|
Jenis-jenis hantu
PESANAN : Sila berhati hati jika berjumpa hantu hantu ini.
1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam
satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang
berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya
disyaki di balai - balai raya.
2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya
bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir
lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang
menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan
seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya
asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah
kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti
mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu
menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya
anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya
keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah
nama pontianak.
6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain
anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia
melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah
satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang
menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat
Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia
mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8.Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer,macam korang yang suka main
Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka
main komputer hingga mati pun depan
komputer,..........komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu
Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja ...."
Kalau tak mau jadi hantu KOM-KOM ... pi buat kerja, jangan dok depan
komputer lama-lama |
|