|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERY MOMENT MATTERS
[Copy link]
|
|
Yusof pantau kawasan rumah, sudah jangka hakisan di lereng bukit
Yusof berkongsi, kawasan rumahnya tidak terjejas walaupun lokasi tanah runtuh hanya jarak 500 meter. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam tidak bimbang dengan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, kelmarin yang hanya jarak 500 meter daripada kediamannya. Yusof berkata, walaupun lokasi tanah runtuh dan kediamannya berdekatan, tetapi ia tidak menjejaskan kawasan rumahnya yang terletak di lereng bukit. "Saya tidak bimbang kerana kawasan lereng bukit di rumah saya sudah ditutupi dengan konkrit. "Ketika awal berpindah ke rumah kira-kira 27 tahun lalu, memang ada berlaku runtuhan kecil, tetapi saya ikut nasihat jurutera menutup bahagian itu dengan konkrit sebagai langkah keselamatan.
"Setiap tahun saya akan memanggil jurutera untuk membuat pemeriksaan. Jadi, insya-Allah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana saya memang amat titik beratkan aspek keselamatan," katanya. Tambah Yusof, kejadian tanah runtuh berlaku berhampiran banglo mewah enam tingkat miliknya itu boleh dijangka kerana sudah berlaku beberapa hakisan sebelum ini. Yusof berkata, dia akan turun bersama pekerja untuk memantau keadaan kawasan rumahnya, setiap minggu. "Jika ada kerosakan, saya akan baiki sendiri. Saya takkan tunggu majlis sebab mereka pun ada kawasan lain yang perlu dipantau. "Tapi, saya turun pantau kawasan rumah dengan pekerja. Memang gunakan perbelanjaan tinggi, tetapi aspek keselamatan harus diutamakan," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1311822/yusof-pantau-kawasan-rumah-sudah-jangka-hakisan-di-lereng-bukit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Women are like volcanoes. Both stay calm for extended periods of time before exploding and killing everything. Then, there’s calm again.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
Aliff, Ruhainies enggan keruhkan keadaan - peguam
Ruhainies ditemani peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi perbicaraan atas pertuduhan kes khalwat, pagi tadi. - NSTP/Genes Gulitah
KUALA LUMPUR: Peguam syarie mewakili Aliff Aziz dan Ruhainies iaitu Amirul Ashraf Ghani menjelaskan tindakan anak guamnya mengunci mulut daripada memberi kenyataan berhubung prosiding sebutan semula kes khalwat, hari ini adalah untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Amirul Ashraf berkata, anak guamnya mahu memberi fokus terhadap prosiding yang masih berjalan, selain menafikan berlaku ketegangan antara anak guam dan pihak pendakwa syarie. "Mungkin tak mahu komen sebab takut mendahului prosiding mahkamah. Kedua, kami menghormati prosiding mahkamah hari ini, jadi mungkin anak guam saya fokus untuk kes ini. "Ini termasuk tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan hingga mengganggu prosiding mahkamah.
"Tiada ketegangan antara anak guam dan pendakwa syarie. Biasalah itu prosiding yang teratur dan dijalankan mengikut perintah mahkamah. "Kalau ikut rekod, Aliff dan Ruhainies tidak mengaku bersalah dan memohon untuk kes ini dibicarakan. Ditetapkan pada sidang 20 Februari 2025 untuk keterangan dikemukakan pihak pendakwaan," katanya ditemui selepas prosiding sebutan semula kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, pagi tadi. Amirul Ashraf memberitahu, hari ini berlakunya urusan pertukaran penjamin membabitkan pihak Aliff kerana kenalannya yang mengambil peranan itu mempunyai komitmen kerja. "Kalau ikutkan prosiding hari ini ada pertukaran penjamin dan serahan beberapa dokumen oleh pihak pendakwaan untuk perbicaraan. "Ada pertukaran penjamin sebab penjamin sebelum ini ada komitmen kerja. Kami faham penjamin ini bukan sekadar atas kertas, tapi ada obligasi untuk memastikan kehadiran orang yang dijamin. "Kami sudah maklumkan kepada mahkamah dan diluluskan atas alasan yang mewajarkan keputusan berkenaan," katanya. Dalam pada itu, Amirul Ashraf berkata, antara saranan untuk anak guamnya adalah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendahului mahkamah. "Nasihat peguam adalah untuk memastikan tiada kenyataan yang mendahului prosiding mahkamah daripada anak guam sebab kita menghormati prosiding mahkamah. "Bila mahkamah sudah tetapkan tarikh perbicaraan, maka kami tidak mahu mendahului," katanya. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menetapkan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff Ruhainies. Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1312035/aliff-ruhainies-enggan-keruhkan-keadaan-peguam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“The reason women don’t play football is because 11 of them would never wear the same outfit in public.” – Phyllis Diller |
|
|
|
|
|
|
|
“I never knew what hard work was until I tried to please a woman.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagi nak bicara ye
|
|
|
|
|
|
|
|
“Women are like police, they can have all the evidence in the world but they still want a confession.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
“Here’s all you have to know about men and women: women are crazy, men are stupid. And the main reason women are crazy is that men are stupid.” - George Carlin |
|
|
|
|
|
|
|
“We always hold hands. If I let go, she shops.” - Henny Youngman |
|
|
|
|
|
|
|
“There are two theories to arguing with a woman. Neither works.” - Will Rogers |
|
|
|
|
|
|
|
Aliff, Ruhainies 'membisu'
Aliff dan Ruhainies hanya ‘membisu’ sebaik selesai prosiding sebutan semula kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pagi tadi. - NSTP/Genes Gulitah
KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies hanya 'membisu' sebaik selesai prosiding sebutan semula kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini. Biarpun diasak dengan pelbagai soalan mengenai prosiding hari ini, kedua pelakon berkenaan tetap tidak mengendahkan pertanyaan bertalu-talu oleh kira-kira 30 pengamal media yang hadir membuat liputan. Masing-masing mengambil pendekatan untuk terus berlalu pergi menuju ke pejabat urusan mahkamah untuk menguruskan pertukaran penjamin membabitkan Aliff. Ruhainies kemudian dilihat terlebih dahulu meninggalkan pejabat dengan ditemani kakaknya, Risteena Munim disusuli Aliff 10 minit kemudian.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini menetapkan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies. Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan. Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes, antaranya senarai saksi-saksi. Mendengar perkara itu, peguam syarie mewakili Aliff dan Ruhaninies mengesahkan dokumen berkenaan. Menerusi prosiding yang sama, mahkamah turut membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu. Ini berikutan penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas yang juga adik kepada Ruhainies menarik diri atas urusan kerja. Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.
Aliff ditemani peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi perbicaraan atas pertuduhan kes khalwat, pagi tadi. - NSTP/Genes Gulitah
Aliff dan Ruhainies membuat pengakuan di hadapan Hakim Abu Suffian Abu Yaziz. Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, di ibu negara pada 9 Mac lalu. Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari sama. Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini. Tangkapan dibuat JAWI adalah berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama itu, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan. Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung kontroversi tercetus. Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Aadreanna, 4.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1312031/aliff-ruhainies-membisu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Being a woman is a terribly difficult task since it consists principally in dealing with men.” - Joseph Conrad |
|
|
|
|
|
|
|
JKM Terengganu lakukan persiapan awal hadapi banjir
Kerja-kerja projek pemulihan muara Sungai Ibai sedang giat dilaksanakan ketika tinjauan FotoBernama di sini hari ini.
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu melakukan persiapan awal bagi menghadapi banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL), yang dijangka berlaku lebih awal kali ini. Pengarahnya, Mazura Ngah Abdul Manan, berkata antara yang dilakukan ialah penghantaran sebanyak 4.4 tan bekalan makanan dan keperluan asas kepada lebih kurang 300 keluarga di Pulau Redang di Kuala Nerus, hari ini. "Biasanya penghantaran bekalan makanan ke pangkalan hadapan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, dilakukan pada hujung Oktober tetapi MTL dijangka lebih awal kali ini jadi kita hantar hari ini. "Begitu juga bekalan kepada penduduk di Pulau Perhentian di Besut, kita akan hantar dalam waktu terdekat ini," katanya kepada pemberita pada Program Penghantaran Barang Keperluan Semasa Bencana ke Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut Malaysia, di sini hari ini.
Mazura berkata bekalan seperti beras, minyak masak, tepung, dan susu formula bayi itu mampu menampung kegunaan penduduk di pulau tersebut selama tiga bulan. "Sekiranya berlaku kekurangan bekalan ke kawasan terjejas termasuk di pulau-pulau, kita akan buat aturan awal melibatkan pelbagai pihak seperti kalau keadaan serius mungkin perlu gunakan khidmat agensi lain termasuk pengangkutan udara," katanya. Selain itu katanya pihaknya juga akan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas di Depot Simpanan Utama di Pulau Kerengga, Marang dan 10 mini depot serta 155 pangkalan hadapan di seluruh negeri sentiasa mencukupi, bagi menghadapi bencana banjir. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312016/jkm-terengganu-lakukan-persiapan-awal-hadapi-banjir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“If a woman tells you she’s twenty and looks sixteen, she’s twelve. If she tells you she’s twenty-six and looks twenty-six, she’s damn near forty.” - Chris Rock |
|
|
|
|
|
|
|
“Men enjoy being thought of as hunters, but are generally too lazy to hunt. Women, on the other hand, love to hunt, but would rather nobody know it.” - Mignon McLaughlin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|