|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 20
[Copy link]
|
|
Scheherazade replied at 19-10-2020 06:52 AM
Thx for sharing. Kena alert adik not to buy dr ps nih.
No prob cuols |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-10-2020 04:50 AM
Iols x pernah beli dari ps ni.
Jangan Sarah... hehe iols dh komplen kat boss dieorg duk overseas nun pun di blue tick kanjugakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha bawak balik luka2 kat tangan kaki je sis... |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 19-10-2020 09:50 PM
Kucing betina mmg garang..
Claire dl pun manja..kurang skit garang dr kucing betina lain
kucing i blm setahun kot tp asyik goyang2 bontot and mcm moody.. nape ek? |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 20-10-2020 07:52 AM
Jangan Sarah... hehe iols dh komplen kat boss dieorg duk overseas nun pun di blue tick kanjugakkkk
Chuols nak beli.. Cari ps i mention tau |
|
|
|
|
|
|
|
Haa. Dpt sarah tu. Tag x jln...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngantuk pule...minum kopi O dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Cam menarik military ni...
Dah ngap bekpes free
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-10-2020 11:58 PM
Chuols nak beli.. Cari ps i mention tau
Mana cuols? Iols terlepas..
Iols selalu loveycupboard.. portmeirionsweetdeco.. heartportmeirion ( kat fb) ni antara harga2 terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
makton replied at 20-10-2020 07:53 AM
hahahaha bawak balik luka2 kat tangan kaki je sis...
adoiiii... sakit tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
@Kak-Leen
ni la beras yg johan mod jual... u all cubalah
@johan-adx |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia bulan ini yang menyaksikan angka jangkitan harian melonjak kepada jumlah tertinggi direkodkan menjangkau sehingga 871 kes semalam, mempopularkan ungkapan “Tragedi Oktober” di alam siber ketika ini.
Situasi ini mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah.
Sehingga artikel ini ditulis, dilaporkan lebih satu juta pelajar yang hadir ke 1,754 buah sekolah di beberapa negeri tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas kes COVID-19 kembali meningkat.
Persoalannya kini, wajarkah kerajaan menghentikan sementara semua sesi persekolahan seluruh negara sehingga hujung tahun ini bagi pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam sebagai langkah pencegahan?
Menerusi bancian di atas talian yang dijalankan di laman media sosial rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendapati majoriti responden, terutamanya ibu bapa mahukan aktiviti persekolahan dihentikan sementara sehingga pandemik COVID-19 beransur pulih.
Di Twitter @bernamadotcom, sebanyak 83.4 peratus daripada 4,592 undian menyatakan persetujuan itu, manakala hanya 9.3 peratus memilih tidak wajar dan selebihnya iaitu 7.2 peratus mengundi tidak pasti.
Selain itu, bancian sama turut dilaksanakan di laman Instagram @bernamaofficial melibatkan 3,063 responden, dan daripada jumlah itu, 87 peratus atau 2,665 responden turut menyatakan persetujuan sesi persekolahan diberhentikan.
Hanya 13 peratus atau 398 responden menyatakan tidak, dalam bancian yang dijalankan selama enam hari bermula 6 Okt lepas.
Di laman Facebook @bernamaofficial, ruangan komen dibanjiri dengan luahan lebih 300 netizen yang berharap satu mekanisme khusus melibatkan pelajar sekolah dapat dilaksanakan.
“Kalau saya rasa anak saya kurang kurang sihat atau anak saya bagitahu ada rakan sekelas yang kurang sihat, saya maklum sahaja pada cikgu kelas melalui surat untuk cutikan sekolah…bila saya yakin anak saya sihat, saya hantar ke sekolah…..kalau tutup sekolah nanti kata cikgu takde kerja plak….serba salah dibuatnya…pencegahan terletak pada kita sendiri,” kata pemilik akaun Facebook Norlizan Ghazali.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tanda nama @Harvind77901533 pula berpendapat, persekolahan bagi pelajar di semua peringkat perlu dihentikan sementara dan bukan hanya melibatkan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam
Murid sekolah rendah boleh dicutikan… begitu juga murid tingkatan 1 dan 2,” katanya.
Ada juga pengguna Twitter yang menimbulkan persoalan siapa yang akan menjaga anak-anak jika mereka tidak ke sekolah memandangkan ibu bapa perlu keluar bekerja, selain ada yang dalam dilema memikirkan isu persekolahan anak-anak.
“Kalau henti kesian pula anak-anak tak sekolah. Kalau sekolah berisiko. #dalamdilema seorang ibu,” kata @syazulaikha.
Sumber: BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaca ni JJCARI Forum...
Malaysia pernah digemparkan dengan beberapa berita misteri dan agak menakutkan antaranya kejadian aneh yang berlaku di Klang, Selangor hampir 28 tahun dahulu.
Memetik laporan Bharian.com.my, satu laporan akhbar 11 Oktober 1992 mencetuskan kegemparan yang amat luar biasa kepada ramai penduduk di negara ini.
Malah, sebaik membaca laporan berita berkenaan, ramai penduduk terutama yang beragama Islam diselubungi rasa gerun dan takut seolah-olah kiamat semakin hampir untuk memusnahkan dunia ini.
Peristiwa dilaporkan itu ternyata pelik dan penuh misteri. Rentetan kisah dilaporkan akhbar itu berlaku lewat malam 26 Julai tahun itu apabila kira-kira 200 pelajar sekolah agama di Klang, Selangor, mendakwa melihat 26 bentuk objek aneh di langit!
Objek aneh itu dikatakan muncul secara tiba-tiba di langit malam apabila kumpulan pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran.
Bentuk misteri itu dikatakan muncul berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan kumpulan pelajar itu kebingungan dan ketakutan untuk berhari lamanya.
Antara objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.
Bentuk lain ialah rambut perempuan berlari yang ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman serta lelaki berserban sujud ke arah Kaabah manakala yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.
ANTARA objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.
Turut ditayang peta Malaysia terbalik dengan Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkafan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.
Fenomena luar biasa itu kemudian dilaporkan akhbar tempatan sehingga menyebabkan ramai masyarakat Islam di negara ini gempar dan kegerunan.
Ramai menyangka bahawa kemunculan lakaran aneh itu adalah petanda kiamat sudah teramat hampir dan akan berlaku tidak lama lagi.
Maka ramai penduduk mula insaf dan bertaubat sehinggakan surau yang dahulunya kosong mula dipenuhi jemaah dan wanita yang membuka aurat mula memakai tudung.
Kalangan ahli agama berpendapat kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah SWT.
Malah Allah SWT sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti bala pada zaman Nabi, malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik akal, boleh berlaku.
Objek di langit itu juga dikatakan amaran Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan kebanyakan penduduk negara ini.
Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin propaganda ciptaan manusia. Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.
Berikutan peristiwa aneh itu menggemparkan ramai penduduk Islam di negara ini, maka pihak berkuasa mula tampil melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari satu kesimpulan terhadap kejadian berkenaan.
Maka Bahagian Penyelidikan Pusat Islam dan polis mula memanggil dan menyoal siasat guru sekolah agama yang mendakwa melihat 26 objek di langit berkenaan.
Ketika siasatan terhadap kesahihan isu objek di langit itu masih dijalankan, pihak berkuasa turut mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk kepentingan mereka sendiri.
Antaranya sebuah kumpulan tarekat mendakwa satu daripada 26 objek yang muncul di langit itu ialah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi tetapi wajah itu tidak dilukis dengan betul dalam akhbar yang menyiarkan gambaran objek itu.
Anggota kumpulan itu juga dikatakan membuat salinan lukisan objek itu dan menyebarkan kepada umat Islam di beberapa kawasan di Selangor.
Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang mereka cerita kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar.
Justeru, mereka menjalankan kegiatan memungut derma secara tidak sah kononnya untuk membina kapal besar bagi membolehkan penduduk menyelamatkan diri ketika bencana itu muncul.
Selama beberapa minggu, penduduk Islam di Malaysia terus diasak kebingungan dan ketakutan dengan peristiwa aneh membabitkan kemunculan objek di langit itu.
Bagaimanapun, teka-teki dan misteri itu akhirnya terjawab pada 1 November tahun itu apabila akhbar Berita Minggu menyiarkan satu laporan berita bertajuk `Objek di langit hanya khayalan.'
Laporan berita itu antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.
Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan guru itu dianggap benar.
Pihak berkuasa itu juga mengesahkan guru itu terbabit dengan sebuah kumpulan agama yang mengutip derma untuk membina kapal sebagai persediaan menghadapi kiamat.
Walaupun kisah objek di langit itu sudah lama berlalu dalam lipatan sejarah negara, tinjauan di laman sesawang mendapati masih ada pihak tertentu yang yakin bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku atas kekuasaan Allah SWT dan bukannya satu pembohongan.
Hakikatnya sukar untuk merumuskan bahawa peristiwa ini memang benar-benar berlaku atau tidak. Walaupun kisah objek di langit ini sudah hampir 28 tahun berlalu, namun ianya masih kekal menjadi salah satu misteri bagi masyarakat Malaysia sehinggalah ke hari ini. Mungkin juga ada dikalangan korang yang baru tahu tentang kisah ini kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 20-10-2020 08:58 AM
Mana cuols? Iols terlepas..
Iols selalu loveycupboard.. portmeirionsweetdeco.. heartportmeirion ...
Iols biasanya kalau beli barang dari luar.. Iols akan order dari FromLondontoalorsetar, ukregemurah, barangmurahuk, maryamauthentic, sakurajapan |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 20-10-2020 10:01 AM
Iols biasanya kalau beli barang dari luar.. Iols akan order dari FromLondontoalorsetar, ukregemura ...
apa ni semua? susahnya nak sebut |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 20-10-2020 10:04 AM
apa ni semua? susahnya nak sebut
Personal shopper kak dila.. Nama kat IG |
|
|
|
|
|
|
|
Cam sama je...
hmetro.com.my
Doktor menjadi pesakit
Redzuan Muharam
Kuala Lumpur: "Saya terima kenyataan itu dengan reda, fikiran positif dan hati yang tenang. Ini kerana saya sudah bersedia, malah tahu penyakit ini (Covid-19) boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira status," kata Dr Saraswathy Subramaniam, 29.
Beliau adalah pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau yang dihantar bertugas di Hospital Semporna, Sabah sebelum ini.
Dia juga antara pegawai perubatan di Sabah yang dijangkiti Covid-19 dan ditempatkan di wad selama 15 hari bermula 26 September hingga 10 Oktober lalu.
Selepas dibenarkan pulang, Dr Saraswathy terus menjalani kuarantin lima hari dan kini masih berehat sebelum kembali bertugas minggu hadapan.
Menceritakan pengalaman sebagai pesakit, Dr Saraswathy berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi kemungkinan sebaik dihantar bertugas di Hospital Semporna bulan lalu.
Malah, Dr Saraswathy sedar peratusannya dijangkiti Covid-19 amat tinggi kerana saban hari terdedah dengan pesakit dan persekitaran di hospital.
"Hari sebelumnya (sebelum disahkan positif), saya bertugas merawat pesakit di wad. Tetapi keesokannya, saya pula menjadi pesakit yang terbaring di katil hospital.
"Saya terbaring dalam keadaan lemah, batuk, sakit tekak, badan menggigil, kepala berat dan ditempatkan di wad tempat saya pernah merawat pesakit lain.
"Pengalaman sebagai pesakit beri saya perasaan berbeza, ketabahan dan peluang melihat ujian itu daripada sudut positif," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Berkongsi rutinnya sepanjang berada di dalam wad, Dr Saraswathy berkata, selain berhubung dengan keluarga, masa yang ada digunakan untuk memberi semangat kepada pesakit lain supaya terus cekal menghadapi penyakit.
"Ketika di wad, saya tidak dapat lari daripada rutin seorang doktor iaitu menasihati pesakit lain selain mendengar dan bertukar cerita dengan mereka.
"Di samping itu, saya habiskan masa yang ada dengan menulis diari, melakukan terapi seni, menonton drama dan filem di dalam talian serta membaca perkongsian berkaitan kerohanian serta inspirasi.
"Saya turut berhubung dengan rakan doktor yang positif Covid-19 menerusi WhatsApp dan memberi sokongan moral kepada satu sama lain," katanya
Biarpun penyakit itu menyebabkan dia terpisah dengan dunia luar, Dr Saraswathy menganggap pengalaman itu sebagai sesuatu yang berharga kerana ia sebahagian proses menjadikannya seseorang individu yang lebih menghargai kehidupan.
Doktor lulusan IM Sechenov First Moscow State Medical University itu berkata, pengalaman dilalui membuat dia lebih bersemangat untuk menabur bakti kepada masyarakat terutama di Sabah.
"Apabila jadi pesakit, baru saya tahu betapa susahnya melawan Covid- 19.
"Penyakit ini juga mengajar saya erti bersyukur terutama apabila melihat keadaan pesakit lain yang lebih teruk," katanya
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020
|
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 19-10-2020 09:43 PM
Harap leon jumpa la jln pulang.. anak2 ni yg dok tanya..
leon x balik2 lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarah82 at 20-10-2020 11:21 AM
Scheherazade replied at 19-10-2020 09:00 PM
Uih, nmpk rupa pun sturdy. Thx for sharing
nah...aku nak tayang mini lappy guna samsung A51..nanti aku tambah mouse dan juga mungkin printer
|
|
|
|
|
|
|
|
luka2 kecik je.. tp berbaloi dgn keseronokan & pengalaman yg dapat masa aktiviti tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|