CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BLOSSOMING ORCHARD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-12-2024 11:05 AM | Show all posts
telracs replied at 2-12-2024 11:04 AM
Saya selalu kalau dah settle main game, saya drop 1 komen sini, naikkan semula.

yer selalu buat camtu, cuma tadi je termiss.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2024 11:06 AM | Show all posts
telracs replied at 2-12-2024 11:05 AM
Oh, i see...
Faham... Faham...

sb dorang tu walaupun dh ditag xleh buka noti sb cari problem kot.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:07 AM | Show all posts
Tashu replied at 2-12-2024 03:05 AM
yer selalu buat camtu, cuma tadi je termiss.

Betul, kadang² kita terlupa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:07 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:53 AM | Show all posts
SPM 2024: 37 guru naik lori Bomba ambil soalan dari bilik kebal




[size=14.399999618530273px]Seramai 37 guru dibawa ke SMK Tumpat untuk mengambil soalan peperiksaan Ujian Lisan SPM 2024 di bilik kebal sekolah itu dengan menaiki lori Bomba Wakaf Bharu. - Foto ihsan BOMBA

[size=14.399999618530273px]


TUMPAT: Seramai 37 guru yang juga penjaga pemeriksaan terpaksa menaiki lori Bomba untuk mengambil soalan peperiksaan Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di bilik kebal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, pagi tadi.
Mereka dibawa menaiki lori lima tan berikutan beberapa laluan ke sekolah itu masih dilimpahi air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan termasuk pikap.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Nazah Nafi, semua guru itu berkumpul di Kampung Terbak sebelum dibawa meredah banjir.

"Seramai tiga anggota terbabit dalam operasi membawa sekumpulan guru itu untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal di SMK Tumpat sebelum diagihkan ke SMK Geting dan SM Ugama (Arab) Meheliah Geting.
"Beberapa laluan di Pengkalan Kubor masih dilimpahi air di paras agak dalam dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan termasuk pacuan empat roda," katanya dihubungi, hari ini.
Nazah berkata, untuk penugasan di sekitar Wakaf Bharu, operasi pemindahan sudah tidak dijalankan memandangkan paras air semakin surut namun banyak kawasan masih digenangi air.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331479/spm-2024-37-guru-naik-lori-bomba-ambil-soalan-dari-bilik-kebal







Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:58 AM | Show all posts
Malaysia sandang semula kepengerusian Sistem Statistik Komuniti ASEAN 2025






Mohd Uzir hadir pada esi ke-14 Jawatankuasa ACSS (ACSS14), yang berlangsung dari 26 hingga 28 November 2024 di Vientiane, Laos. - Foto Jabatan Perangkaan Malaysia


KUALA LUMPUR: Malaysia secara rasmi kembali menggalas kepengerusian Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS) bagi tahun 2025 selepas sedekad, setelah kejayaan mengetuai ACSS pada tahun 2015.
Pencapaian ini menandakan langkah penting dalam merancakkan kerjasama sistem statistik serantau.
Pengumuman itu dibuat ketika Sesi ke-14 Jawatankuasa ACSS (ACSS14), yang berlangsung dari 26 hingga 28 November 2024 di Vientiane, Laos anjuran Biro Statistik Laos.
Sesi itu dipengerusikan, Ketua Perangkawan Laos, Phonesaly Souksavath bersama Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, sebagai Pengerusi ACSS 2025, Malaysia akan memfokuskan usaha kepada peneraju agenda strategik ACSS, khususnya dalam memperkukuh kapasiti statistik ASEAN.


Pada masa sama, menyokong penggubalan dasar berasaskan data dan memacu inisiatif ke arah integrasi serantau yang lebih mampan dan inklusif.

"DOSM terus menunjukkan komitmen teguhnya dalam memperkukuh kerjasama statistik serantau dengan menerajui bersama Sekretariat ASEAN (ASEANstats), Filipina dan Indonesia dalam beberapa inisiatif utama ASEAN.
"Inisiatif ini merangkumi Pelan Tindakan ACSS 2026-2030 & Petunjuk Prestasi Utama yang berkaitan, Handbook for Mirror Analysis on Merchandise Trade Statistics s dan ASEAN Annual Priority List tahun 2025," kata kenyataan itu.
Menurut DOSM, matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memperkukuh hala tuju strategik statistik ASEAN, memacu integrasi serantau melalui sistem data yang lebih kukuh, serta menyediakan panduan yang jelas untuk meningkatkan ketepatan dan konsistensi data di seluruh rantau ASEAN.
Katanya, di bawah Rangka Kerja ASEAN-Help-ASEAN untuk Pembinaan Kapasiti ACSS, DOSM telah memainkan peranan aktif dengan menyumbang kepakaran dalam enam program latihan.
"Selain itu, DOSM turut memperkukuh pengetahuan dan kemahiran melalui penyertaan dalam 17 program latihan yang dianjurkan dengan kerjasama ASEANstats.
"Hasil daripada penyertaan ini, manfaat dan pengetahuan yang diperoleh telah dikongsi bersama Negara-Negara Anggota ASEAN (AMS), sejajar dengan semangat kerjasama serantau," kata kenyataan itu.


DOSM juga berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Sistem Akaun Negara (WGSNA) selama dua penggal berturut-turut dari 2021 hingga 2024 dan membentangkan kemajuan inisiatif penyelarasan data.
DOSM turut berkongsi pengalamannya dalam National Data Governance, Data Stewardship and Data Integration, menekankan komitmen DOSM terhadap pembangunan ekosistem data
yang kukuh di seluruh rantau ASEAN.
ACSS14 menghimpunkan 35 peserta, termasuk Ketua Statistik Negara dan focal point ACSS-SCPC daripada semua 10 AMS dan Timor-Leste, bersama wakil daripada organisasi antarabangsa, untuk menekankan peranan penting rakan kongsi pembangunan dalam menyokong misi ACSS. Ia terutamanya dalam mengukuhkan rangka kerja institusinya, meningkatkan perbandingan data untuk integrasi ASEAN dan menangani jurang kapasiti statistik dalam kalangan AMS.
Dalam pada itu, Mohd Uzir meluahkan rasa teruja dan berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran semua delegasi ke Malaysia pada tahun hadapan, bersempena kepengerusian Malaysia bagi ACSS15.


Beliau menggesa, semua AMS untuk mengambil bahagian secara aktif, kerana pembabitan mereka penting dalam merealisasikan matlamat bersama.
Menurut DOSM, pada tahun hadapan dunia akan tertumpu kepada Malaysia bila mana negera menggalas
tanggungjawab kepengerusian ASEAN.
Justeru Malaysia bakal memainkan peranan penting yang akan merancakkan kerjasama serantau dan global dalam pelbagai dimensi termasuk ekonomi, kewangan, perdagangan, pertahanan, keselamatan,
sosial, kesihatan, pendidikan, pelancongan, statistik, alam sekitar dan lain-lain.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331502/malaysia-sandang-semula-kepengerusian-sistem-statistik-komuniti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 12:00 PM | Show all posts
PM gesa penjawat awam tingkat prestasi selaras kenaikan gaji


[size=14.399999618530273px]Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtardan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

[size=14.399999618530273px]


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji pada bulan ini susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa semalam.
Beliau berkata, prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan gaji yang bertujuan mengiktiraf kakitangan penjawat awam.
Kenaikan gaji itu juga adalah sesuatu yang adil untuk diberikan namun rakyat sentiasa mahu melihat perubahan pada seluruh sistem perkhidmatan awam sama ada peringkat akar umbi mahupun kementerian.
"Seperti yang kita janjikan. Tahniah kepada yang dapat kenaikan, tapi saya hanya mengharapkan, prestasi yang jauh lebih baik kerana rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
"Dan ada beberapa langkah oleh KSN untuk memperkenalkan pembaharuan perkhidmatan awam, saya harap ia mendapat sokongan penuh kerana orang mahu lihat di peringkat akar umbi, di daerahnya, di kementeriannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata, prestasi penjawat awam perlu sentiasa dipertingkatkan dan pada masa sama beliau turut menekankan konsep kecemerlangan dalam amal.
"Dia tidak pernah terpukau dengan pujian dan pengiktirafan. Selalu mengatakan bahawa keupayaan manusia itu boleh ditingkatkan lebih daripada apa yang kita laksanakan selama ini," katanya.
Sebelum ini, seramai 85 peratus penjawat awam dilaporkan sudah menandatangani opsyen SSPA, empat hari sebelum ia berakhir pada Jumaat lalu.
Pelaksanaan SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024 menyaksikan kumpulan pelaksana menikmati pelarasan gaji tertinggi sehingga 42.7 peratus manakala tujuh peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331448/pm-gesa-penjawat-awam-tingkat-prestasi-selaras-kenaikan-gaji


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:02 PM | Show all posts
3 lelaki larikan mesin ATM jongkong emas ditahan



[size=14.399999618530273px]Rakaman CCTV menunjukkan kejadian individu melarikan mesin pengeluaran automatik (ATM) jongkong emas di Taman Permata, Ampang Jaya minggu lalu. - Foto PDRM


AMPANG JAYA: Upah pemandu lori untuk mengambil mesin pengeluaran automatik (ATM) jongkong emas.
Itu modus operandi seorang lelaki yang menyasarkan mesin berkenaan yang ditempatkan di pasar raya di Taman Permata, di sini pada 23 November lalu.


Tindakan licik mereka bagaimanapun tidak lama apabila polis memberkas tiga individu dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek ditahan susulan siasatan berdasarkan laporan seorang pegawai pemasaran berkaitan kejadian pada 23 November lalu.
"Pengadu sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 9.50 pagi berkaitan sebuah mesin ATM emas di pasar raya terbabit ditarik keluar oleh beberapa individu.

"Bagaimanapun siasatan mendapati tiada jongkong emas dalam mesin ATM berkenaan kerana ia sudah dikosongkan, nilai kerugian akibat kejadian dianggarkan kira-kira RM60,000," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, susulan itu operasi dijalankan bermula 26 November lalu sehingga Sabtu berjaya memberkas tiga individu dipercayai terbabit dalam kejadian.
"Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 41 tahun di sekitar Kuala Lumpur dan Kajang.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit, beberapa jenis pakaian dan sebuah lori dipercayai digunakan ketika kejadian," katanya.
Menurutnya, saringan dijalankan mendapati salah seorang suspek terlibat positif dadah.
"Semakan turut mendapati salah seorang daripada tiga suspek memiliki 54 rekod jenayah lampau serta tiga rekod masih dikehendaki berkaitan jenayah dan narkotik.
"Siasatan mendapati kegiatan ini menyasarkan mesin ATM emas di pasar raya serta mengupah pemandu serta menggunakan lori untuk melarikan mesin ATM emas berkenaan," katanya.


Mohd Azam berkata, dua individu ditahan diberikan jaminan polis manakala seorang lagi suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1331445/3-lelaki-larikan-mesin-atm-jongkong-emas-ditahan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 12:02 PM | Show all posts
aduhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:03 PM | Show all posts
bukan main nak rompak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:03 PM | Show all posts
sekali dalam mesin
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:03 PM | Show all posts
takde pun jongkong emas tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:03 PM | Show all posts
sia sia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:24 PM | Show all posts
Markah minggu kedua


1. Liza Aziz - 74.80%
2. Dyrga Dadali - 69.10%
3. Sheila Abdull - 66.30%
4. The Lima - 64.90%
5. Ning Baizura - 64.90%
6. Zehra Zambri - 62.20%
7. Fairuz Selamat - 60.80%
8. Illa Sabry - 56.40%
9. Inka Christie - 54.30%
10. Yazid Lovehunters - 53.70%
11. Nai Dinamik - 53.00%
12. Reshmonu - 52.30%
13. Ronnie Hussein - 48.40%
14. Arrora Salwa - 46.00%

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:25 PM | Show all posts
tari replied at 2-12-2024 07:53 AM
aman hidup

musang jebat bau busuk khenn

busuk giler

habis serumah berbau

letih nkemas rumah semalam

sakit pinggang semua

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 12:26 PM | Show all posts

wow liza jauh meninggalkan peserta2 lain.
calon juara nih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2024 12:26 PM | Show all posts
Macam takda beza je
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:26 PM | Show all posts
tari replied at 2-12-2024 07:52 AM
hahaha

tgk smpi habis kah

aah

tengok sampai habis

iolss tunggu sheila abdul dah alang2 tengok jelah sampai habis

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:27 PM | Show all posts
ingatkan sheila dah lepas
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:27 PM | Show all posts
nasib belum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.117422 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list