|
![](http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/148901_317855531659735_742710646_n.jpg)
Warriors Tracksuit - RM149.90 |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/smiley/onion/2cong.gif) ![](static/image/smiley/onion/handsome.gif)
Jumaat, Februari 22, 2013Nilai FAM 5 sen?
Kelab penyokong Kelantan akan mengadakan sesi kutipan derma bagi meringankan beban kafa serta tanda simbolik nilai FAM sekarang yang dianggarkan hanyalah 5 sen sahaja.
Majlis tersebut akan diadakan pada hari jumaat,22 februari jam 3 petang
Difahamkan kelab penyokong ATM,Pahang dan Perlis juga akan membantu membuat kutipan derma untuk KAFA.
Kepada penyokong Kelantan jangan lupa untuk ke stadium sultan muhammad ke iv petang ini dan penyokong digalakan membawa seberapa banyak duit 5 sen sebagai sokongan kepada K
|
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 21-2-2013 09:53 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anak muda yg berminat dlm bidang :-
sebagai pa ...
siap wat iklan lagi...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentu2 dah tak dikenakan tindakan...![](static/image/smiley/onion/thief.gif)
FAM teliti komen Tunku IsmailOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal disiasat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran komennya yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan bola sepak Malaysia yang dianggap lemah.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM akan mengambil kira apa yang diperkatakan Tunku Ismail.
Menurut beliau, Tunku Ismail tidak boleh terlepas daripada mengikuti prosedur yang termaktub oleh undang-undang badan induk bola sepak negara terbabit.
Namun, kata beliau apa yang diluahkan oleh Tunku Ismail akan diteliti terlebih dahulu sama ada apa yang diperkatakan adalah satu pandangan berbentuk perhatian atau kritikan.
"Kenyataan Tunku akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib dan kedudukan baginda tetap akan dilayan seperti orang lain.
"Begitupun, segala apa diperkatakan oleh baginda akan disiasat terlebih dahulu dan dinilai sama ada kata-katanya berbentuk perhatian atau kritikan kepada FAM, " katanya ketika dihubungi, semalam.
Tunku Ismail dalam laporan Utusan Malaysia kelmarin menyatakan kurang berpuas hati dengan mutu pengadilan bola sepak tanah air terutama dalam kualiti sistem pengadilan dan mengharap FAM segera mengambil tindakan susulan.
Baginda mendakwa sudah tidak boleh bersabar melihat permasalahan itu dan bersedia mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman visual dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan isu terbabit.
Mengenai insiden pergaduhan pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama Piala FA yang masih belum disiasat sehingga hari ini, Azzuddin menegaskan FAM tidak bersikap berdiam diri dalam soal terbabit.
"Hari ini (semalam) kami baru sahaja menerima rakaman video insiden pergaduhan terbabit dan setelah diteliti, dukacita dimaklumkan tidak ada insiden yang jelas.
"Namun berdasarkan laporan pegawai perlawanan, kes ini akan dibawa juga ke Tatatertib dan akan disiasat dalam masa terdekat," katanya.
Azzuddin menambah, satu lagi kes bakal dibawa oleh Tatatertib iaitu membabitkan perlawanan Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah apabila penyokong tuan rumah membaling objek semasa perlawanan.
Jelasnya, kes berkenaan lambat diadili kerana surat tunjuk sebab kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya dikeluarkan pada 18 Februari baru-baru ini walaupun perlawanan berkenaan berlangsung serentak dengan pertembungan Kelantan dan Johor Darul Takzim.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130222/su_02/FAM-teliti-komen-Tunku-Ismail#ixzz2LaMBSAUI
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 tak lengkap kalu TRW tak payah tgk video terus kena denda![](static/image/smiley/default/curse.gif) ![](static/image/smiley/default/huffy.gif) ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif)
Bukti pita rakaman tak lengkap
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
[email protected]
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima pita rakaman insiden pergaduhan yang melibatkan pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat melihat insiden panas itu dalam pita rakaman tersebut.
Sekalipun tidak mendapat bukti penting itu sebelum membuat sebarang pertuduhan ke atas kedua-dua pasukan, Azzuddin berkata, FAM tetap memandang serius kekecohan tersebut berdasarkan maklumat sedia ada.
“Dengan dukacitanya kami tidak dapat melihat sebarang insiden pergaduhan (membabitkan pemain Selangor dan ATM) dalam pita rakaman yang diterima daripada sebuah stesen televisyen tempatan itu hari ini (semalam).
“Bagaimanapun, kami tetap akan mengambil tindakan ke atas kedua-dua pasukan itu berdasarkan laporan penuh daripada pegawai pertandingan.
“Apa yang pasti, tindakan susulan ke atas mereka akan diambil nanti,” kata Azzudin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Azzuddin turut menjelaskan mengenai kekeliruan yang berlaku berhubung kes membabitkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Kredibiliti FAM sekali lagi diuji apabila persatuan itu didakwa mengamalkan sikap dwistandard kerana bertindak menghukum KAFA sahaja, sedangkan PBSNT yang turut disabitkan dengan kesalahan yang hampir sama, masih belum diputuskan sebarang hukuman.
Kelmarin, FAM mendenda KAFA RM62,000 dengan empat kesalahan melibatkan penyokong The Red Warriors ketika aksi Liga Super menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 15 Januari lalu.
Bagaimanapun, FAM belum memutuskan sebarang hukuman ke atas PBSNT ekoran insiden penyokong Terengganu yang didakwa membaling botol dan mercun ketika aksi menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu pada hari yang sama.
“Untuk makluman, FAM telah menghantar surat pertuduhan kepada KAFA pada 29 Januari dan mereka diberikan masa sehingga 5 Februari untuk menjawab surat pertuduhan itu.
“Bagi kes PBSNT, FAM telah mengeluarkan surat pertuduhan pada 18 Februari dan mereka diminta membalas surat itu sehingga 26 Februari.
“Jadi, tiada sebarang unsur pilih kasih yang mana kes PBSNT tetap akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM pada suatu tarikh yang ditetapkan nanti,” jelas Azzuddin.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2LaOQABTF
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
ni le rupa kedai ajihs nasi lemak 80 sen ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
![](http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/58788_216439965161523_183415218_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|