Cerita yang aku nak kongsi ni format dia macam dalam forum ye. Kisah ni meletup-letup di Jepun. Pada 2004, ada satu forum yang terkenal di Jepun iaitu 2chan. Ada seorang porumer 2chan bernama Hasumi bukak thread pasal dia balik kerja macam biasa naik keretapi dari Stesyen Shin-Hamamatsu tapi keretapi tu berhenti di sebuah stesyen yang tak wujud dan takde staf jaga iaitu Stesyen Kisaragi. Jadi yang aku tulis ni adalah terjemahan serba-sedikit dari bebenang tu. Ni first time aku tulis dalam format ni, kalau korang rasa tak okey nnt bleh komen ye tapi utk cerita ni aku akan tulis macam ni je.
Hasumi : Mungkin ni cuma khayalan aku je, tapi boleh tak aku nak cerita jugak kat korang?
2chan poremer : Boleh cerita jelah.
Hasumi : Aku baru naik keretapi ni, tapi macam peliklah.
2chan : Okay.
Hasumi : Keretapi ni yang aku naik nak pergi balik kerja. Tapi dah dekat 20 minit ni takde berenti kat mana-mana pun. Kalau tak 5-6 minit sekali mesti dah berhenti kat mana-mana stesyen. Sekarang ni ada 5 orang dalam koc aku ni tapi diorang suma tengah tidur.
2chan : Eh ko tak turun lagi ke? Ke ko silap naik keretapi?
Hasumi : Mungkinlah kot aku silap naik keretapi. Takpelah aku tunggu kejap lagi. Kalau apa-apa nanti aku beritau korang.
2chan : Apa kata ko pegi ke bahagian pemandu tu cari konduktor keretapi ni? Kot-kotla dia sawan ke sebab tu dia tak berhenti. Baik ko pegi tengok cepat mana tau dia tak sedarkan diri ke.
Hasumi : Ha ok gak idea tu. Ni pun macam takde tanda nak berhenti pun.
Hasumi : Aku dah pegi ke bahagian pemandu. Tak boleh masuk pastu tingkap dia pun dah tutup dengan langsir. Tapi kat luar tu aku nampak aku sekarang kat laluan keretapi tertutup kat Shizuoka Prefecture.
2chan : Dah try ketuk pintu dah?
Hasumi : Dah tapi takde orang respon pun.
2chan : Nampak apa-apa tak kat luar tu? Nampak tak papan tanda stesyen lain ke?
Hasumi : Tadi keretapi ni ada masuk terowong, sekarang ni dia dah perlahan sikit. Tapi aku rasa macam tak pernah pulak lalu terowong masa balik kerja. Ni keretapi dari Stesyen Shin-Hamamatsu tu. Eh macam nak berhenti la
2chan : Eh awak nak turun ke tu?
Hasumi : Keretapi ni dah berhenti di Stesyen Kisaragi. Patut ke ye aku turun sini? Macam tak pernah dengar pun nama Stesyen Kisaragi ni.
2chan : Kau patut turun.
Eh jangan. Duduk je dalam keretapi tu sampai hentian terakhir.
Patutnya keretapi tu berhenti sekejap je kan nanti dia akan bergerak balik.
Hasumi pukul berapa awak naik keretapi tu?
(Nota kaki : Kalau jumpe format macam ni maksudnye replies dari beberapa forumer berlainan ye)
Hasumi : Dah turun dah ni. Kosong je stesyen ni takde orang pun. Tak silap aku tadi naik keretapi ni pukul 11.40 malam.
2chan : Aku ada google Stesyen Kisaragi ni, tapi tak jumpe info apa pun. Maksudnya ko dah naik keretapi tu dah sejam la kan? Ok aku nak pergi mandi dululah.
Samalah aku pun cari jugak nama stesyen tu kat Internet tapi tak jumpe apa pun.
Hasumi : Aku rasa aku patut masuk keretapi tadilah. Aku cari jadual keretapi takde pun stesyen tu. Keretapi tu masih berhenti lagi rasanya lagi selamat ke kalau aku duduk je dalam keretapi tu?
Hasumi : Ok aku dah masuk balik dah dalam keretapi ni tapi tak gerak-gerak pun.
2chan : Kat stesyen tu ada tak bangunan yang berpenghuni? Malam ni tengah sejuk kau hati-hati tau kat sana.
Hasumi : Aku rasa aku nak try cari teksi la kat luar tu.
Hasumi : Terima kasih sebab risaukan aku.
2chan :Ok gak idea tu. Hati-hati ye
Boleh ke nak dapat teksi waktu macam ni? Tadi kan keretapi terakhir dah takde orang turun rasenye teksi dah tak tunggu dah.
Nampaknya Hasumi dah jadi penghuni dunia 2D.
Hasumi : Takde apa pun kat sini, teksi pun takde. Korang apa aku patut buat ni?
2chan : Cuba cari atendan keretapi kat situ mesti ada pejabat kan? Tak pun cari pondok polis!
Cuba kau telefon polis 110 ke?
Telefon je syarikat teksi suruh datang situ amek kau.
Aku rasa buat masa ni cuba kau cari kedai serbaneka dulu.
Kalau jumpa pondok telefon, dalam tu ada buku telefon. Boleh cari nombor syarikat teksi tempatan dalam buku tu.
Hasumi : Aku dah telefon makbapak aku suruh datang amek aku tapi diorang pun tak tau Stesyen Kisaragi ni kat mana. Nanti diorang cuba cari dalam peta. Tapi aku rasa takut la.
2chan : Eh tadi kan ada orang lain jugak naik keretapi tu dengan kau. Mana pegi diorang tadi? Kau sorang je ke yang turun ni?
Hasumi, aku dah cuba cari Stesyen Kisaragi kat Internet tapi memang tak jumpa. Kau cakap tadi kau naik dari Shin-Hamamatsu kan? Ok nanti aku tolong carikan info kat Yahoo.
Hasumi : Aku tak jumpe la pondok telefon kat sini. Tadi tak nampak pulak penumpang lain turun. Tapi memang betul nama stesyen ni Stesyen Kisaragi.
2chan : Agaknya pondok telefon tu kat luar sikit kot.
Cuba kau keluar je terus dari stesyen tu?
Eh korang, perasan tak? Perkataan kanji untuk 'oni' (syaitan dalam bahasa Jepun) pun boleh disebut sebagai 'kisaragi' .....kan?
Maksud kau, Stesyen Syaitan. Erk seramnye.
Eh mengarut jelah korang ni. Korang ni nerd yang suka main game ke? Aku google nama tu tajuk video game je.
Hasumi cuba cari nama stesyen sebelum dan selepas tu. Mesti ada kan?
Hasumi : Korang cakap pasal game apa ni? Aku tak jumpe la papan penunjuk arah stesyen sebelum dan selepas tu kat sini.
2chan : Cuba kau jalan patah balik ikut landasan keretapi tu.
Kalau kau berlari balik sekarang sempat lagi tu nak naik keretapi kat stesyen lain.
Tu kan stesyen keretapi mesti ada penempatan orang kat situ.
Hasumi : Tulah, aku tengah panik ni tak terfikir plak jalan kaki patah balik. Aku tengah tunggu makbapak aku telefon aku balik ni. Aku cuma nak balik rumah je ni korang huhuhu
2chan : Aku tak taulah Hasumi ni saja prank kita ke tapi takpe aku akan tolong Hasumi jugak.
Hasumi : Betul aku tak bergurau ni. Memang takde apa pun kat sini. Aku nampak padang dengan bukit-bukau je. Tapi aku tengah berjalan balik ikut landasan keretapi macam korang cadangkan tu. Aku memang tak tipu korang tau, aku betul-betul kat Stesyen Kisaragi ni.
2chan : Kesian pulak aku dengan Hasumi ni. Jaga diri tau Hasumi.
Baiklah aku percaya. Tapi pastikan handphone kau tu tak mati. Tu jelah harapan terakhir kau sekarang ni.
Jangan salah arah pulak Hasumi. Hati-hati masa masuk terowong nanti.
Kalau tempat tu memang kawasan bukit, boleh ke nanti Hasumi dapat line kalau makin jauh dari stesyen Kisaragi tu? Hasumi aku rasa baik ko jangan pegi mana-mana....
Kesian Hasumi, sorang-sorang kat stesyen keretapi tidak berpenghuni di malam yang sejuk ni. Selalunya lampu stesyen tutup kalau waktu tengah-tengah malam macam ni.
Landasan keretapi tu mesti lagi gelap. Tak silap aku tadi Hasumi ada masuk terowong kan?
Tulah aku rasa baik Hasumi duduk je dalam stesyen tadi tu, tidur kat situ sampai esok pagi.
Stay ke tak stay ke sama je risikonya.
Hasumi : Bapak aku telefon tadi. Bapak aku pun banyak persoalan ni, tapi dia pun tak dapat cari stesyen tu. Dia suruh aku telefon je polis 110. Patut ke ye nanti aku telefon polis, polis ingat aku main-main pulak.
2chan : Aku rasa baik ko tunggu hari siang je baru kau gerak.
Boleh ke ko tunggu dalam stesyen tu sorang-sorang. Dahle ko pun tak familiar dengan tempat tu.
Kau sanggup ke jalan dalam terowong yang gelap tu sorang-sorang?
Malam-malam sejuk macam ni sanggup ye kau jalan kat situ sorang diri.
Hasumi : Korang, aku dah telefon polis dah. Aku cuba nak terangkan keadaan aku kat polis tapi polis ingat aku ni saja nak prank diorang. Akhirnya aku pulak mintak maaf sebab dah nyusahkan diorang.
2chan : Aik apsal kau pulak nak kena mintak maaf? Balik jelah ke stesyen tadi tu. Tunggu je keretapi pertama esok pagi.
Stesyen tu tempatnya macam mana? Apa je yang ada kt sekitar situ?
Hasumi : Korang, aku macam terdengar sesuatu la. Macam ada bunyi gendang dipalu dan loceng berdenting, tapi bunyi tu macam jauh je kat belakang aku. Aku pun tak tau nak buat apa sekarang ni korang.
2chan : Hasumi baik ko patah balik je ke stesyen tadi tu. Lagi selamat, ko jalan sorang-sorang nanti makin sesat pulak.
Bunyi gendang dan loceng malam-malam buta macam ni?
Tu agaknya ada kampung tengah buat pesta kot.
Hasumi : Mesti korang ingat aku tengah menipu kan? Tapi aku takut sangat ni. Aku tak sanggup nak pandang belakang ni. Aku memang nak patah balik tapi aku tak berani nak pandang belakang ni
2chan : Lari je Hasumi. Walau apapun yang berlaku jangan sesekali pandang belakang.
Ko dah tak boleh patah balik dah tu Hasumi. Aku rasa macam sesuatu je dengan bunyi gendang tu. Lari je masuk dalam terowong, menyorok je dalam tu. Mesti dah dekat tu.
Hasumi : Korang, tadi aku dengar ada orang menjerit kat aku. 'hey jangan berjalan kat landasan keretapi tu! Bahaya!'. Aku ingatkan tu atendan keretapi aku pun tolehlah. Tapi rupanya pakcik tua ada sebelah kaki je. Jarak dia dalam 10m la dari aku. Pakcik tu tiba-tiba ghaib macam tu je. Aku takut sangat ni nak bergerak pun takut.
2chan : Kan aku dah cakap lari je jangan toleh-toleh belakang dah.
Ok Hasumi tenang ye, ikut nasihat aku ni. Cuba ko cari mana datangnya bunyi gendang tu. Kalau ada kampung tengah buat pesta mesti ada orang kat situ.
Hey ko ni jangan husnozon sangat tu bunyi dari orang boleh tak?
Ikut firasat aku, Hasumi akan dibawa pergi. Tu je yang aku mampu cakap. Hasumi patutnya patah balik je ke stesyen tadi.
Hasumi macam mana kau tau tu orang tua ada satu kaki?
....sebab orang tu tua dan ada satu kaki je?
Mungkinke tu bukan manusia tapi roh lelaki tua yang mati kena langgar keretapi kat situ?
Hasumi : Aku nak lari tapi aku terlalu takut nak bergerak ni. Bunyi gendang tu dah makin dekatla.
2chan : Tunggu je sampai pagi. Bila hari makin terang dah tak menakutkan dah.
Aku dah cakap dah tunggu je kat stesyen tadi.
Hasumi : Korang, aku masih hidup lagi. Tadi aku lari tapi aku terjatuh dan kaki aku luka sikit. Tumit kasut aku patah tadi. Aku taknak mati lagi!
2chan : Kalau ko tunggu kat situ pun sama je risikonya.
Aku rasa kalau kau dah masuk ke terowong tu lagi selamat. Kalau dah selamat lepas terowong tu beritau kitorang, nanti kitorang tolong kau.
Hasumi : Aku dah call rumah. Ayah aku cakap dia nak report polis pasal aku, tapi bunyi gendang tu dah makin dekat ni.
2chan : Marilah kita sama-sama berdoa tu bukan bunyi keretapi. Bunyi keretapi tu kan macam bunyi gendang jugak.
Hasumi : Korang, aku dah sampai ke terowong tu. Nama terowong ni Isanuki. Bunyi gendang tu dah nak dekat dah ni. Aku nak masuk jugakla terowong ni. Aku takut nak tunggu.
2chan : Hati-hati Hasumi.
Inilah pengakhirannya. Stesyen dan keretapi tadi dah tak ada. Kau dah tak boleh nak patah balik sekarang ni Hasumi. Kau dah tak boleh nak ikut sesiapa lagi. Bunyi yang ko dengar tu adalah bayangan dari masa lalu kau. Berlarilah menuju ke terowong tu. Kalau kau berhenti, kau cuma akan tersekat di antara 2 dunia.
Hasumi : Aku dah keluar dari terowong ni. Aku nampak ada orang tengah berdiri kat luar tu. Terima kasih korang sebab nasihatkan aku suruh patah balik. Mesti orang tu ingat aku ni hantu. Muka aku dah comot dah ni asyik nangis tak henti-henti.
2chan : Hasumi, tunggu! Jangan pergi mana-mana!
Berhenti Hasumi! Bahaya jangan ikut orang yang tak dikenali!
Macam mana pulak ada orang dah tunggu kat situ? Peliknya...
Hasumi : Maaf buat korang semua risau. Lelaki ni baik sangat, dia nak bawak aku ke stesyen paling dekat kat sini. Dia kata kat situ ada hotel kecik. Terima kasih korang. Aku rasa lega dah nasib baik semuanya selamat.
2chan : Hasumi, ada benda aku nak tanya ni. Kau kat mana ? Boleh tak kau tanya lelaki tu apa nama tempat tu?
Ye ke tu bukan orang jahat? Hasumi bukan kenal pun tu sape.
Hasumi kau kat mana? Beritaulah kami.
Orang tu sesuatu sangatlah Hasumi. Apa dia buat kat hujung terowong tepi landasan keretapi malam-malam macam ni? Entah-entah dia tu gangster baru buang mayat kat situ kot. Lari Hasumi!
Hasumi : Aku tanya lelaki ni, dia cakap nama tempat ni Hina.
2chan : Hasumi, keluar dari kereta dia!
Maaf Kasumi tapi Hina tu kat mana?
Peliknya. Waktu macam ni boleh pulak ada orang tunggu Hasumi kat situ. Macam tau-tau je Hasumi dalam kesusahan.
Hasumi : Korang, kami tengah menuju ke kawasan bukit tu. Macam takde tempat nak berhenti je. Lelaki tu pun dah berhenti bersembang dengan aku.
2chan : Hhhmmm.... apa agaknya yang buatkan lelaki tu terjaga waktu macam ni?
Mungkin ke dia nampak kau ni asyik tengok telefon je sebab tu dia taknak cakap ngan kau dah?
Hasumi, bukan ke tadi kau dah cakap kat makbapak kau nak tunggu diorang jemput kau?
Hasumi, telefon 110. Ni mungkin kali terakhir kau berinteraksi dengan kami.
Hasumi : Bateri aku dah nak habis. Aku dah rasa tak sedap hati ni, kalau ada ruang aku akan cuba lari dari sini. Lelaki tu tengah membebel ape ntah tapi aku tak paham apa yang dia bebelkan tu. Buat masa ni, ni reply terakhir aku. Apa-apa hal aku akan update kat sini.
Itulah jawapan terakhir dari Hasumi. Sejak tu Hasumi dah tak muncul-muncul lagi dalam forum tu.....
Kisah ni macam aku cakap tadi meletop-letop kat Jepun sampai dijadikan ilham untuk sebuah filem jepun iaitu Kisaragi Station. Tak pastilah tayang kat Malaysia ke tak..
Post time 11-8-2022 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by jiwakacau06 at 11-8-2022 09:29 AM
mrs_salvatore replied at 11-8-2022 09:19 AM
serius ke ni huhuhuh takkan dlm masa 7 thn tu parents Hasumi takde buat laporan org hilang?
pada i ...tipu ja komen tu .xkn parents dia masih tggu dkt tmpt yg sama smpai 7thun...atau pn kejadian tu xbrlaku pn..ntah la...
forum yg jepun tu dh 404 missing apa ntah..
Kuil Om Banna di India
Di Jodhpur, India ada sebuah kuil khas untuk sebuah motosikal jenis 3500cc Royal Enfield Bullet RNJ 7773. Mesti korang nak tau kan apa istimewanya motor tu sampai jadi bahan pujaan? Cam ni kisahnye...
Pada 5 Mei 1988, ada seorang pemuda bernama Om Singh Rathore menaiki motosikal dari pekan Bangdi berdekatan Sanderao di Pali menuju ke Chotila, apabila dia hilang kawalan dan terlanggar sebatang pokok. Malangnya dia meninggal dunia di tempat kejadian manakala motosikalnya tercampak dalam longkang. Esok paginya selepas hari kemalangan, polis pun bawaklah motosikal tu balik ke balai. Esok paginya, motosikal tu dah hilang dalam kawasan balai polis. Cari punya cari, rupanya motosikal tu dah 'kembali' ke tapak kemalangan tu semalam. Polis pun bawak baliklah semula motor tu ke balai, tapi kali ni polis saja kosongkan tangki minyak dan motorsikal tu dirantai di balai. Polis beranggapan mungkin semalam ada budak nakal nak curi motor tu kot.
Tapi walaupun dah dikunci macam tu sekali, esok paginya motor tu hilang jugak dari balai. Dan ditemui semula kat lokasi yang sama macam semalam. Ada cerita yang mengatakan, walaupun berkali-kali polis bawak balik motor tu esok paginya motor tu entah macam mana akan kembali ke lokasi kemalangan tu. Sudahnya polis pun dah tak boleh buat apa dan polis pun biarkan jelah motor tu kat situ. Orang-orang tempatan yang dapat tau pasal kisah misteri tu mula memuja motosikal tu. Kisah ni tersebar merata-rata dan akhirnya sampai terbinalah kuil khas untuk motor misteri tu yang dinamakan Kuil Om Banna.
Setiap hari orang kampung di situ dan pengembara dari merata tempat akan singgah dan sembahyang di kuil tu. Ada yang meninggalkan macam-macam pemberian, selalunya pemandu akan tinggalkan sedikit alkohol di situ. Ada yang mengatakan, kalau lalu tak singgah situ nanti perjalanan diorang takkan berjalan lancar. Bukan setakat motor je, pokok yang dilanggar tu pun turut dipuja dan diletakkan kalungan bunga, benang merah, dinyalakan kemenyan dan macam-macam lagilah.
Masyarakat disitu percaya yang roh Om Singh Rathore tu kini dah menguasai motosikal tu. Diceritakan juga pengalaman seorang pemandu ni, dia bawak kereta sekali tu kereta dia tergelincir masuk longkang. Om Singh Rathore muncul menaiki motosikal ni datang menyelamatkan pemandu tu yang tengah luka berdarah-darah. Kecohlah orang kampung, mereka percaya roh Om Singh Rathore masih berkeliaran di situ.
Kuil ni masih wujud sampai sekarang dan pengikutnya pun makin ramai walaupun dah 4 dekad berlalu...
Semasa aku berusia pertengahan 20an, aku bekerja di sebuah asrama kebajikan yang menjadi tempat tinggal kanak-kanak yang didera dan diabaikan sebagai penjaga mereka. Kerja kami ni mudah je, sediakan makanan, pantau budak-budak ni termasuklah bawak mereka ke sekolah atau ke mana-mana untuk aktiviti mereka. Kat sini ada jugak kakitangan khas perubatan dan psikologi tapi yang betul-betul tinggal sepanjang hari dengan budak-budak ni penjaga macam akulah. Kat kawasan ni ada 10 unit kampus, setiap unit kampus ni bentuknya macam rumah yang ada 6 bilik tidur (satu bilik tidur untuk 2 orang budak) pastu bersambung dengan ruangan untuk penjaga-penjaga ni duduk. Kat unit aku ni kesemua penghuninya adalah budak lelaki berumur 6 ke 10 tahun.
Pada satu malam tu, aku terjaga pada pukul 1 pagi dan aku ternampak ada sorang budak ni berdiri di depan pintu bilik aku. Kalau ikutkan budak-budak bawah jagaan kami ni tak dibenarkan langsung untuk masuk ke ruangan penjaga ni sebab ni ruangan peribadi kami, jadi aku pun tanyalah, 'kamu buat apa kat sini? Kan budak-budak tak boleh datang sini'. Budak tu cuma diam, dan kemudian dia berpaling dan terus pergi meninggalkan bilik aku. Aku macam, eh kojaq punya budak aku tanya taknak jawab pulak. Aku pun terus bangkit dari katil nak ikut budak tu. Bilik aku ni dia bersambung ke rumah utama melalui satu laluan dan kat hujung laluan tulah pintu nak ke rumah utama, tapi bila aku keluar je dari bilik aku, aik mana pegi budak tu?
Aku rasa tak sedap hati, ada budak saja nak prank aku ke? Aku pun masuk ke rumah utama dan aku periksa satu persatu bilik yang ada dalam rumah tu. Kesemua budak-budak kat rumah aku nyenyak je tidur kat bilik masing-masing siap berdengkur lagi tu. Esoknya, aku pun failkan satu laporan tentang peristiwa malam tadi. Tapi pihak pentadbiran kata mungkin itu cuma prank yang dah dirancang awal-awal lagi. Jadinya pihak pentadbiran pun suruh aku tukar je kunci kat pintu rumah utama tu.
Yang peliknya, lepas tu dalam tempoh 6 bulan je dah 4 kali peristiwa budak datang hendap aku tidur kat bilik tu terjadi. Tukar kunci pun tak jalan, fail report pun pihak pentadbiran tak layan. Aku makin kecewa sebab takde tindakan apa pun tapi nak tuduh budak-budak tu buat aku memang takde bukti. Lepas kejadian kali keempat tu, aku pun terus jelah jumpa ketua rumah kebajikan tu, jumpa bigboss tu lah. Aku ceritalah pasal kes hendap tu, aku siap cakap kat boss aku kalau benda ni tak selesai aku nak berhenti jelah. Yang aku risaukan budak nakal ni kalau tak diajar nanti makin lama makin kurang ajar pulak.
Bos aku tenang je. Dia keluarkan satu ikat fail dari kabinet fail dia. Bos aku cakap, sejak dia jadi pengarah kat situ, iaitu 15 tahun yang dulu, dah ada 24 kejadian yang sama macam aku dilaporkan, dari 4 orang penjaga yang berbeza. Persamaannya cuma, kesemua kejadian tu berlaku di bilik yang aku tengah duduk sekarang ni. Bos aku berterus-terang padaku, 'sebenarnya kitorang pun tak pasti apa yang terjadi, tapi benda ni memang dari dulu lagi dah ada. Benda tu tak kacau orang pun jadi saya rasa takde apa yang perlu awak risaukan'.
Lepas tu aku tak pernah dak diganggu dengan budak misteri yang hendap aku tidur tu sebab 3 minggu kemudian, aku berhenti kerja dari situ.
Post time 12-8-2022 09:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tt ada try skodeng r/letsnotmeet ? Cari crita yg 4-5 tahun lepas..mnusia ni lagi menakutkn dri setan tpi subreddit tu dah sendu skit sbb mod sgt strict tapis cerita
Post time 12-8-2022 09:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tt ada try skodeng r/letsnotmeet ? Cari crita yg 4-5 tahun lepas..mnusia ni lagi menakutkn dri setan tpi subreddit tu dah sendu skit sbb mod sgt strict tapis cerita
Author|Post time 14-8-2022 01:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Puaka Kedai Runcit
Bertahun-tahun yang lalu aku bekerja sebagai pengurus sebuah kedai runcit, antara tugas aku sebagai pengurus ni termasuklah tutup kedai sorang diri setiap malam. Penyelia kedai dan pekerja-pekerja aku yang lain pernah nasihatkan aku jangan berani sangat sorang-sorang kat kedai tu. Aku pun tanyalah kenapa? “Bos, sebenarnya kedai ni berhantu.” Diorang pun ceritalah macam mana diorang ni selalu nampak troli bergerak sendiri di antara rak barang kedai tu. Aku gelak kuat-kuat jelah pada diorang. Aku beranggapan mungkin sebab aku aku pekerja baru kot jadi diorang saja lah nak buli aku. Aku siap cakap diorang ni mengarut je mana ada hantu dalam dunia ni.
Sampailah ada satu malam ni, hari tu kedai kami agak sibuk berbanding hari biasa, jadi malam tu kedai tutup lambat sikit dalam pukul 1 pagi camtu. Masa ni aku dah beberapa bulan kerja kat sini jadi aku memang terlupa langsung pasal amaran dari pekerja-pekerja aku yang tempat ni berhantu. Tengah ralit mengira duit jualan hari ni, aku terdengar bunyi roda karat berpusing, kreakk kreakk kreakk. Aku cam tu bunyi troli barang tu. Aku ingatkan ada pekerja tak perasan ada troli kat dalam kedai kot, jadi aku pun dengan selambanya berjalanlah ke arah barisan rak kedai tu. Eh takde pulak trolinya. Aku pun berjalan menyelusuri satu demi satu lorong rak kedai tu tapi tak jumpe troli pun. Aik peliknya. Aku garu-garu kepala pastu aku pun baliklah ke kaunter nak sambung balik kira duit tadi. Bila aku dah membelakangi rak barangan tu, bunyi tu muncul balik. Kreaakkk kreaaakk kreaaakkk. Tegak jugaklah bulu roma aku. Tapi aku buat bodoh jelah. Bunyi troli tu pulak seolah-olah mengikuti aku tapi aku tau aku dah periksa tadi mana ada troli pun tadi.
Sekali tu aku ternampak pulak kat rak depan aku ni ada sebungkus jajan di atas lantai. Aku pun angkat dan letaklah balik jajan tu ke raknya. Elok je aku letak jajan tu, ada pulak jajan lain jatuh dari rak 5 kaki dari aku. Aku pun kutiplah, dah kutip tu, jajan lain yang 5 kaki jarak dari aku pulak yang jatuh. Kali ni aku dah pelik dah, aku pun perati jelah jajan ni memikirkan camne kebetulan sangat boleh jatuh tiba-tiba ni. Sekali tu, depan mata kepala aku sendiri aku menyaksikan barang-barang di rak hadapan aku macam terbang dan jatuh sendiri dari tempatnya! Kali ni aku betul-betul seram tak tunggu apa dah dan terus berlari menuju ke pintu masuk.
Tapi sebelum nak blah tu aku teringat pulak aku kena setkan mesin penggera sebelum nak kunci kedai ni. Masa ni aku dah memang kat luar pintu dah tapi memikirkan ni satu kesalahan kalau tak kunci penggera aku pun masuk balik ke kedai tu. Kunci penggera ni dilekat di dinding bertentngan dengan mesin kira-kira di kaunter. Aku pun cepat-cepatlah masukkan kod penggera tu tapi kod yang aku masukkan tu tak betul, padahal aku yakin sangat ni kod yang betul.
Kaunter kat kedai aku ni ada 5 buah dan di setiap kaunter ada telefon. Telefon ni tak boleh buat panggilan keluar dan ianya khas untuk panggilan dalaman je. Telefon ni bersambung dengan pejabat urusan kedai yang letaknya di bahagian paling belakang dalam kedai ni. Ring ring ring, salah satu telefon di kaunter tu berdering. Eh sape pulak yang telefon malam-malam ni? Aku memang tak berani nak angkatlah telefon tu. Bila telefon di kaunter 1 tu berhenti, telefon di kaunter 2 pulak yang berdering. Sampailah ke kaunter terakhir, dan akhirnya, telefon dalam bilik pejabat pulak berbunyi. Lepas tu, ring ring ring ring, kesemua telefon yang ada dalam kedai tu berdering serentak walhal memang mustahil sangat benda ni boleh berlaku.
Dengan peluh jantan menitik-nitik satu badan aku pun masukkan balik kod penggera tu dan akhirnya berjaya jugak. Malam tu aku berlari balik dan bawak kereta laju-laju sampai ke rumah. Esoknya aku pun ceritakanlah pengalaman aku pada penyelia kedai tu. “Kan kitorang dah cakap dah”. Aku masih lagi bekerja di situ untuk setahun setengah lagi, walaupun adalah gangguan sikit-sikit tapi tak seteruk malam tu…..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 14-8-2022 03:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jangan Berhenti
Aku seorang tentera dan baru-baru ni aku diberikan arahan oleh pihak atasan untuk bertugas di tempat baru. Aku sebelum ni bertugas di San Antonio, Texas dan diarahkan berpindah ke Tacoma, Washington. Aku diberikan 6 hari dari tarikh terima arahan tu untuk melaporkan diri di tempat baru tu, jadi aku ambil keputusan untuk berpindah ke sana menaiki kereta je. Aku memang suka road trip macam ni. Aku sukakan kebebasan dan peluang untuk menjelajahi tempat-tempat yang aku tak pernah pergi lagi. Hari pertama perjalanan aku, aku bercadang nak memandu sejauh mana yang boleh supaya aku dapat meluangkan masa di Utah untuk beberapa hari, kiranya macam percutian mini la. Masa ni bulan Januari, di mana waktu siangnya agak pendek, jadi agak penting untuk aku manfaatkan waktu siang. Hari pertama tu aku bangun awal dan campak semua beg-beg aku ke dalam kereta Corolla aku, log keluar dari unit lama aku, dan tepat pukul 5 pagi aku dah berada di belakang stereng kereta aku.
Hari pertama memang sangat menakjubkan. Aku nikmati lanskap pemandangan yang terhidang di depan mata aku. Semakin aku menuju ke selatan, pemandangannya juga berubah. Dari kawasan metropolitan San Antonio bertukar ke dataran savana Edwards, ke ladang-ladang seluas mata memandang di kawasan Great Plains. Dari ladang bertukar pula kepada prairie dan disitu aku jumpa papan tanda ‘Welcome To New Mexico, The Land Of Enchantment’. Lepas je papan tanda tu kali ni barulah aku betul-betul berada di tempat jin bertandang.
Aku teruskan perjalanan di lebuhraya US Route 380 dan akhirnya aku sampai di Roswell. Kalau aku memandu untuk beberapa jam lagi aku dah boleh sampai ke Albuquerque, tapi aku terfikir jugak kenapa nak terburu-buru? Lepas ni aku dah tak lalu dah Roswell jadi aku pun berhenti sekejap di pekan tu. Pekan Roswell ni terkenal dengan sejarah kononnya ada kapal makhluk asing pernah terhempas di sini, jadi aku pun ambil kesempatan ni melawat muzium makhluk asing dan tempat-tempat lain yang jadi tarikan di sini.
Aku bermalam di Roswell dan esok paginya, aku teruskan pemanduan ke Albuquerque, pastu terus ke selatan menaiki Interstate 40. Aku sampai ke Gallup dan kini perlu ubah haluan ke utara melalui US Route 491, aku anggarkan aku ada lagi 2 jam sebelum sampai ke sempadan negeri Colorado, lepas tu 45 minit lagi untuk sampai ke Cortez iaitu destinasi bermalam aku hari ni. Tapi aku lupa, waktu siang pada ketika ini kan pendek, jam baru 6 petang tapi matahari dah terbenam. Aku pun singgah Starbucks minum kopi dan mempersiapkan diri untuk memandu di waktu malam nanti. Aku tau aku dah lari dari jadual dah ni, kalau semalam aku menginap di Albuquerque seperti yang dirancang, mesti masa ni aku dah sampai dah ke Colorado. Bila dikenangkan balik, aku rasa menyesal pulak tak ikut rancangan asal tu, sebab di Route 491 tulah aku mengalami peristiwa yang paling menakutkan dalam hidup aku.
Route 491 ni adalah sebatang lebuhraya yang merentasi Negara Navajo. Di kiri-kanan aku sekarang ini adalah dataran prairie yang sangat luas dengan pergunungan di ufuknya. Langit kini sudah bertukar warna menjadi jingga keunguan seperti bara api yang lama-kelamaan ianya terpadam dan langit kini gelap gelita. Aku kini memandu berseorangan di jalan ni, apabila berpapasan dengan kereta yang datang dari arah depan aku menarik nafas lega. Untuk mengurangkan kesunyian dan mengantuk, aku pasang bluetooth yang aku susun khas untuk trip macam ni, kebetulan masa tu stereo aku tengah memainkan lagu ‘Hotel California’. Aku sempat melintasi sebuah pekan kecik bernama Newcomb, dari peta yang aku hafal lepas ni pekan terdekat adalah pekan Shiprock. Tapi dari Newcomb ke Shiprock jaraknya dalam 36 batu dan diantara kedua-dua pekan ni cuma padang jarak padang tekukur.
Beberapa batu melepasi Newcomb tadi, aku dah tak jumpa dah kereta. Sehinggalah mata aku menangkap ada sesuatu di jalan hadapan aku. Jalan tu memang gelap tiada cahaya lampu, yang ada hanya samar-samar cahaya bulan mengambang di malam tu. Aku sangkakan mungkin itu hanya papan tanda jalan sahaja. Tapi semakin aku menghampiri ia, rupanya ada seorang lelaki berjalan kaki di bahu jalan menuju ke arah aku. Dalam kegelapan malam tu, aku nampak lelaki tu memakai poncho dengan rambut lurus panjang hitam pekat sampai ke dada. Eh sapa pulak ni jalan kaki sorang-sorang kat sini malam-malam ni? Hatiku berdetik. Walau siapapun ia, memang bahaya untuk dia sebab baju dia legap tidak memantulkan cahaya dan dia berjalan sangat hampir dengan jalanraya pulak tu.
Aku pun menggerakkan kereta ke sebelah kanan sikit untuk elakkan lelaki itu. TIba-tiba, stereo kereta aku berhenti sendiri. Skrin sistem stereo aku jadi gelap dan telefon aku terputus sambungan Bluetooth nye. Terkejut aku dibuatnya tapi stereo aku memang pernah buat hal macam ni jadi aku tak rasa pelik sangat pun. Aku pandang ke jalan semula dan aku nampak lelaki tu dah menaikkan tangan kirinya, tanda dia nak tumpang. Naluri aku mengatakan tak payah ngada-ngada nak berhenti. Aku pun jalan terus je dan bila aku dan melepas lelaki tu baru aku nampak susuk tubuh dia sepenuhnya. Dia berpakaian kemeja butang sampai ke leher, menyarung poncho kapas, pakai jeans dan kasut boot koboi. Dia memakai tali pinggang dengan kepala tali pinggang yang sangat besar sampai silau terkena panahan cahaya lampu kereta aku. Dalam sedetik itu juga, aku nampak wajah lelaki itu. Matanya terbeliak merenung ke mata aku.
Aku dah rasa lain macam dah ni, tapi aku kuatkan jugak semangat aku untuk taknak berhenti. Selepas je melepasi lelaki itu, stereo radio aku terpasang semula. Aku anggap ini semua cuma imaginasi aku je. Ah itu cuma lelaki biasa, mungkin dia tu lelaki Orang Asli Amerika yang mabuk teruk sampai tersesat masuk ke sini. Aku melihat ke cermin pandang belakang, lelaki tu dah takde. Sekali lagi aku pujuk diri tadi tu aku cuma terbayang je, lelaki tu tak wujud pun.
Aku teruskan permanduan. Sekali lagi aku nampak sesusuk tubuh di hadapan sana. Semakin hampir semakin aku cam tubuh itu. Pakai poncho, rambut panjang hitam sampai ke dada. Eh, takkanlah lelaki tadi? Lelaki tadi sebenarnya wujud? Dan seperti tadi, lelaki itu perlahan-lahan mengangkat tangan kirinya tanda nak tumpang. Dan sama seperti tadi, stereo kereta aku terpadam tiba-tiba. Aku teruskan je pemanduan buat-buat tak nampak lelaki tu.
Tiba-tiba, lelaki itu melompat ke tengah jalan! Aku nyaris-nyaris nak terbabas nak elak lelaki tu. Mata lelaki itu terbeliak-beliak memandang aku dengan kedua-dua tangannya diawang-awangkan macam nak halang aku. Aku jugak perasan baju dia pun macam dah lain, masih baju yang sama cuma tadi baju dia nampak baru dan bersih, tapi baju yang ni nampak macam dah lusuh pulak. Aku perasan jugak rambut dia bergumpal dengan kotoran.
Walaupun aku berjaya elak lelaki tu tapi aku tetap risau kot-kotlah lelaki tu cedera, jadi aku perlahankan kereta dan tengok belakang. Kesilapan besar buat aku. Lelaki itu mula berlari menuju ke arah aku. Aku pun tekan minyak cuba untuk menjarakkan kereta aku dari dia. Walaupun aku dah laju, tapi aku nampak lelaki tu pun lari selaju aku jugak. Setiap kali aku pandang cermin aku nampak dia masih tak penat mengejar aku. Dan jaraknya makin dekat, aku boleh nampak badannya dilimpahi cahaya merah dari lampu belakang keretaku.
Kepalaku berdenyut-denyut dan tanganku yang memegang stereng jadi licin dek peluh yang tak berhenti mengalir. Jantungku berdegup kencang, rasa macam nak pecah je dadaku. Aku fokus pandang ke hadapan dengan harapan dapat jumpa pekan Shiprock tu. Tapi hadapanku cuma kegelapan yang pekat sahaja.
Aku pandang semua cermin pandang belakang. Eh lelaki tu dah takde? Sepatutnya aku rasa lega, tapi aku masih rasa tak sedap hati. Ke mana lelaki tu? Aku tercari-cari jugak, tapi bila dah tak nampak kelibat dia langsung, aku pun fokus semula ke jalanraya di hadapan aku ni. Dari hujung mata, aku ternampak macam ada kelibat sesuatu. Ada sesuatu di sebelah kanan aku. Bukan seseorang, tapi seekor. Aku pun toleh ke kanan, apa yang aku nampak ni sah bukan manusia. Macam binatang tapi aku tak pernah tengok binatang berlari macam tu. Di bawah samar-samar cahaya bulan purnama, aku nampak binatang tu ada sendi yang panjang, bahagian belakangnya terjungkit macam anjing. Dan ia berlari betul-betul seiring dengan kereta aku.
Sendinya panjang tapi susuk tubuhnya pendek, binatang tu takde ekor dan kepalanya bulat. Dan dari kepala tu beralunnya rambut panjang hitam. Eh binatang apa ada rambut ni? Aku pun tekan minyak sekuat-sekuatnya, masa ni aku dah berada pada kelajuan 110 batu sejam dah, tapi makhluk tu masih berjaya mengekori aku. Aku panik. Aku tak tau aku mampu ke tidak untuk pergi lebih laju sedangkan binatang itu makin lama makin laju. Kereta aku dah mencapai kelajuan maksimum iaitu 120 batu sejam. Makhluk tu tak nampak penat pun. Aku lihat tolok suhuku hampir menuju ke merah, begitu juga dengan tachometer aku. Aku risau je kalau kereta aku ni jadi rosak sedangkan makhluk tu dah nak melepasi aku.
Akhirnya, aku ternampak ada kerdipan cahaya di hadapan aku. Pekan Shiprock! Maknanya aku dah nak sampai dah ni. Aku pun bertawakal dan teruskan memandu pada kelajuan maksimum masuk ke pekan tu. Walaupun pekan tu kecil sahaja, tapi hanya tuhan sahaja yang tahu betapa leganya aku bila nampak masih ada beberapa bangunan yang bercahaya. Tanpa aku sedari juga, stereoku kembali berbunyi , masa nilah aku menyedari makhluk tadi dah takde. Aku pun tak tunggu apa lagi dan teruslah cari hotel di situ.
Seminggu kemudian, aku pun ceritalah pengalaman aku ni pada seorang tentera di tempat baru aku. Dia ni memang orang Albuquerque jadi dia memang dah biasa dengan kisah mistik orang Asli Amerika di kawasan yang aku lalu tu. Pucat muka tentera tu, dia kata dia tau apa yang kejar aku tu, tapi dia tak berani nak sebut nama makhluk tu. Sebaliknya dia suruh aku google je sejarah Route 491 tu, nanti aku faham-faham sendirilah katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Bertahun-tahun lamanya, di Mississippi (susah plak nak eja kalau i salah eja tu abaikan jelah ye) dihantui dengan legenda wanita berkaki tiga. Ada sebatang jalan yang dinamakan Nash Road yang tak jauh dari sebuah empangan di kawasan Columbus di Mississippi tu. Tapi wanita ni bukan setakat berlegar-legar di jalan raya tu je, banyak dah orang bercerita bagaimana diorang dikejar oleh wanita berkaki tiga ni kalau lalu di jalan tu.
Tapi kalau ada sapa-sapa berminat nak jumpa puaka ni, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Mula-mula kene pegi ke Nash Road ni dulu, pastu matikan lampu kenderaan dan bunyikan hon 3 kali. Dikatakan puaka ni akan muncul dan mengetuk bumbung kereta kau. Dan kemudian, korang kena bawak kereta laju-laju sebab ia akan mengejar kereta kau sambil melanggar-langgar badan kereta kau.
Ada banyak kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi tentang punca kewujudan wanita berkaki tiga ni. Mana datangnya kaki nombor tiga dia ni. Yang dapat aku kumpul adalah seperti berikut :
1. Asalnya ada seorang bini orang ni senyap-senyap menjalankan hubungan sulit dengan seorang veteran Perang Saudara. Sekali tu si suami ni dapat tahu, si suami pun pegi bunuh bini dia dan kekasihnya di Nash Road ni. Kemudian mayatnya dicampak ke sungai di jambatan Nash Road ni. Rupa-rupanya si bini hidup lagi, tapi dia tak jumpa mayat kekasih dia sebaliknya yang dia jumpa cuma sebelah kaki si kekasih. Dikatakan di bini ni pegi jahit kaki tu ke badan dia, dan tak lama tu meninggal dunia tapi agaknya roh tak tenteram, dia pun bertukar jadi puaka yang terus menghantui jalan tu sampailah ke satu gereja ni yang mana gereja tu merupakan tempat kekasihnya dikuburkan.
2. Kisah kedua pulak, wanita berkaki tiga ni dulunya seorang isteri kepada petani yang duduk di luar pekan masa tu. Si suami ni suka sangat pergi ke pekan sampai orang kat pekan tu pun heran apa benda dia buat kat sini. Rupa-rupanya si suami ni suka makan luar. Sehinggalah pada satu hari ni, si isteri ni pegi ke gereja untuk sembahyang dan kat situ dia dengar desas-desus tentang perangai laki dia. Tapi zaman tu kan lelaki tu dilayan macam raja, si isteri ni pulak kene ejek dan kena gelak sebab kononnya tak pandai layan laki. Malulah si isteri ni. Satu hari tu si isteri ni pun sorok-sorok ikutlah laki dia pegi ke pekan tu, dan memang terbukti yang laki dia udah curang. Malam tu, dia buat makan malam istimewa untuk si suami tu, masak bubuh racun. Si laki tu mati serta-merta. Selepas beberapa minggu, bila orang pekan perasan yang diorang langsung tak nampak kelibat si suami tu, mulalah timbul desas-desus kemungkinan laki tu dah mati. Si isteri ni yang tahu kisah sebenar, dia pun mula menggelabah. Pada satu hari tu dia tutup jalan nak ke gereja dan dia pun bakar gereja tu. Si isteri tu rupanya dah jadi gila, dia sempat keluarkan kaki suami dia dan dia pun jahit ke badan dia kononnya sebagai simbolik yang dia dan suami dia akhirnya dah betul-betul bersatu. Pada hari tu jugak dia bersumpah yang dia akan terus menghantui tapak gereja tu dan bunuh sesiapa je yang masuk ke tapak tu.
3. Kisah ketiga ni, adalah kisah yang paling popular di kalangan anak jati Mississippi ni. Zaman dulu kala, ada satu keluarga ni, ayah ibu dan anak mereka yang masih belum umur setahun. Si ayah ni bekerja di sebuah kilang kayu, jadi tinggallah si ibu ni berdua dengan anak mereka. Waktu kejadian ni di waktu siang, si anak tu tengah tidur tengahari. Tiba-tiba, anjing peliharaan mereka menyalak pada sesuatu di bangsal dan sangkar ayam keluarga ni. Si ibu ni pun pegilah keluar rumah tengok ape benda yang si anjing ni kecoh sangat, dan tinggallah anak tu sorang-sorang tengah tidur dalam rumah. Tapi tiada apa pun yang pelik di luar sana, jadi si ibu ni pun masuk balik rumah. Alangkah terkejutnya si ibu ni bila nampak atas katil anak dia yang tinggal hanyalah sebelah kaki je! Si ibu dah panik bercampur sedih, merata-rata dia cari anak dia dalam rumah tu tapi tak jumpa. Dalam kesedihan tu, si ibu ni pun ambillah kaki anak dia dan jahit di pinggang dia, dengan harapan kalau dia jumpa balik anak tu sekurang-kurangnya kaki si anak ni dapat disambung semula. Si ibu akhirnya terkena jangkitan sawan dan akhirnya meninggal. Tapi si ibu ni dikuburkan bersama-sama kaki anaknya yang dah terlekat di pinggang dia tu.
Ada pendapat mengatakan yang mungkin anak dia tu dibunuh atau dimakan oleh Mad Dog, satu lagi urban legend di Mississippi tu. Tapi orang tempatan percaya, si ibu ni takkan bersemadi dengan tenang selagi dia tak jumpa keseluruhan badan anak dia. Dan sebab tulah sampai sekarang roh si ibu ni suka kejar kereta sebab dia nak cari mana anak dia.
Sampai sekarang, Nash Road ni terus dikenali sebagai salah satu jalan paling berhantu di USA ni...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kenangan di Samoa
Pada tahun 2017, aku melancong ke Samoa bersama-sama dengan teman wanita dan keluargaku. Keluarga aku memang berasal dari Samoa jadi kitorang tumpang rumah makcik aku sepanjang kami berada di sini. Rumah makcik aku ni unik sikit sebab rumah dia merupakan gabungan rumah tradisional Samoa yang dipanggil fale dan rumah moden.
Satu malam tu, dalam pukul 2-3 pagi, tetiba makwe aku nak kencing pulak. Aku pun terpaksalah temankan dia pegi kencing. Tandas tu kedudukannya di hujung laluan dalam rumah tu. Tandas sebelah kiri, sebelah kanan adalah cermin dinding pastu kat tengah-tengah tu adalah sinki. Atas cermin tu pulak ada lampu cahaya putih. Aku dan makweku bergilir-gilir la guna tandas, dia kat dalam aku kat luar. Bila makweku dah selesai buang air, dia pun masuk bilik dulu. Tinggallah aku dalam tandas sorang-sorang. Macam biasa lepas guna tandas, aku pun cuci tangan di sinki luar tu. Dan aku terpandang cermin di sebelah kanan aku.
Aku pun patah balik nak ke bilik. Masa nilah aku ternampak, 5 kaki di hadapan aku skrang ni, adalah seorang wanita. Tapi wanita tu macam chipsmore, sekejap je muncul pastu ghaib tiba-tiba. Aku terpinga-pinga sekejap, tapi walaupun aku cuma nampak dia dalam sedetik je, kepala otak aku dok terbayang-bayang wanita tu. Wanita tu berpakaian serba putih, tangan dan kakinya putih pucat dan mukanya ditutupi dengan rambut hitam yang kasar. Aku pun pelagi lari macam lipas kudung la masuk bilik. Sesampainya ke bilik aku terus lompat ke atas katil, sambil meracau-racau, AKU NAMPAK HANTU! AKU NAMPAK HANTU! Teman wanitaku sangat risau tengok keadaan aku yang macam tu, dia cakap dia siap boleh rasa dadaku berombak kencang sebab terlalu berdebar-debar. Mujurlah teman wanitaku pandai pujuk aku, selepas 5 minit aku kembali tenang dan kami pun cubalah nak tidur semula.
Sesiapa yang nak pegi tandas tu memang kena lalu bilik aku. Masa aku dah tenang tulah aku nampak mak dan ayah aku lalu depan bilik aku. Aku nampak muka ayah aku pucat sangat macam dia baru bangun dari mimpi ngeri. Tapi masa tu aku tak fikir sangat apa yang terjadi pada ayah.
Esok paginya, pagi yang sangat cerah dan nyaman, kami sekeluarga bersarapan bersama-sama di bilik makan. Aku pun ceritalah pasal aku nampak hantu malam tadi. Tapi semua pakcik makcik dan sepupu-sepupu aku tak percaya dengan cerita aku, aku siap kene ejek oleh mereka. Mereka semua kata, hantu tu cuma khayalan je. Mungkin sebab aku terpandang cermin dan cermin tu ada pantulan lampu putih tu, jadi aku tersilap tengok kot. Ayah dan ibu je yang diam masa aku kena ejek tu. Lepas sarapan, ayah pun tarik tangan aku ke tepi. Ayah tanya, 'kau memang betul-betul nampak hantu ke malam tadi?'. Aku mengaku, yelah takkan aku nak reka-reka cerita pulak. "Ayah percaya dengan cerita kau tu". Aku keliru, aku tanya ayah kenapa ayah cakap macam tu? "Sebab malam tadi pun ayah nampak ada 3 lembaga hitam berdiri depan katil ayah".
Sebelum peristiwa ni aku memang seorang yang tak percaya dengan benda-benda macam ni. Aku pun cuba nak carik dimana logika aku nampak hantu tu, tapi kebetulan sangat la kan malam yang sama ayah aku pun diganggu...