Aktiviti GISBH lewat dikesan kerana dilindungi kegiatan kelihatan sah - Menteri
[size=14.399999618530273px]Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kerajaan menjelaskan kelewatan mengesan aktiviti GISB Holdings (GISBH) berikutan kumpulan berkenaan berselindung di sebalik kegiatan sah di sisi undang-undang. Kumpulan itu didakwa digerakkan selepas pengharaman Al-Arqam 1994. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata proses mengumpul bahan bukti dan sumber yang diyakini serta boleh disahkan dari sudut perundangan perlu melalui penelitian yang tinggi. Beliau berkata dalam melaksanakan kajian yang komprehensif dan lengkap, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
"Lebih-lebih lagi bagi menangani sesuatu amalan atau ajaran yang berselindung di sebalik aktiviti lain yang kelihatan benar dan sah di sisi undang-undang. "Proses ini tentunya tidak sukar sekiranya sesuatu ajaran atau amalan itu jelas dan terang-terangan bercanggah dengan syariat Islam dan amalan itu dapat dibuktikan dengan jelas dan kukuh," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.
Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah yang terlibat dalam rangkaian GISB, apakah rancangan untuk menguruskan mereka dan mengapa kerajaan terlalu lambat mengambil tindakan kepada GISB yang telah digerakkan selepas pengharaman Al-Arqam 1994. Mohd Na'im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah bertindak mengikut ruang lingkup fungsi dan peranan yang ada dan tidak melakukan sesuatu tugas yang melangkaui fungsi pihak berkuasa lain. Bagaimanapun beliau berkata kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri sentiasa dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan proses berjalan dengan lancar dan sempurna. Sementara itu, Mohd Na'im menjelaskan sehingga kini dianggarkan ahli GISBH seramai 10,500 orang dan 9,000 orang daripadanya dipercayai berada di dalam negara. "Dalam menguruskan kumpulan ini, kerajaan telah menyediakan pelan tindakan pemulihan terhadap ahli GISBH meliputi tindakan pemulihan ke atas kanak-kanak GISBH yang ditempatkan di pusat penjagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JKM dan agensi lain yang berkaitan. "Selain daripada itu, pelan tindakan pemulihan secara sukarela kepada ahli GISBH yang hadir untuk mengikuti sesi pemulihan secara sukarela juga dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis /Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN/JAIN) dan lain-lain agensi berkaitan," katanya
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320727/aktiviti-gisbh-lewat-dikesan-kerana-dilindungi-kegiatan-kelihatan
|