik bongsu zad jangan tegur dah tau kalau nampak kakak tu lagi... suruh dia janji..nasib baik dia angguk... pastu zad belanja dia ais krim connetto.....dan suruh dia janji jangan cerita dengan sesiapa... sukanya dia...makan sambil angguk-angguk... Best tengok muka dia bila zad suruh dia pilih kek... pastu singgah Kfc dan foodcourt sebab nak beli sate..

Sebabkan takut dah nak balik kot jalan tu.. zad bawak balik kot jalan besar... Tawakal la kalau kena tahan dengan polis.. Masa sampai kat satu kawasan nih.. zad rasa moto memang berat sangat..sangat.. Pastu angah suh zad bawak laju skit takut mak dengan abah balik... lagi pun dah nak masuk senja... Zad diam aja.. sebab kelajuan masa tu memang macam makan angin aja.. zad pesan suh adik zad baca apa2...sambil zad pun tak henti2 baca surah 3 qul dengan ayatul kursi..

Bila sampai lorong nak masuk rumah.. terjumpa dengan jiran zad.. nampak gaya dia nak pergi masjid.. Pastu dia panggil zad.. dia suruh zad baca ayatul kursi berapa kali zad tak ingat dah.. sebelum masuk rumah dia suruh baca ayatul kursi sekali dan ludah ke kanan dan baca lagi sekali dan ludah pulak ke kiri... jangan masuk rumah terus... dia suh bagi salam sebelum masuk... angah dan tachan dia suh duk luar.. dia tunggu angah dan tachan kat luar pastu dia suruh ambil baju dengan kain..suruh adik 2 zad mandi kat pili kat luar rumah sebelum masuk..zad tengok mulut dia terkumat-kamit..bila dah siap semua dia suruh masuk dalam rumah bukak cd al-quran.. pastu dia balik ke rumah... tak lama lepas tu.. lepas magrib isteri dengan anak dia datang... tunggu dengan kami adik beradik sampai mak  dengan abah balik..siap tanya kami adik beradik pergi ke mana...

Bila zad tanya mak cik jiran zad tadi dia tak nak cakap... sampai mak balik baru dia balik ke rumah..Tapi sebelum tu sempatlah diorang sama-sama sambut hari jadi abah... makan kek dengan sate dan kfc.. Esok tu baru  cerita kat mak dengan abah zad... dia nampak ada benda ikut kami... Tachan demam seminggu... zad pulak tak tahan bengkak telinga sebab mak dok beleter.. siap abah tambah lagi... sebab bahayakan adik2 dan diri sendiri... Ye la.. nasib baik tak jadi apa2.. kalau tak......... mesti menyesal tak sudah...

Lepas tachan baik demam zad tanya dia nampak apa... dia tak mahu cakap sebab dah janji.. wah.. berpegang pada janji nampak... adik sapa lah ni...zad pun risau nak tanya lebih-lebih takut lak dia demam balik.... bila dah besar2 ni tanya dia apa yang dia nampak malam tu.. jawapan dia.. dah tak ingat... boleh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 6-5-2011 22:08

sori... double posting lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065304 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list